Telegram Web Link
Sesiapa yang sering meringankan beban dan membantu orang lain, kelak Allah akan menolongnya diwaktu kesusahan serta meluaskan rezeki untuk dirinya.

@thetazkirahiman
Tiada wanita yang tidak rupawan.

Allah itu Maha Adil. Dijadikan-Nya setiap wanita itu kecantikan yang menarik perhatian seseorang lelaki yang tidak mampu dilihat oleh lelaki yang lain.

@thetazkirahiman
Tiada siapapun yang mendahuluimu, dan engkau juga tidaklah mendahului siapapun. Kesemuanya berjalan menurut taqdir Allah.

Justeru, apa yang tidak engkau perolehi itu bukanlah untuk dirimu dan apa yang telah ditakdirkan untukmu, pasti tidak akan terlepas dari genggamanmu.

@thetazkirahiman
Ada segolongan hamba Allah itu, apabila dia lalai sehingga melupakan Tuhannya, lalu Allah 'menghantar kepadanya musibah' (والعياذ بالله من ذلك) supaya dapat mengingatkan dirinya agar kembali mengasihi Allah.

Lantas, Allah juga mengasihinya dan diangkat semula bala musibah, lalu mengurniakan kepadanya rezeki yang berkat.

@thetazkirahiman
Janganlah engkau menakutkan anak-anakmu dengan perkara-perkara buruk di dalam kehidupan. Sampaikanlah kepadanya bahawa Allah akan menjaga orang menjaga hubungannya dengan Allah.

@thetazkirahiman
Disaat seseorang itu mudah sangat terasa dan cepat bersedih, maka ketahuilah bahawa ada pihak yang telah membuatnya lelah tanpa sebarang belas kasihan.

@thetazkirahiman
Sekiranya engkau ingin dilimpahkan keberkatan oleh Allah pada rezeki, harta, masa dan kehidupanmu, maka hendaklah engkau sentiasa mengamalkan amalan bersedekah.

@thetazkirahiman
Dengan rahmat dan belas kasihan Allah, hari-hari yang sukar itu pasti akan berlalu.

@thetazkirahiman
Seseorang yang membawa dan menyebut namamu di dalam doanya itu, membawa erti bahawa dia benar-benar mengasihi dirimu.

@thetazkirahiman
Wahai Tuhanku, seandainya engkau melihat diriku jauh daripada-Mu, dan mengikut telunjuk hawa nafsuku, maka aku berharap agar dikau memperelokkan hatiku, dan juga kembalikanlah aku kepada-Mu dalam sebaik-sebaik keadaan.

@thetazkirahiman
Kaki yang tidak memandu dirimu ke arah solat itu, tidak sama sekali akan memandu dirimu ke syurga.

@thetazkirahiman
Apabila engkau melihat habuk pada mushaf Al-Quranmu, maka ketahuilah bahawa habuk pada hatimu itu lebih teruk lagi.

@thetazkirahiman
KETIKA TAUBAT BERKALI-KALI TETAPI MASIH BERMAKSIAT

"Ketika kamu telah letih melakukan maksiat. Kamu bertaubat, kemudian mengulangi maksiat tersebut, kemudian bertaubat lagi, kemudian mengulanginya maka amalkanlah doa ini."

Doa Waliyullah Syeikh Mutawalli Sya'rowi Rohimahullah.

اللَّهُمَّ حَرِّمْنِي لَذَّةَ مَعْصِیَتِكَ، وَارْزُقْنِي لَذَّةَ طَاعَتِكَ.

" Allohumma Harrimni Lazzata Ma'syiyatika, Warzuqni Lazzata Tho'atika

Ya Allah, Haramkan (halangi) atasku merasa Lazat akan melakukan maksiat kepadaMu, dan Karuniakanlah padaku rasa Lazat akan melakukan ketaatan kepadaMu "

@thetazkirahiman
2025/06/30 15:47:34
Back to Top
HTML Embed Code: