Telegram Web Link
Tajuk Khutbah Jumaat pada hari ini 14 Februari 2025 bersamaan 15 Syaaban 1446H adalah "Nisfu Syaaban, Persiapan Menyambut Ramadan" yang akan dibacakan di seluruh masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Teks penuh:

https://drive.google.com/file/d/17kUhXlJWY1YKQgf6LM0_bsJflQ_osT4S/view?usp=drivesdk
Kehidupan kita ini sentiasa ada naik turunnya, ada masa kita marah dan ada ketika kita sedih. Begitulah lumrah kehidupan.

Usah putus asa dengan rahmat Allah. Teruslah meminta dan berdoa agar kita sentiasa diberi kekuatan untuk berdamai dengan takdir yang Dia telah aturkan.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
Tawakal, kunci kekuatan hati yang mengajar kita melepaskan segala kekuatan kepada Allah SWT. Dalam setiap doa, terkandung kepercayaan bahawa Allah adalah penentu segala-galanya. Bersama tawakal, kita menemui ketenangan di tengah gelombang kehidupan. Sentiasa berserah kepada-Nya, kerana di setiap doa kita menemui kekuatan sejati.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
JAWI Lepaskan 5 Tan Abu al-Quran Ke Laut

Alhamdulillah pada hari ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia telah berjaya melaksanakan Program Pemuliaan Al-Quran bersama beberapa rakan strategik termasuk Istana Negara, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan SWCorp di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN) Pelabuhan Klang, Selangor.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh SS Tuan Haji Jamali bin Haji Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan seterusnya majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI.

Majlis ini turut dihadiri oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Paduka Maharaja Lela, Pengerusi MAIWP & Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Laut Malaysia.

Pusat Pemuliaan Al-Quran Darul Kalam JAWI telah memproses 5 tan abu Al-Quran dalam tempoh beberapa tahun yang lepas dan abu-abu tersebut telah selesai dilepaskan ke laut bagi melengkapkan proses pemuliaan Al-Quran pada hari ini. Proses pemuliaan Al-Quran ini telah menggunakan perkhidmatan kapal Polaris hak milik Jabatan Laut Malaysia.

Semoga kerjasama JAWI bersama Jabatan Laut Malaysia dan rakan-rakan strategik yang lain ini akan diteruskan lagi di masa hadapan demi memartabatkan al-Quran.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#MADANIBekerja
#JubliEmasJAWI

Facebook:
https://www.facebook.com/share/1CcrAqPbYr/

Instagram:
https://www.instagram.com/p/DGNaIXozPgg/?igsh=MTRyc2FiNHhhb2Q0Mw==
Dalam setiap untaian doa, kita pasti selitkan memohon balasan syurga Allah pada akhir kehidupan kita nanti. Tak ada siapa yang sengaja mahu ke neraka. Kerana lumrah kehidupan seseorang hamba, ingin sekali ditempatkan dalam kalangan orang yang diredai dan disayangi oleh Allah SWT.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
Tidak lama lagi kita bakal menyambut ketibaan tetamu istimewa yang telah setahun menghilang: Ramadan! Mari kita bersama-sama bersiap sedia untuk berada di dalam bulan penuh keberkatan dengan hati yang penuh kesyukuran dan semangat yang tinggi.

Mari gunakan setiap saat yang berharga ini untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#Ramadan1446H
Perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain merupakan sifat mazmumah yang perlu kita hindari. Ini merupakan penyakit hati yang kadang kala kita tidak sedar menular dan merebak dalam diri.

Doa daripada ayat al-Quran ini elok diamalkan agar hati kita dibersihkan daripada hasad dengki. Mudah-mudahan kita dapat menyingkirkan perasaan buruk ini daripada terus bersarang di hati.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#Doa
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#JubliEmasJAWI
ุณู„ุงู… ุฌู…ุนุฉุŒ ุฌูˆู… ฺฉูŠุช ุจุฑุฏุนุงุก ุฏุงู† ุจุงฺฝู‚ูƒู† ุจุฑุตู„ูˆุงุช ฺฉุฃุชุณ ุฌูˆู†ุฌูˆฺ ู† ุจุณุฑ ู†ุจูŠ ู…ุญู…ุฏ ๏ทบ.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

#ุฌุงูˆูŠ
#ุณู†ุชูŠุงุณ_ุฏฺ†ูˆู†ุชูˆู‡ูŠ
#ู‡ุงุฑูŠ_ุฌู…ุนุฉ_ู‡ุงุฑูŠ_ุฌุงูˆูŠ
Jom hayati khutbah minggu ini bertajuk โ€œ Lunaskan Hutang, Pemborosan di Tentangโ€.
Tidak lama lagi kita bakal menyambut ketibaan tetamu istimewa yang telah setahun menghilang: Ramadan! Mari kita bersama-sama bersiap sedia untuk berada di dalam bulan penuh keberkatan dengan hati yang penuh kesyukuran dan semangat yang tinggi.

Mari gunakan setiap saat yang berharga ini untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#Ramadan1446H
Tidak lama lagi kita bakal menyambut ketibaan tetamu istimewa yang telah setahun menghilang: Ramadan! Mari kita bersama-sama bersiap sedia untuk berada di dalam bulan penuh keberkatan dengan hati yang penuh kesyukuran dan semangat yang tinggi.

Mari gunakan setiap saat yang berharga ini untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

#JAWI
#SentiasaDicontohi
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KalimahTayyibah
#Ramadan1446H
2025/07/09 15:30:35
Back to Top
HTML Embed Code: