Shopee bagi harga sampai macam ini. Murah sangat ni dah kenapa πŸ˜”
Diam tidak semestinya kalah. Kadangkala diam untuk tidak membesarkan masalah. Diam juga kerana ingin bertenang agar tiada yang terluka kerana kata-kata. Kerana sedar, tidak berbaloi untuk bergaduh kerana hal-hal kecil. Tidak berbaloi kehilangan kamu kerana hal-hal kecil. Tidak berbaloi berlawan mulut kerana hal yang tidak sepatutnya.

- Iddin Ramli
Kata Nabi, yang kuat itu bukan mereka yang mampu mengangkat berkilogram besi. Tapi mereka yang mampu menahan diri daripada marah. Sungguh, sabar itu adalah sifat orang beriman. Diam itu lebih baik kerana marahmu itu tidak akan mengubah apa-apa yang telah berlaku.

- Iddin Ramli
Selalu pesan pada diri,
Selalu ingatkan diri,

Tak semua yang kamu harapkan akan sejalan dengan kehendakmu.

Sekurang-kurangnya kamu hanya terluka kerana perkara itu tidak mengikut kehendakmu. Jangan ditambah lagi dengan luka menaruh harapan.

- Iddin Ramli
Tetap berjuang ya? Sikit saja lagi kamu akan sampai ke tujuanmu.
Bersyukurlah akan hal-hal yang sedikit pasti hal sedikit itu akan terasa cukup.

Bersyukurlah, kerana yang bersyukur itu cuma sedikit. Beruntunglah jika kamu termasuk dalam mereka yang sedikit itu. Mereka yang sedikit itulah yang paling beruntung & tenang di dunia & akhirat.

- Iddin Ramli
Ketika kamu berputus harapan, yang bersamamu itu adalah Tuhan. Dia tahu kamu hampir menyerah. Dia tahu kamu seakan tidak berdaya. Dia tahu kondisimu saat ini seakan lemas dalam masalahmu.

Allah itu terlalu dekat denganmu.

β€œDan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” (Qaaf : 16)

β€œDan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka (jawablah), sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku….” (Al-Baqarah : 186)

Tidak akan dibiarkan kedua tanganmu yang diangkat untuk berdoa, merintih & merayu itu turun dengan tangan yang kosong. Pasti dia akan mendengar segala keluhanmu & menerima setiap permintaanmu.

Merayulah. Kamu itu hamba yang dahagakan kasih-Nya.

- Iddin Ramli
Korang tahu tak? Sekarang iddin tengah buat contest ipad 3x untuk 3 orang. Beli je dekat tiktok atau shopee ya. Nanti dapat borang, scan isi details untuk kita call pemenang dalam live πŸ’ͺ🏼
Tak semua yang berlegar di sosial media itu benar. Jangan dahulukan emosi & nafsu untuk berikan komentar. Kamu tak rugi apa-apa pun jika mengambil keputusan untuk diam.

Antara perkara yang boleh lindung kita dari apa neraka adalah menjaga lidah & lisan.

- Iddin Ramli
Lidah yang kita gunakan untuk membaca Al-Quran ini lidah yang sama kita gunakan untuk mengumpat. Lidah yang kita gunakan untuk berzikir, berselawat ini lidah yang sama kita gunakan untuk membukan aib orang lain, mencaci, memaki & berkata tentang perkara yang tak sepatutnya kita katakan.

Tak akan terlepas setiap patah kata yang keluar dari mulut kita kerana semuanya akan ditanya & dihisab di akhirat.

Tak rugi jika kamu memilih untuk diam dalam banyak perkara yang tiada kena mengena dengan kamu.

- Iddin Ramli
Selalu kamu dipesan agar jangan putus asa. Masih ada harapan selagi kita berusaha. Tapi jika jawapannya sudah kamu tahu, untuk apa lagi berusaha? Usahamu hanya akan mematahkan hatimu. Sedar diri. Ada perkara yang kamu usahakan itu bukan semakin mendekat, tapi semakin menjauh. Kadang kala menyerah kalah juga adalah pilihan terbaik.

- Iddin Ramli
Iddin nak meluah sikit ni.

Korang kalau nak jemput iddin datang sekolah/ipt korang janganlah main-main.

Penat tau nak susun jadual. Kalau dah cakap confirm tu please confirm betul-betul. Kalau tak pasti, cakap tak pasti. Jangan cakap confirm kalau tak pasti! Kalau tak, iddin boleh bagi ruang sekolah/ipt lain amik slot tu. Hormati masa & effort orang lain. Nak susun jadual pun pening tau. Bukan awak sorang je yang berurusan dengan kami. Tapi ratusan sekolah/ipt yang nak booking slot.

Kalau dah cakap confirm lepastu tiba-tiba tak jadi. Tolong bagitahu awal-awal. Jangan diam buat taktahu. HORMAT masa orang ok?
Slot jelajah Naseehat yang still available untuk bulan september.

14 september - johor (pagi)
15 september - selangor/kl (pagi)
17 september - perak (pagi)
18 september - perak (malam)

Kalau berminat nak jemput, boleh whatsapp 014-5518810 (pn linda)
Hal yang paling menakutkan, ketika kamu punyai masa menghitung dosa orang lain sedangkan dosa kamu sendiri masih belum diampunkan Ψ§Ω„Ω„Ω‡.
INFO NASEEHAT DI PESTA BUKU 2023!

❗️Pesta buku Kelantan.

22 september - 30 september di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan.

❗️Pesta buku Kedah

24 september - 30 september di Village Mall, Sg Petani, Kedah.

❗️Pesta buku Terengganu

28 september - 7 oktober di Level 2, KTCC Mall, Terengganu.

Jumpa anda di sana!
Memiliki belum tentu memadam rasa lonely. Tak perlu tergesa-gesa. Ramai yang tetap terasa lonely meskipun sudah memiliki. Dahulu terasa pilihannya adalah yang paling tepat. Harini, dia terasa ingin mengundurkan waktu agar boleh mengubah segala yang telah berlaku.
Tetaplah ada kerana ketika dia meminta kamu untuk terus ada, dia benar-benar memaksudkan kata-katanya. Dia mahu dukunganmu. Jangan biarkan dia lemas dalam masalahnya ya?

- Iddin Ramli
Sudah tiada lagi alasan untuk bertahan. Yang tinggal cuma rasa kasihan.

Jika rasa kasihan yang menjadi tali pengikat kamu di situ, ketahuilah tali itu tidak akan selamanya mengikatmu. Ikatan itu akan terlerai & tali itu akan putus nanti.

- Iddin Ramli
See you very soon ❀️
Yang lambat belum tentu buruk untukmu. Terkadang lambat juga adalah hal yang sepatutnya kamu syukuri. Mungkin itu caranya Tuhan melindungimu?

Tetaplah bersangka baik agar kamu tidak dihancurkan oleh prasangka burukmu pada setiap takdir yang tertulis.

Moga kamu baik-baik saja ya.

- Iddin Ramli
2024/04/27 08:35:05
Back to Top
HTML Embed Code: