Telegram Web Link
Sahabat Tanpa Suara

Keunggulan Rasullah SAW mempunyai sebuah legasi yang terbaik adalah hasil memiliki sahabat terbaik . Saling memahami dan melengkapi.

Biarpun tanpa bicara , mereka mengerti setiap gerak geri untuk difahami. Indahnya bersahabat dengan insan yang tidak hanya ada saat disenangi bahkan setia saat dibenci.

Pastinya sahabat persis Saidina Abu Bakar RA yang sentiasa menasihati, persis Saidina Umar RA yang tegas dalam berprinsip, persis Saidina Uthman RA yang santun dalam berinteraksi dan Saidina Ali RA yang bijak mengatur straegi sukar untuk ditemui.

Melengkapi dalam menasihati itu harmoni tapi melengkapi demi mengkhianati itu barah perlu dijauhi. Sempurna itu sukar dimiliki namun berusaha menjadi sempurna perlu sampai saat kita mati.

Teman berharga ada tanpa dipinta, saat tiada rasa kehilangannya. Manisnya ukhuwwah menasihati untuk memperbaiki dan mengingati bukan menjauhi.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Al-Fatihah ( Dibaca ) Buat Arwah Nurhafiz Ahmad Wahidi sahabat dunia akhirat ..

https://www.facebook.com/UstazDesignerOfficial/photos/a.210356042421773/2467145110076177/
Peluang Pulang

“ Masa untuk kita jalani kehidupan berbeza, ada ketika sukar pada permulaannya namun mudah dipenghujungnya begitu juga sebaliknya. Yang pasti bila peluang hadir tanpa disangka pertimbangan wajar diatur semula. Memandang jalan dihadapan atau bermula di titik awal sebelum pulang. Antara pulangkan peluang dan peluang pulang menjadi pilihan terbaik.”

Pesanan Walid
Dusta Pandangan

“Saat kita merasakan apa yang kita lihat itu benar walaupun hanya sekadar pada sekeping potret usang , saat itu jugalah kita masih berpeluang mencari kebenaran hakikatnya. Jika terus mengabaikan peluang berharga itu, tidak mustahil pandangan tersebut menghadirkan sebuah pendustaan tanpa pengakhiran.”

Pesanan Walid
Percaturan Singkat

“ Usah biasakan diri mengambil langkah mudah sehingga kabur menilai antara terangnya cahaya dan kelamnya gelap.Percaturan hidup yang kita rasakan sempurna sebenarnya akan menentukan bahagia saat bertemu Maha Pencipta atau kesal membazirkan peluang untuk menghargai nikmat menjadi seorang Hamba bersyukur .”

Pesanan Walid
Impian Usang

“  Setiap insan pastinya punya impian dan angan-angan walaupun tidak semua mampu direalisasikan tetapi ia akan terus menjadi sebuah impian .Impian usang terlakar dalam coretan hidup lantas mencorakkan siapa kita hari ini dan di mana kita kini.Impian usang terindah ini tersimpan nostalgia seorang budak biasa dengan cita-cita menjadi luarbiasa .”

Pesanan Walid
Saat Terlafaznya Akad : Pesan Buat Suami ..

1-Isteri adalah amanah dari Allah, bahagia dia bahagia kita. Amanah yang kita perlu jaga auratnya, bicaranya, ibubapanya dan segala padanya.

2-Isteri dikasihi bukan dengan cara menuruti tetapi sebaliknya menghargai bukan kemewahan dinikmati tetapi dilindungi.

3- Isteri tidak memerlukan wang berjuta untuk setia tetapi perlukan masa agar sentiasa bersama walau suka atau duka.

4- Isteri pendengar terbaik untuk memahami dan mengenali setiap kekuatan suami, nasihatnya bererti dan peringatannya tulus dari hati.

5- Beranikan diri menegur saat isteri tersasar kerana jiwa dan nalurinya sentiasa perlukan sentuhan serta teguran. Jangan merelakan maruah dan auratnya terbuka tanpa kita berusaha menegur walau berat ungkapannya.

#syukurselalu
#allahjagakita
#kaupemilikcinta
2025/10/26 08:32:03
Back to Top
HTML Embed Code: