mi telah perolehi daripada Guru Mulia Ustaz Hadi Johari al-Azhari حفظه الله تعالى ataupun daripada Guru Mulia Ustaz Salahuddin al-Azhari حفظه الله تعالى.
Mereka menyampaikan perkara yang tersebut, selepas menyebut tentang fadhilat satu amalan sunat dalam Ramadhan, serupa dengan satu pahala amalan wajib di luar Ramadhan. Manakala, satu amalan wajib, serupa dengan 70 pahala amalan wajib di luar Ramadhan.
Kemudian, perkara yang serupa juga telah dipesan oleh Guru Mulia Ustaz Pok Mang حفظه الله تعالى ketika daurah kitab Hadis 40 al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى semasa Nisfu Sya'ban baru-baru ini.
TANBIH: Nasihat tambahan daripada Guru yang mulia, agar berniat nazar hanya pada amalan sunat yang mampu untuk dibuat. Bagi amalan yang tidak mampu buat, maka jangan diniatkan nazar.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang mendapat keberkatan di dalam bulan Ramadhan kali ini.
Amin.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Empat Puluh,
3 Ramadhan 1441/
26 April 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti

MENINGKATKAN CINTA KEPADA NABI DENGAN 4 CARA
Telah disebutkan oleh Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir Al-Azhari حفظه الله sebentar tadi di dalam slot Radio Ikim tentang cara-cara meningkatkan rasa cinta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم:
1. Membaca sirah, khasāis, dalail, syamail (dan fadhail) Nabi صلى الله عليه وسلم.
2. Memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Kerana lambang kecintaan itu ialah dengan membanyakkan menyebut tentangnya ('' من أحب شيأ أكثر ذكره ").
3. Melawat tempat Nabi صلى الله عليه وسلم, tempat kelahiran Nabi (iaitu di Makkah) dan tempat Nabi diambil oleh Allah (iaitu di Madinah).
Kerana orang yang mencintai sesuatu, dia akan mencari apa sahaja tempat yang pernah disinggahi oleh kekasihnya.
4. Makan kurma Madinah. Kerana ia terjadi dari tanah Madinah, yakni kita sedang memasukkan ke dalam badan kita sebahagian dari hasil tanah yang dijadikan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Jangan ambil ringan tentangnya, kerana ini simbol kecintaan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Makannya juga akan mengingatkan kita kepada Nabi صلى الله عليه وسلم yang pernah makan hanya buah tamar dan air sejuk (aswadayn) sahaja selama 2 bulan dapur rumah baginda tidak berasap.
Kurma Madinah juga termasuk dari buah-buahan yang dido'akan keberkatan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم. Maka, ada orang dia akan menyimpan kurma Madinah di rumahnya kerana mahu mendapatkan keberkatan tersebut.
Pesan Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir حفظه الله lagi, melazimi selawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu akan membuatkan hati kita berta'alluq dengan baginda.
Sesibuk mana pun kita, jangan pernah lupa untuk berselawat kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Kerana ada satu malaikat yang ditugaskan khusus untuk mendengar orang yang berselawat, lalu disampaikan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم bahawa "si fulan bin si fulan" ini sedang berselawat.
Oleh sebab itu, Al-Imam As-Sakhawi رحمه الله menyebutkan bahawa,
Orang yang berselawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu juga bermakna dia juga sedang berbakti kepada bapanya. Kerana malaikat akan menyebut nama dia dan ayahnya juga kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Semoga lidah kita tergolong dalam kalangan mereka yang sentiasa melazimi dengan selawat. Amin.
Wallāhua'lam
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Arau Bandar Diraja,
27 Rabi'ul Akhir 1440/
4 Januari 2019.

LIMA TANGGUNG-JAWAB TERHADAP AL-QUR'AN
Mantan Mufti Kedah, Tuan Guru Dato' Paduka Shaykh Badruddin حفظه الله تعالى berpesan, ada 5 tanggungjawab yang mesti kita semua tunaikan terhadap Al-Qur'an.
1. Beriman bahawa Al-Qur'ān merupakan sebuah kitab suci yang datang dari Allah سبحانه وتعالى dan diwahyukan kepada Rasulullāh صلى الله عليه وسلم. Ayat pertama wahyu nak suruh kita mengaji ilmu. Nabi Adam عليه السلام juga dimuliakan kerana ilmu.
Lafaz iqra' bukan bermaksud semua bacaan secara mutlaq. Tetapi mesti fokus ilmu itu kerana Allah سبحانه وتعالى. Maka barulah ilmu dia Allah سبحانه وتعالى akan terima. Kalau ilmu dunia sekalipun, kamu kena mengaji mesti dengan nama Allah بسم ربك الذى خلق juga, barulah ilmu itu akan memberi faedah.
2. Kena belajar baca Al-Qur'ān bagi betul dan hafaz surah-surah tertentu. Berkata Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى di dalam kitab Al-Azkar, kita kena baca bagi cukup 14 tempat sabdu di dalam Surah Al-Fatihah. 17 kali kita baca dalam solat fardhu sehari semalam, kena pastikan betul. Oleh itu, kena ada hat yang reti nak bagi betul bacaan kita. Khususnya, Surah Al-Fatihah kena bagi betul.
Sekurang-kurangnya hafazlah Surah Yasin (walaupun di Perlis tak boleh baca Surah Yasin pada Khamis malam Juma'at) dan Surah Al-Mulk. Jadikan amalan selalu sebelum nak tidur malam. Dia akan jadi surah "Munjiat", penyelamat dari seksa azab qubur.
Umur yang tua bukan menjadi penghalang dan alasan untuk tidak boleh menghafaz. Sebab itu orang-orang tua selalu sebut, "belakang parang pun kalau diasah boleh tajam". Sebaliknya pesan Shaykh Badruddin حفظه الله تعالى, "hat mata parang sekalipun, kalau tak diasah pun boleh jadi tumpui..." Ulang satu ayat 17 kali, tak sampai pun 40 kali insya-Allah kita sudah boleh ingat.
Solat sunat yang nombor 1 sekali kita jangan tinggal ialah solat sunat sebelum fardhu Subuh. Jangan tinggal. Berkata Al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى di dalam kitab Al-Azkar bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan selalu baca dua ayat berikut dalam dua raka'at solat sunat sebelum fardhu Subuh:
Pada rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan membaca ayat ke-136 daripada Surah Al-Baqarah. Manakala, pada rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan membaca ayat ke-64 daripada Surah Ali-Imran. Kena hafaz ayat-ayat ini. Kedua-dua ayat ini berakhir dengan lafaz muslimun ("مسلمون"). Cantikanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajar kita. Kita mengaku bahawa kita sememangnya orang Islam yang sebenar-benarnya.
3. Cuba untuk memahami isi kandungan Al-Qur'ān. Sesiapa yang faham akan makna ayat Al-Qur'ān yang dibacanya seperti Ustaz Nazrul Nasir حفظه الله تعالى (ini satu penghormatan daripada Shaykh Badruddin حفظه الله تعالى), maka pada setiap satu huruf dia akan mendapat 50 pahala. Kalau yang tak faham, dia cuma akan mendapat 10 pahala sahaja. Sekiranya dia membaca ayat pertama sahaja daripada Surah Al-Ikhlas ("قل هو الله احد") dalam keadaan dia faham akan maknanya, maka sudah mendapat 550 pahala, yakni 50 kali dengan 11 huruf.
4. Kena beramal dengan isi kandungan Al-Qur'ān. Ini tanggungjawab yang paling penting.
5. Kena ajar orang lain sama tentang Al-Qur'ān. Tak boleh kalau kita seorang sahaja yang reti Al-Qur'ān.
Wallāhua'lam.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
MATIN, Perlis,
6 Jamadil Awal 1440/
12 Januari 2019

AMALAN MUDAH KETIKA SUBUH
Berikut merupakan tujuh (7) amalan pada waktu Subuh, yang telah dipesan oleh Guru Mulia Ustaz Muhadir Hj Joll حفظه الله تعالى supaya jangan ditinggalkan oleh kita semua. Terutamanya, buat para penuntut ilmu.
Jika tidak silap, itulah kuliah Subuh pertama yang disampaikan oleh beliau di Kompleks MATIN, sebelum terdapatnya pengajian kitab "Qalbun Salim Syarah Penawar Bagi Hati" dan "Sifat 20: Suatu Pengenalan Asas".
Kami merasakan ia sangat baik untuk dikongsikan, setelah membaca tulisan Guru Mulia Ustaz Muhd Shahir Al-Azhari حفظه الله تعالى yang bertajuk, "Apa Kita Buat Lepas Subuh". Tulisan yang sangat bermanfaat, menceritakan apakah amalan Al-Allamah Shaykh Dr. Yusri Jabr al-Hasani حفظه الله تعالى.
Tujuh perkara tersebut ialah:
1. Solat Sunat Fajar Dua Rakaat
Solat sunat tersebut didirikan sebelum solat fardhu Subuh. Pada rakaat pertama boleh dibaca Surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua boleh dibaca Surah Al-Ikhlas.
Ataupun kata Guru yang mulia, boleh dibaca seperti yang pernah disebutkan oleh Shaykh Ahmad Daud Al-Fathoni رحمه الله. Pada rakaat pertama boleh dibaca Surah "Alam Nashrah" (Surah As-Sharh). Pada rakaat kedua boleh dibaca Surah "Alam Tarakaifa" (Surah Al-Fil).
(FAEDAH): Telah disebutkan juga oleh Mantan Mufti Negeri Kedah, Tuan Guru Dato' Paduka Shaykh Baderudin حفظه الله تعالى seperti yang disebutkan oleh al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى di dalam kitab "Al-Azkar" bahawa, pada rakaat pertama boleh dibaca Surah Al-Baqarah ayat 136. Manakala, rakaat kedua dibaca Surah Ali-Imran ayat 64.
Kelebihan dua rakaat sebelum Subuh sangat besar sekali pahalanya. Daripada Sayyidatuna Aisyah رضي الله تعالى عنها, bahawa Sayyiduna Rasulullah ﷺ bersabda,
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya: “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.”
2. Solat Fardhu Subuh Berjemaah
Jika solat sunat sebelum Subuh pun, Sayyiduna Rasulullah ﷺ telah sebut sebagai "lebih baik daripada dunia dan seisinya", maka tentulah besar lagi kelebihan solat fardhu Subuh. Apatah lagi jika dilaksanakan secara berjemaah.
Disebutkan di dalam sebuah hadis yang mulia bahawa, solat fardhu Isyak secara berjemaah itu seperti separuh (½) bangun malam. Manakala, solat fardhu Subuh secara berjemaah itu seperti separuh (½) bangun malam lagi. Pahalanya seperti dia tidak tidur langsung pada malam tersebut, walaupun dia tidur.
(FAEDAH): Dalam Mazhab As-Syafie, jika terlepas berjemaah, solat boleh diulang kembali sebanyak sekali. Ia pernah dilakukan oleh Sayyiduna Mu'adz bin Jabal رضي الله تعالى عنه.
3. Kekal Dalam Posisi Kaki
Selepas memberi salam solat fardhu Subuh, kedudukan kaki jangan dirungkaikan. Melainkan, setelah selesai membaca wirid ini sebanyak sepuluh (10) kali:
لا إلهَ إلاَّ اللَّه وحْدهُ لاَ شَرِيكَ لهُ، لَهُ المُلْكُ، ولَهُ الحمْدُ، وَهُو عَلَى كُلِّ شَيءٍ
Maksudnya: "Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu."
Kedudukan kaki yang terbaik adalah duduk tawarruk (seperti kedudukan pada tahiyyat akhir). Kaki kanan ditegakkan dan kaki kiri diletakkan di bawah punggung. Jika tidak mampu, barulah duduk iftirasy (seperti kedudukan pada tahiyyat awal).
(FAEDAH): Orang yang beramal dengan perkara tersebut akan ditulis baginya sepuluh (10) pahala, dipadamkan baginya sepuluh (10) dosa, diangkat baginya sepuluh (10) darjat dan menjadi pendinding daripada Syaitan.
4. Membaca Wirid Ini Sebanyak 7 Kali
اللهم أجرنا من النار
"Ya Allah peliharalah aku dari api Neraka."
(FAEDAH): Bagi sesetengah guru juga, mereka ada yang lebih cenderung untuk membaca dengan dhamir "saya" ( ي ) iaitu "اللهم أجرني من النار" sebagai mengambil manfaat terus daripada kalam Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Antaranya ialah Tuan Guru Shaykh Baderudin حفظه الله تعالى, Tuan Guru Baba Khairul Anuar Gajah Teriak حفظه الله تعالى dan Guru Mulia Ustaz Fisol Fazil حفظه الله تعالى.
5. Membaca Doa Ini
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِ

عًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا صَالِحًا مُتَقَبَّلًا
Di dalam doa tersebut, kita memohon tiga (3) perkara yang sangat penting iaitu, ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik (kata Guru yang mulia: walaupun sedikit, tetapi berkat) dan amalan soleh yang diterima oleh Allah ﷻ.
(FAEDAH): Terdapat tujuh (7) ciri "ilmu yang bermanfaat" seperti yang telah disebutkan oleh al-Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى di dalam kitab Bidayatul Hidayah (boleh dirujuk pada bab "Adab-Adab Setelah Terbit Matahari Sampai ke Waktu Gelincir Matahari").
Ketujuh-tujuh ciri tersebut telah disebutkan kembali oleh Al-Marhum Shaykh Abdul Somad al-Falembangi رحمه الله تعالى di dalam kitab "Hidayatus Salikin". Ia juga diucapkan oleh Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله تعالى dengan bahasa yang lebih mudah iaitu:
a) Menambah ketakutan kepada Allah ﷻ
b) Mengetahui aib diri
c) Ibadahmu lebih bagus
d) Mengurang enakmu kepada dunia
e) Menambah gemarmu kepada akhirat
f) Mengetahui penyakit amalan
g) Mengetahui tipu helah syaitan
(FAEDAH): Kami juga pernah dipesan oleh Tuan Guru Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri حفظه الله تعالى, agar mengamalkan doa tersebut selepas membaca tahiyyat akhir dan sebelum daripada memberi salam ketika solat fardhu Subuh.
6. Membaca Wirid Ini Sebanyak 3 Kali
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، عَدَدَ خَلْقِهِ ، وَرِضَا نَفْسِهِ ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Maksudnya: "Maha suci Allah dengan segala pujian untukNya, sebanyak bilangan ciptaan-Nya dan keredhaan-Nya, dan seberat timbangan arasy-Nya, dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimah-Nya."
Sayyidatuna Juwairiyyah رضي الله تعالى عنها telah duduk di masjid selama lebih kurang satu jam 40 minit untuk berzikir. Kemudian, Sayyiduna Rasulullah ﷺ telah mengajarkan kepada isteri Baginda kalimah zikir yang tersebut di atas. Pahalanya lebih berat daripada semua timbangan yang telah dibacakan oleh isteri Baginda itu.
(FAEDAH): Ia juga merupakan rutin pagi harian bagi sesiapa yang mengamalkan wirid yang telah disusun oleh para Aimmah seperti "Wirdul Latif" bagi Imam Al-Haddad رحمه الله تعالى ataupun "Al-Ma'thurat" bagi As-Syahid Imam Hasan Al-Banna رحمه الله تعالى.
7. Solat Sunat Isyraq
Selepas solat fardhu Subuh secara berjemaah, diikuti dengan duduk berzikir kepada Allah ﷻ sehinggalah matahari terbit. Kemudian akhirnya, didirikan pula solat sunat Isyraq.
Pahalanya sama seperti orang yang menunaikan haji dan umrah dengan sempurna. Kata Guru yang mulia, ia adalah contoh Sayyiduna Rasulullah ﷺ merupakan seorang yang mempunyai perasaan sensitiviti ("iḥṣaṣ").
(TANBIH): Jangan solat pada waktu Syuruk. Kata Guru yang mulia, iaitu 1 jam 20 minit selepas waktu Subuh. Kerana pada waktu tersebut, berada pada waktu dua tanduk Syaitan. Ia adalah waktu tahrim (diharamkan solat). Waktu orang Majusi sedang menyembah matahari.
Waktu Isyraq pula terdapat dua (2) qaul. Pertama, selepas 16 minit masuk waktu Syuruk. Ia seperti yang disebutkan oleh Al-Allamah Habib Zein حفظه الله تعالى . Katakanlah waktu Syuruk pada 7.38 pagi. Maka, waktu Isyraq ialah pada 7.55 pagi.
Kemudian bagi qaul yang kedua pula ialah, selepas 17 minit masuk waktu Syuruk. Pandangan ini lebih berhati-hati ("ihtiyat") menurut Guru Mulia Ustaz Muhadir Hj Joll حفظه الله تعالى. Katakanlah waktu Syuruk pada 7.38 pagi. Maka, waktu Isyraq ialah pada 7.56 pagi.
Manakala, Tuan Guru Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله تعالى pula ada menyebutkan bahawa tempoh Subuh adalah sekitar 1 jam 10 minit kepada 1 jam 15 minit dan waktu Isyraq ialah selepas 27 minit masuk waktu Syuruk.
Semoga Allah ﷻ melimpahkan rahmat ke atas Guru-guru yang mulia dan kita semua. Dan semoga kita juga dipermudahkan oleh Allah ﷻ untuk mengamalkannya.
Serta dijadikan Ramadhan pada kali ini, sebagai sebuah Madrasah Tarbiyah Ruhiyyah yang sangat bermakna buat kita semua yang mendambakannya.

Hari Empat Satu,
4 Ramadhan 1441/
27 April 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
-Rasyid Al-Kinti
Hari Empat Satu,
4 Ramadhan 1441/
27 April 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
MENGHIDUPKAN BUDAYA ILMU
Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Hilmi Ramli hz telah mengupas buku "Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini" yang dikarang oleh Guru Mulia Prof Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud hz. Sebagai adab, diterangkan secara ringkas berkenaaan latar belakang Guru yang mulia terlebih dahulu. Beliau merupakan Pengerusi bagi Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) dan juga Alumni RZS-CASIS Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur. Seterusnya, sekalung penghargaan buat wakil mahasiswa daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku penganjur wacana.
1. Wacana tersebut telah dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu latar belakang buku tersebut dihasilkan, isi kandungan yang penting dan soal-jawab. Sebagai muqaddimah, Guru yang mulia telah menyebutkan bahawa, Islam merupakan satu-satunya agama yang mementingkan ilmu dan bercakap tentang ilmu. Sedangkan, di dalam agama lain, tidak ada satu ayat yang membawa desakan terhadap ilmu.
2. Terdapat banyak karya tradisi yang bergenre ilmu. Ada yang berbentuk pembahagian ("classification"), seperti karya al-Imam Al-Ghazali rh, Al-Khawarizmi rh dan Al-Farabi rh. Kedua, ada yang berbentuk ensiklopedia ("mawsu
3. Guru yang mulia juga ada menyebutkan beberapa perkara yang menarik daripada karya al-Imam Az-Zarnuji rh. Kitab tersebut memberi bimbingan untuk mendapatkan ilmu dan telah digunakan secara meluas di pusat pengajian seluruh Malaysia. Pertama, tentang nasihat agar jangan makan yang berminyak. Ia akan menyebabkan seseorang itu berkahak dan menjadi malas. Kedua, tentang waktu awal pagi ialah waktu yang terbaik untuk membaca buku dan menuntut ilmu. Ketiga, kisah perbuatan seorang guru yang bangun dan duduk secara berselang-seli ketika mengajar. Hal tersebut kerana, dia telah melihat anak kepada gurunya yang sedang bermain-main. Dia berdiri itu sebagai adab menghormati anak kepada gurunya.
4. Namun, berdasarkan keempat-empat genre buku tersebut, kata Guru yang mulia, buku "Budaya Ilmu" ada keunikannya yang tersendiri. Di dalamnya, terkandung kesemua genre yang terdapat di atas. Ia bukan sekadar bersifat klasifikasi, ensiklopedia dan pengajaran sahaja. Bahkan, buku tersebut telah menghimpunkan banyak aspek. Ia telah menjadi salah sebuah daripada karya ilmuwan Islam yang meneruskan tradisi ilmu dan sekaligus mengukuhkannya. Kita akan mendapati di dalamnya, penulis mengembangkan konsep ilmu yang telah dihuraikan oleh Guru Mulia Prof Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas hz. Buku "Budaya Ilmu" juga telah dihasilkan di dalam Bahasa Melayu. Dikatakan bahawa, Bahasa Melayu merupakan bahasa umat Islam yang ketiga terbesar di dunia. Nombor satu, Bahasa Arab. Nombor dua, Bahasa Farsi. Nombor tiga, sama ada Bahasa Turki atau Bahasa Urdu atau Bahasa Melayu. Sehingga kini, buku tersebut telah diterbitkan sebanyak tiga edisi (terbaru pada tahun 2019).
5. Buku dalam tradisi Islam, bukannya ditulis secara tiba-tiba dalam vakum. Di sana, pasti ada sebab yang mendorong seseorang tokoh ilmuwan Islam itu menulis. Penting juga untuk dibuat analisis perbandingan dengan tradisi ilmu di dalam agama yang lain agar tidak bersifat eksklusif. Di dalam Tamadun Yunani ("Greek Civilisation"), tradisi Socrates-Aristotle-Plato juga telah menangkat ilmu pada tempat yang tinggi. Bahkan, mereka di antara tokoh terawal yang menerangkan ilmu falsafah, logik, kenegaraan dan banyak lagi. Berkata Guru yang mulia, mereka sangat artikulatif, namun perbahasan mereka sangat tinggi dan abstrak, sehinggakan tidak boleh dilaksanakan perkara yang telah dibincangkan. Contohnya, konsep "King" di dalam buku "The Republic" karya Plato, yang menyebutkan bahawa seorang pemimpin itu perlulah dilantik dari kalangan orang yang bijaksana. Idea tersebut susah untuk dia
Al-Fadhil Ustaz Dr. Mohd Hilmi Ramli hz telah mengupas buku "Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini" yang dikarang oleh Guru Mulia Prof Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud hz. Sebagai adab, diterangkan secara ringkas berkenaaan latar belakang Guru yang mulia terlebih dahulu. Beliau merupakan Pengerusi bagi Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) dan juga Alumni RZS-CASIS Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur. Seterusnya, sekalung penghargaan buat wakil mahasiswa daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku penganjur wacana.
1. Wacana tersebut telah dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu latar belakang buku tersebut dihasilkan, isi kandungan yang penting dan soal-jawab. Sebagai muqaddimah, Guru yang mulia telah menyebutkan bahawa, Islam merupakan satu-satunya agama yang mementingkan ilmu dan bercakap tentang ilmu. Sedangkan, di dalam agama lain, tidak ada satu ayat yang membawa desakan terhadap ilmu.
2. Terdapat banyak karya tradisi yang bergenre ilmu. Ada yang berbentuk pembahagian ("classification"), seperti karya al-Imam Al-Ghazali rh, Al-Khawarizmi rh dan Al-Farabi rh. Kedua, ada yang berbentuk ensiklopedia ("mawsu
ah") seperti kitab "Miftahu al-Sa
adah" yang menerangkan 5000 tajuk buku dalam disiplin ilmu yang berbeza-beza. Ketiga, ada yang berbentuk nasihat dan bimbingan, seperti "Ta'līm Mutaallim fi Thorīqi
al-Taallum" karya al-Imam Az-Zarnuji rh. Keempat, ada yang berbentuk falsafah seperti "Kitabu al-'Ilm" dan "Mi'yaru al-'Ilm" karya al-Imam Al-Ghazali rh. 3. Guru yang mulia juga ada menyebutkan beberapa perkara yang menarik daripada karya al-Imam Az-Zarnuji rh. Kitab tersebut memberi bimbingan untuk mendapatkan ilmu dan telah digunakan secara meluas di pusat pengajian seluruh Malaysia. Pertama, tentang nasihat agar jangan makan yang berminyak. Ia akan menyebabkan seseorang itu berkahak dan menjadi malas. Kedua, tentang waktu awal pagi ialah waktu yang terbaik untuk membaca buku dan menuntut ilmu. Ketiga, kisah perbuatan seorang guru yang bangun dan duduk secara berselang-seli ketika mengajar. Hal tersebut kerana, dia telah melihat anak kepada gurunya yang sedang bermain-main. Dia berdiri itu sebagai adab menghormati anak kepada gurunya.
4. Namun, berdasarkan keempat-empat genre buku tersebut, kata Guru yang mulia, buku "Budaya Ilmu" ada keunikannya yang tersendiri. Di dalamnya, terkandung kesemua genre yang terdapat di atas. Ia bukan sekadar bersifat klasifikasi, ensiklopedia dan pengajaran sahaja. Bahkan, buku tersebut telah menghimpunkan banyak aspek. Ia telah menjadi salah sebuah daripada karya ilmuwan Islam yang meneruskan tradisi ilmu dan sekaligus mengukuhkannya. Kita akan mendapati di dalamnya, penulis mengembangkan konsep ilmu yang telah dihuraikan oleh Guru Mulia Prof Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas hz. Buku "Budaya Ilmu" juga telah dihasilkan di dalam Bahasa Melayu. Dikatakan bahawa, Bahasa Melayu merupakan bahasa umat Islam yang ketiga terbesar di dunia. Nombor satu, Bahasa Arab. Nombor dua, Bahasa Farsi. Nombor tiga, sama ada Bahasa Turki atau Bahasa Urdu atau Bahasa Melayu. Sehingga kini, buku tersebut telah diterbitkan sebanyak tiga edisi (terbaru pada tahun 2019).
5. Buku dalam tradisi Islam, bukannya ditulis secara tiba-tiba dalam vakum. Di sana, pasti ada sebab yang mendorong seseorang tokoh ilmuwan Islam itu menulis. Penting juga untuk dibuat analisis perbandingan dengan tradisi ilmu di dalam agama yang lain agar tidak bersifat eksklusif. Di dalam Tamadun Yunani ("Greek Civilisation"), tradisi Socrates-Aristotle-Plato juga telah menangkat ilmu pada tempat yang tinggi. Bahkan, mereka di antara tokoh terawal yang menerangkan ilmu falsafah, logik, kenegaraan dan banyak lagi. Berkata Guru yang mulia, mereka sangat artikulatif, namun perbahasan mereka sangat tinggi dan abstrak, sehinggakan tidak boleh dilaksanakan perkara yang telah dibincangkan. Contohnya, konsep "King" di dalam buku "The Republic" karya Plato, yang menyebutkan bahawa seorang pemimpin itu perlulah dilantik dari kalangan orang yang bijaksana. Idea tersebut susah untuk dia
plikasikan di dunia yang sebenar.
6. Budaya ilmu di Barat pula, telah memisahkan agama daripada kehidupan. Contohnya, apabila seorang tokoh Saintis Barat, Isaac Newton telah berkata bahawa, "When I enter the lab, I will left God outside the lab" (Apabila saya memasuki makmal, saya akan tinggalkan Tuhan di luar makmal). Ia jelas mencerminkan bagaimana budaya ilmu di Barat.
7. Kebanyakan aset teknologi yang dipakai oleh kita pada hari ini telah dicipta oleh Barat. Timbul persoalan tentang Krisis Kewujudan Diri ("Existential Crisis"), menyebabkan rasa pesimistik dalam kalangan umat Islam. Mengapa Barat boleh lakukan, tetapi kita tidak boleh lakukan? Kemudian, Guru Mulia Prof Al-Attas hz pula telah menimbulkan sebuah persoalan, "Adakah benar kita sentiasa terbelakang?". Berkata Guru yang mulia, untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu meneliti kembali persoalan ini, "Mengapa Barat boleh ke hadapan?". Jawapannya, kerana mereka memahami ilmu, walaupun melalui konsep mereka sendiri.
8. Ma'na ilmu di dalam tradisi pengajian Islam menurut Guru Mulia Prof Al-Attas hz, terdiri daripada tiga kompenen. Penjelasan tersebut sangat komprehensif. Melaluinya, kita dapat membezakan di antara, mana satu "ilmu" dan mana satu maklumat". Ma'na ilmu itu ialah:
a) Tuhan sebagai sumber ilmu. Di dalam tradisi pengajian Islam, sumber utama ilmu ialah Tuhan. Sekalipun seseorang itu mendapat ilham atau idea, kesemua itu juga datang daripada Tuhan.
b) Ketibaan diri ke atas ma'na. Berkata Guru yang mulia, pada hari ini, umat Islam sedang menghadapi masalah kebanjiran maklumat ("inblast of information"). Maklumat yang terlalu banyak, telah menyebabkan manusia berasa gelisah. Tidak tahu hendak membuat keputusan bagaimana. Sehingga akhirnya, tenggelam ilmu yang sebenar dengan kebanjiran maklumat. Timbul syak wasangka seperti, "Apa itu Tuhan?"
c) Ketibaan ma'na ke atas diri. Proses ini berjalan secara sekaligus dengan proses yang sebelumnya tadi. Diri di sana ialah jiwa. Tuhan memberi ma'na ke atas diri. Seorang penuntut ilmu mestilah gigih, tekun, bermujahadah dan berterusan usahanya.
9. Budaya ialah produk akhir kepada kegiatan manusia. Guru yang mulia telah memberikan beberapa nasihat untuk menghidupkan Budaya Ilmu. Antaranya adalah memilih buku-buku yang betul, membina akhlak dan terlibat di dalam perbincangan yang boleh merancakkan ilmu. Sehingga akhirnya, terbentuk sebuah masyarakat yang disebutkan oleh Guru Mulia Prof Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud sebagai, "Masyarakat yang meletakkan ilmu sebagai suatu yang penting dalam setiap kenyataannya."
10. Insan terdiri daripada dua aspek iaitu jasadi dan rohani. Sepatutnya, aspek rohani menjadi tumpuan yang lebih penting dalam pendidikan. Namun, malangnya aspek jasadi dianggap lebih penting dalam dasar pendidikan tanpa kerangka pengajian Islam. Akhirnya, lahirlah kumpulan manusia yang berfahaman "Bebalisme"—istilah yang digunakan oleh Al-Marhum Syed Hussein Al-Attas hz, iaitu abang kepada Guru Mulia Prof Al-Attas. Lahir kumpulan manusia yang menolak budaya pemikiran secara kritis ("critical thinking").
11. Al-Imam Az-Zarnuji rh juga ada menyebutkan, di antara perkara yang penting bagi kriteria pemilihan guru. Kesemuanya terdapat tiga kriteria iaitu `alim, wara' (guru yang mengamalkan apa yang dia kata) dan paling tua (guru yang banyak pengalaman). Guru yang mulia menceritakan pengalaman beliau ketika mengambil Ijazah Sarjana Muda yang pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ketika itu, ramai dari kalangan pelajar yang suka mengambil kuliah yang diajar oleh guru yang paling sibuk. Mereka telah membuat pilihan tersebut supaya senang untuk ponteng kelas. Itu bukanlah adab dalam menuntut ilmu.
12. Akhirnya, Guru yang mulia juga telah menyampaikan beberapa nasihat yang sangat penting buat kita. Umat Islam perlulah sentiasa menghidupkan Budaya Ilmu di dalam kehidupan seharian mereka. Namun, ramai yang hanya bersikap sambil lewa ("take it for granted") terhadap ilmu. Ramai yang ingat apa yang dipelajarinya di universiti itu sahaja sudah cukup. Hakikatnya, masih terlalu banyak lagi perk