Telegram Web Link
Kejap itu kejap ini..rakyat, ready jela bila2 pun kerajaan akan laksana. Rasmi tak rasmi, suma itu pasti berlaku.
Kementerian Pendidikan akan tutup mana-mana sekolah jika suhu di kawasan tersebut mencecah 37 darjah celsius selama 3 hari berturut-turut.

Timbalan Menterinya berkata penutupan itu akan dibuat mengikut garis panduan sedia ada yang masih diguna pakai.

Wong Kah Woh turut mengingatkan semua pihak bahawa aktiviti luar bilik darjah akan dihentikan sekiranya suhu melebihi 35 darjah celsius selama 3 hari berturut-turut.

#KPM
#AstroRadioNews
#CuacaPanas
Penyanyi dan pelakon veteran, Datuk Abdul Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 3.43 petang Isnin.
Faisal Halim
Kecederaaan tahap 4 :
Untuk infografik dibawah
T 1 : Lapisan kulit bahagian atas
T 2 : Lapisan kulit atas & kedua (epidermis & dermis)
T 3 : Keseluruhan lapisan kulit & juga saraf menyebabkan rasa kebas
T 4 : Keseluruhan lapisan kulit hingga melibatkan otot & tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit
Kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh.

Melecur tahap 4 adalah kesan kebakaran paling teruk dan dalam, menjejaskan ketiga-tiga lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Kulit mangsa akan menjadi kering, garing dan kemungkinan β€˜masak’.

Kecederaan dialami tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim bukanlah biasa-biasa apabila disimbah cecair oleh dua individu tidak dikenali baru baru ini.

Semoga beliau cepat sembuh dan pesalah dapat di tangkap segera.

- PHM
COVID-19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
Kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh. Melecur tahap 4 adalah kesan kebakaran paling teruk dan dalam, menjejaskan ketiga-tiga lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Kulit mangsa…
π—›π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—š π—žπ—˜π—¦π—˜π—œπ— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘

1. Apa kesan bila tangan kiri tidak berfungsi walaupun masa buat kerja yang tak perlukan tangan kiri?

2. Masa ada, kita tak ambil kisah sangat.

3. Masa takde, baru tahu betapa pentingnya.

4. Kita makan guna tangan kanan. Tak guna tangan kiri.

5. Kita duduk guna badan & punggung. Bersandar di belakang. Tak guna tangan kiri.

6. Tapi saya makan bersepah. Duduk tak balance tak selesa. Berjalan pun tak balance. Walaupun lepas 5 bulan. Walaupun tangan kiri saya sudah banyak boleh bergerak.

7. Rupanya tangan kiri ada fungsi untuk seimbangkan badan. Tanpa kita sedar.

8. Cedera Faisal Halim tahap empat. Kesan sehingga saraf, otot & tulang.

9. Beliau pemain bola. Keseimbangan badan sangat penting.

10. Betapa hancur luluhnya hati kalau tak dapat teruskan kerjaya & minat.

11. Saya tak tengok bola.

12. Tapi kes ini, bergenang-genang air mata saya.

13. Kita boleh cuba memahami. Yang pernah rasa je tahu apa rasanya.

Doakan yang terbaik untuk semua 🀲🏻

Amiin.

Kredit: bukhariramli
Selepas kes dua pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid dan Akhyar Rashid diserang dan disamun, terbaharu bekas kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim pula diserang.

Berita penuh https://www.buletintv3.my/nasional/cermin-kereta-safiq-rahim-pecah-diketuk-dengan-tukul

Buletin TV3
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
8 Mei 2024
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia

Syarikat farmaseutikal global, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph pada Selasa.

Menurut laporan berkenaan, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat tersebut secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."

Permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei, menurut laporan itu, yang menambah bahawa permohonan serupa akan dibuat di United Kingdom dan negara-negara lain yang telah meluluskan vaksin yang akan dikenali sebagai Vaxzevria.

Astro Awani
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
8 Mei 2024
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pelepasan Kumpulan Pertama Jemaah Haji Ke Tanah Suci Musim 2024/1445H

Kumpulan pertama jemaah terdiri daripada 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Keputusan SPM diumumkan 27 Mei

Wartawan MalaysiaGazette

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

https://malaysiagazette.com/2024/05/09/keputusan-spm-diumumkan-27-mei/
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin Covid-19 keluaran gergasi biofarmaseutikal Britain-Sweden, AstraZeneca dalam masa terdekat.

"KKM akan mengeluarkan kenyataan berkaitan AstraZeneca dalam masa terdekat, harap bersabar,” katanya.

Sebelum ini, Agensi Ubat Eropah (EMA) dalam kenyataan awamnya pada 27 Mac 2024 memaklumkan Suruhanjaya Eropah (EC) menarik balik kebenaran pemasaran untuk vaksin dinamakan Vaxzevria, keluaran AstraZeneca di Kesatuan Eropah (EU) pada tarikh yang sama.

Selasa lalu, Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden itu menarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin AstraZeneca boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.

Sumber : Berita Harian
PERLAWANAN SUMBANGSIH DIBATALKAN SELEPAS PENARIKAN DIRI SELANGOR FC

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat, 10 Mei 2024 di Stadium Sultan Ibrahim terpaksa dibatalkan selepas Selangor FC membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan itu.

Keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL sekali gus menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diberikan kemenangan β€˜walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat 3 mata bagi perlawanan Liga Super (LS1).

Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya.

Malaysian Football League
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
9 Mei 2024
PERTUKARAN/BAYARAN BALIK TIKET BAGI PEMEGANG TIKET JDT LWN SELANGOR

Para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang telah membeli tiket untuk perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih yang dibatalkan antara Harimau Selatan dan Selangor FC pada 10 Mei 2024 boleh memilih sama ada mendapatkan pertukaran untuk salah satu daripada dua perlawanan liga di laman kami sendiri yang seterusnya atau bayaran balik.

1. Tiket untuk perlawanan pembukaan boleh digunakan pada Perlawanan 2 atau Perlawanan 4 di mana JDT mengalu-alukan Negeri Sembilan FC (18 Mei) dan Pahang (22 Jun).

2. Bayaran balik harga tiket tidak termasuk bayaran pemprosesan atau caj kad.

Mekanisme pertukaran tiket atau bayaran balik akan diumumkan dalam masa terdekat selepas perbincangan dengan Ticket Hotline.
Tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikekalkan pada 27 Mei ini seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pemilihan tarikh tersebut tidak akan menjejaskan perancangan cuti guru malah akan memberi masa secukupnya buat pelajar lepasan SPM untuk membuat permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT).

Menurutnya, pihaknya mendengar segala pandangan yang dikemukakan semua pihak apatah lagi berkait rapat dengan kesejahteraan guru. β€œSaya tekankan tarikh keputusan pengumuman SPM akan dikekalkan pada 27 haribulan sebagaimana yang telah kita umumkan.

https://www.kosmo.com.my/2024/05/10/keputusan-spm-2023-kekal-27-mei-tak-jejas-cuti-guru/
Kerajaan akan rawat penerima ada kesan sampingan vaksin COVID-19 AstraZeneca

Kerajaan memberi jaminan akan bertanggungjawab merawat penerima vaksin COVID-19 termasuk jenis AstraZeneca jika terbukti mengalami kesan sampingan akibat vaksin berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kerajaan memiliki semua data berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19.

Baca Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1245356/kerajaan-akan-rawat-penerima-ada-kesan-sampingan-vaksin-covid-19

Berita Harian
www.tg-me.com/Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
11 Mei 2024
2024/05/12 15:59:26
Back to Top
HTML Embed Code: