Manusia tak nampak setiap malam kita menangis mengadu pada Tuhan,
Yang mereka nampak kita gagah dan kuat tanpa dilanda kedukaan,

Manusia tak nampak hati kita retak berselerak,
Yang mereka nampak kita bahagia tanpa secalit derita,

Manusia tak nampak berapa banyak luka yang telah kita balut,
Yang mereka nampak hati kita senang dan gembira tanpa ada serabut,

Manusia tak nampak bagaimana kita cuba bersabar dan bertahan,
Yang mereka nampak kita bebas dari penjara ujian dan dugaan,

Kerana manusia tak nampak apa yang tersingkap di balik hati.
Yang mereka lihat cuma yang terpampang di depan mata.

Untuk hati yang sedang remuk dan terluka kerana ujian dunia,
Bersabarlah. Nikmatilah ujian itu.
Suatu saat, Allah akan angkat kembali dugaanmu itu.

-BingkisanHati-
Telegram : @BWQuotes
Hindarilah diri dari menjadi manusia yang apabila bercakap selalu membesarkan diri sendiri dan memandang kecil terhadap kehidupan orang lain.

Kita tidak pernah tahu dalam kehidupan seseorang,
Mungkin mereka sudah berjuang sehabis daya,
Untuk sampai ke tahap itu

Kita tidak pernah tahu, sakit dan tangis mereka dalam heningan malam

Telegram: @BWQuotes
Pernah tak?

Kadang rasa nak lari jauh2
Nk jauh dari dunia ni
Nk keluar dari semua masalah ni

Berkali-kali jatuh tersungkur
Berkali-kali air mata jatuh
Berkali-kali tersepit sendirian

Kadang sampai kering air mata
Menahan peritnya dunia
Lalu kau mengadu pada Tuhan

Allahu.. rupaya ini semua ujian tanda Allah sayang, tanda Allah merindui rintihan kita mengadu padanya

Aku masih punya Tuhan yang satu :') untuk ceritakan semua masalah

Selamat Malam
Telegram : @BWQuotes
Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan

Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit di masa lalu :')

Ayuhhh bangun!

Telegram : @BWQuotes
Carilah hatimu di tiga tempat.

Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran .

Jika tidak kau temui,

carilah hatimu ketika solat.

jika tidak kau temui juga,

carilah hatimu ketika bertafakur mengingati mati.

Jika tidak kau temui juga,

maka berdoalah dengan Allah.

Pinta lah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu tidak mempunyai hati."

Pesan Imam al-Ghazali.
Hancurnya hati, ada banyak sebab disebalik yang terjadi.

Andainya kita tahu apa yang Tuhan ganti nanti, andainya kita tahu rencana Tuhan di esok hari, pasti kita tidak menolak dan menafikan soal hati yang teruji.

Tuhan suka kita berdoa.
Kita kecewa tapi bukan untuk selamanya.

Telegram : @BWQuotes
Kita sedih. Kita kecewa. Tapi ada juga hal yang buat kita gembira walaupun hal kecil saja.

Sekarang kita pilih. Nak ukir senyum atau nak sedih?

Sahabat, kita tak boleh pilih takdir. Tapi kita boleh pilih apa yang kita nak fikir. Jadi, pilihlah untuk gembira dan bersyukur.

Telegram : @BWQuotes
Masalah yang berat, Allah akan menjadikannya ringan dan kerana itu Allah memberi kita keupayaan untuk sedia bertahan.

Terbukti sampai ke hari ini, kita dapat rasa dan nampak bagaimana diri kita terbentuk melalui ujian yang kita hadapi.

Sebab kita mampu hadapi ujian itu

Telegram : @BWQuotes
SURAT PERPISAHAN DARI AKU YANG BERNAMA RAMADHAN

Saudaraku,
Aku akan pulang...

Sudah di 20 hari aku bertamu namun seringkali aku ditinggal sendirian..

Walau sering dikatakan istimewa namun perlakuanmu tak luar biasa..

Al-quran hanya dibaca sekilas, kalah dengan update status smartphone dan tontonan.

Solat tak lebih khusyuk, kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran..

Tak banyak kau minta ampunan, kerana sibuk menumpuk harta demi bonus dan belanja raya..

Malam dan siang mu tak banyak dipakai berbuat kebajikan, kalah dengan bisnes yang sedang untung di saat Ramadhan..

Tak pula banyak kau bersedekah, kerana khuatir tak cukup buat lebaran dan cuti nanti..

Saudaraku, aku seperti tetamu yang tak diharapkan. Hingga, sepertinya tak kan menyesal kau kutinggalkan..

Padahal aku datang dengan kemuliaan, seharusnya tak pulang dengan kesiaan..

Percayalah, Aku pulang belum tentu kan kembali datang..
Sehingga seharusnya kau menyesal telah melantarkanku..

Masih ada beberapa hari kita bersama,
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang..

"Kerana TIDAK ADA JAMINAN umurmu akan bertemu lagi, di Ramadhan yang akan datang".

Yang benar,
Saudaramu
RAMADHAN.

Telegram: @BWQuotes
Silakan share
Kau tahu apa yang jadi kat Palestin sekarang? Mesti rasa heran jugak bila tengok orang tiba-tiba ramai cerita pasal Palestin ni kan?

Meh aku share sikit.

1) Ada sekumpulan penduduk #SheikhJarrah dihalau secara paksa oleh tentera Zionis walhal itu tanah diorang.

2) Orang Palestin rasa marah, dan pakat berkumpul ramai² terawih di Masjidil Aqsa. Kat sana ada ucapan, laungan semangat yang kutuk apa yang laknatullah tu dah buat.

3) Zionis triggered. Dia pergi tangkap, gunakan kekerasan (gas pemedih mata, bom asap, rubber bullet) untuk suraikan orang kat masjid al-Aqsa. Siap buat sekatan kat sana.

4) Tapi malam selepas tu makin berbondong orang datang. Laki perempuan, semua turun limpahkan Masjid Al-Aqsa. Padahal dah tahu tentera Zionis tengah jaga kawasan tu.

5) Berlaku serangan lagi daripada Zionis. Masa ni dah ada pemuda² yang kutip batu² simpan dalam masjid. So dia jadi tentera vs orang awam, bukan tentera vs tentera.

6) Bila makin ramai orang awam dah cedera sebab pertempuran dengan Zionis, ramai jugak yang kena tahan, baru Hamas officially masuk gelanggang.

7) Abu Ubaidah (jurucakap Hamas) buat press conference, secara gentleman umum, kalau taknak kitorang serang kau, better kau keluar daripada al-Aqsa & Sheikh Jarrah, kemudian bebaskan tahanan.

8) Hamas siap bagi masa sampai 6 petang (waktu sana). Yang macam ni baru betul steady, bagi time. Bukan macam pengecut serang curi.

9) Hamas melalui Bridget Al-Qassam mula lancarkan roket jarak jauh setelah tuntutan mereka tak dipenuhi, malah tekanan kepada orang awam di masjid al-Aqsa juga tak berkurang. Siap ada cubaan bakar lagi.

10) Israel ni walaupun ada teknologi penangkis peluru berpandu, tapi cuak jugak. Depa bunyikan siren² amaran. Bertempiaran orang lari cari port selamat.

11) Sekurang²nya 10 peluru berpandu dilancarkan daripada Gaza, kalau ikut laporan last Hamas 'menyerang' ni masa 2014.

12) Tapi tak semua pun kena kat sana, sebab Israel ni kalau bab teknologi ketenteraan ni diorang kira advance jugak, ada peluru pemintas (intercept) yang gagalkan peluru berpandu al-Qassam.

13) Media Israel lapor, yang penduduk diorang lari macam anak ayam hilang mak masa siren berbunyi. Ada la video meniarap apa semua kat tepi tembok. Boleh usha sendiri kat #IsraelUnderAttack.

14) Tapi naratif yang media diorang bawak mengarut. Konon² Hamas yang serang dulu. Padahal kalau betul Hamas nak attack kau, tak payahlah bersungguh buat press conference - terus lancar roket, biar runtuh rumah kau macam kau letupkan rumah kat Gaza tu.

15) Jet pejuang Zionis mula mengebom kawasan² perumahan awam & ladang² pertanian Palestin.

16) Pertembungan berlaku seharian, makin banyak tempat di kedua² belah Israel & Palestin terkesan. Sampai ke esoknya, Mesir nak jadi orang tengah untuk gencatan senjata.

17) Hamas respon, dengan syarat asalkan Zionis penuhi tuntutan mereka, pulangkan apa yang dirampas & keluar daripada al-Aqsa.

18) Zionis acah power, diorang kata kali ini akan hancurkan Hamas sampai habis. Menteri Pertahanan Israel bagitahu Mesir takyah campur tangan.

19) Hamas steady, Bring It ON. Walaupun tengah puasa, motivasi untuk bersahur di dunia berbuka di syurga menyala².

20) Hamas tak berhenti menghantar peluru berpandu ni menyebabkan rakyat Israel makin ketakutan, sebab roket Hamas ni boleh sasar makin jauh. Aktiviti harian tergendala.

21) Iron Dome milik Zionis tu pun dah tak mampu tangkis semua, hinggakan ada peluru berpandu Hamas yang dah berjaya meletus di Israel.

22) Masuk hari kedua berbalas serangan (sebelum ni Hamas tak balas) Zionis mula menggunakan tentera darat menekan rakyat Palestin. Bilangan yang syahid mencecah puluhan dengan ratusan cedera dalam pertempuran batu vs peluru. Ada budak², remaja, wanita.

23) Bukan tu je, kapal-kapal laut Zionis mula di-parking kat tempat² strategik untuk lancarkan roket ke Palestin.

24) Tapi media lapor, Jeneral Zionis menyebut bahawa memasuki Palestin melalui jalan darat adalah satu kesilapan besar.
25) Yelah, kau berlawan dengan orang yang 'nak' mati sedangkan kau takut mati. One on One memang masak la kau.

26) Zionis mula gunakan helikopter & dron dan sasarkan penempatan orang awam. Banyak apartment di Palestin runtuh dibom. Ramai syahid.

27) Hamas gandakan serangan, tapi Iron Dome masih berupaya menghalang sebahagian besar peluru berpandu.

28) Tapi Hamas berjaya bypass sistem pertahanan Iron Dome bila lepaskan peluru secara bertubi-tubi. Banyak kali dalam masa yang singkat.

29) Hasilnya ada media menyebut, bahawa bandar Ashkelon & Ashdod di Israel antara yang terkesan dengan serangan tersebut.

27) Masuk hari ketiga pertempuran, angka kematian yang dilaporkan di pihak Palestin mencecah 25 orang manakalah di pihak Zionis baru 2 orang. Betapa besarnya jurang teknologi ketenteraan ni.

28) Zionis mula gunakan aset simpanan ketenteraan mereka untul terus mengasak Hamas. Mereka percaya bahawa Hamas tak mampu bertahan lama.

29) Jet² pejuang mula memenuhi ruang angkasa Palestin dengan sasaran mereka seterusnya, masih lagi rumah orang (dasar bacul) iaitu Menara Hanadi, menara tempat tinggal terbesar di Gaza.

30) Menara Hanadi ni bangunan 18 tingkat yang dihuni kira-kira 80 keluarga. Media lapor ia 'completely destroyed' selepas serangan bom yang digugurkan oleh jet.

31) Namun tiada nyawa terkorban sebab risikan daripada Hamas yang dah warning penduduk siap².

32) Bridget al-Qassam keluarkan video - bagaimana jika kami berada di langit Tel Aviv, pusat pentadbiran Israel? Kira macam KL or Putrajaya la kalau kat Malaysia ni.

33) Untuk memudahkan pemahaman, Tel Aviv ni mungkin agak jauh la daripada sempadan Gaza, so orang tak expect akan lancarkan serangan ke sana.

33) Tapi sekali lagi gentle, diorang umum akan serang by 9 malam waktu sana, masa MU tengah main jam 1 pagi tadi.

34) Zionis keluarkan kenyataan kerek, Tel Aviv sedia diserang (sebab dia tak percaya kemampuan teknologi roket Hamas la kot).

35) Tepat 9 malam, 130 peluru berpandu dilepaskan serentak ke Tel Aviv.

36) Iron Dome berjaya tangkis sebahagian tapi sebahagian yang lain gagal sebab non-stop attack.

37) Ada laporan cakap beberapa Iron Dome tak berfungsi sebab habis bateri, kita percaya inilah bantuan Allah.

38) Media antarabangsa melaporkan tak pernah melihatkan serangan skala besar sebegini dalam sejarah Israel.

39) Kebakaran besar di Tel Aviv. Baru diorang tahu apa yang orang Palestin rasa.

40) Ada video tular pasal Zionis gelakkan je bila Hamas cakap nak attack Tel Aviv, sekali jatuh peluru depan mata, menggelupur lari.

41) Sementara di al-Aqsa, orang mula membanjiri kawasan tersebut untuk solat terawih berjemaah.

42) Tak tercapai akal kita kan, tengah suasana genting macam tu pun nak gi masjid lagi.

43) Tapi kita takkan faham, sebab diorang betul² rindukan syahid. Mungkin kalau kita kat sana, gali lubang sembunyi la kot. Dengan jet pejuang, helikopter, pelancar roket jarak jauh, tentera di darat lagi.

44) Masjid umum, rapatkan saf kalian, bersabarlah, kita tetap akan untung, samaada menang atau mati syahid.

45) Lapangan terbang Tel Aviv ditutup. Semua orang ketakutan, dan suasana kucar kacir.

46) Selain daripada sasarkan airport, Hamas juga sasarkan tangki minyak Zionis.

47) Sebagai respon, askar Zionis mula merempuh masuk menyerang jemaah di al-Aqsa. Tapi pemuda² Palestin (yang bukan tentera pun) berjaya memberi tentangan sehingga tentera Zionis terpaksa berundur.

48) Pusat janakuasa eletrik Tel Aviv berjaya diserang. Bandar pelabuhan Haifa jugak antara yang turut disasarkan.

49) Berlaku pertempuran di merata tempat, Lod (tempat dalam hadis Nabi Isa akan lawan Dajal), Hebron, Jericho antaranya. Kebakaran dan kemusnahan di mana-mana.

49) Matawang Israel mula merosot.

50) China desak PBB buat persidangan tergempar segera, suruh campurtangan.

51) Sehingga update ini, Israel declare beberapa bandarnya darurat. Dan arahkan rakyatnya untuk berkurung dalam rumah.
(minta maaf kalau ada info tersalah kalau ada sumber yang lebih baik, saya sekadar ikut live coverage di internet. Boleh sekadar baca untuk dapat general idea.) 🙏🏻

Semoga bermanfaat.

#EeIsTyping #SavePalestine #Pray4Gaza

Ps : Nak gi perang etek, dok cukup berani. Harap² tolong update gini pun jadi amal jugok la untuk sampaikan dan beri kesedaran kepada umum.

cc: Izzat Ghazali
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
SELAMAT HARI GURU

Buat Seluruh Warga Pendidik
"Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baru"
2024/05/15 11:15:22
Back to Top
HTML Embed Code: