" teruntuk kamu yang jauh di mata tapi dekat di hati,

ku ingin katakan yang sejauh mana pun jarak memisahkan kita, kau takkan pernah ku lupa.

sebesar mana badai melanda,
akan tetap ku pertahankan bahtera cinta.

doaku,

semoga kita bertemu nanti dan disatukan sebagai pasangan suami isteri yang kekal sampai mati. "

-PenulisJalanan
Selamat pagi dunia tipu-tipu.

Semoga harini semuanya baik-baik saja.

Yang sakit, mulai sembuh.
Yang patah, tetap tumbuh.
Yang rapuh, kembali utuh.

Oh iya, ada satu lagi.

Jangan lupa senyum!
Januari kian beransur pergi.

Sakit? Bahagia? Keduanya sebati di hati.

Mungkin bukan permulaan yang baik.

Tapi, aku harap babak berikutnya akan ada cerita yang lebih indah dari apa yang telah terjadi.

-PenulisJalanan
Salam Jumaat Semua.

Semoga urusan kita harini dipermudahkan dan terus diberikan kekuatan yang tak ada had nya.

Mulakan pagi dengan positif vibe. Baru hari anda akan ceria dan baik-baik saja.

❀️
Baik nya Allah, Dia bagi kita kesempatan lagi dan lagi.

Tapi kita je yang sering lupa diri.

Lalu kita bertanya,

" bila Allah nak bagi aku itu, bagi aku ini, sedangkan kau hanya meminta tapi tak pernah mencuba. "

Terus, kau expect apa? nak semua nya dihidang depan mata?

Goreng pisang tu takkan terbang masuk dalam mulut kalau tak kau sendiri yang ambil dan masukkan.

Jangan lupa sarapan.

-PenulisJalanan
Kesedihan jangan terlalu kau pamerkan.

Tetaplah tersenyum meskipun dalam kepuraan.

Tak semua orang akan mengerti dan bukan semua mahu ambil peduli.

Sakit yang kau rasakan, cukup hanya kau yang simpan.

Tak perlu diluah atau pun diceritakan.

Kerna,

Khawatir nanti setelah dilepas, bukannya memberi kelegaan malah menambah lagi kelukaan.

-PenulisJalanan
maafkan aku yang selalu meminta waktumu, meskipun aku tau bahawa aku tidak sepenting itu dalam duniamu.
aku tidak pernah menyesal mengenalmu, kerana darimu aku bisa belajar bahawa berharap lebih itu tidak baik.
darimu aku belajar, setulus manapun aku dalam mencintai, tidak menjamin kau akan menghargai.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
salam nifsu sya'ban. jika ada terkasar bahasa, silap tutur bicara, dan seangkatan dengan nya, admin minta maaf ya. semoga doa yang kita panjatkan terus tembus ke jalur langit dan dimakbulkan oleh Allah. aamiin. 🀍
1 Mac 2024

" semoga terus kuat. "

ya itu saja pinta ku untuk bulan ini.

cukup.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Letting go doesn't have to mean walking away. It means the things that hurt you don't hurt you anymore❀️.

Take a deep breath, and Bismillah!


Selamat datang Mac, moga hal-hal yang baik-baik sahaja mengiringi 🌷
Sebenarnya , orang yang paling suka membuat orang lain bahagia, adalah orang yang paling banyak menyimpan luka di hatinya. Seorang  yang setiap hari memujuk dirinya untuk tetap bertahan hidup, walau dia tahu "mati lebih baik". Orang yang pintar menyembunyikan air mata di sebalik senyum yang terpancar di wajah.

Orang itu boleh jadi sesiapa sahaja. Boleh jadi saya, atau orang-orang di sekeliling kita. Jangan pernah percaya pada sebuah senyuman. Jangan pernah percaya pada sebuah tawa. Kerana bahagia dan tawa itu hal yang boleh dicipta saat jiwa sedang bertakung air mata.

Lihatlah ke dalam mata, bertanyalah khabar. Kadang orang yang bersedih ini hanya perlukan kawan untuk meluah, atau setidaknya, sebuah pelukan untuk membuat dia berasa nyaman dan baik-baik saja.

Tidak ada manusia yang baik-baik saja. Semuanya sedang berjuang.
Berjuang dengan ujian masing-masing.

β€’α₯«α­‘β€’ bicarabulanofficial
hi. selamat pagi kalian!

bagaimana dengan harimu harini? saya harap semuanya baik-baik saja ya.

sedar tak sedar lagi 28 hari je lagi nak raya dah. cepat betul masa berlalu kan 😌

hahaha okay lah selamat berpuasa semua!

semoga Allah permudahkan segala urusan dan menerima ibadah puasa kita.

❀️
orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahawa ia selalu senang.

" buatlah mereka berfikir bahawa hidupmu baik-baik saja ".
teruntuk diri sendiri,

terima kasih untuk segalanya dan selamat ulang tahun! hari ini bertambah satu tahun lagi usia mu. semoga saja kamu selalu sihat. kamu sekarang makin dewasa, apapun yang kamu inginkan semoga dipermudahkan oleh Tuhan. terima kasih sudah sekuat ini dan bertahan hidup. kamu terlahir di dunia ini dari kecil dan sekarang sudah sebesar ini, banyak hal yang sudah kamu lalui dan masih banyak hal yang belum kamu lalui. Semakin kamu besar semakin banyak juga rintangannya tapi usah khawatir masih banyak orang yang sayang sama kamu. apapun susahnya, apapun sedihnya, apapun senangnya, kamu nikmati dan tetap bersyukur. Sekali lagi selamat ulang tahun ya, terima kasih sudah menjadi manusia kuat selama ini dan harus selalu kuat, bahagia yaa ❀️
-
dari aku untuk aku
Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…

Ya Allah,

Andai ada hati yang memandangku dengan kebencian, maka lembutkanlah hatinya. Andai ada hati yang terluka kerana sikap dan lisanku, maka sembuhkanlah sakitnya.

Andai ada hati yang ingin menyakitiku, maka hindarilah ia. Aku tidak mampu mengubati atau menyenangkan hati siapa pun kerana hatiku dan hati mereka adalah milik Mu. Dan hanya Engkau yang mampu mengaturnya.
Selagi tak dapat hasil, orang sekeliling tak akan yakin dengan kau.

Mungkin kau akan ditertawakan?
Mungkin juga kau akan diremehkan?

Tapi percayalah,
Sebelum bibirmu tersenyum bahagia kerana berjaya, hati terpaksa rasai pedih kecewa.

Kecewa,
Penat,
Rasa ingin berputus asa.

Percaya pada diri,
Tutup telinga terus jalan kehadapan.
Kejayaan datang setelah segala halangan & rintangan berjaya ditundukan.

Yakin jugalah,

Setelah kau berjaya tiba di puncak,
Pasti akan ada yang bersorak.

Sorakan akan hadir bila kau berjaya,

Jalan terus, buat kerana Allah.
Jangan berhenti kerana manusia.

Jika berputus asa, pasti kau tak akan rasa betapa indahnya pemandangan di atas sana.

@SemuaDlmSatu
Reality of Life

When you give importance to people, they think that you are always free. But they don't understand that you make yourself available for them everytime. :)
2024/05/04 09:24:28
Back to Top
HTML Embed Code: