Telegram Web Link
ANDA PERNAH RASA 'FRUST'?

Ada orang bercerita dan tanya saya macam mana nak buat bila berkeadaan,

"Rasa frust betul dengan family ni. Mak sensitif dalam adik beradik. Kita sorang je pulun bisnes. Mak kalau apa apa, tak de duit ke semua minta kat kita padahal,  adik beradik lain ada,  ada yang keje.

Bila kita cakap, mula la sensitif.
Tapi family tak pernah kesian kan kita. Dia nampak kita senang. Dia tak tahu kita ni pulun bisnes bagai nak gila.

Sape ada masalah macam ni?"
.
.
Jawapan?
Baca ni.. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
.
Okey first sekali kita kena set dalam minda. Duit kita ada, duit kita cari, duit dapat tu semua Allah yang beri. Bukan sebab hasil kita bisnes, bukan sebab hasil kita kerja keras.
.
Sebab, bila kita rasa kita dapat duit sebab bisnes dan keje keras kita, Yes! Kita akan rasa penat. Sebab kita kata duit tu kita dapat sebab kita usaha. Allah nak beri pahala kat kita melalui mak dan adik beradik kita. Pahala sedekah pada saudara kandung dan pahala bersabar menempuh tempoh kritikal nak berjaya.

Memang macam tu rule orang yang berjaya. Dia akan lalui benda-benda ni. Penentu kita berjaya atau tak ialah kita IKHLAS atau tak, nak tolong diorang tu dengan 'harta dan duit' yang Allah beri pada kita untuk disampaikan pada orang?

Allah nak jadikan kita kaya ni, dia akan uji kita dalam konsep memberi. Berapa banyak kita beri, berapa banyaklah kita akan kaya nanti.
.
Kalau masa susah, kita dah merungut dan berkira-kira nak memberi, Allah takkan beri kita mudah kaya harta dan hati.
.
Contoh macam ni,  Allah beri duit kat kita melalui bisness dan keje keras kita tu. Nak kita hulurkan hasilnya pada ibu dan saudara lain dengan tujuan:-

1) Nak test kita boleh jadi pemberi yang baik tak
2) Nak test kita penyabar tak
3) Nak test kita ikhlas dan redha tak.

Kalau kita gagal lalui test ni dengan tenang, maknanya jauh lagilah kejayaan kita nak sampai. Setiap hasil yang kita hulurkan disaat kita susah dengan niat sedekah, Allah akan balas berkali lipat. Yang tak syok masa nak beri tu kita rasa berat dan pedih sebab aku usaha penat2 nak bagi orang senang2 je kan.

Yup memang itu akan berlaku pada setiap manusia bila dia rasa tu hasil dari usaha dia. Bukannya dari Allah. Akan lalui penyakit hati ni.

Kita akan ikhlas dan rela hati nak bagi pada orang adalah bila kita rasa kita ni wakil yang menyampaikan bagi pihak Allah. Wakil hulurkan duit pada manusia sekeliling kita. Bantuan untuk orang tapi Allah pilih kita untuk sampaikan.
Rezeki kita sedang lebih besar menanti jika kita lulus test ni. Allah beri hadiah nanti. 😊 Allah tu kaya. Tak berkurang sikit pun KekayaanNYA. Kita je rasa berkurang bila memberi. Takut habis. Padahal. Rezeki dari Allah tu tak pernah habis-habis sampai kita mati.
.
Keadaan macam ni ambik masa sebab berperang dengan keikhlasan dan iblis. Jadi kita kena sentiasa muhasabah dan set mind tu. Sangka baik. Allah mengikut sangkaan hamba. Bergantunglah pada Allah dan bukannya pada harta tu. In shaa Allah lepas dan lulus ujian.

"Orang beriman ialah apabila ia merasa CUKUP."
.
.
Nora Yusof
#Penulis_FTR

#daieFTR #lubukipoh #kaksitisado
Kan dah pesan, dapat banyak syukur, dapat sikit kena syukur, tak dapat langsung pun lagi patut syukur.
.
.
Kalau dah time miskin ni tak reti syukur, macam mana Allah nak bagi banyak duk mengeluh je kejenya. 😯
.
Tak payah lah terikut-rikut orang yang buat ribu-ribu sebulan, puluh ribu sebulan.
.
Orang nampak kita miskin biarlah dia. Hakikatnya kita memang miskin pun. Semua Allah punya je bagi pinjam. Diorang bukan tau apa. Jangan nampak miskin di mata Allah sudahlah.
.
Hat penting rasa syukur tu capai tak level ratusan ribu kesyukuran?
.
Lupa ada kaki tangan sihat afiat tu jugak rezeki. Duk ingat duit je rezeki. Hmmm.
.
Duit tu alat tuk dapat rezeki. 😯
.
Uji sikit lupa diri.
.
Sila betulkan semula ya.
.
Sebab tu ada saya untuk ingatkan awak. Kikiki
Ingat tanda sayang. πŸ˜‚
Nora Yusof
#Penulis_FTR
Kan dah pesan, dapat banyak syukur, dapat sikit kena syukur, tak dapat langsung pun lagi patut syukur.
.
Kalau dah time miskin ni tak reti syukur, macam mana Allah nak bagi banyak duk mengeluh je kejenya. 😯
.
Tak payah lah terikut-rikut orang yang buat ribu-ribu sebulan, puluh ribu sebulan.
.
Orang nampak kita miskin biarlah dia. Hakikatnya kita memang miskin pun. Semua Allah punya je bagi pinjam. Diorang bukan tau apa. Jangan nampak miskin di mata Allah sudahlah.
.
Hat penting rasa syukur tu capai tak level ratusan ribu kesyukuran?
.
Lupa ada kaki tangan sihat afiat tu jugak rezeki. Duk ingat duit je rezeki. Hmmm.
.
Duit tu alat tuk dapat rezeki. 😯
.
Uji sikit lupa diri.
.
Sila betulkan semula ya.
.
Sebab tu ada saya untuk ingatkan awak. Kikiki
Ingat tanda sayang. πŸ˜‚
Nora Yusof
#Penulis_FTR
TERGESA-GESA :3
=====
.
.
Ketika anda berdoa seusai solat...
Dahulukan dengan zikir puji-pujian
kemudian berdoalah bersungguh-sungguh dan jangan sesekali tergesa-gesa.
.
.
Tenangkan diri sebentar sebelum berdoa. Antara sebab doa tak dimakbulkan ialah KITA TERGESA-GESA (nak cepat)
.
.
Kerana tergesa-gesa itu adalah sifat IBLIS.
Jadi jika kita tergesa-gesa sama genglah kita dengan IBLIS ni. :3

.
.
Begitu juga dengan setiap bacaan dalam solat, perlahan-lahan dan biarkan teratur susunan bacaan tidak laju dan cepat. Tidak perlu tergesa-gesa dan kelam kabut.
:)

.
Semoga bermanfaat dan solat kita semua berkualiti diterima ALLAH.
aamiin YA ALLAH.
.

Nora Yusof.
#PenulisEbook
#FormulaTarikRezeki
#daieFTR #lubukipoh #kaksitisado
2025/10/23 06:59:20
Back to Top
HTML Embed Code: