Telegram Web Link
lalu malam mula mengiringi, candra mulai munculkan diri, tiada aku keseorangan di sini, Allah dekat di hati, buana juga menemani.

Tenang, berdamai dengan ujian, berdamai dengan hati, itu hanya sekadar prasangka, kita bukan Tuhan bisa mengawal segala.

KuraiHikari
Forwarded from Meklinnn 🦋
Ya الله, kami serahkan segala urusan kami kepadaMu, dan kami memohon agar setiap keputusan yang Engkau tetapkan adalah yang terbaik bagi kehidupan kami di dunia dan di akhirat. 🤍🕊️
Kamu layak untuk hidup, kerana itu kamu di sini. Andai kamu tidak berguna, lantas mengapa kamu dilahirkan di dunia?
Usah fikir apa kata mereka, tiada yang bisa menentukan hidup kamu, segala pilihan di tangan kamu. Kerana yang pinjam tubuh itu juga adalah kamu, bukan?

KuraiHikari
Jika doa belum dijawab, itu kerana الله sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu. Tetaplah percaya kepadaNya. 🤍🕊️
hakikat kamu bukan seorang,
kamu masih punya Tuhan.


KuraiHikari
tiada kata terungkap,
lisan menjadi kelu,
di saat merasakan cinta,
terpana,
angau bersama

indah hiasan dunia,
dilihat juga tiada celanya,
indah ciptaan-Nya,
namun mengapa kamu tidak lepas memandangnya?

pandangan pertama untuk kamu,
pandangan kedua jejak nafsumu!
usah berdalih dengan nama-Nya,
alasan kamu hanyalah dusta.

"tiada salah memandang ciptaan-Nya yang indah bukan? aku juga teringat Allah saat memandang kecantikannya"

jejak syaitan perlahan,
alasan demi alasan,
kamu berlindung di sebalik nama Tuhan,
sedang hakikat hatimu dirosakkan

andai benar cinta kerana-Nya, cinta itu membawa kamu mendekati-Nya

KuraiHikari
Tahun ini mungkin penuh ujian, tetapi الله berfirman,

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
‘La yukallifullahu nafsan illa wus’aha’.

Bermaksud: “الله tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

Percayalah, kamu lebih kuat daripada apa yang kamu fikirkan ☺️🤍
Forwarded from Meklinnn 🦋
Ujian itu pahit, tapi ganjarannya manis

Meskipun ujian itu pahit, sebenarnya itu adalah jalan menuju kebaikan. Dengan kesabaran dan kepercayaan kepada الله, setiap kepahitan akan digantikan dengan kemanisan berupa ganjaran, hikmah, dan kedamaian hati. InsyaAllah 🤍
Forwarded from Meklinnn 🦋
‘Rahsia Tuhan’ adalah tanda bahawa Dia punya rencana yang belum kita ketahui. Jangan terburu-buru meminta jawapan. Bersabarlah, kerana pada waktunya, semua yang disusunNya akan menjadi lebih indah dari apa yang kita bayangkan. 🤍
lengkap sudah cerita 365 kita🫶🏻
Forwarded from Meklinnn 🦋
Drama 365 sudah selesai, dan engkau masih berdiri, lebih kuat daripada sebelumnya. 🤍

Terima kasih buat diri, kerana terus melangkah walau kadang-kala kaki terasa lemah.
Terima kasih buat diri, kerana tidak menyerah walau air mata pernah tumpah.
Terima kasih buat diri, kerana memilih untuk terus percaya walau jalan di hadapan penuh teka-teki.

Hari ini adalah hadiah untukmu.
Setiap luka telah mengajarkan makna, setiap tawa telah mengukir bahagia.
Moga langkah seterusnya dipenuhi keberkatan, moga hari-hari mendatang dipenuhi harapan.

Teruslah menjadi versi terbaik dirimu, kerana engkau layak untuk bahagia. 🤍
Forwarded from Meklinnn 🦋
Ya الله, semoga Jumaat pertama di bulan Ramadhan ini membawa rahmat, keampunan, dan keberkatan dalam hidup kami.
Dan segala hal buruk yang menimpa, bahkan Tuhan berjanji kesusahan ada kemudahannya.

ingat kembali, As-Sharh ayat 5&6

KuraiHikari
Di saat ujian menimpa, reaksi kamu bagaimana? Bahkan nabi Yaakob diuji hilangnya nabi Yusuf dari dirinya. menangis hingga buta, lalu kata-katanya?

"Maka sabarlah yang terbaik untukku" surah Yusuf 12:18

KuraiHikari
Di balik topeng agama, menggunakan kepuasan nafsu menghalalkan cara. Alangkah lemahnya manusia, memahami tetapi tidak menguasai. Hingga mereka menipu ilahi. Sedang Dia... sentiasa mengetahui.

KuraiHikari
Biarkan pena berbicara,
Segala luahan itu tersedia,
Namun bukan dengan kata,
Hanyalah dengan tinta.

Segala penat mengalir semua,
Tiada perlu siapa mendengar,
Biarkan mereka membaca,
Isi hati hamba tiada pentingnya,
Namun tiada mahu diri menyimpannya,
Biarlah aksara mengungkap semua.


Tiadalah hamba berputus asa,
Hamba hanya lelah seketika,
Pemilik semesta ingin menguji,
Lalu hamba redha dengan ini.

Kerana Dia tahu,
hamba mampu.

Kerana itu, ujian ini untuk aku.


KuraiHikari
Bicara si hamba,
"Biar aku mengasingkan diri, tiada yang memahami, aku hanya beban di setiap cerita. Biar aku sendiri, pergi membawa diri,"

Setiap bicaranya tiada sokongan,
Yang dikehendakinya tiada ingin mendengar,
Keputusannya dibantah,
Tanpa bicara,
Dia membawa dunianya bersama,
Jauh dari semua.

Sang hamba merintih sendiri,
"Mengapa hanya aku? Mengapa aku begini? Apakah keputusan aku tidak dilihat dengan jelas? Atau aku hanyalah anak kecil di mata setiap manusia yang memandang?"

Permintaannya tiada yang mendengar,
Luahan hati tiada memahami,
Dia setia menjadi pendengar setiap cerita,
Namun tiada manusia bersedia
mendengar rintihan hatinya.

Dia hanya dia,
Pada dulunya ketawanya ada,
Namun perlahan hilang dibawa semesta,
Arus dunia membebankan dirinya,
Tertanya,
"Bisakah aku bahagia?"

Sambil memandang langit,
Seolah berbicara dengan sesuatu,
Namun tiada apa di situ,
Dia,
sedang berbicara pada Tuhan-Nya.
Tuhan yang dia masih percaya.
Allah yang masih kekal di hatinya.


{ وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ }
[Surah Ghāfir: 44]

Abdullah Muhammad Basmeih:
"dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".

KuraiHikari
Lupa, hilang, kecundang. Dulunya tepat, kini lewat. Dulunya patuh kini runtuh. Dulunya ada, kini tenggelam bersama dunia.

Dahulu kamu yang paling berpegang pada iman dan Islam. Kini kamu menjauhi-Nya perlahan-lahan.

Syukur kamu ke mana? Waktu kamu bagaimana? Hilang sampai sebegitu rupa, sampai lupa Tuhan segala?

Tarbiah diri, kembali, taat pada Ilahi. Dulu aku yang paling menentang, kini aku yang tenggelam.

Maksiat itu, perlahan sebati, perlahan-lahan kuasai diri, andai tidak kembali, mungkin kegelapan mempengaruhi hati.

KuraiHikari
Dalam bahagia manusia sentiasa ada derita, dek kerana tiada ingin dilihat sesiapa dipendam segala rasa.

Dalam pelbagai hal kehidupan, akan ada naik turun, tak kira waktu. Meratapi ujian hanya sia-sia. Menerjah juga hanya menghabiskan tenaga sahaja. Berlapang dada. Ujian itu tak kemana.

Hanya jiwa kita yang seolah ingin berlari keluar dari dunia. Namun dunia tidak seburuk yang kita sangka. Dunia punya hal yang indah juga hal yang tidak ingin dilihat.

Kerana dunia bukan tentang perkara baik sahaja dan bukan perkara buruk sahaja.

KuraiHikari
2025/06/28 23:03:02
Back to Top
HTML Embed Code: