Telegram Web Link
Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Photo
Tips kewangan paling ampuh | Hidup dan berbelanja di bawah kemampuan sebenar.

- Beli kereta second hand, walaupun mampu beli kereta baru.
- Beli Bezza, walaupun mampu beli Honda.
- Beli Honda, walaupun mampu beli Mustang.
- Beli Alza, walaupun mampu beli Estima.
- Beli Estima, walaupun mampu beli Alphard.
- Recylce baju raya, walaupun mampu beli tiap-tiap tahun.
-Makan di restoran kaki lima, walaupun mampu makan di hotel 5 bintang.
- Makan burger tepi jalan, walaupun mampu makan burger McD.
- Beli rumah teres, walaupun mampu beli banglo.
- Beli apartmen, walaupun mampu beli rumah teres.
- Kahwin seorang sahaja, walaupun mampu poligami

(Yang last baru tambah, lepas baca komen)

“Eh, nanti apa orang kata?”

“Elleh, kedekut!”

“Takkan pakai kereta ni je?”

Biarlah apa orang kata.

Bukan meraka yang tanggung hutang.

Bukan mereka pun yang bayar ansuran kita.

Bukan mereka pun yang kena hadap kalau hujung bulan kita sengkek.

Percayalah, buat apa sahaja pasti akan ada orang mengata.

Buat baik pun akan ada orang benci.

Buat jahat pun akan ada orang sokong.
Alhamdulillah. Anak bongsu lahir di PBAKL 2024
Pemilik Vellfie dan Alphard pun ramai yang nak jual kereta mereka.

Apa maknanya?

Boleh komen di https://www.facebook.com/share/p/Bj8d6cJUyiZDfg4c/?mibextid=oFDknk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Selama ini hanya tengok pomen buat, nampak senang sahaja.

Tapi apabila buat sendiri, baru tahu betapa susahnya.

Ia pengalaman berharga sekiranya berlaku kecemasan tayar bocor lagi akan datang dan jauh daripada bengkel atau bengkel tutup.

Ini video penggunaan bendalah ini.

Beli sini s.shopee.com.my/4AeDyuRivR
Tahniah dan syabas kepada calon peperiksaan SPM 2023 yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, yang gagal teruskan usaha.

"..Jangan biarkan hidup anda ditentukan oleh sekeping sijil.."

INFAQ Consultancy
“Plan Your Wealth, Change Your Life”
“Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan”
Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Photo
Jangan mudah terpengaruh jika ada yang mempromosi pelaburan saham sehari boleh dapat 10%, 100%, 300%.

Bukan nak kata ia scam, tapi saya nak beritahu ia BUKAN PELABURAN SAHAM. Itu ialah PERDAGANGAN saham. Atau disebut sebagai trading.

Nampak macam sama, tapi cara berbeza.

Analogi mudah, tengok contoh di bawah.

Kalau kita beli durian dari peraih, kemudian kita jual, maka kita adalah peniaga durian. Kita boleh dapat untung hari-hari. Atau kita terus beli direct dari pengusaha ladang durian.

Selalunya jika dari KL, kita cari durian di Bentong, Pahang. Mungkin nak kena beli dari banyak pengusaha pengusaha ladang durian.

Kita kena bergerak aktif untuk cari durian daripada peraih atau peladang untuk dapat kos paling rendah, kemudian kita cari lokasi strategik untuk buka khemah, dan jual.

Lepas beli durian di Bentong, kita pun balik KL untuk jual pula durian tadi. Jika lokasi bagus, cuaca baik, hari gaji, kita ada peluang jana keuntungan tinggi. Tapi jika hujan lebat, tengah bulan, hari cuti, keuntungan akan berkurangan.

Analogi di atas, ialah aktiviti PERDAGANGAN saham.

Bagaimana pula dengan aktiviti PELABURAN saham? Baca pula contoh di bawah, saya gunakan analogi DURIAN yang sama.

Kalau kita cari benih durian, kemudian kita tanam untuk dapat hasil, maka kita adalah pengusaha durian. Kalau kita buka ladang besar-besar untuk mengusahakan duri, maka kita jadi peladang.

Kerja peladang durian berbeza dengan peniaga durian. Kita akan cari bermula dari benih durian, kemudian tanam, kemudian semai, baja, siram dan jaga ladang dan tanaman sampai ia membesar dan menghasilkan buah. Ada tempoh masa tertentu untuk tanaman kita itu mendapat hasilnya.

Ok, dah boleh beza?

Yang melabur, kita panggil pelabur atau investor.
Manakala yang berdagang, kita panggil pedagang atau trader.

Dua-dua pun penting untuk kelestarian bursa.

Ada orang suka jadi pelabur. Ada orang suka jadi pedagang. Pucuk pangkal, kena ada ilmu.

Sama macam durian tadi, kena ada pengusaha durian barulah ada peniaga durian. Kalau ada pengusaha sahaja, tapi tak ada peniaga, bagaimana durian nak sampai kepada pembeli durian? Begitu juga kalau tak ada pengusaha durian, bagaimana peniaga nak cari durian?

Nak berniaga pun kena ilmu, nak bercucuk tanam pun perlu ilmu. Tapi ilmu berbeza. Ilmu berniaga tak sama dengan ilmu buka ladang. Komitmen dan risiko pun berbeza-beza.

Orang yang bercucuk tanam tak perlu tunggu depan pokok untuk tengok durian berbuah. Tak macam peniaga, dia kena ada depan khemah longgokan durian untuk urusan jual beli dengan pelanggan. Kalau peniaga tak ada dekat tempat jual durian, ada risiko durian kena curi atau pelanggan lari.

Orang yang berdagang durian, boleh keluar modal sebelah pagi untuk beli dari peraih di Bentong, kemudian balik KL jual dan dapat untung pada petangnya.

Berbeza dengan orang yang baru buka ladang durian, takkan tanam benih hari ini, nak dapat buah durian esok pagi?

Takkan kahwin hari ini dapat anak esok? Eh?

Sebelum melabur atau berdagang, perlu ada asas kewangan yang kukuh. Belajar ilmu urus wang dalam Akademi Bijak Merancang Wang di www.akademibmw.my

#AkademiBMW
https://www.facebook.com/theafyanifp

Tolong follow page back up ini.

Nama tu sebab nak bezakan dgn page n profil sedia ada. Kalau guna Afyan 2, dah mainstream sangat. Hahaha!
Tip RM | Psikologi Kewangan

Kebanyakan orang yang hidupnya kesempitan wang kerana dalam mindanya negatif terhadap wang.

"Wang bukan segala-galanya"

"Wang punca kejahatan"

"Wang banyak pun bukan boleh dibawa ke kubur"

Bertanggapan buruk terhadap wang, tidak salah sama sekali.

Tidak berdosa pun.

Tapi dengan tanggapan-tanggapan negatif ini, maka secara separa sedar, minda akan menjauhkan kita daripada memiliki banyak wang.

Kenapa tidak ia ditukar kepada yang lebih positif:

"Wang boleh membahagiakan diri sendiri dan kita boleh bahagiakan orang lain"

"Wang boleh membantu orang yang kesempitan"

"Wang adalah amanah Allah"

"Banyak perkara baik dapat dibuat apabila byk wang"

"Lagi banyak wang, lagi banyak zakat boleh dikeluarkan dan lagi asnaf dpt dibantu"
Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Photo
Inilah masalah orang kita.

Asal mahal je riba.

Asal riba je mahal.

Sebab itu mereka kata perbankan Islam haram sebab pada logik mereka "mahal itu riba".

Walhal riba boleh berlaku walaupun "murah".

Tapi sebenarnya tak pelik, sebab pernah berlaku zaman Nabi Muhammad dahulu.

Orang Yahudi zaman Nabi Muhammad dahulu pernah menganggap bahawa:
"Sama sahaja riba dan jual beli".

Sebab mereka tak faham kenapa riba diharamkan. Mereka nampak sama sahaja kesan akhir riba dan jual beli.

Sama macam bangsa anti bank Islam hari ini mengatakan bahawa sama sahaja jual beli di perbankan Islam dengan riba di perbankan konvensional.

Malah Allah menempelak golongan sebegitu dengan ayat Quran Surah al-Baqarah, ayat 275 yg bermaksud:
“Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”

Tak ada satu dalil Quran dan hadith pun yang mengaitkan mahal atau murah dengan riba.

Kalau ada mana-mana bangsa anti bank Islam dapat berikan dalil Quran dan hadith yang mengatakan bahawa mahal itu riba, saya bagi RM100 bagi setiap dalil dikemukakan.
TIP RM | Berjimat ketika banyak, bukan ketika sedikit.

Cermat berbelanja ketika duit banyak barulah dikatakan berjimat. Bukanlah berjimat namanya sekiranya cermat berbelanja ketika wang sedikit.

Sebagai contoh, ketika minggu gaji kita berbelanja besar dan kemudian di hujung bulan ketika wang gaji semakin habis, kita berdikit-dikit berbelanja - ini tidak dikira sebagai berjimat kerana memang duit sudah tinggal sikit.

Ketika duit dalam bank ada RM1,000 kita belanja RM100 sekali makan, dan ketika duit ada RM10, kita berbelanja RM1 (Maggi) sekali makan - ini bukan berjimat. Ini terdesak!

Belajar urus kewangan di www.akademibmw.my
Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Photo
Rugi kalau dah bertahun-tahun kerja tapi susah nak menyimpan.

Bang, menyimpan ni sebenarnya kerja kewangan yang paling asas. Kalau dalam piramid kewangan, bab inilah akan jadi tapak paling bawah.

Dan kalau cakap pasal tapak, benda ini sepatutnya kukuh dan kuat.

Tapi kalau dah 10 tahun bekerja dan RM1,000 pun susah betul nak simpan, itu memang satu benda yang tak patutlah.

Sebenarnya kawan, kalau kita buat satu-satu perkara dengan menggunakan satu strategi dan strategi itu TIDAK mendatangkan hasil, ubahlah strategi.

Kalau dalam bab asas menyimpan ni kita boleh dapatkan macam-macam testimoni dan feedback masyarat yang telah mengubah cara mereka menyimpan iaitu dengan membeli dan mengumpul emas.

Saya dulu pun skeptikal juga.

Semua benda kena beli emas.

Nak melabur kena beli emas

Nak menyimpan pun emas.

Haishh!

Tapi terus terang cakap, cara ini memang berhasil kalau kita betul-betul tahu cara dan seninya.

Macam mana nak tahu?

Macam biasa, mestilah ada ilmu!

Kalau ada kawan-kawan yang ada pengalaman dengan emas, marilah kongsikan diruangan komen.

Kita sama-sama belajar.

Kami nak jemput anda untuk sertai 'Circle Penyimpan Emas' bersama Team INFAQ Gold Group.

Kami adalah empayar kedua terbaik tahun 2023 walaupun baru lima mempromosi dan memperkenalkan emas kepada masyarat secara serius pada tahun tersebut.

Tahun ini kami sasarkan nak ajak 1,000 orang untuk bersama-sama kami.

Jadikan diri anda sebahagian daripada detik bersejarah ini.

Daftar 100% percuma, selepas daftar anda akan diberikan empat eBook percuma dan terus dijemput masuk ke dalam Group WhatsApp yang yang memang premium.

Daftar di sini:
https://infaq.my/gold

Untuk tahun serba sedikit info, boleh klik di sini:
https://infaq.my/gold
Channel Afyan Mat Rawi, IFP
Photo
Ada seorang rakan bertanya, dia baru sahaja mempunyai kesedaran utk mengurus kewangan dengan betul dan meminta nasihat saya.

Ini intipati respon saya;

Saya ibaratkan beliau sepeti org yang baru “bertaubat”, jadi perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyesali perbuatan lampau spt pembaziran, pemborosan dan sebagainya.

Kemudian saya sarankan beliau membaca buku-buku perancangan kewangan dengan satu nasihat;

“Membaca buku perancangan kewangan umpama membaca buku peta.
2 Perkara awal yang perlu dilakukan ialah;

1. Kita perlu tahu di mana kita berada, dan
2. Kita perlu tahu ke mana kita hendak pergi”

Untuk perkara pertama, kita perlu tahu di mana kita berada dengan cara kita menjejak aliran tunai dan nilai aset bersih kewangan kita.

Perkara kedua pula ialah meletakkan matlamat kewangan kita secara spesifik yang mengandungi maklumat asas iaitu tempoh masa dan jumlah aset atau kewangan yang diperlukan.

Selepas membuat perkara-perkara di atas, seterusnya baru kita boleh memilih “jalan” di atas “peta kewangan” kita.

Dalam www.akademibmw.my ada ditunjukkan dengan detail.
Ada sesiapa ke PBKL hari ni?

Jemput join sesi saya jam 3 ptg di Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4 WTC
2024/06/01 02:25:29
Back to Top
HTML Embed Code: