Telegram Web Link
Tolong elak biarkan si comel menyusu bersendirian! ‼️

Bahaya sebab

👉🏻 Bayi berisiko untuk tersedak susu

Dan mungkin tak ada siapa sedar kalau benda tu terjadi 😢

Lepas menyusu, kita boleh:

Tegakkan badan bayi sebentar lepas selesai menyusu supaya saki baki susu dalam mulut tu ditelan habis

Sendawakan bayi

Tepuk dan gosok belakang si comel tu sekurang-kurangnya 5 - 10 minit pun dah okay.

Kalau gunakan botol susu, pilih puting yang sesuai supaya flow susu yang keluar tu tak terlampau laju.

Link ke Telegram Dr ALB:
➡️ www.tg-me.com/NotaALB
👍3410🥰2
Nak pilih buku untuk anak bawah 2 tahun? 📖

Untuk anak yang berumur bawah 2 tahun, paling bagus kita pilih buku yang:

🎈 ada banyak gambar menarik

🎈 berwarna warni

🎈 ayatnya ringkas-ringkas saja untuk kita bacakan

Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ https://www.tg-me.com/notaALB
21👍10🥰3
Anak mengadu gatal di bahagian dubur? 😥

Kalau nampak anak selalu tergaru garu dekat bahagian dubur, takut takut dia sebenarnya

👉 dah terkena jangkitan cacing

Boleh jadi anak akan

💢 selalu nampak keletihan
💢 tak berselera nak makan
💢 loya
💢 sakit perut
💢 kegelisahan
💢 susah nak tidur
💢 mengalami penurunan berat badan

Kalau ada tanda tanda macam ni, teruslah bawa si kecil untuk pemeriksaan tau


Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ www.tg-me.com/notaALB
👍334🥰3
Nak anak lembut hati? ❤️

Banyakkan sebut salah satu nama Allah ni waktu doakan anak

Ya Latiff

Maksudnya yang Maha Lembut

👉 Ulang ulang juga ayat ke 19 dari Surah As Syura ni

ٱللَّهُ لَطِيفُۢ بِعِبَادِهِۦ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُۖ وَهُوَ ٱلۡقَوِيُّ ٱلۡعَزِيزُ

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya;

Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

🩷 Waktu masakkan makanan untuk keluarga, kita bacakan ayat ni.

🩷 Bila duduk sama sama, usaplah ubun ubun si kecil tu sambil amalkan ayat ni.

InsyaAllah sedikit demi sedikit anak kesayangan kita tu akan berubah jadi lebih tenang dan lembut hatinya..

Link ke Telegram Dr ALB:
➡️ https://www.tg-me.com/notaALB
56👍16🥰6
Anak anak kita sangat sangat rasa dihargai bila:

kita berhenti sekejap dari aktiviti yang sedang kita buat masa anak datang bercerita

kita pandang tepat ke wajah anak

kita pamerkan raut wajah seronok nak dengar apa yang dia nak ceritakan tu

Anak yang sentiasa rasa dihargai & dikasihi ni kehidupannya lebih bahagia dan mindanya akan berkembang dengan lebih sempurna. 🥰


Link ke Telegram Dr ALB:
➡️ www.tg-me.com/NotaALB
👍2719
Si comel meragam bila nak tumbuh gigi? 👶🏻

Baby kita tu tak pandai lagi nak beritahu rasa sakit bila tumbuh gigi (teething)

Jadi anak akan

🔅kerap meragam
🔅selalu tarik telinga
🔅raba raba pipi

Mak ayah boleh bantu si comel rasa lebih selesa & kurangkan sakit dengan

berikan teether yang disejukkan untuk dia gigit

Boleh jugak gantikan dengan kain atau tuala kecil yang bersih. Rendam dulu dalam air sejuk sebelum bagi si comel tu gigit…🦷


Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ www.tg-me.com/notaALB
👍213🥰3
Senang sangat nak hebatkan EQ anak ❤️

Mak ayah ajarkan anak anak tentang nama nama emosi yang dia rasa

Supaya si kecil tu nanti boleh luahkan dan beritahu kita yang dia sebenarnya tengah

😄 gembira
😣 takut
😢 sedih
😡 marah
😞 kecewa

Bila anak kenal dan mampu ceritakan tentang perasaan & emosi yang dia rasakan, itu tandanya yang dia dah mula memiliki Emotional Intelligence (EQ) yang bagus. 😍


Link ke Telegram Dr ALB:
➡️ www.tg-me.com/notaALB
👍18🥰119
Nak bantu anak membesar dengan sihat?

Beritahu pasangan kita untuk biasakan

👉🏻 bawa si kecil kita keluar ke halaman rumah supaya terdedah kepada cahaya matahari

Dalam 5 - 10 minit pun dah okay.

Bila kulit si kecil disimbah cahaya matahari, tubuhnya akan menyerap bekalan vitamin D.

Vitamin D ni penting sangat untuk

⭐️ menguatkan struktur tulang

⭐️ elakkan masalah tulang rapuh

⭐️ bantu tumbesaran si kecil jadi lebih baik

Tolong share info ni ya. Fakta yang ditemui oleh pengkaji, 80% remaja Malaysia sebenarnya kekurangan vitamin D dan berisiko mengalami masalah pada tulang. 😞


Link ke Telegram Dr ALB
➡️ www.tg-me.com/notaALB
👍48🥰43
Hari ni kita manjakan anak, kita bagi semua yang dia nak, tengoklah besar nanti dia tak akan pandai nak terima rejection.

Dia jadi selfish dan pentingkan diri.

Siapa yang akan jadi mangsa dia masa tu?

Orang yang berada dekat keliling dia..😔
👍7022
Nak jadi mak ayah yang berwibawa pada mata anak? 😍

Jangan pernah mungkir janji pada anak even pada perkara yang kita rasakan remeh

Elak pamerkan mood yang tak stabil masa kat depan anak

Kawal kemarahan hanya pada waktu tertentu dan bukannya marah marah setiap masa

Si kecil akan rasa lebih selamat bila mak ayah pandai kawal emosi.

Perasaan aman & selamat tu lah yang akan memacu perkembangan otak anak jadi lebih hebat dan pesat.


Sertai Telegram Dr ALB:
➡️ https://www.tg-me.com/notaALB
45👍18😢7🔥1
Cepat rasa tersinggung lately? 😢

Mungkin dah sampai masanya kita kena semak balik kualiti tidur kita. Entah entah banyak sangat sleep debt (tak cukup tidur).

Bila berlarutan, tu yang buatkan kita

😌 Mudah tersinggung
😌 Emosi kacau bilau
😌 Susah nak fokus
😌 Senang jadi pelupa
😌 Sikit sikit menguap

Jom improve balik masa & kualiti tidur kita ya 😉

Link ke Telegram Dr ALB:
➡️ https://www.tg-me.com/notaALB
👍4427😢7🥰1
Nak naikkan mood si kecil pagi pagi macam ni? 😍

👉 Peluk anak kita tu waktu dia bangun pagi

Setiap kali kita peluk anak, paras hormon oxytocin (hormon bahagia) dalam diri anak dan diri kita sama-sama meningkat tinggi.

Bukan mood anak je jadi tenang, mood kita pun sama sama jadi lebih happy dan makin bahagia.


Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ www.tg-me.com/notaALB
81👍15🥰14🔥1
Bangun pagi je anak dah moody? 💆🏻‍♀️

Mak ayah cuba amalkan Morning Hugs

🎉 Peluk anak masa dia bangun tidur
🎉 Peluk anak sebelum hantar dia ke sekolah

Pelukan kita tu akan menghasilkan "Oxytocin effect" yang sangat berkesan untuk bantu stabilkan mood & emosi anak sepanjang hari.

Jom amalkan sama sama ❤️


Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ www.tg-me.com/notaALB
48👍11🔥2😢1
Selamat menyambut kehadiran Ramadan Al Mubarak mak ayah semua.. 🎉

Semoga Ramadan kali ni akan menjadi Ramadan yang terbaik dalam kehidupan keluarga kita ❤️
👍1514🔥1
25👍7🔥2
Si kecik asyik merengek je? 😮‍💨

Antara punca anak kecil meragam dan merengek:

😩 dia rasa dahaga
😩 lapar
😩 panas
😩 rasa macam nak demam
😩 rasa marah
😩 sedih
😩 sakit sakit badan

Cuma dia tak reti nak beritahu dan kita pulak tak faham faham apa yang anak nak.

Akhirnya kita pulak naik angin sampai marah marah kat anak.. 😭

Bila jadi mak ayah ni, antara perkara penting kita kena belajar ialah belajar bagaimana nak ajar anak untuk beritahu apa yang dia mahukan...Nanti kita belajar sama sama dekat group Telegram ni ya.. ☺️


Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ www.tg-me.com/notaALB
11🥰8👍6😢2
Anak muntah muntah? 😰

Susah hati kan bila anak tiba tiba muntah muntah dan cirit birit.

Risau kalau badan dia dehidrasi dengan sangat teruk.

Ni antara tanda tanda yang kita kena perhatikan:

‼️ Ubun kepala lekuk ke dalam (bagi si comel berusia bawah 18 bulan)

‼️ Mata kelihatan cengkung

‼️ Menangis dah tak keluar air mata

‼️ Kencing berkurangan dan warnanya berubah jadi semakin pekat

‼️ Lesu tak bermaya

‼️ Bibir, lidah dan lapisan dalam mulut mengering

‼️ Hujung jari tangan dan kaki terasa sejuk

Ada je tanda macam ni, maksudnya dah tak boleh tunggu. Kena cepat cepat dapatkan rawatan.


Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ https://www.tg-me.com/notaALB
👍152🥰1
Nak anak jadi makin hebat? 😍

Anak kita kan bila dah ketagihan smartphone, dia akan susah sangat nak fokus bila belajar.

Bukak je buku, sekejap je dia dah bosan dan mengantuk. 😰

Jadi sebelum ketagihan dia makin teruk, usahakanlah supaya anak lebih rapat dengan buku dan bukan dengan phone.

Buat mini library kat dalam rumah

Beri reward dekat anak dalam bentuk buku

Bagi dia tabung untuk kumpul duit beli buku

Ajak anak pergi pesta buku sama sama

Anak jadi makin hebat bila kita berjaya jadikan budaya baca buku sebagai rutin dalam keluarga kita ❤️📚


Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ www.tg-me.com/notaALB
👍3511
Selsema anak tak sembuh dan bau busuk? 😰

Cuba periksa lubang hidung si kecil tu

Ada kes saya jumpa, dia masukkan objek seperti manik hingga tersekat dalam hidung.

Ni saya share antara tanda lain ada objek asing dalam lubang hidung si kecil 👇🏻

😱 Dia mengadu susah nak bernafas

😱 Hingus anak berbau busuk. Boleh jadi bercampur dengan darah

😱 Sakit pada hidung

😱 Anak nampak gelisah

😱 Nafas berbunyi

😱 Hidung tiba tiba berdarah tanpa sebab

Selalunya tak mudah nak keluarkan objek kat dalam hidung tu. Jadi cepat cepat dapatkan bantuan di klinik atau hospital terdekat ya


Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ www.tg-me.com/notaALB
👍104😱3🥰1😢1
2025/07/08 13:31:49

❌Photos not found?❌Click here to update cache.


Back to Top
HTML Embed Code: