Telegram Web Link
Daurah Akbar Surabaya 1
🪸🌳 Bagi Salaf Agama Bukan Untuk Dijadikan Bahan Perdebatan

• Seseorang datang kepada al-Imam Malik رحمه الله lalu berkata kepada beliau, “Aku ingin berdebat denganmu.”

Jawab al-Imam Malik, “Bagaimana jika aku mengalahkanmu?”

Orang itu menjawab, “Aku akan mengikutimu.”

Al-Imam Malik berkata, “Bagaimana jika engkau yang mengalahkanku?”

Orang itu menjawab, “Bererti engkau harus mengikutiku.”

Al-Imam Malik bertanya kembali, “Bagaimana jika datang orang ketiga mendebat kita dan mengalahkan kita.”

Orang itu menjawab, “Kita akan ikut dia.”

Maka al-Imam Malik berkata, “Jika demikian pergilah kepada orang yang ragu dalam agamanya seperti dirmu dan berdebatlah dengannya. Ada pun aku tidak ragu tentang agamaku, aku di atas ilmu (kejelasan) dalam agamaku.” (Tartib Madarik 1/51)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://www.tg-me.com/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
Berjalanlah Di Atas Al-Qur'an & As-Sunnah

Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله berkata:
“Wahai saudaraku, yang terpenting adalah dirimu sendiri berjalanlah di atas Al-Qur'an dan As-Sunnah. Jangan pedulikan orang lain walau siapapun. Dunia tidak dijadikan untuk kekal, yang tidak mati hari ini pasti akan mati esok (suatu hari).”
(Liqo Syahri 71)
📲📄 Hukum Seorang Ayah Menikahi Anak Tiri Dari Anaknya

🎙 Asy-Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan حفظه الله

Soalan:
Seorang lelaki menikahi seorang wanita janda dan wanita janda ini memiliki anak perempuan. Lalu ayah dari lelaki ini menikahi anaknya janda itu (anak tiri dari anaknya). Persoalannya, apakah sah pernikahan seperti ini?

Jawapan:
Hal itu tidak mengapa, itu tidak mengapa, naam.

📥 Pautan audio rakaman (00:16):
https://drive.google.com/file/d/1D7L4CDwKkuVcOxWEuM0wbrI2IIYzZTPq/view?usp=drivesdk

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://www.tg-me.com/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
Larangan Mengecat, Menulis, Membangun & Menginjak Kuburan

Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه berkata:

نَهى أن تُجَصَّصَ القُبورُ، وأن يُكتَبَ عليها، وأن يُبنى عليها، وأن توطَأَ

“Rasulullah ﷺ melarang mengecat kubur, menulis di atasnya (nama jenazah atau tanggal wafatnya), membangun bangunan di atasnya dan menginjaknya.”
(HR at-Tirmidzi 1052 dan Ibnu Hibban 3164)
📲📄 Ahlus Sunnah Yang Jujur Itu Diibaratkan Bagai Satu Tubuh

🎙 Asy-Syaikh Rabi' al-Madkhali رحمه الله

Demi Allah, orang beriman yang jujur, Salafi (Ahlus Sunnah) yang jujur dan tulus itu merasakan sakit bagi saudara Salafinya yang lain. Bahkan jika saudaranya itu berada di hujung Jepun atau di hujung Amerika, dia akan bergembira dengan apa yang menyenangkan mereka dan berduka dengan apa yang merugikan mereka.

Realisasikanlah aqidah ini dan manhaj ini serta akhlak ini. Maka jalinkanlah persaudaraan di antara kalian dan tunjukkanlah sikap saling menyayangi dan tunjukkanlah sikap saling mencintai serta saling berkunjung dalam perhubungan di antara kalian. Dan jadilah kalian seperti bangunan yang kukuh, seperti satu tubuh.

📥 Pautan audio rakaman (00:25):
https://drive.google.com/file/d/1DOsnavitGlyWJ6b4pmguzlwFt3MCX84B/view?usp=drivesdk

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://www.tg-me.com/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
📖 Bismillah. InsyaAllah, akan diadakan muhadharah telelink bersama al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله (Sesi Ke-24, sambungan dari Muhadharah Pustaka Al-Munawwarah KL, Ogos 2024)

📕Panduan Syar'i Fiqh Makanan

📅 Rabu Malam, 01 Jamadil Awwal 1447H / 22 Oktober 2025M

9.00mlm (Waktu Malaysia) atau 8.00mlm (WIB)

📞 Telelink ini akan dijalankan dengan menggunakan Telegram Voice Chat

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://www.tg-me.com/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
Orang Yang Jujur Akan Berkekalan Urusannya

Asy-Syaikh Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata:
“Orang yang jujur akan berkekalan urusannya, sementara para pendusta urusan mereka akan terputus. Hal ini telah terbukti, begitulah yang terjadi dan sunnatullah yang tidak akan kamu dapati perubahan padanya.”
(Al-Ashfahaniyah 682)
Bahaya Menganggur & Banyak Waktu Luang

Al-Imam Ibnul Qayyim رحمه الله berkata:
“Termasuk perkara yang sangat besar mudharatnya bagi seorang hamba adalah menganggur dan banyak waktu luangnya. Hal itu kerana jiwa manusia tidak boleh hampa dan kosong. Maka jika tidak kamu sibukkan dirimu dengan yang bermanfaat, maka ia akan menyibukkan dirimu dengan yang mudharat dan itu pasti.”
(Thoriq Hijrotain 281)
🔈💽 Kisah Doa Orang Yang Mudhthar (Dalam Keadaan Yang Sangat Darurat)

🎙Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📥 Pautan audio rakaman (05:15):
https://drive.google.com/file/d/14oucNCL96rvkaMHpl0nbSH2B6cybmTie/view?usp=drivesdk

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://www.tg-me.com/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
🌴🪸 Nilai Pada Diri Seseorang

• Al-Imam asy-Syafi'i رحمه الله berkata, “Nilai seseorang ada pada tiga hal berikut:

1. Menyembunyikan kemiskinannya sehingga orang menyangka bahawa kamu orang yang kaya berkecukupan kerana kamu menjaga kehormatanmu.

2. Menyembunyikan amarah dan emosi hingga orang menyangka dirimu redha.

3. Menyembunyikan sulitnya keandaanmu sehingga orang menyangka dirimu dalam kenikmatan.” (Manaqib Syafi'i 384)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://www.tg-me.com/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
Diam Dari Yang Tidak Berguna Bagiku

Al-Imam Muwariq al-Ijliy رحمه الله berkata:
“Perkara yang aku cari selama dua puluh tahun dan belum aku dapati namun aku akan terus mencarinya dan tidak akan aku tinggalkan. Beliau ditanya, “Apakah itu wahai Abu Muktamir?” Jawab beliau, “Diam dari yang tidak berguna bagiku”.”
(Khothobi dalam al-Uzlah 43)
🌳🌴 Hal Yang Paling Sulit Didapatkan

• Al-Imam al-Auza'i رحمه الله berkata, “Dahulu disebutkan akan datang zaman di mana hal yang paling sulit pada zaman itu adalah:

1. Saudara (teman) yang ramah yang membuatmu nyaman.

2. Dan wang yang halal atau amalan di atas Sunnah.” (Sifat Sofwah 2/405)

رحمه الله تعالى

Seakan-akan beliau hidup di zaman kita sekarang ini.

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://www.tg-me.com/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
Tinggalkan Yang Menyakitimu Bertemanlah Dengan Yang Soleh

Umar bin Khathob رضي الله عنه berkata:
“Tinggalkan segala yang mengganggumu (menyakitimu). Carilah teman yang soleh dan akan sulit kamu dapati itu. Serta musyawarahlah dalam urusanmu dengan orang-orang yang takut kepada Allah.”
(Syuabul Iman 12/47)
🕋🌴 Di Pertengahan Malam Itu Waktu Doa Dikabulkan

• Musa bin Isa al-Mawshili رحمه الله berkata, “Aku pernah terlilit hutang, maka aku datangi al-Imam Bisyr رحمه الله dan aku sampaikan kepada beliau bahawa aku sedang terlilit dengan hutang. Maka nasihat beliau:

1. Hendaklah kamu solat malam.

Kemudian aku datangi al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله dan aku sampaikan kepada beliau bahawa diriku sedang terlilit dengan hutang. Maka nasihat beliau:

2. Berdoalah di waktu sahur (sebelum subuh).”

(Qodli Au Ya'la dalam Tawakkul 64)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://www.tg-me.com/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
Amalan Menunjukkan Keistiqamahan & Manfaatnya Ilmu

Al-Imam Hasan al-Bashri رحمه الله berkata:
“Dulu seorang pemuda jika mulai istiqamah, tidak kami ketahui (keistiqamahannya) dengan lisannya (perkataannya), akan tetapi kami ketahui dengan amalannya dan itulah ilmu yang bermanfaat.”
(Thobaqot Ibnu Sa'd 10053)
🔥⛓️ Azab Bagi Mereka Di Dalam Neraka

• Allah سبحانه وتعالى berfirman:

ثُمَّ فِي سِلۡسِلَةٖ ذَرۡعُهَا سَبۡعُونَ ذِرَاعٗا فَٱسۡلُكُوهُ

“Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta (di dalam neraka).” (Al-Haaqah: 32)

• Al-Imam Sufyan ats-Tsawri رحمه الله berkata, “Sampai kepada kami bahawasanya rantai itu dimasukkan ke dalam dubur seseorang hingga keluar dari mulutnya.” (Mawsuuah Ibnu Abi Dunya 6/415)

فاللهم رحمتك ولطفك

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://www.tg-me.com/thoriqussalaf
🌐 http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
🌐 http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf
2025/10/29 07:51:32
Back to Top
HTML Embed Code: