Telegram Web Link
Dan suaminya juga perlu bersumpah untuk membersihkan diri dan mereka akan dipisahkan oleh mahkamah.
_____
Pendek kata, adalah salah jika kita memotong sendiri tangan pencuri yang mencuri barang kita sekalipun dia memang mencuri.

Kerana yang berhak menjatuhkan hukuman ialah ulil amri/pemerintah bukan orang awam.

قُلْ Ω‡ΩŽΨ°ΩΩ‡Ω Ψ³ΩŽΨ¨ΩΩŠΩ„ΩΩŠ Ψ£ΩŽΨ―Ω’ΨΉΩΩˆ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‰ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ بَءِيرَةٍ Ψ£ΩŽΩ†ΩŽΨ§ ΩˆΩŽΩ…ΩŽΩ†Ω Ψ§ΨͺΩ‘ΩŽΨ¨ΩŽΨΉΩŽΩ†ΩΩŠ
Post daripada hakim zuhaidi
Cc emran Ahmad

Telegram @LantakAhh
Jangan halalkan zina. Jangan tunjuk kegembiraan kepada perbuatan zina. Jangan kata untung pada perbuatan zina. Jangan kata 'rezeki' pada perbuatan zina. Jangan berikan apa pun bentuk sambutan, sokongan, sorakan, penerimaan kepada perbuatan zina.

"Janganlah kamu dekati zina. Sesungguhnya ia perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan." Surah Al-Isra' ayat 32.

Zina merosakkan hubungan. Zina meruntuhkan institusi keluarga. Zina membiakkan dosa-dosa lain(contohnya menipu). Zina meningkatkan kemungkinan penghasilan anak luar nikah, dan meningkatkan kemungkinan pembuangan anak luar nikah bahkan pembunuhan anak luar nikah. Zina merosakkan nasab keturunan. Zina meningkatkan kemungkinan penyebaran penyakit.

Barah zina bila tak terkawal, membiak jadi industri. Industri lucah, industri porno, industri perlacuran. Zina membiak melunturkan rasa malu masyarakat, sampai ada buat grup-grup lucah. Ada yang hilang rasa malu sampai buat grup bertukar-tukar suami & isteri. Ada yang sampai terlajak hilang malu sampai buat dengan anak, dengan bapak, dengan mak.

Bila industri zina, industri lucah membiak, masyarakat pun kena tempias. Lawak-lawak lucah jadi biasa. Gangguan seksual jadi biasa. Kes rogol berleluasa sebab dah mula ada ahli-ahli masyarakat luntur rasa malu, rasa berdosa, tambah pulak tak lagi terlatih mengawal nafsu sebab otak dan jiwa dah dirosakkan kelucahan, maksiat zina.

"Janganlah kamu dekati zina. Sesungguhnya ia perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan." Surah Al-Isra' ayat 32.

Perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan.

Maka kita ada tanggungjawab.

Jangan halalkan zina. Jangan tunjuk kegembiraan kepada perbuatan zina. Jangan kata untung pada perbuatan zina. Jangan kata 'rezeki' pada perbuatan zina. Jangan berikan apa pun bentuk sambutan, sokongan, sorakan, penerimaan kepada perbuatan zina. Ajar anak dan keluarga kejijikan zina, kesan perbuatan zina.

Selamatkan diri.
Selamatkan keluarga.
Selamatkan masyarakat.
- hilal Asyraf

@LantakAhh
πŸ‘1
Lantak Ahh πŸ˜’
Photo
Antara Menjaga Aib & Bersikap Adil. Baik kepada mangsa dan juga pesalah.

Kadang atas nama 'menjaga nama baik', kita sering melihat nasihat-nasihat meminta mangsa 'jaga aib'.

Padahal dia mangsa.
Dia dizalimi.
Dia perlu dibantu.

Kita kena jelas satu perkara.
Maha Suci Allah dari kezaliman.

Di dalam sebuah hadith qudsi, Rasulullah menyampaikan bahwa sesungguhnya Allah telah berfirman: β€œWahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi." Hadith Riwayat Muslim.

Allah haramkan kezaliman hatta daripada diri-Nya sendiri. Begitu benci Allah kepada kezaliman.

Allah SWT berfirman:
"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui." Surah An-Nisa' ayat 148.

Kenapa Allah beri pengecualian itu?
Kerana Allah tidak akan bersama kezaliman, penganiayaan.

Bagi saya, tutup aib hanya patut bila mana kemaksiatan itu hanya sekadar di antara dirinya sahaja. Hal yang salah, mungkin keingkaran kepada Allah, tetapi tak melibatkan penganiayaan/kezaliman ke atas orang lain.

Contoh, seorang hamba Allah ketagih rokok. Tapi setiap kali dia hisap rokok, dia dah cuba tak rokok depan orang, merokok jauh-jauh. Sebab dia masih ada rasa berdosa, masih ada rasa bersalah, dan tak nak orang lain terlibat sama atau terkena penyakit dari asap rokok.

Tapi terkantoi sebab kita terjumpa dia hisap rokok.

Itu tak apalah kita nak sembang bab jaga aib.
Betul lah kita kena jaga aib dia.

Tetapi apabila sudah melibatkan penganiayaan, kezaliman, jenayah ke atas pihak lain, wajarlah dilaporkan. Ini supaya mangsa mendapat keadilan.

Bukan mangsa lagi ditekan, lagi dihina, lagi dinasihatkan jaga aib, bila cuba mendapatkan keadilan buat dirinya sendiri. Mangsa tu manusia. Bukan robot. Mangsa ada emosi, kesakitan hati, keperitan bila dianiayai/dicurangi, hak yang ternafi.

Jangan sekali-kali kita menyebelahi orang-orang yang berlaku zalim ke atas orang lain atas kononnya jaga nama baik.

TETAPI, pada masa yang sama, bila sampai kepada kita pendedahan tersebut, jangan kita pula terlajak melebih-lebih menghukum si pesalah di luar saluran.

Menjadi tanggungjawab kita juga untuk bersikap adil kepada pesalah.

Bersikap adil ni bukan bermakna kita sokong pesalah. Tapi adil dalam memastikan pesalah diambil tindakan sewajarnya.

Jangan jalankan hukum sendiri ke atas pesalah. Jangan fitnah dia atas apa dia tak buat. Dia salah A, kita pulak pi tokok tambah kata dia buat salah B, C, D. Itu dah jadi fitnah. Jangan kita, yang bukan orang yang terlibat dalam urusan itu, memaki hamun dan mencaruti pesalah. Meleret pulak tarik mak bapak dia, cikgu dia, anak beranak dia, sedara mara dia. Contoh lain, dedahkan maklumat peribadi dia, mengancam dia dengan keganasan sendiri dll.

Ini semua boleh jadi akan berbalik pulak kepada kita dalam bentuk kemuflisan akhirat.

Rasulullah SAW bersabda:
"Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?"

Para sahabat menjawab: "Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang sudah tidak lagi memiliki dirham dan harta benda."

Baginda bersabda lagi: "Orang yang muflis adalah orang yang datang pada hari Kiamat dengan membawa amalan solat, zakat dan puasa, Namun dia datang dalam keadaan dahulu pernah mencaci maki si fulan, menuduh dan memfitnah fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan dan memukul si fulan. Amal-amal kebaikannya dibahagi-bahagikan kepada orang-orang tersebut. Jika hak yang pernah dia langgar belum dapat dipenuhi semuanya, sedangkan amal-amal kebaikannya sudah habis, maka kesalahan-kesalahan mereka diambil lalu dipikulkan ke belakangnya. Kemudian dia dilempar ke dalam neraka.” Hadith riwayat Muslim.

Kerana begitu berat sekali?
Sebab Allah benci kezaliman dan penganiayaan.

Sebab tu kalau ada orang buat salah, dia perlu diadili dulu oleh pihak berautoriti. Bukan terus dihukum semberono.
πŸ‘1
Lantak Ahh πŸ˜’
Photo
Kena ingat, selagi seseorang belum mati, dia ada peluang bertaubat, meminta ampun kepada Allah, dan meminta maaf serta membetulkan kesalahan dia ke atas orang lain.

Cukuplah bila sampai kepada kita bukti atau aduan atau pendedahan terhadap penganiayaan/kezaliman seseorang ke atas orang lain, kita bantu mangsa dapatkan keadilan dengan jalan yang betul. Berikan sokongan kepada mangsa(bukan pemangsa) tapi dengan jalan yang betul. Bukan makin api-apikan lagi, makin jadikan keadaan tak terkawal.

Kalau kita nak nasihatkan masyarakat akan isu tersebut pun, kita tak payahlah petik nama sesiapa sampai terlajak menghukum sebelum penyiasatan sewajarnya dan pihak berautoriti jatuh hukum.

Kena ada kesederhanaan ini.

Jangan terperangkap dengan trend menokok tambah, trend tak toleh kiri kanan saat menulis, saat berkongsi.

Kita sebolehnya tak nak zalimi sesiapa.

Mangsa, hatta pesalah pun kita kena adil kepadanya.

Kepada mangsa kita nak bagi dia pembelaan. Kepada pesalah, kita nak dia dibawa ke muka pengadilan sewajarnya.

Bagi saya itulah tugas kita sebagai orang luar. Rakyat marhaen yang tak terlibat. Yang takde autoriti.

Semua tindak tanduk kita, kepada mangsa, kepada pesalah pun, akan dipersoalkan oleh Allah SWT.

Ketahuilah Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

Muhasabah buat semua.
Panjang.

Tapi saya yakin, kalau kita masih ada waras, ada jiwa yang hidup, insyaAllah faham apa saya mahu sampaikan ini.

Kita kena ada kawalan ke atas tindak tanduk kita.
Jangan ikut trend media sosial dan orang ramai.

Ikutlah ajaran Islam.

@LantakAhh
πŸ‘1
Jangan mengata orang

@LantakAhh
πŸ‘1😒1
Untuk dia yang bernama SURIRUMAH....
.
Bila dia baring, orang kata dia suka tidur. Rupa sememeh macam hantu kak Limah. Yang orang tak nampak, dari pagi dia bangun siapkan bekal suami, anak, ambil/hantar anak sekolah, kemas rumah, masak, basuh baju, cuci jamban. Petang baru ingat nak makan nasi. Check homework anak. Malam-malam tak cukup tidur jaga baby. Bangun awal, tidur lewat. Tapi kerja tak habis-habis.
.
Bila anak buat perangai, rosakkan barang. Orang kata dia 'tak jaga' anak. Yang orang tak nampak, selama ini berak kencing anak, dialah yang cuci. Makan pakai anak, dialah yang masakkan, suapkan, sediakan. Sakit pening anak, sampai masuk wad, dialah yang tak tidur malam. Anak mengamuk, dialah yang pujuk. Semua, dia yang 'jaga'.
.
Balik kampung hujung minggu. Bangun pukul 8 pagi orang dah kata pemalas. Orang lain bangun pukul 12 tengahari tak apa, sebab orang lain kerja, penat. Surirumah 'tak kerja'. Yang orang tak tahu, malam tadi dia cuma tidur 2-3 jam je sebab sekejap-sekejap terjaga anak nak menyusu, sekejap-sekejap anak ajak pergi toilet. Badan habis lenguh-lenguh lesu.
.
Orang tengok anak dia kurus, orang kata tak bagi makan ke? Yang orang tak tahu, sebenarnya dia sendiripun dah buntu. Masaklah sesedap manapun. Anak tetap tak mahu makan. Nasi dengan telur kicap juga yang dihadapnya.
.
Orang kata dia untunglah, nak apa semua suami boleh beli. Cincin di jari, baju kasut berganti. Yang orang tak tahu, itu semua dia beli guna duit dia berniaga. Sekali sampai 2-3 bisnes dia pulun sampai tak tidur malam.
.
Orang kata dia untunglah tak kerja. Boleh buat bisnes full time. Yang orang tak tahu, sambil dia layan customer, sambil kacau gulai dalam periuk. Sambil update Facebook, sambil menyusu anak. Lepas pos barang customer, singgah kedai pula beli barang dapur.
.
Orang kata dia kaki Facebook. Tangan tak lekang dari handphone. Yang orang tak tahu, dia, kawanpun tak ada. Dalam satu hari cuma borak dengan anak. Dengan kucing. Dengan dinding. Paling hebatpun cakap dengan tokei dekat pasar, "Ikan ni berapa sekilo?" Seluruh kehidupan dia cuma ada suami, anak, rumah.
.
Orang selalu cakap, cemburu dengan dia..Sebab dia best, dapat santai" duduk rumah...Muka hari hari senyum, tak permah komplen apa apa..Yang orang TAK TAHU, sewaktu dia dalam bilik air, sebanyak mana air yang mengalir, mungkin @ lebih lagi, sebanyak itu jugalah airmatanya mengalir..πŸ˜”

Surirumah...
Stanby 24 jam, 7 hari seminggu...Tak pernah ada CUTI, tak ada istilah MC..Sehebat mana pun skill dia, tak pernah naik pangkat..Tak pernah dibayar gaji..

Surirumah...
Semulia mulia pekerjaan..
Tapi agak kurang terpilih...
Tak apa, sebab ALLAH TAK PERNAH MEMILIH..😊

Surirumah...
Bersabarlah...ALLAH SAYANG.πŸ₯°β€οΈβ€οΈ

@LantakAhh
πŸ‘5πŸ”₯1
Ujian tiap org berbeza. Moga kita semua kuat harungi dugaan tersebut

@LantakAhh
❀1
Jatuh tu perlu untuk lihat siapa hulur tangan, siapa yang bertepuk tangan

@LantakAhh
πŸ‘3
Adik beradik, mertua, ipar duai jangan masuk campur hal keluarga adik beradik anak beranak lain. Didik hati tu ikhlas. Jangan nak dengki.

Bukan orang luar tahu susah perit, jerih, makan hati, berendam air mata, ikat perut utk capai apa yg mereka cuba nikmati.

Manusia hanya nampak yang senang-senang, gembira orang lain. Tapi tak tahu apa yang dah mereka lalui utk sampai tahap tu.

Jgn suka sangat jadi sampai menyampai jadi duri. Apa dia post up kat status semua nk ditunjuknye ke mak, dari situlah mertua dan menantu boleh jadi salah faham. Tengok diamΒ² sudah, bukan dengki iri hati, tabur minyak bagi api lagi membara. Biar la mereka ada keluarga kehidupan sendiri jgn masuk campur. Selak hal rumahtangga sendiri cukup sempurna tak? Jgn pernah sibuk dengan hal rumahtangga orang.
πŸ‘3
Lantak Ahh πŸ˜’
Adik beradik, mertua, ipar duai jangan masuk campur hal keluarga adik beradik anak beranak lain. Didik hati tu ikhlas. Jangan nak dengki. Bukan orang luar tahu susah perit, jerih, makan hati, berendam air mata, ikat perut utk capai apa yg mereka cuba nikmati.…
Lagi satu.. kalau anak lelaki jarang balik jenguk mak dsebabkan kekangan kerja.. mesti menantu yg dipersalahkan.... dikatakan suami takut bini, bini queen control laki,bini hasut suami, semua salah c menantu...kita tuduh ipar kita control adik / abg kita, jika itu tidak benar, sudah menjadi satu fitnah wahai saudaraku...dan dosa fitnah itu sgt besar,takut kita tak tertanggung d sana kelak...

Wahai ibuΒ² sekalian, mmg syurga anak lelaki di tapak kaki kamu, tapi jgn smpai kamu sdiri yg menhantar anak lelaki kamu ke neraka... sedarlah, anak lelaki kamu ade tanggungjawab, ade mulut yg nak disuap,ade hati dan jiwa yg nak dididik, tak jenguk bukan bermakna dia melupakan kamu,tak jenguk bukan bermakna dia meninggalkan kamu, cubalah fahami anakΒ² kita dr sudut yg positif, jgn mudah terasa hati,jgn mudah bersangka buruk, jgn smpai membuatkan c anak menjd anak derhaka dgn tidak sengaja... kalau kita ibu yang baik,kalau kita ibu yang beriman, sentiasalah doakan kebahagiaan anakΒ² kita, jgn dihina c menantu, dia anak org, dia dididik dgn cara lain...syukurlah jika c menantu sudi menjadi isteri anakΒ² kita,sudi menjadi ibu kepada cucuΒ² kita, sudi menerima anak kita sebagai suaminya, kerana anak kita pon bukannya sempurna sangat...

adik bradik, ipar duai, jiran tetangga,anak branak, jgn suka menjadi batu api,... andai kata c anak lelaki menceraikan c isterinya disebabkan mulut kita, adakah kita sanggup menanggung dosa seumur hidup disebabkan perbuatan kita itu? jaga isteri kita dulu sblm kita nak mengata isteri org, didik isteri kita dulu sebelum kita nak tegur isteri orang,jaga rumahtangga kita dl sebelum kita nak ketuk rmhtgga org, yg paling penting, didik hati kita dulu supaya tidak bersangka buruk dgn org...

Kredit : Nur Artika Zulkipli

@LantakAhh
πŸ”₯3πŸ‘Ž1🀩1
Yg solat pun dah kena hisab

@LantakAhh
❀1
Dosa terpadam dari kitab amalan kecuali....

@LantakAhh
πŸ‘3
Yang menentukan kita baik atau tidak bukan sekarang tapi nanti di akhirat kelak. Orang nak sanjung kepada awak, selagi tidak disanjung oleh ALLAH, tak ada makna sanjungan manusia.
.
Jangan ada satu kaum menghina kaum yang lain, mungkin yang dihina lebih baik dari yang menghina.
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
.
"Jangan kamu merendahkan orang lain, yang mungkin nanti ALLAH akan tunjukkan kelemahan kamu, dan ALLAH mengangkat orang yang kamu maki itu."
.
Wallahu A'lam.
.
- Ad Da'ie ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid -

@LantakAhh
πŸ‘2
Seberat apapun beban masalah yang dihadapi saat ini, percayalah bahwa semua itu tidak pernah melebihi batas kemampuanmu.

.

Saat diuji pelbagai bentuk, Allah akan sentiasa ada..sentiasa memberi amaran, dan sentiasa menyedarkn bahawa kita perlukan Dia.

.

Pelbagai bentuk Allah uji. Ingat jangan pernah mengeluh..kerna ujian itu mampu ditangani olehmu.

.

Wahai diri ingat Jangan pernah mengeluh saat diuji dengan pelbagai ujian. Ingatlah Kaya itu ujian, miskin pun ujian, sihat itu ujian dan sakit pun ujian. ALLAH uji ikut kemampuan kita.

Kredit: Jentik Hati

@LantakAhh
Korang takde keje duduk di Malaysia?

Puas mintak keje kerajaan tetapi masih tak dapat2?

Nah,

Berbekalkan sorang baby, muka kesian dan satu mangkuk, korang mampu menjana sehingga 36k sebulan hanya dengan duduk sahaja.

Tanpa modal gais.

Sumber daripada sahabat muka buku abam.

4 hari dekat 9k gais pendapatan dia.

πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Patutlah dorang relaks jer masuk Malaysia bayar beribu ribu untuk satu kepala. Easy money duduk di Malaysia nie.

Cc halim othman

Telegram @LantakAhh
😱3πŸ‘2
Dalam dunia ini, ada benda kita perlu ceritakan untuk mengelakkan fitnah dan buruk sangka orang ramai. Cari cara yang baik macam mana nak memartabatkan diri sendiri namun jangan terlalu mendabik dada.

Kalau sudah berubah, teruskan jalan itu. Jangan ditunding jari pada orang lain yang mereka itu salah dan sebagainya. Bukan begitu jalan spiritual healing. Seharusnya makin kita berubah, makin kita tundukkan pandangan, makin kita fokus pada hala tuju sendiri tanpa mengusik jalan dan cara orang lain.

Kita bahagia dengan cara kita seadanya. Sederhana dan bersahaja. Bagi orang lain itulah cara mereka bahagia jadi kita hormatinya. Bagi kita, lain pula cara kita bahagia dan orang lain pun akan hormati kita. Kalau nak orang hormat kita, belajar untuk hormat orang lain juga.

Dalam dunia ini, bukan semua benda perlu kita sentuh dan ambil tahu. Kita fokus dengan kehidupan kita saja sudah memadai. Makin kita fokus, makin kita menemui titik kebahagiaan dalam diri. Oh... rupanya aku salah menilai erti kebahagiaan. Kalau begitu, ubah.

Satu lagi, makin kita toxic, makin banyak golongan toxic akan masuk dalam circle kita. Kadang kita yang toxic tanpa kita sedar jadi orang-orang di sekeliling pun ikut serta jadi toxic. Kita sendiri pilih nak magnet positif atau magnet toxic.

Kedua, kenapa kadang orang suka nak bercakap pasal kita? Sebab cara kita mungkin salah. Cara penyampaian kita sedikit salah. Itu normal. Kita tak boleh ubah apa pandangan orang pada kita. Kita tak boleh buat semua orang suka kita. Kuncinya, fokus pada yang positif saja. Kadang kita ini yang dasarnya tak kukuh, sebab itu kita mudah goyah.

Ketiga, jangan sesekali salahkan orang lain atas musibah yang menimpa diri kita. Ada sebab mengapa ianya terjadi. Kadang khilaf kita sendiri. Jadi ambil masa untuk duduk dan refleksi diri. Semakin kita tunduk dengan kesilapan diri, semakin kita sedar sesungguhnya nak bahagia itu bermula dengan diri sendiri. Cepat triggered, twist the triggered. Cepat salah sangka, twist perasaan salah sangka. Pokoknya, diri sendiri bukan orang lain.

Keempat, tak semua benda orang post niat mereka nak show off. Belajar tundukkan pandangan sendiri. Jangan sikit-sikit nak cakap orang show off. Itu pun salah satu tanda hati kita ada masalah. Kita sendiri mengundang sakit pada diri sendiri tanpa kita sedar. Kita tak senang melihat orang lain senang dan bahagia. Kadang orang berkongsi sebab mereka mahu berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan, followers yang sudah support since day 1. Macam saya kata dari awal, diri sendiri kena ubah. Kalau kita tak ubah, selamanya hati kita bermasalah. Sikit orang share, kita cakap show off. Sikit orang cakap, kita cakap orang berlagak. Bukan begitu kalau nak jadi magnet yang positif. Silap percaturan kamu sendiri mengundang bala dalam hidup kamu.

Kelima, ada hal yang perlu kita kongsi, ada hal yang perlu kita simpan sendiri. Kisah kejayaan hanyalah bahagia subjektif hasil usaha seseorang. Behind that, we never know betapa struggle nya orang untuk sampai ke situ. Kita cari dan gali intinya. Jadikan teladan dalam diri. Salah satu hal, privasi bersama pasangan. Belajar simpan. Kongsi sekali sekala tiada masalah tapi jaga sebaiknya. Kadang kala kita kena post juga untuk elakkan fitnah pada pasangan dan supaya orang tahu, oh ini pasangan dia. Bukannya kita cakap orang yang betul bahagia takkan post benda di social media. Kalau begitu cara mereka nak bahagia, kita hormati cara orang. Mudah saja. Tundukkan pandangan kita sendiri. Pandanglah dengan mata hati.

Itu saja dari saya. Dunia social media ini tak sama dengan dunia luar. Jangan samakan apa yang kamu nampak dengan keadaan di luar. Mindsetting kita kena cun barulah kita mudah menjemput rasa bahagia dalam diri. Ok?

Have a nice day guys ❀🌹
- cc natalia

Telegram @LantakAhh
πŸ‘3❀1πŸ”₯1😒1
2025/07/12 18:00:38
Back to Top
HTML Embed Code: