ara yang mereka perlu pelajari di luar sana.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Empat Satu,
4 Ramadhan 1441/
27 April 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti

SYARAH KHULASAH FAHAM ILMU
(SIRI 7)
Pada kali ini, Guru Mulia Ustaz Khalid Ismail hz sudah memasuki pada Bab Keenam bagi buku Khulasah Faham Ilmu. Di dalam bab tersebut, Guru Mulia Prof Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah telah menyusun berkenaan dua belas (12) sifat untuk mengenali Ulama' Akhirat, yang disebutkan oleh al-Imam Al-Ghazali rh.
1. [Jangan Memperalatkan Ilmu demi Keduniaan]. Orang yang memahami tentang hakikat ilmu, pasti mereka juga akan memahami tentang pertentangan di antara kepentingan dunia dan kepentingan akhirat. Al-Imam Al-Ghazali rh telah menyebutkan bahawa, ia seperti piring timbangan. Tidak layak bagi seorang ilmuwan mengambil kepentingan dunia semata-mata. Orang yang mengutamakan dunia juga, maka dia bukanlah orang yang berakal. Berkata Guru yang mulia, bagaimanakah seseorang itu mahu menjadi seorang ilmuwan, sekiranya dia tidak tahu untuk membezakan di antara kera dan kura-kura? Terdapat empat (4) kategori manusia yang hidup di atas dunia, iaitu:
a) Orang alim yang mengetahui bahawa dia alim, maka ikutilah dia.
b) Orang alim yang tidak mengetahui bahawa dia alim, maka kena kejutkan dia.
c) Orang jahil yang mengetahui bahawa dia jahil, maka ajarkan dia.
d) Orang jahil yang tidak mengetahui dia jahil, maka abaikan dia. Inilah contoh orang yang Jahil Murakkab atau disebutkan oleh Guru yang mulia sebagai "Jahil Double".
2. [Mengamalkan Apa yang Diperkatakan]. Ramai dari kalangan kita yang hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak ramai yang mampu untuk mengotakannya. Sukar sekali untuk mencari orang yang mengamalkan apa yang mereka katakan. Mereka ialah orang yang benar-benar ikhlas. Pada sesi wacana yang lalu, Guru yang mulia telah menerangkan tentang kekuatan Da'wah Bil Hal berbanding dengan Da'wah Bil Maqal. Tambahan dari Guru yang mulia, masalah berkenaan seorang guru yang tak beramal dengan ilmunya juga telah disebut di dalam Matan Zubad bahawa,
فعالم بعلمه لم يعملن # معذب من قبل عباد الوثن
Maksudnya: "Orang Alim yang tidak mengamal dengan ilmunya, pada hari akhirat mereka akan diseksa terlebih dahulu daripada penyembah berhala."
Ulama' yang ikhlas, bukan semata-mata menyampaikan atau memberi tazkirah sahaja, bahkan mereka juga melakukan perkara tersebut. Firman Allah ﷻ di dalam Surah As-Saf pada ayat yang kedua dan ketiga.
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ # كَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah–kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
3. [Menumpukan Pencapaian Ilmu yang Bermanfaat di Akhirat]. Termasuk dalam ilmu yang tidak bermanfaat ialah ilmu perdebatan, kerana ia akan membawa kepada polemik yang berpanjangan. Nasihat Guru yang mulia, orang yang sebenar-benarnya ingin ke akhirat, dia akan memberi fokus dan tidak sibuk pada tujuan yang selainnya.
4. [Bersederhana dalam Kehidupan; Makanan, Pakaian dan Tempat Tinggal]. Kebanyakan orang sekarang, mereka mempunyai gaya hidup yang tidak sesuai untuk melayakkan dirinya disebut sebagai 'ilmuwan'. Sebaliknya, mereka lebih layak untuk disebut sebagai 'hartawan' ataupun 'kayawan'. Tidak kiralah dari segi makanannya, atau pakaiannya atau tempat tinggalnya. Ilmuwan yang sebenar, mereka bersifat bersederhana, tawadhu' ("humble") dan tidak terlalu bermewah-mewah. Jika tidak, ia boleh menjadi fitnah kepada masyarakat. Konsep kesederhanan ("wasatiyy"), adalah contoh yang terbaik. Akhirat itu ialah keutamaan pada Ulama' Akhirat, kalau mereka semata-mata mengejar dunia, maka namanya ialah Ulama' Dunia. Namun, bukan bermakna perlu menolak terus pada harta. Tengoklah kepada situasi dan keadaan. Berkata al-Imam Al-Ghazali rh, perkara tersebut boleh diambil dengan syarat kadar yang seadanya dan tidak pula menjauhkan dirinya daripada Allah ﷻ. Sayyiduna Rasulullah ﷺ bersabda,
خَيْرُ الْأُمُورِ أَوْسَاطُهَا
Maksudnya: "Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan."
5. [Menjauhi Daripada Menghampiri Pemerintah dan Penguasa]. Guru y

ang mulia telah menyatakan pada wacana yang lalu, berkenaan perbezaan di antara Kumpulan Mathlubin dan Ulama' Akhirat. Kumpulan Mathlubin merupakan orang alim yang bersetuju untuk menjadi 'tukang angguk' pemerintah. Mereka ialah orang alim yang 'mencari makan' dan contoh Ulama' Su' yang mengejar pangkat dan harta. Sedangkan, Ulama Akhirat mencari habuan akhirat yang kekal. Agama tidak boleh dijual beli, ia adalah hak Allah ﷻ. Bagi penuntut ilmu pula, yang perlu dicari ialah guru. Bukan guru yang mencari murid tetapi sebaliknya. Telah berkata oleh al-Imam Malik bin Anas rh bahawa,
العلم يؤتى ولا يأتي
Maksudnya: "Ilmu itu didatangi, dan bukan dia yang mendatangi."
6. [Tidak Mudah dan Cepat Mengeluarkan Fatwa]. Antara kompenen yang sangat penting di dalam ilmu ialah, pengakuan "aku tidak tahu". Bukan pantang ditanya, terus menjawab, sekalipun dalam keadaan dia tidak mengetahui akan jawapannya. Berkata oleh al-Imam as-Sha'bi rh bahawa, berkata "aku tidak tahu" itu ialah separuh daripada ilmu. Ulama' yang menyebut "Wallahua'lam" itu, sama sekali tidak akan menjatuhkan martabat mereka. Ia bukanlah menunjukkan kepada kekurangan. Bahkan, mereka terselamat daripada menjawab perkara yang tidak pasti. Mereka akan dianggap sebagai berhemah, cermat dan teliti. Ini adalah sifat yang patut dicontohi. Apabila al-Imam Malik rh ditanya tentang 40 soalan, beliau hanya menjawab empat (4) sahaja. Ia menggambarkan sikap tawadhu' beliau yang sangat hebat. Berkata oleh Guru yang mulia, berbeza pula dengan sebahagian pelajar di universiti hari ini, apabila mereka diberi pilihan untuk hanya menjawab dua (2) daripada tiga (3) soalan peperiksaan, mereka jawab semua sekali. Seolah-olah, murid pula terlebih pandai daripada guru. Hakikatnya, terlalu sikit sahaja perkara yang diketahui oleh manusia. Firman Allah ﷻ di dalam Surah Al-Isra' pada ayat yang ke-85
وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنۡ أَمۡرِ رَبِّي وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِ إِلَّا قَلِيلٗا
Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
7. [Lebih Menumpukan kepada Ilmu Batin, Memantau Sifat Hati, Mencari Pengetahuan Berkenaan Jalan Menuju Akhirat serta Benar-benar Mengharap agar Ianya Diperlihatkan].
8. [Menumpukan Perhatian yang Tinggi Terhadap Usaha Mempertingkatkan Keyakinan Diri]. Iman bukan sekadar kepercayaan sahaja, bahkan dia mesti sampai kepada keyakinan yang penuh. Tidak boleh ada syak. Al-Imam Al-Ghazali rh telah menyebutkan bahawa, istilah "yakin" juga membawa makna yang berbeza bagi dua (2) golongan. Iaitu Kelompok Mutakallimin dan Kelompok Mutasawwifin. Kumpulan pertama, telah membahagikan keyakinan kepada empat (4) peringkat. Manakala, bagi kumpulan kedua pula telah membahagikan yakin kepada tiga (3) pembahagian. Kesetiap satunya telah dinyatakan dengan begitu terperinci oleh Guru Mulia Professor Dr Wan Suhaimi hz di dalam buku "Khulasah Faham Ilmu". Kemudian, al-Imam Al-Ghazali rh juga ada menerangkan empat (4) contoh keyakinan. Iaitu, keyakinan tentang hakikat tauhid, keyakinan tentang hakikat rezeki, keyakinan terhadap balasan baik dan buruk di akhirat nanti, serta keyakinan bahawa Allah ﷻ Maha Mengetahui dan sentiasa memantau keadaan, pemikiran dan lintasan hati hamba.
9. [Berkeperibadian Mulia, Tenang dan Rendah Diri]. Seorang ilmuwan sifatnya tenang, tidak berlumba-lumba (terburu-buru) dan bukannya orang yang bersifat "ingin menang selalu". Disebutkan bahawa, khusyu' itu adalah pakaian para Nabi عليهم السلام. Berkata oleh al-Imam Al-Tustari rh bahawa, para ilmuwan itu terbahagi kepada tiga (3) kelompok. Iaitu para mufti yang alim, orang Mukmin golongan awam dan golongan Siddiqin. Kelompok ketiga, memiliki sifat takut dan khusyu' kepada Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ di dalam Surah Fatir pada ayat yang ke-28,
إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Maksudnya: "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yan

g berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun."
10. [Menumpukan Ilmu Berkait Amalan dan Peka Dengan Apa yang Boleh merosakkannya]. Jika tidak, ia akan mendorong kepada perkara-perkara yang membawa fitnah kepada masyarakat. Ulama' sepatutnya menjaga akhlak dan peka terhadap mana-mana tempat yang membawa fitnah.
11. [Ilmu Mereka Berasaskan Capaian Mata Hati Hasil Kesucian Diri, Tidak Sekadar Bersumberkan Kitab dan Bertaqlid Dengan Apa yang Didengari]. Berkata oleh Guru yang mulia, orang alim pada hari ini, kebanyakkannya hanya bergantung kepada kitab. Bukan daripada diri. Bahkan, lebih malang lagi, pada masa sekarang, masyarakat merujuk ilmuwan semata-mata kepada orang yang pandai berdebat, pandai berkata-kata dan beretorik panjang-panjang.
12. [Sangat Berhemah Daripada Perkara yang Baharu yang diadakan Walaupun Disepakati Umum]. Para Ulama' Akhirat, sangat berhati-hati, mereka tidak akan menerima dengan seadanya tanpa menyiasat dan menyemak asal-usulnya. Apabila terlalu cepat dalam menghukum, dibimbangi akan menjadi tidak tepat dengan perkara benar yang sepatutnya difahami. Tidak diterima secara 'bulat-bulat' dan drastik tanpa menilai dahulu, sama ada boleh atau tidak boleh. Orang jahil yang menganggap diri mereka alim, merupakan penyakit yang sangat berbahaya.
13. Antara pembahagian bid'ah di dalam Ahlu Sunnah wal Jama'ah itu, telah dibahagikan kepada dua (2) iaitu, bid'ah yang baik ("Bid'ah Hasanah") dan bid'ah yang sesat ("Bid'ah Dholalah"). Namun, ada pula orang yang menyatakan, semua bid'ah itu Bid'ah Dholalah. Mereka menolak semua yang dikatakan sebagai Hasanah itu. Sedangkan, itu tidak tepat, nasihat Guru yang mulia, kita semua mesti perhatikan kembali kepada makna akarnya. Bukan semua perkara boleh dihukumkan sebagai bid'ah yang dimasukkan ke Neraka. Bukan setiap kalimah "kulli" di dalam Bahasa Arab, itu membawa erti "semua sekali". Ia juga boleh bermaksud sebahagian ("ba'dhu"). Jangan cepat menghukum, kerana ia akan membawa kepada kerosakan. Guru Mulia Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas hz telah memberi nasihat yang sangat penting berkenaan kemelesetan ilmu di zaman mutakhir. Kita tidak mahu berlaku polemik khilafiyah yang berpanjangan dan tidak ada kesudahannya. Sehingga akhirnya terabai perkara yang bersifat pokok ("usul"). Perkara cabang ("furu`") terbuka kepada perbincangan.
14. Secara kesimpulannya, Guru yang mulia telah menyebutkan dua belas (12) sifat untuk mengenali Ulama' Akhirat, yang disebutkan oleh al-Imam Al-Ghazali rh. Di mana, Guru yang mulia juga menyebutkan bahawa, al-Imam Al-Ghazali rh telah menegaskan, agar para ilmuwan tidak terjebak kepada dua belas (12) sifat yang menjadi lawannya. Wallahua'lam.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Empat Dua,
5 Ramadhan 1441/
28 April 2020

DUA KESILAPAN PARA PENDAKWAH DAN PENGGERAK TARBIYAH
Guru Mulia Ustaz Abdul Latif Al-Marangi حفظه الله menasihati kepada kami dua faedah yang terlalu besar dalam kesilapan para pendakwah (da'i) dan penggerak tarbiyah, khususnya ketika mereka mengendalikan usrah.
1. Kesilapan pertama: Mengutamakan uslub terlebih dahulu, bukannya maudu'.
Kesilapan para da'i ialah sibuk menfokuskan kepada uslub dakwah. Lalu mereka kurang mengambil cakna terhadap maudu' dakwah. Sedangkan ini juga termasuk dari salah satu tipu daya syaitan.
Pasti ada sebab kenapa para ulama' menyusun bab maudu' dahulu sebelum pergi kepada bab uslub di dalam rukun dakwah. Bahkan ada ulama' yang cuma menggarikan tiga sahaja rukun dakwah iaitu tajuk dakwah [maudu'], pendakwah [da'i] dan juga sasaran dakwah [mad'u].
Syeikh Dr. Abdul Karim Zaidan رحمه الله (wafat 2014) telah mengarang kitab Usul Dakwah bagi menerangkan persoalaan rukun dakwah, dan diletakkan uslub pada rukun yang ke-empat. Boleh juga rujuk pada tulisan Syeikh Abdul Majid Zindani رحمه الله dan Syeikh Mustafa Masyhur رحمه الله untuk meneliti perbahasan ini.
Dalam perbahasan bab tajuk dakwah (maudu'), para pendakwah perlu menekankan konsep ilmu di dalam Islam. Perlu diketengahkan perbezaan di antara aulawiyat ilmu fardu 'ain, ilmu fardu kifayah dan ilmu sunat. Kena tahu bezakan ilmu-ilmu tersebut.
Guru Mulia Ustaz Latif memberi tips kepada kami; di dalam medan tarbiyah seperti usrah, para naqib perlulah menyedarkan sasaran dakwahnya bahawa mereka itu jahil. Lazimkan untuk bertanya mad'u dan menguji mereka dengan soalan-soalan fardu ain.
Pesan ustaz, "biar sampai dia rasa bodo (jahil) terus! Baru dia semangat nak mengaji." Kaedah ini boleh dipraktikalkan dalam usrah, bagaimana kaedah nak memenangi hati mad'u untuk semakin minat ke usrah. Masalah ini berpunca dari dua tipu daya syaitan terhadap penuntut ilmu;
1. Orang berilmu takut nak menyampaikan ilmu
2. Orang jahil takut nak bertanya, menyebabkan mereka terus tenggelam dalam kejahilan.
Untuk para da'i (naqib) pula, bagaimana kaedah untuk meningkatkan himmah dan hamasah mereka dalam menyampaikan dakwah ialah dengan ilmu juga. Mereka perlu melakukan muzakarah, perlu ada perbincangan. Kemudian barulah akan timbul percambahan idea.
Para nuqoba' kena jelas apakah kepentingan mereka membimbing usrah? Apakah cabaran yang mereka bakal hadapi seperti yang pernah dihadapi oleh generasi sebelum mereka? Apakah pengalaman para ulama' dalam usaha dakwah mereka?
2. Kesilapan kedua: Tajuk tidak diberi oleh murabbi, sebaliknya pandai-pandai memilih sendiri sebab rasa dia betul.
Ini adalah adab dalam menuntut ilmu. Seorang murid kena minta izin dari gurunya, bukan sebaliknya. Para da'i perlu sedar bahawa; sekiranya mereka tersalah langkah di peringkat permulaan, maka nescaya mereka akan tersalah juga di peringkat nihayah. Segala kesilapan ini perlu diperbetulkan dari awal lagi.
Setiap langkah perlukan kepada murabbi yang mursyid. Siapakan murabbi mursyid itu? Mereka ialah orang yang pernah melalui kesusahan, maka dia tahu apakah keperluan anak muridnya.
Orang yang tidak ada pengalaman, akan melahirkan orang yang miskin. Menjadi satu masalah yang besar apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Bukit Payong,
12 Zulhijjah 1439/
23 Ogos 2018

SERANGAN PEMIKIRAN TERHADAP MAHASISWA ISLAM PASCA-MODENISME
Kaum Kuffar melancarkan peperangan demi peperangan terhadap umat Islam, dikepung dan diasak dari Barat dan Timur. Mereka merancang dengan perancangan yang begitu teliti.
Modus operandi mereka disusun oleh para think-tank dan digencarkan melalui para misionaris mereka.
Namun, walau sehebat mana pun mereka menyusun strategi, tidak kira sehebat mana pun mereka menekan umat Islam. Janji Allah tetap akan berlangsung untuk menjaga agama-Nya.
Inilah seperti yang dijanjikan oleh Allah di dalam Surah As-Saff Ayat ke-8.
يريدون ليطفئوا نور الله بافوٰههم والله متم نوره ولو كره الكٰفرون
("Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah [agama Islam] dengan mulut mereka, sementara Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai.")
🔴 CAHAYA ISLAM DIJAMIN ALLAH
Ayat ke-8 ini telah ditafsir oleh Imam Ibnu Katsir رحمه الله تعالى di dalam magnum opusnya yang berjudul "Tafsir Ibnu Katsir" sebagai satu usaha yang berterusan oleh orang kafir dalam menghancurkan cahaya agama Islam dengan mulut (kata-kata) mereka.
Perbuatan mereka itu seolah-olah mahu memadamkan cahaya matahari dengan mulut mereka kata Imam Ibnu Katsir. Perbuatan ini sangat mustahil untuk dilaksanakan. Begitulah gambarannya usaha keji mereka dalam memadamkan cahaya Islam, mustahil sama sekali!
Allah berjanji akan tetap menyempurnakan cahaya Islam, sekalipun ia dibenci oleh orang-orang kafir. Dan yakinlah, janji Allah pasti akan berlaku.
🔴 SERANGAN PEMIKIRAN
Barat sedar bahawa, semakin fizikal umat Islam ditekan, semakin mereka akan kuat. Umat Islam merupakan umat yang patang menyerah kalah. Ini terbukti dalam kegagalan demi kegagalan siri peperangan Salib terhadap umat Islam.
Lalu, mereka menggencarkan satu modus strategi baharu. Mereka tidak lagi menfokuskan pada serangan fizikal, tapi fokus utama mereka ialah pada serangan pemikiran (ghazwatul fikri).
Islam menyaksikan episod duka yang merobekkan hati umatnya ketika runtuhnya Khilafah Turki Utsmaniyah pada tahun 1924. Wilayah umat Islam dipecah-pecahkan dengan rakusnya melalui Dasar Pecah dan Perintah ("Divide and Rule").
Umat Islam dipisahkan melalui sempadan kenegerian. Dimarakkan api faham-faham Nasionalisme dalam kalangan mereka. Akhirnya, mereka tidak lagi berasa tersentuh apatah lagi rasa 'kebersamaan' dengan umat seleruh dunia. Mereka tidak lagi rasa sensitif apabila saudara mereka jauh dari agama—bahkan lebih malang lagi murtad.
Sedangkan, dahulu masyarakat Tanah Melayu sangat sensitif apabila timbul isu murtad. Antaranya yang masyhur ialah isu Natrah (1950). Ada yang sanggup berbasikal dari Perlis ke Singapura semata-mata untuk menyatakan solidariti terhadap Natrah.
Ratusan umat Islam telah tercedara, dan 18 orang telah mati syahid dalam satu perhimpunan di Singapura. Akhirnya, mahkamah memutuskan kemenangan terhadap keluarga asal Natrah dari Belanda, dan dia seterusnya dimurtadkan kepada Kristian.
🔴 ISLAM DILIHAT ASING DAN DAGANG
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم mafhumnya,
Islam itu bermula dalam keadaan dagang. Dan Islam itu akan kembali dalam keadaan dagang seperti pada mulanya. Maka, berbahagialah orang yang dagang.
Kata ulama', pada akhir zaman, Barat berjaya menyempitkan makna Islam kepada 4 perkara. Orang hanya akan melihat Islam pada empat perkara berikut:
1. Ibadat khusus
Islam hanya dilihat pada solat lima waktu, bulan Ramadhan dan ibadat haji di Makkah. Snouck Hurgronje, seorang orientalis Belanda di Indonesia (menyamar sebagai orang Islam dengan nama Abdul Ghaffar) pernah menulis di dalam bukunya.
"Belanda tidak perlu takut dengan orang Islam yang cuma datang solat di masjid setiap hari, ataupun terhadap orang Islam yang pergi menunaikan haji di Makkah pada setiap tahun.
Namun, berhati-hatilah terhadap umat Islam apabila mereka mencampuri urusan pemerintahan (politic)."
2. Masjid
Seterusnya, Islam hanya akan terzahir di dalam masjid sahaja. Di luar kawasan masjid, Islam dihilangkan. Orang tidak lagi melihat Islam di padang bola. Maka ramai lah siswa-siswa yang berseluar p

endek ketika bermain bola pada waktu petang. Manakala, pada waktu malamnya berkain pelikat, berkopiah, bersongkok tatkala hadir ke masjid.
Siswa-siswi pula tidak lagi segan silu memakaian seluar yang ketat-ketat ketika menghadiri ke kelas kuliah universiti. Bahkan yang tidak menutup aurat dengan sempurna sangatlah ramai. Namun, apabila hadir ke masjid mereka akan kelihatan cantik bertelekung, bertudung dalam saf solat.
Inilah maksud, Islam hanya akan terlihat di masjid sahaja di akhir zaman.
3. Perkahwinan
Islam akan dilihat apabila orang mula nak mendirikan rumah tangga. Mereka nak berkahwin kena cari tok imam. Nak akad nikah kena pakai elok-elok, tak boleh pakai lebih kurang. Nikah kahwin cerai talak, orang hanya nampak Islam pada ketika itu sahaja.
4. Kematian
Sepanjang hidup, ada umat Islam yang jarang sekali datang ke masjid. Datang pun mungkin seminggu sekali waktu Jumaat. Ataupun lebih malang lagi setahun dua kali semasa hari raya.
Dia datang juga masjid, tapi masa nak kahwin nanti. Buat akad nikah dalam masjid. Lepas itu tak datang-datang dah. Datang pula, apabila dia mati. Tapi kali ini berbeza, sebab dia akan berada di hadapan imam.
🔴 ERA PASCA-MODENISME
Telah disebutkan oleh Tuan Guru Haji Zulkifli حفظه الله تعالى, Mudir Baitul Qura' di dalam sebuah sesi kuliahnya di Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan yang lalu seperti yang disebut kembali oleh Sidi Syafiq, salah seorang sahabat dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bahawa, cita-cita Liberalisme itu ada 4. Antaranya ialah:
1. Kebebasan dalam bersuara
Ini ialah zaman yang orang menganggap tiada kebenaran yang dianggap sebagai mutlak (no absolute truth). Semua orang berhak menyatakan dia benar dari perspektif masing-masing. Ini ialah faham Sofisme— kebenaran itu bersifat relatif kata mereka.
Sedangkan ini sama sekali bercanggah dengan Islam, kerana kita ada kebenaran mutlak yang datangnya dari Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Maka, berbondong-bondong manusia yang bercakap dengan bebas dalam soal agama dan hukum-hukam di dalam media sosial. Hari ini semua orang boleh menjadi ulama'. Semua orang boleh menjadi mufti.
Naratif pengguna media sosial di Facebook mungkin kelihatan sedikit konservatif berbanding dengan pengguna media sosial di Twitter yang lebih ketara kelihatan pendokong liberalisme. Di sana kita akan berjumpa dengan berbondong-bondong anak muda Islam yang menghina agama mereka sendiri.
2. Kebebasan dalam beragama
Faham ini akhirnya akan melahirkan ideologi Pluralisme. Kesamarataan dalam semua agama. Rakyat berhak memilih dan menukar agama mereka (baca: murtad) sesuka hati.
3. Kebebasan dalam pemilikan harta
Faham ini akhirnya akan melahirkan ideologi Kapitalisme. Orang yang kaya akan semakin kaya. Manakala, orang miskin akan semakin miskin dan ditindas. Materialisme menjadi tujuan hidup mereka.
4. Kebebasan dalam cara hidup
Fahama ini akhirnya akan melahirkan ideologi Hedonisme. Orang tidak lagi memandang jijik pada zina. Dilaung-laungkan slogan "sex is work", "hidup LGBT" baru-baru ini. Kita sangat berasa malu, bagaimana Malaysia yang terkenal dengan adat dan tata susila yang sangat halus, boleh menerima budaya keji sedemikian rupa.
🔴 MUHASABAH KITA BERSAMA
Dimanakah rasa tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim? Tak solat, langsung tak rasa apa-apa. Semasa kecil, mak ayah paksa suruh solat. Apabila besar masuk universiti, seolah-olah baru keluar dari penjara.
Kita bebas melakukan apa sahaja!
Itu belum lagi kita bercakap soal puasa Ramadhan, berapa ramai yang tak puasa? Berapa ramai yang tak solat Jumaat? Langsung tak berasa bersalah. Apakah kita nak jawab kalau Rasulullah صلى الله عليه وسلم masih ada?
Di saat masjid berkumandang melaungkan azan, berapa ramai dari kalangan kita yang meninggalkan kerja dunia sekejap untuk menunaikan solat? Sedangkan tidak sampai 10 minit pun.
Kita rela korbankan akhirat kita, semata-mata kerana dunia.
🔴 PENUTUP
Kadang-kadang kita rasa apabila melakukan kerja, kerja jadi serba tidak menjadi. Hati rasa tak tenang. Maka perhatikan kembali bagaimana hubungan kita dengan Allah. Kata ulama', ub

atilah hati kita dengan lima perkara.
Pertama, bacalah Al-Qur'an berserta maknanya. Kedua, lazimilah solat malam. Ketiga, amalkan puasa sunat kerana ini akan mengekang nafsu syahwatmu.
Keempat, bergaulah dengan orang yang soleh. Seterusnya yang akhir sekali, perbanyakkanlah berzikir mengingati Allah.
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Arau Bandar Diraja,
20 Rejab 1440/
27 Mac 2019
https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti

KEKEJAMAN PEREMPUAN DAN LELAKI MENURUT PAK HAMKA
Sekiranya kamu ingin membaca kekejaman seorang perempuan, maka hadamlah akan dirimu itu dengan sebuah karya ulung Al-Marhum Buya Hamka yang berjudul "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck".
Namun, jika kamu berminat pula untuk membaca kekejaman seorang laki-laki, maka kunyahlah akan dirimu itu dengan sebuah lagi karya Al-Marhum Buya Hamka yang berjudul "Merantau Ke Deli".
Sebaliknya, jika kamu tertarik pula untuk membaca sifar kekejaman baik dari kedua-dua belah pihak, atau mungkin sahaja boleh dikatakan bersikap 'kejam' terhadap diri sendiri— kerana saling memendamkan rasa, maka beleklah akan dirimu itu dengan karya yang berjudul "Di Bawah Lindungan Ka'abah".
Kesemua ini merupakan karya Allahyarham Profesor Buya Hamka yang akan terus dikenang sepanjang masa. Cerita mengenai satu perasaan yang tidak mampu digambarkan sepenuhnya melalui tulisan, dari pelaku yang tidak sedikit bilangannya.
Walaupun sukar digambarkan, namun lukisan perasaan itu telah pun berjaya diwarnakan oleh Pak Hamka dengan begitu tuntas dan halus sekali di dalam novel-novel beliau.
Di hujung sekalian cerita, pasti pembaca akan menemukan bahawa setulus-tulus rasa cinta itu akhirnya akan kembali kepada Pemilik rasa cinta itu sendiri, iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Percayalah, tidak rugi membacanya!
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Arau Bandar Diraja,
26 Syawal 1440/
30 Jun 2019.

RAKAMAN KIFAYATUL MUHTAJ
Bacaan sehingga khatam Kitab کفاية المحتاج karangan As-Syeikh Al-Imam Daud Al-Fathoni رحمه الله تعالى. Pada membicarakan hal ehwal perjalanan Sayyiduna Rasulullah ﷺ di dalam Peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Kitab Kifayatul Muhtaj tersebut telah dibacakan oleh Guru Mulia Ustaz Haji Hanafiah bin Abdul Razak حفظه الله تعالى. Beliau merupakan salah seorang Panel Pakar Falak JAKIM.
Rakaman berjumlah sebanyak 25 siri. Ia telah bermula daripada 21 Mac 2020 sehinggalah berakhir pada hari ini, Jumaat 8 Ramadhan 1441 bersamaan dengan 1 Mei 2020.
(Siri 1)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3139147252795843&id=100001017975766
(Siri 2)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3140779385965963&id=100001017975766
(Siri 3)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3141511712559397&id=100001017975766
(Siri 4)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3148405361870032&id=100001017975766
(Siri 5)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3152898611420707&id=100001017975766
(Siri 6)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3155063037870931&id=100001017975766
(Siri 7)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3157293300981238&id=100001017975766
(Siri 8)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3161708883873013&id=100001017975766
(Siri 9)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3163916673652234&id=100001017975766
(Siri 10)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3168326559877912&id=100001017975766
(Siri 11)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3170458652998036&id=100001017975766
(Siri 12)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3174843489226219&id=100001017975766
(Siri 13)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3181529035224331&id=100001017975766
(Siri 14)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3183721901671711&id=100001017975766
(Siri 15)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3185969684780266&id=100001017975766
(Siri 16)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3188237024553532&id=100001017975766
(Siri 17)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3190475117663056&id=100001017975766
(Siri 18)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3195027000541201&id=100001017975766
(Siri 19)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3197374666973101&id=100001017975766
(Siri 20)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3199988136711754&id=100001017975766
(Siri 21)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3202481766462391&id=100001017975766
(Siri 22)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3204917242885510&id=100001017975766
(Siri 23)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3209484249095476&id=100001017975766
(Siri 24)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3211798278864073&id=100001017975766
(Siri 25 - Akhir) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3231978246846076&id=100001017975766

KECINTAAN RASULULLAH ﷺ KEPADA SAYYIDATUNA KHADIJAH AL-KUBRA
Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله تعالى telah membaca kitab "Al-Bushra fi Manaqib as-Sayyidah Khadijah al-Kubra رضي الله تعالى عنها" yang dikarang oleh Al-Allamah Al-Habib Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki رحمه الله تعالى.
Sudah menjadi kelaziman para Ulama untuk membaca manaqib mana-mana tokoh yang besar di dalam Islam, pada ulang tahun kelahiran atau kewafatannya. Sebagai mengenangkan kembali sumbangannya yang sangat besar dan mengambil pelajaran daripada kehidupan mereka.
Kecintaan Rasulullah ﷺ mempunyai asasnya. Tuan Guru menyebut bahawa, berdasarkan sebuah hadis, terdapat tiga (3) perkara yang menjadi asas kecintaan Baginda kepada Sayyidatuna Khadijah رضي الله تعالى عنها iaitu:
1. Kerana dia mencintai Baginda, di saat orang lain membenci Baginda
2. Kerana dia menghiburkan Baginda, di saat orang lain menyakiti Baginda
3. Kerana dia memberi kepada Baginda, di saat orang lain belum memberi kepada Baginda
Berkata oleh Tuan Guru,
"Seorang lelaki yang sukses, pasti ada wanita solehah di sisinya sebagai isteri. (Umpamanya) seorang pengarang yang sukses, pasti ada isteri yang solehah di sampingnya. Dia tidak akan berasa berat untuk berkongsi pahala dengan isteri, kerana isteri dialah yang menjaga anak dan memudahkan dia untuk beribadat."
Sebagai adab, Tuan Guru telah terlebih dahulu memuliakan keperibadian hidup manusia yang teragung, Sayyiduna Rasulullah ﷺ sebelum menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan Sayyidatuna Khadijah رضي الله تعالى عنها.
Antaranya kemuliaan nasab Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang terpelihara dan dijaga oleh Allah ﷻ. Bahkan, perkara ini juga telah disebutkan di dalam kitab "Al-Barzanji". Daripada Nur berpindah kepada Nur, sehingga Nur itu dizahirkan kepada ibunda Sayyiduna Rasulullah ﷺ yang tercinta.
1. Nabi Adam عليه السلام dimuliakan oleh Allah ﷻ dengan perintah seluruh malaikat untuk bersujud kepada Baginda, adalah sebagai memuliakan Nur Rasulullah ﷺ di dalam sulbi Nabi Adam عليه السلام.
2. Nabi Nuh عليه السلام diselamatkan oleh Allah ﷻ daripada banjir besar, adalah kerana kemuliaan Nur Rasulullah ﷺ di dalam sulbi Nabi Nuh عليه السلام.
3. (Tuan Guru pernah menyebut ketika di dalam sebuah daurah Burdah bahawa) Nabi Ibrahim عليه السلام diselamatkan oleh Allah ﷻ daripada dibakar oleh api, adalah kerana kemuliaan Nur Rasulullah ﷺ di dalam sulbi Nabi Ibrahim عليه السلام.
Kemuliaan Syafaat Rasulullah ﷺ pula telah disebutkan oleh al-Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى di dalam kitab Ihya' Ulumuddin, di mana terdapat lapan (8) martabat syafaat Baginda. Sehinggakan kepada martabat yang paling rendah juga dapat dirasai oleh orang kafir, melalui syafaat pengurangan seksaan api Neraka ke atas mereka.
Kehebatan Syafaat Rasulullah ﷺ turut disebutkan oleh al-Imam Al-Bushiri رحمه الله تعالى di dalam Selawat Burdah pada Fasal yang Kesepuluh (Bab Doa dan Munajat).
SATU PERISTIWA YANG PALING ISTIMEWA
Kata Tuan Guru, jika nak disebutkan satu-persatu manaqib Sayyidatuna Khadijah رضي الله تعالى عنها pasti sangat banyak sekali. Bukan setakat ratusan, bahkan ribuan Manqabah yang boleh disebutkan. Namun, Tuan Guru mengambil satu peristiwa yang paling istimewa.
Iaitu peristiwa ketika Sayyiduna Rasulullah ﷺ menerima wahyu pertama (Surah Al-'Alaq ayat 1-5) daripada Sayyiduna Jibril عليه السلام. Kemudian, Baginda pulang ke rumah dan langsung ditenangkan hati Baginda oleh Sayyidatuna Khadijah رضي الله تعالى عنها.
1. Sayyidatuna Khadijah رضي الله تعالى عنها menyenangkan hati Sayyiduna Rasulullah ﷺ ketika pulang ke rumah dengan enam (6) perkara. Mana mungkin Baginda disusahkan oleh Allah ﷻ disebabkan enam perkara ini:
a) Rasulullah ﷺ suka menghubungkan silaturrahim
b) Rasulullah ﷺ suka menanggung beban orang lain
c) Rasulullah ﷺ menghormati tetamu
d) Rasulullah ﷺ memberi kepada orang yang tidak mampu
e) Rasulullah ﷺ suka bercakap benar
f) Rasulullah ﷺ membantu orang yang ditimpa musibah
2. Sayyidatuna Khadijah رضي الله تعالى عنها mententeramkan jiwa Sayyiduna Rasulullah ﷺ dan tidak menjatuhkan psiko

logi suaminya. Jauh sama sekali marah ataupun menempelak suaminya.
3. Dia ialah seorang wanita yang tabah. Kata Tuan Guru, jika seorang wanita yang tidak bermental seperti Sayyidatuna Khadijah رضي الله تعالى عنها, pasti tidak mampu untuk bertahan apabila suaminya keluar lama dari rumah (atas urusan dakwah).
4. Memberi nasihat dan cadangan solusi kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Bukannya menambahkan lagi masalah. Sayyidatuna Khadijah رضي الله تعالى عنها mengajak Baginda bertemu dengan bapa saudaranya iaitu, Waraqah (yang berjanji akan mempertahankan Rasulullah ﷺ jika umurnya panjang).
5. Satu-satunya isteri Sayyidatuna Rasulullah ﷺ yang melahirkan enam orang anak Baginda. Anak Baginda yang ketujuh (Sayyiduna Ibrahim) telah dilahirkan oleh Sayyidatuna Mariah al-Qibtiyyah رضي الله تعالى عنها.
6. Isteri yang sangat kuat mempertahankan Sayyiduna Rasulullah ﷺ sekalipun ketika dia sudah mencapai usia lebih daripada 60 tahun.
7. Sayyiduna Rasulullah ﷺ sendiri yang turun ke liang lahad Sayyidatuna Khadijah رضي الله تعالى عنها sebagai memuliakannya. Begitu besar sekali penghormatan yang telah diberikan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ kepadanya.
Semoga pada suatu masa kelak, kita juga akan dihimpunkan bersama dengan Sayyiduna Rasulullah ﷺ dan Sayyidatuna Khadijah Al-Kubra رضي الله تعالى عنها.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Empat Lapan,
11 Ramadhan 1441/
4 Mei 2020