Telegram Web Link
❗️❗️❗️BUY CALL❗️❗️❗️

TIKET FLIGHT UMRAH MUSIM SEJUK sehingga 30 NOV 2024

🚀 SAUDI AIRLINES 🚀
www.saudia.com

Tawaran bermula dari 17 Ogos sehingga 30 Ogos 2024 (ada yang habaq sehari sahaja pada 17 Ogos)

Masukkan kod promosi ALFURSAN seperti pada gambar pertama untuk mendapatkan tawaran.

PASTIKAN MASA TRANSIT > DARI 4J untuk elakkan perkara yang melambatkan urusan seperti sangkut scan cap jari, atau luggage delay, hilang

Return Flight
KUL - JED - KUL
dari serendah RM1,902
KUL - MED - KUL
dari serendah RM1,861

Termasuk free Luggage 1 x 23kg
Luggage 2 x 23kg, tambah sedikit sahaja tak sampai RM100

@NotaUmrahDIY
SV menawarkan harga tiket yang sangat murah untuk promosi kali ini. Namun perlu diketahu ketika ini masih musim panas di Saudi. Seeloknya elak membawa anak-anak kecil dan warga emas. Kalau ingin pergi perlu rancang sebaiknya perjalanan ibadah anda

PROMO CODE : ALFURSAN
www.saudia.com

•     The promo code is valid for one day only, on August 17, 2024*.
•     Travel period: From September 1st to November 30th, 2024.

@NotaUmrahDIY
LAGI TIKET MURAH SAUDIA semasa cuti perayaan Deepavali melalui app trip.com

SIAP dapat akses PERCUMA ke VIP Lounge di airport

RM 1,666 (tidak termasuk rebat RM60 pembelian melalui app trip.com)

KUL - CAI, 25 Okt 2024 (transit 11j 45) sesuai untuk umrah singkat menggunakan Stopover / Transit visa CAI - KUL, 2 Nov 2024

DISCLAIMER Pembelian adalah atas risiko sendiri. Sekiranya tak yakin, boleh tempah direct melalui Saudi Airlines (harga RM2,370).

Sila buat semakan lanjut sebelum membuat sebarang tempahan

* * * * * *

Sila sign up guna link ini untuk peroleh rebat

https://uk.trip.com/sale/4283/referee.html?locale=en-GB&referCode=4A408B1EDD0E1A2C7C836F898834FF78

* * * * * *

@NotaUmrahDIY
Penerbangan malam tadi ke London direzekikan cuaca jelas di ruang udara Saudi.

Gambar 1: Madinah dari 80nm.
Gambar 2: Madinah dari 40nm.
Gambar 3: Madinah dari 20 nm. Cahaya paling terang ditengah-tengah ialah Masjid Nabawi.
Gambar 4: Madinah dari 10nm.
Gambar 5: Di atas Madinah dengan Masjid Nabawi di sisi. Sila pinch & zoom.

nm: Nautical Miles x 1.852 = kilometre.

Ketinggian: 40,000 kaki.

Kamera: Xiaomi 14 Ultra.

Kredit :
FB Hafiz Firdaus Bin Abdullah

@NotaUmrahDIY
RHB Multi Currency Account (MCA)

Berbaloi guna kad RHB MCA ni. Dah ada testimoni dari team kami yang menggunakan kad ni dan beberapa kali juga peroleh diskaun RM 600 untuk pembelian tiket di Trip.com bagi promosi ketika itu (boleh rujuk gambar diatas)

Bagi yang belum ada RHB MCA boleh sahaja walk in kemana-mana cawangan RHB berdekatan anda. Inshaallah admin pun akan mohon minggu ini untuk test guna dalam trip terdekat ini

Selain promosi potongan harga jika pembayaran menggunakan kad ini, kadaran tukaran matawang asing juga pada kadar yang lebih menarik berbanding wise dan bigpay. Paling penting tiada isu shariah kerana telah disahkan patuh shariah

Bacaan lanjut
https://www.rhbgroup.com/-/media/Microsites/mcv/files/faq_mass_islamic.pdf

@NotaUmrahDIY
Adult with Infant

Ramai menghadapi masalah yang ini jika beli tiket infant iaitu "total length of the first name/last name of adults and infants exceeds the character limit."

Boleh cuba panduan ini

A. PERTAMA

Apa yang perlu di edit ?

1. Buang "Binti" di nama ibu dalam borang tempahan

2. Masukkan first dan last name seperti dibawah

Nama penuh infant (contoh)
Noraini Amanda Khaleesha Bin Ahmad Kamal

First name : Noraini
Last name : Kamal

Kemudian apa akan berlaku ?
1. Nama infant di tiket tidak akan penuh seperti di passport.

2. Kemudian jika mohon visa transit (jika nak keluar dari airport), automatik visa akan follow nama yang kita masukkan ketika booking tiket.

Bagi kedua situasi ini tiada masalah, inshaallah lepas. Admin baru lalui. Namun untuk lebih meyakinkan, bolehlah hubungi Adinas KL sebab panjang kilometer nama anak memasing berbeza 😁

*Semasa admin check in di Kaunter Saudi ada tanya tip dari staff, dia jawab asal tak lari jauh dengan nama asal infant

B. KEDUA

Ada juga bagi saranan beli saja tiket adult dulu kemudian add on beli kemudian dengan cara telefon ofis Saudia KL

Harap membantu

@NotaUmrahDIY
Umrah bersama anak kecil

Bilakah masa sesuai jika ingin menunaikan umrah bersama anak kecil (mungkin termasuk warga emas) ? Saya berpendapat musim sejuk paling sesuai yakni secara umumnya bermula hujung Disember sehingga Februari

4 hari lepas admin transit semalam bermalam di Madinah. Cuaca amat panas sekali. Suhu harian purata 35°. Terasa bahang dan hembusan angin panas seperti berada di belakang compressor aircond (malah lebih panas). Biasanya di Makkah akan rasa lebih panas dari Madinah

Ramai juga keluarga bersama anak kecil dalam penerbangan yang sama terus ke Madinah. Bila cuaca panas sebegini aktiviti bersama anak pun akan terbatas

@NotaUmrahDIY
2025/07/07 21:53:48
Back to Top
HTML Embed Code: