Telegram Web Link
32👍2
Tuhan yang kau sembah di bulan Ramadhan adalah Tuhan yang sama yang kau jauhi di bulan-bulan sebelumnya.

Mawlana Jalaluddin Rumi ~

#KalamUlama
39👍4
Seorang soleh berkata kepada anaknya,

“Mahukah kamu ayah tunjukkan kekuatan yang tidak mampu ditewaskan?”

Jawap si anak,

“Ya.”

Lalu beliau berkata,

“Bertawakkallah kepada Allah.”

#KalamUlama
32👍4
Setiap orang yang berjalan menuju Allah, harus sentiasa dalam keadaan bertaubat, demi mengagungkan Allah. Perjalananmu menuju Allah tidaklah sah selama engkau belum bertaubat kepada-Nya. Setiap langkah yang engkau ayunkan untuk mendekatkan
diri kepada-Nya, maka langkah tersebut merupakan salah satu perwujudan taubat.

Habib Umar ben Hafidz ~

#KalamUlama
33👍1
Forwarded from Kalam Ulama'
"10 malam terakhir Ramadhan ni, kena banyak bangun malam dan menangis. Kalau tak boleh menangis, buat buatlah menangis. Menangislah kerana Allah‎ سبحانه وتعالی. Dengan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana ianya dapat membakar api neraka. Hanya orang-orang yang hatinya bersih saja dapat menangis kerana Allah‎ سبحانه وتعالی"

[Tuan Guru Syeikh Muhammad Zainul Asri]
32👍1
Forwarded from Kalam Ulama'
Tidak ada malam yang paling baik dalam Ramadhan melainkan pada malam-malam Jumaat dan semua pada malam- malam Jumaat dalam Ramadhan, malam Jumaat yang paling baik adalah malam Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadhan. Kedudukan malam Jumaat terakhir adalah sama seperti kelebihan dan kebesaran malam Lailatul Qadar itu sendiri.

Murabbi Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri ~
30👍6
Pada satu hari, Imam Malik bin Anas رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata,

“Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku sedikit.”

#KalamUlama
44👍2
Kehebatan Wanita 🌸

Saya ingat pada suatu ketika, Habib Umar pernah mengatakan bahawa kebanyakan mayat yang tidak pernah mereput di kuburan Hadramawt adalah wanita. Wanita-wanita inilah yang mengajarkan Alquran, taat kepada Allah, seorang ibu yang baik dan yang menghabiskan masa mereka melakukan dzikir dan şalawat sambil memasak, membersihkan dan mengawasi keluarga mereka, dan pelbagai lagi.

Rasul Allah ﷺ mencintai wanita-wanita dalam hidupnya dan mereka banyak mempengaruhi hidupnya: Dia mencari nasihat mereka, dia dihiburkan oleh mereka dan dia ketawa bersama mereka.

Islam amat menghormati wanita dan ini terbukti dengan Allah menumpukan seluruh bab dalam Al-Quran kepada Sayyidah Maryam.

Tidak wajarlah bagi seorang wanita untuk berpendapat bahawa dia tidak berharga atau dia tidak dapat mencapai darjat yang tinggi di mata Allah, kerana dia mempunyai sedikit masa untuk belajar dan beribadah kerana sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai seorang wanita. Tiap-tiap perbuatan yang dia lakukan boleh menjadi suatu ibadah dengan niat yang betul.

Kredit : Shaykh Imran Angullia Al-Hafidz

#KalamUlama
59👍11🥰7
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya @hidayudarpin mewakili admin Channel Kalam Para Ulama ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua para muhibbin pencinta ulama dan ahlul-bait Rasulullah. Kami ingin memohon maaf di atas segala kekurangan kami dalam penyampaian kalam kalam nasihat. Andai tersilap bicara dan terkurang adab, kami memohon maaf sekali lagi.

Kami harap kedatangan bulan Syawal ini, dapat mendatang kesyukuran buat kita semua. Taqabbalallahu minna waminkum...

Daripada,
@hidayudarpin
@frhrzwn

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
32👍10
BERIBADAH TAPI DUNIA DIDALAM HATI.

Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemimpin-pemimpin ternama kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak tetapi pemimpin-pemimpin tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka, beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing. Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja. Dia berkata,

"Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya."

Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah. Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati. Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai, Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.

Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?

Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab,

"Benar, saya ada kata begitu."

Kadhi bertanya lagi,

"Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?"

Jawab Syeikh Abdul Qadir,

"Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya."

Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi memang tahu tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang makruf sebagai seorang yang kasyaf.

Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.

Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.

Semoga Allah mencabut segala cinta dan keagungan terhadap dunia, supaya tidak menyibukkan hati kita dengan sesuatu selain Allah, agar dunia itu ditangan tapi tidak dihati. Aameen.
33👍16🥰1
41👍7
43👍2
Seperti yang disampaikan turun temurun sehingga kepada kita diriwayatkan bahawa;

Pada suatu hari, seorang shaykh dan seorang muridnya bersuhbah. Shaykh merupakan seorang yang amat miskin sehingga tiada apa yang dimilikinya kecuali hanya sebuah rumah kecil untuk berteduh. Lalu si murid bertanya,

"Bagaimanakah yang dikatakan zuhud, iaitu tidak mencintai dunia?"

Shaykhnya menjawab,

"Pergilah engkau ke rumah Shaykhul Akbar Imam Ibnu Arabi. Beliau adalah qutub zaman ini dan sampaikan salam dan namaku, minta doakan aku."

Murid tadi melakukan perjalanan ke rumah Imam Ibnu Arabi di Damsyik yang agak jauh dari tempat tinggalnya. Sejurus sampai di Kota Damsyik, dia ditunjukkan orang rumah Imam Ibnu Arabi di Jabal Qasiyun. Apabila sampai di rumahnya, murid itu terkejut dan melihat Imam Ibnu Arabi turun daripada tangga tingkat atas yang dibina daripada emas dan perak dengan memakai jubah sutera dan berserban indah. Rumahnya dipenuhi dengan hiasan-hiasan duniawi dan tidak menggambarkan rumah seorang sufi sebaliknya seumpama sebuah istana raja. Melihat hal itu, si murid terus membatalkan niatnya dan berlari pulang ke gurunya.

Murid itu berkata kepada gurunya,

"Qutub apakah sebegitu. Rumahnya bak istana, pakaiannya seperti raja penguasa. Di manakah kesufiannya. Di manakah zuhudnya?"

Lalu shaykhnya menangis dan berkata,

"Wahai anakku. Ketahuilah bahawa Imam Ibnu Arabi adalah qutub penguasa zaman ini, dan dunia berada dalam genggamannya dan menghamba kepadanya. Sekalipun beliau memiliki seluruh dunia ini, tiada sekelumit cebis pun dalam hatinya akan rasa cinta kepada dunia. Andaikata beliau kehilangan apa yang beliau miliki itu, beliau tidak sedih mahupun marah dan kecewa walaupun sedikit kerana hatinya hanya untuk Tuhannya. Sedangkan aku, yang engkau lihat miskin papa kedana, dalam hatiku masih tebal keinginan untuk memiliki itu dan ini, dan aku masih berada di tahap mencintai dunia."

Kredit : Amirul Shafiq Suhaimi
👍2011
Abu Utsman Al-Maghribi mengatakan,

“Barang siapa ingin meninggalkan masyarakat, selayaknya ia meninggalkan semua ingatan kecuali ingat kepada Tuhan, meninggalkan semua keinginan kecuali mencari ridha Tuhan, dan meninggalkan semua tuntutan hawa nafsu. Jika tidak demikian maka apa yang dikerjakan akan menimbulkan fitnah dan cobaan”.

Menurut suatu pendapat, khalwat (beruzlah/menyendiri) adalah pekerjaan yang paling dicintai untuk mendorong rasa rindu.

#KalamUlama
👍146
Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.

Sayyidina Umar Al Khattab ~

#KalamUlama
👍152
Imam Asy-Syibli yang sedang duduk di bawah sebatang pokok sambil berseru,

"Hu..hu..hu..hu..hu..”

Akibatnya, orang ramai menyangka bahwa Asy-Syibli telah mengamalkan ajaran sesat kerana berzikir dengan kata-kata yang tidak ada nashnya.

“Engkau telah berzikir yang tidak ada nashnya!” kata teman-temannya.

“Mana ada?” bantah Asy-Syibli.

“Engkau berzikir dengan hu hu hu hu hu. Itu dari mana sumbernya?” tanya mereka.

“Burung merpati di atas pokok itu telah menyanyi dengan bunyi “ku..ku..ku…..”

Maka aku mengikuti rentaknya dengan hu..hu..hu..” jawab Asy-Syibli.

Beberapa orang teman Asy-Syibli telah datang mengunjungi beliau yang telah dimasukkan ke rumah orang sakit jiwa kerana telah dituduh gila.

“Siapa kalian?” tanya Asy-Syibli.

“Kami ini sahabat-sahabatmu.” jawab mereka.

Ketika itu juga Asy-Syibli membaling mereka dengan beberapa ketul batu, maka larilah lintang pukang teman-temannya.

“Kalian pembohong! Apakah orang yang mengaku sahabat akan lari bertempiaran hanya kerana beberapa ketul batu? Sikapmu ini membuktikan bahwa kamu adalah sahabatmu sendiri, bukan sahabatku.” kata Asy-Syibli.

#KalamUlama
👍181
Kita harus bersabar dengan semua orang kerana kita percaya bahawa tidak ada orang yang datang kepada kita tanpa kehendak Tuhan. Oleh sebab itu, tidak ada permusuhan didalam Islam dan kita telah diperintahkan untuk melakukan kebaikan.

Setiap orang dapat membalas kebaikan dengan kebaikan, tetapi hanya sedikit orang yang hanya dapat membalas keburukan dengan kebaikan.

Mawlana Shaykh Muhammad Nazim Al Haqqani ~

#KalamUlama
35👍4🥰1
Antara tipudaya yang biasa dibisikkan dalam diri seorang penuntut ilmu - tanpa guru pun boleh faham kitab.

#KalamUlama
36👍11
Nasihat Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al- Makki حفظه الله تعالى:

1. Jangan hina pendosa
2. Jangan rasa hebat bila berbuat ketaatan
3. Jangan rasa selamat bila lihat diri dalam ketaatan
4. Jangan putus asa dari mohon keampunan
5. Sentiasa bersangka baik
6. Sentiasa melihat aib diri sendiri
7. Sentiasa tanam sifat malu kepada Allah
8. Sentiasa memohon taufiq dan hidayah kepada Allah supaya diberikan cinta kepada Ketaatan.

#KalamUlama
55🥰3👍1
2025/07/10 13:56:50
Back to Top
HTML Embed Code: