Telegram Web Link
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah, "Dia belum menderhaka kepada Allah maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku."

Sekiranya dia adalah yang lebih tua daripada engkau maka katakanlah, "Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku."

#ukirancahayahati
Nasihatilah dirimu terlebih dahulu barulah kemudian menasihati orang lain. Kamu harus lebih memperhatikan nasib dirimu. Janganlah kamu menoleh pada orang lain sedangkan dalam dirimu masih ada sesuatu yang harus diperbaiki.

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
"Cintai dirimu sendiri terlebih dahulu, sebelum dapat mencintai orang lain dengan tulus."

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
"Ketika kita menemui kegagalan, jangan menyerah. Sebab, setiap kegagalan adalah pelajaran berharga untuk menjadi lebih baik."

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
Doa pagi๐Ÿ’–

Dan Tuhanmu berfirman, โ€œBerdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.โ€ (Surah Ghafir [40] Ayat 60).

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
Tahu atau tidak, kes kemurungan di Malaysia semakin tahun semakin meningkat. Hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019.
Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat negara ini berusia 16 tahun ke atas mengalami kesihatan mental.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kajian NHMS pada 2017 juga mendapati tingkah laku bunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 13 dan 17 tahun menunjukkan peningkatan trend bagi prevalen idea bunuh diri iaitu 10 peratus berbanding 7.9 peratus pada 2012,

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
โ€œRata-rata masyarakat terkesan emosi seperti kebimbangan, ketakutan, pengasingan (isolasi), ketidakpastian serta tekanan perasaan akibat perubahan dalam norma kehidupan. Ini termasuk mereka yang bekerja menghadapi risiko akibat kehilangan pekerjaan, kehilangan mata pencarian dan kekangan kewangan.โ€

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
BANGKITLAH!
Jangan putus harapan. Terapkan dalam diri anda dengan kata-kata motivasi yang mampu membakar semangat juang kita.
Motivasi adalah sesuatu yang dapat memberikan dorongan, input positif, dan memberikan semangat untuk melakukan sesuatu yang telah dirancang dan ingin dicapai.
Jangan terlalu memikirkan masa hadapan yang terlalu jauh kerana hidup mesti diteruskan. Apa yang penting adalah melihat realiti pada hari ini untuk anda cekal dan tabah meneruskan kehidupan. Walaupun kegagalan dapat membuat anda jatuh putus asa, anda mesti bangkit semula.
Oleh itu, artikel ini akan berkongsi untuk anda tentang kata-kata semangat dan motivasi untuk hidup penuh inspirasi. Ia juga dapat mengajar anda untuk tidak mudah menyerah kalah. Mari kita baca satu persatu kata-kata semangat ini untuk memberi anda kekuatan dan motivasi dalam apa jua keadaan.

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
1) Anda memiliki dua pilihan sepanjang hayat. Sakit kerana ingin berubah atau sakit kerana tidak berubah.

2) Anda menjadikan dunia ini lebih baik dengan anda sendiri menjadi lebih baik.

3) Anda menuai apa yang anda tanam.

4) Anda merupakan arkitek masa depan anda.

5) Anda tidak boleh mengawal apa yang berlaku pada diri anda. Namun anda boleh mengawal sikap anda apabila sesuatu perkara terjadi.

6) Anda tidak dapat mengawal orang lain namun anda dapat mengawal diri anda sendiri.

7) Anda tidak dapat mengawal orang lain namun anda dapat mengawal diri anda sendiri.

8) Anda tidak perlu menguruskan masa kerana masa tetap 24 jam sehari. Apa yang perlu anda lakukan ialah menguruskan diri anda sendiri.

9) Anda yang menentukan sama ada diri anda menjadi bertambah kuat atau lemah.

10) 20 tahun dari sekarang, anda akan kecewa dengan perkara yang tidak anda lakukan berbanding dengan perkara yang telah anda lakukan.

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
11) Adalah mustahil untuk anda melihat dengan jelas apakah halangan apabila anda mula bertindak untuk mencapai matlamat anda. Selagi anda dapat melihat dengan jelas matlamat anda pada masa sukar, anda akan terus bertindak.

12) Anda akan jauh lebih berjaya daripada orang lain dengan melakukan perkara yang orang lain tidak mahu lakukan.

13) Anda akan miliki apa yang anda inginkan sekiranya anda sanggup berkorban.

14) Kebahagiaan itu simple. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini dan jangan sesekali dengki terhadap kejayaan orang lain.

15) Biarkanlah senyumanmu yang mengubah dunia. Tetapi, jangan pernah biarkan dunia yang mengubah senyumanmu.

16) Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha.

17) Jangan sesekali pernah takut untuk mencuba, kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilan.

18) Jika kau berhasrat untuk menjadi orang yang berjaya, mulai lah dari sekarang dan cubalah untuk melakukan sesuatu hal yang bermanfaat.

19) Jangan sesekali berfikir untuk berhenti dari apa yang telah kamu usahakan selama ini, kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah.


#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
20) Teruslah percaya dan berusahalah sehabis mungkin untuk meraih cita-cita.

21) Jika kau ingin masa depanmu menjadi lebih baik, maka bersusah payahlah mulai dari sekarang.

22) Tahap kejayaan seseorang sangat dipengaruhi oleh betapa kerasnya perjuangan yang sudah mereka lakukan.

23) Abaikan saja orang lain yang meremehkan usahamu. Tetapi, jangan pernah sesekali kita meremehkan diri kita sendiri.

24) Jika kau mahu berusaha, maka kejayaan akan menjadi milikmu.

25) Bermimpilah setinggi langit, lalu berkerja keraslah untuk mewujudkan mimpi-mimpi itu.

26) Jauhkanlah diri kita dari sifat malas kerana Allah tidak menyukai hamba-hambanya yang pemalas.

27) Jadilah orang yang baik kerana apa-apa pun yang kamu lalukan akan kembali kepada diri kamu sendiri.

28) Jika kehidupan membuatkan diri menangis. Ingat, ada ribuan kenangan indah yang membuatkan kita tersenyum.

29) Anda boleh memberi seribu sebab mengapa anda tidak boleh mencapai matlamat anda. Namun anda hanya memerlukan satu sebab sahaja kenapa anda boleh mencapai matlamat anda.

30) Anda boleh memilih sama ada untuk melakukan sesuatu dengan cara terbaik atau sambil lewa. Hanya satu perkara yang di kira iaitu hasil tindakan anda.

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
๐Ÿงšโ€โ™€
๐Ÿงšโ€โ™€
Pujuklah hati untuk terus bersabar walaupun hebat macam mana sekalipun diduga.

#ukirancahayahati ๐Ÿ“Œ
๐Ÿงšโ€โ™€
2024/06/06 13:59:48
Back to Top
HTML Embed Code: