Luka tidak pernah gagal
untuk membuka mata kita
memandang kehidupan dengan
penghargaan yang tulus.
Pengalaman tidak pernah gagal
untuk menghidupkan fikiran
yang perlahan menjadi
semakin matang.
Kata-kata tidak pernah gagal
mendamaikan hati kita
dengan persoalan-persoalan
akhir yang akan menemukan kita
dengan jawapannya.
"Alam takambang, manjadi guru"
-manusia selayaknya bisa membaca, menyelidiki, dan mempelajari apa yang ada pada alam, sebagai tempat belajar.
Hidup ini, adalah aturan Tuhan, yang sebahagiannya bisa kita aturkan. Misalnya, pemikiran.
#liyatulis

🌼MARI BERTEMU DAN BERTEGUR SAPA DI #pbakl2024 ✨
Selamat Datang Hari adalah naskhah puisi yang saya dendangkan secara bebas untuk mata-mata yang sudi membacanya.
Cerita yang tidak dikhususkan, semuanya layak untuk turut mendendangkan puisi ini.
Jujurnya gemuruh untuk bertemu orang sudah terasa, namun saya lebih kepada teruja dan suka untuk saya bertemu anda di sana nanti. Jemputlah kalian semua, datang ke reruai inibukujiwa di pintu Bilik Mawar, A01 - A03 . Mari kita bercerita hal-hal yang menginspirasikan.
Kerana hidup ini akan terus bergerak lancar, jika kita sentiasa berjalan dengan inspirasi yang membangunkan.
Beberapa hari sahaja lagi.
Ketika jumpa nanti,
bawakan saya puisi
atau saya berikan puisi.
Salam kehidupan,
buat pencandu aksara.

Haaaaa siapa yang cakap nak datang tuuuuu, hampa tak mai jumpa liya hampa siapp.😆😆
.
Btw kalau ada yang datang, kenalkan lah diri anda dari PuisiDariPanda.
Liya bawa handmade bookmark senanyaaa nak bagii wihuuu
.
Btw kalau ada yang datang, kenalkan lah diri anda dari PuisiDariPanda.
Liya bawa handmade bookmark senanyaaa nak bagii wihuuu
Kalau ada nak bertanya atau nak baca tulisan liya, liya aktif di platform instagram tau.
search ni👇
@luna_liya__
search ni👇
@luna_liya__
Forwarded from Meklinnn 🦋
Ya الله, mudahkanlah dan muliakan pagi ini bagi orang-orang yang sedang berada dalam kesulitan. Aamiin Allahumma Aamiin 🤲🏻🤍
memori yang hilang,
tiada difahami,
sering diri mencari,
bercampur sekali,
tertanya,
realiti? atau ilusi?
memori semakin hilang,
tiada beza dua dunia,
tidak diingat satu pun yang dihurai,
kembali bertanya,
ke mana pergi?
atau aku cipta yang baharu sebagai ganti?
sepi sendiri,
hanya aku, dan ilahi.
KuraiHikari

kian hari aku bicara,
hati setia mendengar segala,
terlintas bayangan minda,
apa yang diinginkan sebenarnya?
sedang hakikat aku tersedar,
aku hanya sebatas itu,
bukan aku yang layak bicara,
hakikatnya,
aku hanyalah hamba.
masih lagi aku persoal,
hampir mati diri meronta,
kembali lagi tertanya,
mengapa?
sedang Dia berkata,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
sedang aku lupa,
"ingatlah Aku, maka aku akan mengingatimu",
aku hanya sering persoal, tanpa sedar jawapannya telah ada, maaf Tuhan, aku leka

maaf, sy xmahir puisi, cuba meluah dari hati, apa yang sy tulis mungkin susah nak faham, putar belit kut, maaf ya
Sejadah sentiasa tersedia, tinggal kita bersedia untuk menghampar, sekadar bertafakur juga tiada masalah, andai tidak mampu solat juga tidak mengapa, zikrullah juga bisa.
"Ingatlah Aku, maka Aku akan mengingatimu, bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu berpaling dari-Ku" - Al Baqarah ayat 152.
KuraiHikari
"Ingatlah Aku, maka Aku akan mengingatimu, bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu berpaling dari-Ku" - Al Baqarah ayat 152.
KuraiHikari
Cinta akan hadir, tiada salah tentang itu, segala perasaan yang terpendam, itu normal, namun bagaimana? itu pertanyaannya.
Bagaimana untuk kamu mengawal rasa cinta yang hadir? Hujungnya juga kamu yang sakit.
Andai kamu rebah, kembali mencari cinta sebenar.
Ingat kembali siapa yang kamu lupa. Yang Maha Memberi Nikmat Segala.

Tuhan tidak zalim, hanya kita yang berburuk sangka, segala hal ada hikmahnya, berdamai dengan semesta. Juga berdamai dengan Penciptanya.
KuraiHikari
KuraiHikari
Dunia tidak menipu, khayalan mimpi hanyalah palsu, dibuai lena nikmat dunia, tiba waktu hadapi realitinya.
Realiti yang manis mahupun pahit, hari baru, diri yang baru, menempuh perjuangan yang mati hanya penghujung. Sedia, itu sewajarnya.
KuraiHikari
Realiti yang manis mahupun pahit, hari baru, diri yang baru, menempuh perjuangan yang mati hanya penghujung. Sedia, itu sewajarnya.
KuraiHikari
Forwarded from Meklinnn 🦋
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pesanan ustaz, wanita elakkan timbul fitnah ☺️
Forwarded from Meklinnn 🦋
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jaga aib orang, InsyaAllah الله jaga aib kita ☺️🤍
jangan kau tinggalkan benda yang sepatutnya bawa kau ke arah yang lebih baik semata mata kau lebih sayangkan dosa yang bawa kau ke arah yang sangat buruk.
Jangan sampai kau buta, mana satu baik buruk. Manusia tak lari dari dosa, tapi hindar kebaikan semata mengejar kemungkaran, aku rasa tu antara yang sangat buruk dan teruk
KuraiHikari
Jangan sampai kau buta, mana satu baik buruk. Manusia tak lari dari dosa, tapi hindar kebaikan semata mengejar kemungkaran, aku rasa tu antara yang sangat buruk dan teruk
KuraiHikari