Telegram Web Link
Bila org tanya, dah berapa lama kawin?
.
“15 tahun dah, 20 tahun dah…”
.
Wah, ini mesti pandai jaga hati pasangan, pandai masak, pandai mengemas rumah, pandai jaga badan, pandai bergaya…
.
Seronok la bleh kekal lama mcm tu…
.
Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…org akan nmpk mcm 20 tahun tu adalah tempoh yg seronok, yg bahagia, walhal dlm 20 tahun tu dah mcm2 yg jadi dlm rumahtangga…
.
Dah pernah ada rasa nak berpisah, dah pernah ada rasa nak mengalah, dah pernah ada rasa tawar hati, dah pernah ada rasa nk hidup sendiri…klu bukan disebabkan sifat sabar yg ada dlm hati tu, xmgkin dan hampir mustahil utk bertahan selama tempoh tersebut…
.
Sepanjang tempoh mendirikan rumahtangga, ada naik turunnya…ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka…bukan hari2 kita gembira, dan bukan juga hari2 kita berduka…
.
Sabar dlm rumahtangga ni tak terhad kpd sabar dgn sikap dan perbuatan pasangan semata2…ada org bersabar dgn mertua, ada org bersabar dgn ipar duai, ada org bersabar dgn org ketiga, ada org bersabar dgn kesusahan keluarga, ada org bersabar dgn ujian kesihatan, ada org bersabar dgn rezeki Allah s.w.t dan sebagainya…
.
Klu sabar itu tiada dihati, dlm beberapa bulan sahaja hubungan tu dah tamat…dah diletakkan titik hanya kerana tak sabar…
.
Tak sabar dgn sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dgn mulut mertua, tak sabar dgn karenah ipar duai, tak sabar dgn kehadiran org ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya…
.
Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal utk terus menanti sesuatu yg xpasti…hati klu dah syg, akan sentiasa meletakkan harapan dlm hubungan tu agar ianya berkekalan…selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yg difikirkan…
.
Utk berada dlm tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yg sukar, namun ianya juga tidak semudah yg disangkakan…
.
Hanya SABAR sebagai peneman...😊
.
Nota Kaki : Ada org, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun...disaat kesabaran dia hilanglah dia mula utk buat pilihan yg baru kerana dia dah cukup lama BERSABAR....✌️
.
Kredit to owner

@LantakAhh
2
"Ketika kita sudah letih melakukan maksiat. Kita bertaubat, kemudian masih mengulangi maksiat tersebut, kemudian bertaubat lagi, kemudian tetap mengulanginya maka amalkanlah doa ini..
.
Doa Sheikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah.
.
‎اللَّهُمَّ حَرِّمْنِي لَذَّةَ مَعْصِیَتِكَ، وَارْزُقْنِي لَذَّةَ طَاعَتِكَ.
.
"Allahumma Harrimni Lazzata Ma'siyatika, Warzuqni Lazzata Too'atika"
.
"Ya Allah, haramkan ke atasku merasa lazat akan melakukan maksiat kepadaMu, dan Kurniakan aku rasa Lazat akan melakukan ketaatan kepadaMu"
- kredit jentikhati

Telegram @LantakAhh
7👍3
💜Ada orang memilih utk hidup susah walaupun ada pilihan utk senang. Sanggup simpan duit puluhan ribu, makan ala kadar, adakala peha ayam seketul dikongsi berdua, baju baharu pun beli yang longgok RM10/sehelai, duduk di rumah dari muda sampai ke tua kerana sayang utk spend the money.. Takpe lah.. Dia bahagia cara dia.
♥️Ada orang memilih utk bersederhana dalam perbelanjaan, pakai handbag longgok-longgok, adakala dah koyak, menggelupas pun guna lagi, beli baju pasar minggu, beli kasut asal boleh..rumah ada sofa buruk, dah rasa besi bila duduk tetapi setiap tahun spend duit beribu-ribu utk melancong, kenal negara orang..takpe lah..
Bahagia cara dia...
💜Ada orang memilih utk rasa nikmat kehidupan sementara sihat dan muda, pakai kereta mewah, melancong, sanggup beratur beli baju dan bag berjenama, tolong orang saat diperlukan, buat bisnes macam-macam.. Alhamdulillah dia bahagia cara dia..
♥️Ada orang memilih utk rasa handbag jenama tapi beli masa offer, beli kereta oversea tapi second hand jelah, beli rumah selesa sikit, deko lawa-lawa, tapi duit dlm bank memang berapa sen jelah, melancong sekitar dalam negara sahaja.. Takpe lah dia bahagia cara dia..
💜Ada orang tak dapat memilih yang semua di atas kerana ujian hidup. Makan apa sahaja di depan mata, pakai apa sahaja yg diberikan orang, hidup dlm serba kekurangan tapi Alhamdulillah diberikan Allah nikmat Bahagia bersama keluarga tersayang.
Golongan mana pun kita, pilihan yang mana pun hidup kita, BERSYUKUR LAH..
Tetapi jangan sesekali menghina orang lain dan jangan pernah merasa DIRI KITA SAHAJA BETUL.

Kredit: shikin ahmad

@LantakAhh
👍5
Kadang-kadang ada golongan sesuka hati mahu melihat dan menyimpan kad pengenalan kita. Sebagai contoh, sesetengah pengawal keselamatan ada yang akan meminta kad pengenalan pengunjung lalu menyimpannya sebelum dibenarkan masuk. Tindakan ini adalah salah.

Hanya ada 5 kategori individu yang mempunyai kuasa untuk minta dan menyimpan kad pengenalan kita seperti yang ditunjukkan dalam poster.

Selain daripada 5 kategori tersebut, meminta dan menyimpan kad pengenalan orang lain lain adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda.
- kredit ppim.official

Telegram @LantakAhh
👍1
AKHIR ZAMAN: SIMPAN BEKALAN MAKANAN ATAU KUMPUL BEKALAN AMALAN?

Persediaan untuk menghadapi Dajjal, bukan simpan bekalan makanan.

Sejak zaman Rasulullah saw lagi Nabi kata akhir zaman tu dah dekat.

Para sahabat buat persediaan juga, tapi tak ada lah buat persediaan seperti itu.

Para sahabat sibuk menginfaqkan harta dan tenaga untuk perjuangan islam. Kehidupan mereka berjalan seperti biasa. Mereka sendiri pun tidak risau akan bekalan makanan sebab mereka sudah biasa urus kehidupan dunia sekadar untuk keperluan, tidak lebih dari itu.

Jadi persediaan sebenar ialah, kita kembali pada agama. Kembali hidup dengan pemikiran akhirat.

Maksudnya? Letakkan diri kita sebagai seorang pengembara sahaja di dunia ini. Letakkan bahawa destinasi kita akhirat.

Jadi bila duduk di tempat persinggahan, kita tak ada fikir pasal nak beli sesuatu yang mewah, tapi kita hanya fikir untuk beli keperluan penting sepanjang perjalanan.

Persediaan penting akhir zaman ialah membuang sifat cinta duniawi. Cinta pada kehendak duniawi yang tidak ada kepentingan.

Bukan tak boleh spend, tapi spend lah untuk keperluan sekadar untuk keselesaan, bukan kemewahan.

Adalah suatu yang pelik bila kita sibuk bercerita ilmu akhir zaman tapi diri kita masih menyibukkan diri dengan aktiviti memburu kemewahan duniawi. Kita jadi risau bila akhir zaman, kita kurang makanan itu dan ini.

Itu maknanya kita lebih risau tentang dunia kita dari akhirat. Padahal kesedaran tentang persediaan akhir zaman ialah persediaan untuk akhirat, bukan persediaan duniawi.

Banyakkanlah belajar tafsir Al-Quran dan hadith agar kita ada benteng penting melawan fitnah akhir zaman, iaitu tauhid.

Belajar untuk membaca Al-Quran dengan baik agar makanan kita ketika berlakunya fitnah dajjal ialah melazimi Al-Quran sebagai zikir dan makanan jiwa.
Kredit issey abdillah

@LantakAhh
👍9
Lantak Ahh 😒
Photo
ANDAI AJAL DALAM TIDUR..

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah:

“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda:

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Aamiin ya Allah..

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapa ku, keluarga ku,saudaraku dan setiap orang yang meng-klik Suka, share & berkomentar "aamiin" dan jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak pantas berada di SurgaMu. Aamiin...
.
Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin...

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak, kalo pelit di simpen sendiri juga gak apa apa 😃
Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Semoga yg komen Aamiin dijauhkan dari segala penyakit, diberi sehat wal'afiat, rezekinya melimpah ruah, dan keluarganya bahagia Dan bisa masuk Surga melalui pintu mana saja. Aamiin ya Rabbal'alamiin..

Sumber : MyMedia

Telegram @LantakAhh
🤩2👍1
Batal sihir!
Untuk elak diri kita, kehidupan kita kne sihir blh amalkan surah2 ini pagi dan petang..
Semoga kehidupan kita semua terhindar drp sihir dan benda2 buruk..
.
1. Al kausar. 2x
2. Al kafirun. 3x
3. Al nasri. 4x
4. Al masad. 5x
5. Al ikhlas. 6x
6. Al falaq. 7x
7. Al nas. 7x
.
In shaa Allah sihir akan keluar @ terbatal
.
Cara-cara nak batalkan sihir ini diterima daripada seorang Ustaz,katanya mesti minta izin sebelum di amalkan baru mujarrab "kerana tinggi adabnya" Wallahua’lam...

Kredit gambar: Jatikhwan Twitter

Telegram.me/LantakAhh
👍1
7 Sebab Hilangnya Rezeki

@LantakAhh
👍3
Tahajud Itu Sumber Ketenangan Hidup

Ustaz, saya ada 9 org anak. Anak-anak saya semua hebat-hebat. Saya tak bangga langsung dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz.

Saya mula bangun tahajud sebab anak yang kesembilan Ustaz. Dia baru darjah 6.

Suatu malam ustaz, saya dengar bunyi air pukul 3 pagi dari bilik air saya. Saya bingkas bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz dalam keadaan ambil wuduk.

Saya tunggu kat luar.

Apabila dia keluar saja, tengok saja dia dan tanya

"Kenapa dik?"

"Saya ambil wuduk abah."

"Kenapa ambil wuduk?"

"Adik tak solat isyak lagi?"

"Adik nak solat tahajud bah."

Dengar sahaja nak solat tahajud saya diam. Saya pun biarkan dia. Kemudian anak saya solat di ruang tamu.

Saya tengok dia berdiri ustaz.

Lama-lama dia menangis dalam qiam dia. Saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud dia.

Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya .

Namun selesai sahaja dia solat ustaz, dia angkat tangan. Dia berdoa pada Allah. Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis.

Saya dengar dia sebut pada Allah dalam bisikan dia,

"Ya Allah, ampunkan dosa ayah saya Ya Allah, dosa ibu saya, dosa keluarga saya Ya Allah. Ayah saya tak bangun Ya Allah.

Ayah saya tak tahajud Ya Allah. Ibu saya tak. Dia sebut nama saya dalam doa dia Ustaz.

Saya datang, saya peluk, saya cium anak saya Ustaz. Saya tanya kenapa adik menangis?

"Adik nak tengok abah solat dengan adik. Bangun malam dengan adik."

Berjurai air mata saya Ustaz.

"Ya Allah anak aku darjah 6, dah bangun tahajud. Tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi."

Saya kesat air mata dan janji dengan dia, akan bangun selalu dan solat dengan dia.

Sahabat,

Bila kita diuji dengan penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tak seperti yang lain, kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita.

Kita rasa kurang. Tapi bila kita bangun tahajud, kita rasa hati kita tenang. Hati kita menang untuk kehidupan akhirat. Dan kita kenal mana yang kita nak tuju sebenarnya.

Dosa banyak mana pun kita, bila kita buat dosa pada siang hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita.

Bila kita buat dosa malam hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkn dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

@LantakAhh
3👍2
Lantak Ahh 😒 pinned «Tahajud Itu Sumber Ketenangan Hidup Ustaz, saya ada 9 org anak. Anak-anak saya semua hebat-hebat. Saya tak bangga langsung dengan mereka kecuali yang ke sembilan ustaz. Saya mula bangun tahajud sebab anak yang kesembilan Ustaz. Dia baru darjah 6. Suatu…»
Ketika susah

@LantakAhh
👍3
Tanda org busuk hati
Lantak Ahh 😒
Photo
MAKAN HARTA PUSAKA

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ya’la bin Murrah ra bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda :

“ Sesiapa yang menzalimi orang lain dengan mengambil tanahnya walau sejengkal maka nescaya Allah akan membuatkan dia menggali tanah tersebut dan dalam riwayat yang lain menyebut : “Tanah itu akan dihadirkan sebanyak tujuh lapis bumi yang dalam lalu dibebankan kepadanya pada hari kiamat sehingga seluruh manusia diadili.” (hadis riwayat Tibrani)

Saya pernah diceritakan oleh seorang wanita. Beliau dan adik beradiknya adalah waris kepada harta peninggalan ayahnya iaitu sebidang tanah.

Selepas ayah meninggal. abangnya telah membuat kolam ikan di atas tanah tersebut. Sehingga ke hari ini tanah pusaka tersebut tidak dibahagikan kepada waris-waris.

Inilah dinamakan makan harta faraid tanpa sedar dan mengambil hak orang lain.

Haram makan hak pusaka orang lain walaupun adik beradik anda sendiri.

Selagi harta pusaka tidak dibahagikan atau diselesaikan dengan waris, selagi waris lain tidak meredhoinya, maka apa yang diambil manfaat atas tanah pusaka itu menjadi haram.

Moga Allah jauhkan kita semua dari hasil makan yang haram.

Moga ada manfaat.

Nota: kepada pemilik cerita, terima kasih atas perkongsian.

@LantakAhh
👍1
"Zahirnya tenang, dalamnya bergelora..."

Isteri ni, dia stress ke, dia tension ke, dia sakit hati ke, dia sedih ke, susah kita nk tgok emosi dan perasaan dia pada raut wajahnya...
Jarang dia tunjuk selagi dia boleh pendam dan simpan...
Paling tidak pun, dia senyap...paling kurang pun, dia dingin...dia layan tetap layan, tp tak mcm biasa...bagi yg selalu mendampingi isteri, bagi yg selalu berbual dan bercakap dgn isteri, perubahan sebegini kita dpt rasa...kita tahu ada something yg x kena kat dia...
Tapi bagi yg jarang mendekati isteri, bagi yg tidak selalu tumpu perhatian pd isteri, dia xkan perasan sikit pun yg isteri dia tu lain...
Bagi dia, hari2 biasa pun mcm tu la...dia rasa sama ja, nothing abnormal...
Isteri nak ditanya kenapa dia mcm tu...isteri nak suami perasan kenapa dia senyap, kenapa dia dingin, kenapa dia tak mcm biasa...bila kita tanya, dia akan mula bercerita, dia akan mula meluahkan, dia akan mula mengadu...
Pemikiran isteri tak mcm suami...
Suami ni, semua benda dia anggap kecil, xde apa2, remeh...tp isteri, diorang lain...anak tak lalu mkn pun dia dah tension...masak tak jadi pun dia stress...
Klu dia simpan smua perasaan ni, klu dia keep on pendam, maka lama2 benda ni akan menjejaskan mental dan fizikal dia...cara nk rawat isteri, nk hilangkan apa yg terbuku di dlm hati dia adalah dgn bykkan berbual, bersembang, bergurau senda dgn dia...
Kita tahan telinga, dgr dan respon utk setiap luahan dia...InsyaAllah, keadaan dia akan bertambah baik bila suami jd pendengar yg setia...

Sumber : Firdaus Shakirin

@LantakAhh
2025/07/12 21:52:36
Back to Top
HTML Embed Code: