Telegram Web Link
Bersangka baik ?

Masih ramai yang menggesa agar kita bersangka baik dengan negara-negara Arab termasuklah yang telah dan akan bernormalisasi dengan Israel.

Negara Arab yang pertama mengiktiraf Israel ialah Mesir (1980) dan diikuti oleh Jordan (1994). Ini diikuti oleh Bahrain, UAE, Maghribi dan Sudan pada 2020.

USA dan Arab Saudi telah pun mengumumkan bahawa peperangan yang berlaku di Gaza tidak akan mengganggu-gugat hubungan masa depan di antara Arab Saudi dan Israel.

Bukan ini yang dimahukan atau yang didoakan oleh umat Islam terhadap kepimpinan Arab Saudi tetapi satu demi satu memperlihatkan kerosakan ini berlaku dan dilakukan secara terbuka.

Foto : Sebahagian rakyat UAE yang menyambut baik normalisasi dengan Israel.

Di UAE kini ada segala-galanya yang diinginkan oleh Israel & AS.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sultan Haitham Bin Tariq, Sultan Oman tidak mahu bersalaman dengan Emir United Arab Emirates kerana beliau bersekutu dengan Israel.

Sesiapa yang menzalimi saudara-saudaranya di kalangan orang Islam dan enggan menolong agama Islam, maka dia tidak layak disalami dan mengotorkan tangan kita dari orang yang memusuhi Islam kerana tidak membela maruah kesucian Islam.
Mahasiswa Ireland dan Switzerland bantah kekejaman Israel.

Mahasiswa Trinity College of Dublin di Ireland dan Lausanne University di Switzerland menyertai rakan-rakan mahasiswa AS dengan berkhemah di kampus universiti masing-masing bagi menzahirkan solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin yang dizalimi.

Student Union of TCD telah didenda sebanyak ยฃ 214k Euro / $ 230k oleh pihak University (TCD) kerana demonstrasi sejak beberapa bulan lalu telah menjejaskan pendapatan TCD ini.

Zainur Rashid Z

https://www.tg-me.com/zainurrashid

https://english.almayadeen.net/news/politics/irish--swiss-students-launch-campaign-in-solidarity-with-pal
Palestin, sebelum peristiwa Nakbah (malapetaka hitam) 1948.
Dunia hanya turuti arahan Dajjal

Gambar udara sejumlah besar trak sarat dengan bantuan berlonggok di hadapan persimpangan Rafah di sebelah Mesir, menunggu untuk dibenarkan memasuki Semenanjung Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
www.tg-me.com/duniapalestin
"You can cut all the flowers but you cannot keep spring from coming."

- Pablo Neruda
Free Palestine ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
TAHNIAH

Dua buku terbitan IRIS Institute, Penchinaan Malaysia dan Fast Tracking Politics kini di Yale University Library.

Pautan:
https://search.library.yale.edu/catalog/14877940
https://search.library.yale.edu/catalog/16298999

Dapatkan buku IRIS : https://my.shp.ee/GnSgLJR
#alleyesonrafah
แ–ดแ–‡แ—ดแ—ด แ‘ญแ—ฉแ’ชแ—ดSTIแ‘Žแ—ด ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
We will NEVER stop sharing๐Ÿ˜ข
We will Never forget ๐Ÿ’”
Hilang sudah maruah negara-negara Islam dan Arab

Israel berterusan menyasarkan kawasan berpenduduk padat di Rafah, mengakibatkan kematian berpuluh-puluh orang awam Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
#Tragedi - Yayasan Ikhlas Ipoh telah hadir menziarahi keluarga arwah adik Muhammad Haffizie bin Mohamad Isa, 15, setelah mendapat perkhabaran berita kematian arwah yang juga merupakan pelajar Kelas Moh Mengaji di Tapah yang dikendalikan oleh sukarelawan Yayasan Ikhlas Ipoh, Ustaz Muttaqin.

Ketika En Muhammad Isa iaitu ayah kepada arwah adik Haffizie ditemui, beliau menceritakan detik hitam tragedi yang menimpa anaknya itu berpunca akibat lemas ketika memancing bersama rakannya.

Arwah adik Haffizie merupakan anak sulung daripada 3 beradik dan sering membantu ayahnya melakukan kerja kampung sekiranya cuti sekolah.

Arwah juga sangat aktif mengikuti Kelas Moh Mengaji yang dijalankan secara percuma khusus untuk anak-anak asnaf dan masyarakat Komuniti Orang Asli di Tapah.

Pemergian arwah ini satu kehilangan besar buat keluarga dan mari kita sama-sama mendoakan arwah adik Haffizie ini ditempatkan bersama orang yang beriman.

Al Fatihah

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
๐—จ๐— ๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—›๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ก๐—š ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—” ๐—–๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—”

Daripada Thawban RA, Rasulullah SAW bersabda:

ูŠููˆุดููƒู ุงู„ุฃูู…ูŽู…ู ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุฏูŽุงุนูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูƒูŽู…ูŽุง ุชูŽุฏูŽุงุนูŽู‰ ุงู„ุฃูŽูƒูŽู„ูŽุฉู ุฅูู„ูŽู‰ ู‚ูŽุตู’ุนูŽุชูู‡ูŽุงโ€Œ‏"‏ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงุฆูู„ูŒ ูˆูŽู…ูู†ู’ ู‚ูู„ู‘ูŽุฉู ู†ูŽุญู’ู†ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ู‚ูŽุงู„ูŽ ‏"ุจูŽู„ู’ ุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ูƒูŽุซููŠุฑูŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุบูุซูŽุงุกูŒ ูƒูŽุบูุซูŽุงุกู ุงู„ุณู‘ูŽูŠู’ู„ู ูˆูŽู„ูŽูŠูŽู†ู’ุฒูุนูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ุตูุฏููˆุฑู ุนูŽุฏููˆู‘ููƒูู…ู ุงู„ู’ู…ูŽู‡ูŽุงุจูŽุฉูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽูŠูŽู‚ู’ุฐูููŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠ ู‚ูู„ููˆุจููƒูู…ู ุงู„ู’ูˆูŽู‡ูŽู†ูŽ‏"โ€Œ‏ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงุฆูู„ูŒ ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽุง ุงู„ู’ูˆูŽู‡ูŽู†ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ‏"‏ุญูุจู‘ู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽูƒูŽุฑูŽุงู‡ููŠูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู‏

โ€œUmat-umat lain akan mengelilingi kamu (iaitu musuh-musuh Islam akan menyerbu untuk membinasakan kamu) sepertimana mereka yang pelahap mengelilingi hidangan yang lazat.โ€

Maka seseorang bertanya, adakah jumlah kita pada masa itu sedikit?

Jawab Rasulullah SAW: โ€œTidak, bahkan jumlah kamu ramai, tetapi kamu seperti buih air bah yang banyak. Dan sesungguhnya Allah mencabut kehebatan kamu yang ada di dalam hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahan.

Lalu seseorang bertanya, apakah al-wahan itu, wahai Rasulullah?

Jawab Rasulullah: โ€œCintakan dunia dan bencikan mati.โ€ (HR Abu Daud)

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
www.tg-me.com/duniapalestin
#seikhlasjumaat |

๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ KORBAN UNTUK SAUDARA DI KEMBOJA

Di Kemboja, saudara sebangsa seagama kita iaitu Melayu Champa berjumlah 236,000 orang.

Mereka merupakan minoriti di salah satu negara termiskin dunia, dengan purata pendapatan RM4 sehari atau hanya RM120 sebulan ๐Ÿ˜”

Untuk saudara kita di Kemboja, menjamah daging adalah satu rahmat yang besar untuk mereka.

Kerana dengan pendapatan serendah RM4 sehari, harga daging terlalu mahal untuk mereka yang hidup dalam kemiskinan.

Justeru, Ibadah Korban anda bakal menjadi hadiah terbaik buat saudara di sana ketika Aidiladha โค๏ธ

====================

Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.
(Hadis Riwayat Ahmad & Ibn Majah)

โœ… Jom sertai ibadah korban di Kemboja bersama Korban Ikhlas

๐Ÿ‡ฐ๐Ÿ‡ญ Korban Kemboja
- RM450/bahagian
- Ansuran RM225 Mei & Jun

โค๏ธ Anda juga boleh menyumbang untuk Tabung Korban RM10 atau seikhlas hati untuk pengurusan ibadah korban


1๏ธโƒฃ Salurkan Korban anda ke akaun

Pertubuhan Korban Ikhlas
Bank Rakyat | 1202 9010 1951 99
Ref: Korban 2024

2๏ธโƒฃ PENTINGโ—๏ธ Daftarkan Korban Ikhlas anda dengan menghantarkan resit transaksi sumbangan anda ke whatsapp En Shahrul Nazir:
+601159586763

ATAU

๐Ÿ‘‰ Terus daftar di link berikut:
https://korban.online/Jom-Korban
https://korban.online/Jom-Korban

Yayasan Ikhlas
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda
Forwarded from Korban Ikhlas
โ€ผ๏ธPEMAKLUMAN AKAUN RASMI PERTUBUHAN KORBAN IKHLASโ€ผ๏ธ

Untuk makluman semua, segala urusan berkaitan korban secara atas talian dan juga pembayaran melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) di bawah Korban Ikhlas adalah menggunakan akaun bank rasmi yang berikut :

๐Ÿ“ŒPemilik akaun : PERTUBUHAN KORBAN IKHLAS
๐Ÿ“ŒNo akaun : 1202 9010 0951 99 (BANK ISLAM)

P/s : Pastikan anda membuat urusan korban dan akikah melalui akaun bank rasmi ini sahaja bagi mengelakkan sebarang aktiviti penipuan atas talian

Nak daftar korban? Layari pautan di bawah๐Ÿ‘‡๐Ÿป
๐Ÿ”— https://bit.ly/Korban24

Atau hubungi nombor di bawah melalui Whatsapp untuk pertanyaan:
๐Ÿ”— https://wa.me/60378906086
Pakaiannya ditanggalkan, kedua-dua tangannya diikat, matanya ditutup dan dibiarkan dalam kesejukan untuk menyiksanya sebelum menantikan saat dibunuh, entah dengan senjata apa pula agaknya.

Pemimpin Dunia Barat dan Timur, hanya mampu melihat.

Paling kuat, sekadar memberikan kritikan tanpa tindakan untuk mampu memberikan kesan kepada regim Dajjal zionis Israel yang didokongi AS dan kuasa besar.
#seikhlasjumaat | โ€œSiapa sahaja yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid dan mendahulukan amalan itu daripada perkara lain, maka Allah s.a.w akan menyediakan untuknya jamuan daripada dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang itu.โ€

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-

Walaupun sedikit, sumbangan anda memberi sinar harapan kepada yang memerlukan. Mari bersama-sama kita menebarkan kebaikan, menerangi jalan mereka dengan kasih sayang dan kepedulian.

Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228
Ref: Tabung Masjid

Atau klik: yikhlas.fund/tabungmasjid

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Situasi di Rafah di Gaza semakin teruk kerana lebih 1.4 juta rakyat Palestin (1 juta daripadanya kehilangan tempat tinggal selepas melarikan diri dari serangan Israel di bahagian lain) kini terperangkap di bandar paling selatan Gaza dan tiada tempat untuk dituju.

Ketika Israel merampas sempadan Rafah yang melintasi Mesir (talian hayat penting untuk bantuan menyelamatkan nyawa) dan meningkatkan serangan ke atas selatan Gaza, krisis kemanusiaan berubah menjadi malapetaka dan serangan Israel yang menyasarkan kawasan perumahan di Rafah mengakibatkan korban awam yang besar, termasuk wanita dan kanak-kanak, seperti yang dilaporkan oleh PBB.

Sumber: TRT World
www.tg-me.com/duniapalestin
2024/05/29 05:04:39
Back to Top
HTML Embed Code: