Telegram Web Link
Kita mendiamkan diri kerana ingin menyembunyikan kata-kata

Namun, hadir titisan air mata menceritakan segalanya.

@thetazkirahiman
Kesukaran hari-hari yang engkau lalui itu, akan menjadikan dirimu insan yang kental dan tidak mudah mengalah.

@thetazkirahiman
Bersungguhlah engkau untuk menjaga ketaatan terhadap kedua orang tuamu, kelak barakah doa mereka itu akan sentiasa mendampingimu seumur hayatmu.

@thetazkirahiman
Sungguh pahitnya sabar itu bisa membuat engkau menderita, namun apabila saat kemanisannya itu muncul, maka engkau akan terus terlupa akan kesakitan yang menimpa.

@thetazkirahiman
Dunia bukanlah milik kita, dan kita tidak diciptakan untuk terus kekal di dunia.

Kita semua milik Allah, dan hanya kepada-Nya, pasti kita akan dikembalikan.

@thetazkirahiman
Sesiapa yang sering meringankan beban dan membantu orang lain, kelak Allah akan menolongnya diwaktu kesusahan serta meluaskan rezeki untuk dirinya.

@thetazkirahiman
Tiada wanita yang tidak rupawan.

Allah itu Maha Adil. Dijadikan-Nya setiap wanita itu kecantikan yang menarik perhatian seseorang lelaki yang tidak mampu dilihat oleh lelaki yang lain.

@thetazkirahiman
Tiada siapapun yang mendahuluimu, dan engkau juga tidaklah mendahului siapapun. Kesemuanya berjalan menurut taqdir Allah.

Justeru, apa yang tidak engkau perolehi itu bukanlah untuk dirimu dan apa yang telah ditakdirkan untukmu, pasti tidak akan terlepas dari genggamanmu.

@thetazkirahiman
Ada segolongan hamba Allah itu, apabila dia lalai sehingga melupakan Tuhannya, lalu Allah 'menghantar kepadanya musibah' (والعياذ بالله من ذلك) supaya dapat mengingatkan dirinya agar kembali mengasihi Allah.

Lantas, Allah juga mengasihinya dan diangkat semula bala musibah, lalu mengurniakan kepadanya rezeki yang berkat.

@thetazkirahiman
Janganlah engkau menakutkan anak-anakmu dengan perkara-perkara buruk di dalam kehidupan. Sampaikanlah kepadanya bahawa Allah akan menjaga orang menjaga hubungannya dengan Allah.

@thetazkirahiman
Disaat seseorang itu mudah sangat terasa dan cepat bersedih, maka ketahuilah bahawa ada pihak yang telah membuatnya lelah tanpa sebarang belas kasihan.

@thetazkirahiman
2025/07/05 23:43:41
Back to Top
HTML Embed Code: