Telegram Web Link
Bulan Rejab sudah tiba. Bermula 1 Rejab, seawal masuk Maghribnya, banyakkan berdoa, ia antara malam dimustajabkan doa. Sepanjang bulan Rejab juga ayuh lipat gandakan amalan. Moga Allah, maqbulkan hajat² kita. Amiin.

-Ramadan semakin dekat-
*Sama2 berdoa pd malam 1 Rejab. Berdoa pd mana2 waktu bermula waktu Maghrib (malam ini) sehingga masuk waktu solat Subuh (esok).

*(a)* Mulakan doa dgn:

(i) pujian kpd Allah:
"Alhamdulillaahi Rabbil 'aalamiin"

(ii) selawat:
"wash sholaatu was salaamu 'alaa Sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihii wa shahbihii ajma'iin"

(iii) istighfar:
"Allaahummaghfirlii zunuubii wa li waalidayyaa war hamhumaa kamaa rabbayaanii shaghiiraa"

*(b)* Berdoalah apa sahaja. Selangi doa dgn menyeru nama Allah umpamanya:
"Yaa Hayyu yaa Qayyuum"
"Yaa Badii'as samaawaati wal ardh"
"Yaa Zal jalaali wal ikraam"
"Yaa Rahmaanu yaa Rahiim"
"Yaa Fattaahu yaa Razzaaq"
dan lain-lain

*(c)* Tutupkan doa dgn selawat.

*(d)* Berbaik sangka (husnuzh zhan) kpd Allah yang doa dimakbulkan oleh-Nya."

(al-faqiir ilallaah,
Ustaz Muhadir Haji Joll,
1 Rejab 1444H/
12 Januari 2024M)
Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban.pdf
1.8 MB
Kelebihan malam Nisfu Sya'ban, susunan daripada AF Ustaz Muhadir Hj Joll.
Boleh (ja’iz), (sebahagian: sunat) mengikut mazhab Maliki untuk berniat berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan dengan mana-mana lafaz di bawah:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانِ كُلِّهِ هَذِهِ السَّنَةِ لِلّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa bulan Ramadhan sepenuhnya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانِ كُلِّهِ هَذِهِ السَّنَةِ لِلّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardhu (bulan) Ramadhan sepenuhnya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

نَوَيْتُ صَوْمَ جَمِيْعِ شَهْرِ رَمَضَانِ هَذِهِ السَّنَةِ تَقْلِيْدًا لِلْإِمَامِ مَالِكٍ فَرْضًا لِلّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku berpuasa seluruh bulan Ramadhan pada tahun ini taqlid kepada Imam Malik kerana Allah Ta’ala.”

Tanbih: Bacalah lafaz niat ini sambil berniat di dalam hati pada malam pertama bulan Ramadhan

Walaubagaimanapun, niat puasa setiap malam tetap wajib untuk berniat
*Malam Ini, 25 Ramadan, Malam Jumaat, Malam Ganjil, 10 Ramadan Terakhir*

Tuan/puan jangan biarkan malam ini berlalu begitu saja.

Boleh buat amalan ini:
1. Kurangkan tidur
2. ⁠Solat Maghrib berjemaah
3. ⁠Solat Sunat Awaabin
4. ⁠Solat Isyak Berjamaah
5. ⁠Solat Ba'diah Isyak
6. ⁠Solat Terawih 8/12 Rakat.
7. ⁠Solat Witir Bersama Imam.
8. ⁠Baca Al-Mulk.
9. ⁠Selawat
10. ⁠Istighfar
11. ⁠Tahlil (Lailahaillallah)
12. ⁠Baca Al-Quran.
13. ⁠Qiamullail
14. ⁠BERSEDEKAH.

Hmm, byk lagi sebenarnya. Tak boleh buat semua jangan tingan semua.

Kami kongsikan juga bacaan amalan yang boleh kita buat pada malam Lailatuqadar. (Rujuk lampiran PDF) 🙂

Selamat memburu Lailatulqadar. Berhajat nak infaq bersama Galeri Ilmu sempena 10 Ramadan Terakhir, *Serendah RM15*

klik>> https://yup.la/infaqgaleriilmu
تقبل الله منا ومنكم
كل عام وانتم بخير
Hujung bulan ini.
Temui AF Ustaz di booth Galeri Ilmu Media Group

Dapatkan buku terbaharu & Autograph
Bergambar kenang-kenangan
Berdiskusi santai

Lock Tarikh Siap2.
Musim cuti sekolah, bawa anak seisi keluarga.

Jumpa Tuan/Puan di sana nanti.
Insya-Allah..

-admin-
SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK

16 Mei 2024 tarikh yang sentiasa diingati.

“Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara Madani”

لو لا مربي ما عرفت ربي
“Kalau bukan kerana guruku, tidak akan aku mengenali Tuhanku”

TERIMA KASIH GURU!

Temui penulis kami di Reruai Galeri Ilmu Media Group di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.
🗓️ 24 Mei hingga 2 Jun 2024.
🕘 10 Pagi - 10 Malam
📍 Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
Reruai: 3100 - 3103, 3136 - 3139, 3140 - 3143

Menitip Hikmah Menuju Jannah

Hidup ini singkat
Baca buku bermanfaat

Nak lebih info, klik link di bawah
https://ezy.la/PBAKL2024

#SelamatHariGuru #kembarawahyu #menitiphikmahmenujujannah #MalaysiaMembaca
#DekadMembacaKebangsaan #BookTokMalaysia #PBAKL2024 #klibf2024
MEET& GREET PBAKL 2024

"Termasuk dalam derhaka ialah kamu menyakitkan hati kedua-duanya dengan menahan apa yang boleh sampai kepadanya daripada perkara-perkara yang baik (termasuk bantuan), lalu, bagaimana (maksudnya tentulah lebih derhaka lagi) kalau bermasam muka dan mengherdik kedua-duanya?"
-Petikan Buku Wahai Anak, Berbaktilah kepada orang tuamu, karya Ustaz Muhadir

Bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll di Reruai Galeri Ilmu Media Group di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024.
🗓️ 24 Mei - 2 Jun 2024.
🕘 2.30 Petang - 6.30 Petang
📍 Reruai No. 3140 - 3143
(Bersebelahan Pintu Surau Ar-Rahman WTCKL)
Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Menitip Hikmah Menuju Jannah

Hidup ini singkat
Baca buku bermanfaat

Nak lebih info, klik link di bawah
https://ezy.la/PBAKL2024

#kembarawahyu #menitiphikmahmenujujannah #MalaysiaMembaca
#DekadMembacaKebangsaan #BookTokMalaysia #PBAKL2024 #klibf2024
Insya-Allah aktiviti majlis ilmu AF Ustaz Muhadir Hj Joll sepanjang minggu ini.

Festival Turath Islami Selangor, ada dua slot pembetangan.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, akan berada setiap hari bermula 25 Mei - 2 Jun 2024, jam 2.00 petang ke atas. Insya-Allah.

Jemput hadir beramai, boleh berjumpa, bertanya khabar, diskusi santai, beli buku, sign autograph dan bergambar kenang-kenangan.

(Admin)
Jika tuan/puan belum hadir ke PBAKL, berbaki 4 hari lagi. Dekat Booth Galeri Ilmu selain ada karya Ustaz Muhadir Hj Joll, dapatkan juga kota viral.

Apa itu kotak viral?
Klik sini >> https://www.facebook.com/share/p/UbLKSZ5GXwzvoKZc/?mibextid=WC7FNe
2024/06/03 09:31:32
Back to Top
HTML Embed Code: