Sanah helwah diucapkan buat Murabbina, Tuan Guru Ustaz Haji Zulkifli Ismail حفظه الله تعالى.
Semoga Guru kita dipanjangkan umur di dalam restu Allah ﷻ, dimurahkan rezeki, dileraikan segala simpulan, dilepaskan dari segala kesusahan, dikabulkan segala hajat, tercapai segala keinginan, diberi Husnul Khatimah dan dicurahkan hujan rahmat dengan berkat Sayyiduna Nurul Musthofa Rasulullah ﷺ.
Sekaligus, mendapat kebahagian di dunia dan khususnya di akhirat insya-Allah.
Amin.
#Esok merupakan hari Maulid Kekasih yang Maha Agung, Sayyiduna Rasulullah ﷺ pada tanggal 20 April.

MEMBUDAYAKAN ILMU SEPANJANG MUSIM CORONA (7)
Hari ke-33. Alhamdulillah telah selesai sembilan (9) siri Wacana Tafaqquh Fiddin, bagi kupasan buku "Khulasah Faham Ilmu: Kitāb Al-Ilm Imām Al-Ghazāli". Ia telah bermula seawal 5 April sehinggalah berakhir pada 19 April 2020.
Jazakumullahu khairan Guru Mulia Ustaz Khalid Ismail حفظه الله تعالى dan Guru Mulia Prof Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah حفظه الله تعالى, atas kesudian menyampaikan ilmu dan adab yang sangat bermanfaat buat kami.
Berkenaan "Budaya Talaqqi" disebutkan oleh Guru Mulia Prof Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah حفظه الله تعالى pada awal kata pengantar bagi buku Khulasah Faham Ilmu,
"Budaya membaca kitab yang disebut sebagai talaqqī, bukan suatu yang baru dalam budaya ilmu Islam. Ia adalah suatu penzahiran rantaian ilmu yang zaman berzaman. Dengan adanya pembudayaan sebegini, ilmu dapat diwariskan secara tepat dan benar dari satu generasi ke generasi."
Kemudian, disebutkan juga oleh Guru Mulia Ustaz Khalid Ismail حفظه الله تعالى, ketika membahaskan tentang "Budaya Talaqqi" pada muqaddimah sesi wacana yang terdahulu,
"Ia (Budaya Talaqqi) bukanlah suatu yang baru di dalam tradisi pengajian Islam. Pengajian ilmu seperti ini memerlukan sanad guru, kemudiannya guru kepada guru, dan akhirnya berantaian sehingga kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ"
Semoga Allah melimpahkan seluas-luasnya rahmat kepada Guru-guru yang mulia, keluarga mereka, dan orang yang berada disekiling mereka. Didoakan juga semoga, Guru Mulia Prof Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah dapat menyelesaikan Kitab Kedua bagi ringkasan Ihya' Ulumuddin, pada bab yang menyatakan tentang Aqidah.
Sekalung penghargaan dikhususkan juga buat penganjur dari Gamis Perlis, atas hebahan wacana kepada seluruh asatizah, pensyarah, para doktor dan tholibul ilmi dari Malaysia dan Indonesia. Semoga manfaatnya akan terus mengalir buat kita semua.
Akhirnya, catatan ringkasan bagi setiap sesi kuliah akan menyusul kemudian insya-Allah.
اللهم بارك لنا في رجب و شعبان وبلغنا رمضان
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Tiga Tiga,
25 Sya'ban 1441/
19 April 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti

RISALAH UNTUK DIRI SENDIRI (11)
(Dikongsikan kembali catatan ini, agar kita semua dapat mengambil manfaat bersempena dengan Hari Kelahiran Tuan Guru. Berikut adalah sebahagian daripada 40 Adab yang diamalkan oleh beliau.)
Di antara 40 Adab yang diamalkan oleh anak saudara kepada Wali Allah al-Arif billah al-Marhum Muallim Haji Abdul Wahid رحمه الله تعالى, yakni Tuan Guru Ustaz Haji Zulkifli Ismail حفظه الله تعالى ialah:
1. Husnuzhon kepada Ulamak Rabbani
2. Menyediakan pakaian yang khusus untuk solat fardhu yang berwarna hijau atau putih
3. Ketika menjadi imam, beliau sentiasa berpesan untuk bersugi terlebih dahulu sebelum mengangkat takbiratul ihram
4. Meminta maaf sebelum bertanya kepada guru
5. Solat Sunat Qobliyah di rumah sebelum hadir menjadi imam solat jemaah di Musolla
6. Merendah diri dalam segala perbuatan dan perbicaraan
7. Menegur terus kesalahan murid dalam adab kerana menjalankan amanah sebagai seorang guru
8. Memperbanyakkan uslub perumpamaan (analogi) agar murid dapat memahami perbahasan akidah dan tasawuf yang rumit dengan mudah
9. Memulakan dan mengakhiri kuliah dengan doa
10. Menjaga adab susunan ketika berdoa dan bersungguh-sungguh ketika menadah tangan
Faedah: Adab berdoa perlu dijaga kerana doa merupakan senjata orang Mukmin. Manakala tertib doa Tuan Guru akan dinyatakan pada tulisan khusus yang lain.
Tuan Guru pernah berkata : Doa itu seperti peluru. Ia boleh merubah dari hitam kepada putih, dan boleh merubah dari putih kepada hitam dengan cepat. Sebab itu, kita kena sentiasa berdoa bersama Ulamak dan orang² soleh.
11. Memuliakan anak-anak kecil dengan mendoakan mereka secara khusus
12. Sentiasa mengingatkan nikmat yang terbesar dalam kehidupan, Iman dan Islam serta menjadi umat Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
13. Memuliakan guru di hadapan murid-murid
14. Membaca Surah Al-Ikhlas pada rakaat kedua solat Subuh setelah selesai membaca surah yang panjang
15. Memperbanyakkan uslub bercerita agar dapat menarik minat murid melalui kisah-kisah
16. Memperuntukkan masa yang lebih kepada murid, untuk memastikan mereka benar-benar memahami ilmu dan adab
17. Selalu berpesan agar terus istiqamah dalam PAS, dan dalam masa yang sama tidak berkata yang buruk kepada mana² pendakwah lain, Tuan² Guru, para Habaib dan NGO kerana dari kalangan mereka itu ada wali² Allah.
18. Selalu berpesan agar terus istiqamah bersama Habaib dan memuliakan mereka, kerana merekalah yang paling benar dari sudut Tazkiyah an-Nafs.
Tuan Guru juga pernah berkata: "Tunjang Ilmu ialah Tauhid. Manakala, Tunjang Tarbiyah pula ialah Tazkiyah an-Nafs."
((Insya-Allah bagi adab yang ke-18 ini, akan ditulis sebuah risalah yang kecil secara khusus. Ia mengandungi pesanan yang sangat penting bagi sahabat-sahabat kita di dalam gerakan Islam sebagai renungan dan muhasabah.))
19. Sentiasa membawa kayu sugi dan selendang di bahu
20. Memuliakan tetamu yang datang berziarah
21. Menghadap ke wajah orang yang sedang bercakap
22. Memuliakan para Ahlul Bait
23. Sentiasa berpakaian putih
24. Memendekkan solat Maghrib
25. Memperbanyakkan tempat bersujud
26. Datang awal ke majlis ilmu dan bersedia
27. Membaca Wirdul Latif selepas Subuh dan Asar
28. Membaca Ayatul Kursi dan Zikir Fatimah setiap kali selesai solat fardu
29. Mengamalkan Zikrullah ini setiap kali selepas memberi salam Solat Subuh dan Maghrib :
Membaca 10 kali : لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي و يميت وهو على كل شيء قدير
Membaca 7 kali : اللهم أجرنا من النار
30. Membaca Al-Quran dengan Tartil dan indah tersusun
31. Tidak bermain telefon di tempat solat
32. Tidak mengubah tempat duduk selepas memberi salam solat fardu
33. Mendoakan kesejahteraan orang-orang soleh setiap kali menyebut nama mereka
34. Sentiasa bermanis muka dengan senyuman
35. Memanjangkan solat Subuh
36. Berhenti seketika sebelum menyebut آمين untuk berdoa selepas membaca Surah Al-Fatihah
37. Membaca Wirid al-Imam Abi Bakr bin Abdul Rahman as-Saqqaf setiap kali selepas doa solat fardhu dan wirid berikut setiap kali sebelum berdoa :
Membaca 1 kali : َّاللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيتَ وَ

لَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا رَاد لِمَا قَضَيْتَ وَلَا يَنْفَعُ ذَا الجَد مِنكَ الْجَد
Membaca 1 kali : اللهم أعنا على ذكرك و شكرك وحسن عبادتك
38. Selalu memakai kain sarung dan jubah putih ke mana-mana sahaja
39. Memanjangkan tahyat akhir untuk berdoa sebelum memberi salam ke kanan
40. Memuliakan Musonnif sebelum membaca kitab
41. Mendengar setiap kalam guru dengan penuh teliti
42. Mencatat setiap faedah yang disampaikan oleh guru dengan teliti.
Telah berkata para Ulamak: Berjayalah bagi orang yang memiliki Husnul Adab itu, manakala bersangatan rugilah bagi orang yang memiliki Suul Adab.
Semoga adab yang diamalkan oleh Tuan Guru akan mengalir kepada sekalian penuntut ilmu dan penuntut adab yang berusaha untuk beramal dengan Sunnahnya.
Amin.
(Gambar: Tuan Guru Ustaz Haji Zulkifli Ismail حفظه الله تعالى bersama dengan Tuan Guru Ustaz Haji Suaid Din حفظه الله تعالى dan Guru Mulia Ustaz Azhan Ishak حفظه الله تعالى.)
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Sungai Udang, Melaka
2 Jamadil Akhir 1441/
28 Januari 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti

NIKMAT YANG DIRASAI OLEH PENULIS
Di penghujung daurah Kitab "Rahsia Puasa & Adab-Adab Membaca Al-Quran", Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله تعالى telah menyebutkan berkenaan "Adab-adab yang Batin Pada Membaca Al-Quran".
Antaranya ialah, membaca Al-Quran hendaklah dengan perasaan ta'zim. Menghadirkan di dalam hati, kebesaran Allah ﷻ yang mempunyai perkataan di dalam Al-Quran. Menghadirkan di dalam hati bahawa, yang dibacanya itu bukanlah daripada perkataan manusia.
Berkata oleh Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله تعالى bahawa, perkara tersebut juga boleh diqiyaskan kepada manusia.
Seorang pujangga, apabila tulisannya atau syairnya itu dibaca dan dinikmati oleh orang lain, maka mereka akan merasa dihormati oleh para pembacanya. Mereka akan merasai kenikmatan yang sangat luar biasa.
Perkara sedemikian juga telah berlaku ke atas Abuya sendiri. Beliau menceritakan, pada suatu hari, ketika berada di dalam pesawat, beliau telah bertemu dengan seorang yang membaca kitab "40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman" karangan Abuya.
Menariknya, orang tersebut langsung tidak mengenali siapakah penulis buku. Orang itu memuji-muji isi kandungan buku yang berada di tangannya kepada Abuya. Kemudian, Abuya langsung memberitahu bahawa, beliaulah penulis buku tersebut.
Orang tersebut terlalu gembira dan terkejut, sehingga dia memeluk Abuya yang sedang duduk di kerusi pesawat. Berbetulan pada waktu itu, Abuya ada membawa sebuah buku yang baharu sahaja selesai ditulis bersama dengan beliau, iaitu kitab "40 Hadis Penawar Hati".
Sebagai tanda bersyukur, Abuya telah menghadiahkan buku itu kepada orang tersebut. Ini kerana orang yang membaca penulisan kita itu, seperti sedang mengikuti jalur pemikiran kita. Ia merupakan sebuah penghormatan kata Abuya.
Di dalam buku "Sejarah Gerakan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad", Guru Mulia Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor حفظه الله تعالى juga ada menyatakan bahawa,
"Terima kasih kerana menatap buku ini, kerana saya juga seperti Multatuli (penulis Max Havelaar) yang berprinsip 'aku mahu dibaca', bahkan lebih jauh mendasar!"
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أساك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Tiga Lapan,
1 Ramadhan 1441/
24 April 2020

NASIHAT BAGI ORANG YANG BERPUASA
Tuan Guru Shaykh Zainul Asri حفظه الله تعالى memberi peringatan bahawa, ketika waktu berbuka puasa nanti jangan tinggalkan Sunnah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
Paling-paling kurang, kurma 3 biji dan air kosong segelas jangan tinggal. Kita kata kita kasih pada Nabi, tetapi hakikatnya kita hanya kasih pada diri sendiri (makan semata-mata nak memenuhkan nafsu lapar).
Ketika berbuka, Rasulullah صلى الله عليه وسلم tidak pernah tinggalkan "Aswadayn" (dua perkara yang hitam) iaitu kurma dan air.
Satu hari ada seorang datang bertanya kepada Shaykh Zainul Asri, kenapa disebut sebagai 2 perkara hitam? Kalau kurma itu kita fahamlah warnanya memang hitam. Sebaliknya, air warnanya putih jernih.
Jawapannya ialah kerana apabila warna hitam dan warna putih (jernih) bergabung, maka hitam akan menguasai putih. Oleh sebab itulah, warna hitam yang disebut oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
KESERONOKAN BAGI ORANG YANG BERBUKA PUASA
Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada bersabda bahawa,
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ
(“Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraa ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya..”)
Melalui hadis ini, terdapat dua keseronokan bagi orang berpuasa iaitu:
1. Ketika nak menyambut raya atau ketika nak berbuka puasa (khilaf)
2. Ketika nak bertemu Allah سبحانه وتعالى
Rasa seronok ketika berbuka puasa itu lumrah, sebab nafsu kita sudah ditahan selama satu hari supaya jangan makan. Apabila sampai masa berbuka, maka kita seronok sebab dapat makan.
PERASAAN ORANG SOLEH KETIKA BERBUKA
Namun, bukan semua yang seperti itu. Ada orang yang apabila mereka hendak berbuka, dia akan rasa berdebar. Lebih berdebar dari menunggu keputusan PMR, SPM atau sebagainya.
Mereka berdebar kerana perasan 'takut gagal'. Mereka takut puasa sepanjang hari itu gagal. Takut amalan puasa itu Allah tak terima.
Ini disebabkan oleh, sesuatu amalan ketaatan yang dibuat bukan kerana Allah سبحانه وتعالى akan menjadi maksiat. Contohnya, seseorang itu menunaikan solat kerana orang, maka solat itu menjadi maksiat.
Demikianlah perasaan yang dialami oleh orang-orang soleh. Merekalah yang akan mendapat janji pelepasan dari api neraka (''itqum minan nar'').
Merekalah golongan yang berjaya.
اشهد ان لا إله إلا الله أستغفر الله
أسألك الجنة وأعوذبك من النار
اللهم إنك عفوٌّ تحبُّ العفو فاعف عنِّي يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Arau Bandar Diraja,
7 Ramadhan 1440/
12 Mei 2019

SYARAH KHULASAH FAHAM ILMU
(SIRI 6)
Perkara yang berkaitan dengan adab, bukanlah suatu perkara yang asing. Berkata Guru Mulia Ustaz Khalid Ismail hz, sepatutnya adab itu merangkumi 80% dan bahkan lebih banyak pengisian tentang adab berbanding pengisian ilmu. Ini kerana, ilmu dapat diperolehi daripada banyak sumber. Manakala, pendidikan adab ("ta'dib") pula, tidak boleh diperolehi dengan pemindahan ilmu ("knowledge transfer") semata-mata. Maka, kita sepatutnya memberi penekanan yang lebih pada persoalan adab.
1. Guru Mulia Prof Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah hz telah menyebutkan berkenaan hal adab tersebut di dalam Bab Kelima bagi buku Khulasah Faham Ilmu. Di mana, Al-Imam Al-Ghazali rh menyenaraikan sepuluh (10) adab bagi penuntut ilmu dan lapan (8) adab bagi guru. Bahagian Pertama: Adab bagi penuntut ilmu ("seeker of knowledge")
a. [Mengusahakan Terlebih Dahulu Penyucian Jiwa daripada Segala Akhlaq dan Sifat Tercela]. Penuntut ilmu mesti menyucikan jiwa mereka daripada sifat tercela. Orang yang membuat maksiat, sukar untuk mendapatkan ilmu daripada guru. Konsep penyucian jiwa ("tazkiyatu an-nafs") merangkumi proses membersihkan hati daripada sifat mazmumah ("takhalli"), menghiaskan hati dengan sifat mahmudah ("tahalli") dan manifestasi keagungan Allah ﷻ ("tajalli"). Seumpama rumah (diri penuntut ilmu) yang terdapat anjing (akhlak yang keji), tidak akan dimasuki oleh malaikat rahmat (cahaya ilmu). Ini kerana, ilmu diibaratkan seperti cahaya. Ia hanya masuk ke dalam hati yang bersih. Begitulah yang disebutkan di dalam syair al-Imam As-Syafie rh (wafat pada 204 Hijrah) yang meminta nasihat daripada gurunya, al-Imam Waki' rh (wafat pada 190 Hijrah).
شكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى # فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي # وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ # ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى
Maksudnya: "Aku telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku. Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat. Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya. Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat."
Penuntut ilmu mesti terdapat unsur pembersihan ("tazkiyah") dan taubat terlebih dahulu, barulah diisi dengan ilmu dan ma'rifat. Hafazan kanak-kanak lebih cepat daripada orang yang lebih dewasa. Apa sahaja yang diajar, tidak kiralah dalam bahasa apapun, mereka mudah untuk memahami. Berkata Guru yang mulia, ini kerana mereka tidak memiliki 'virus', hati mereka sangat bersih. Sedangkan, orang dewasa pula perlu memakai 'antivirus' supaya proses menuntut ilmu menjadi lancar. Orang yang membuat maksiat, susah untuk mendapatkan ilmu dan menjadi seorang yang 'Bebalisme' dan 'Degilisme'. Semakin bersih jiwa, maka semakin banyak ilmu yang akan dipelajari.
b. [Mengurangkan Hubungannya dengan Kesibukan Dunia serta Menjauhkan Diri daripada Keluarga dan Tanah Air]. Berkata Guru yang mulia bahawa, pada adab ini menerangkan kepada penuntut ilmu untuk memberi fokus dan serius dalam pengajian. Mesti kena ada komitmen yang tinggi dan putuskan daripada segala urusan yang tidak penting. Fokus dan ilmu melibatkan pengurusan masa, lantas, seorang penuntut ilmu itu mesti kena ada jadual. Seumpama dalam konteks pengajian moden yang bersistem ("nizhomi"), bagi orang yang sedang membuat Ijazah Sarjana ("Master") ataupun PhD, mesti kena memberi fokus dengan betul. Jika tidak, maka tesisnya tidak akan siap-siap.
c. [Tidak Takabbur ke atas Ilmu dan Jangan Cuba 'Menguasai' Guru]. Takabbur merupakan sifat tercela iblis– bersifat enggan dan angkuh, berasa diri sendiri lebih hebat. Firman Allah ﷻ di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-34,
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir."
Sifat takabbur hanya layak ada pada Allah ﷻ, makhluk tidak boleh ada sifat ter

sebut. Apatah lagi pada seorang murid. Mereka mesti bersifat merendah diri. Jangan sesekali merendah-rendahkan martabat guru. Tidak kira siapapun guru itu, mereka sepatutnya hormat. Jangan memilih-milih guru untuk dihormati, kerana ia adalah sikap yang merugikan.
d. [Jangan Terpengaruh dan Terlibat dalam Perselisihan Pendapat dalam Ilmu]. Penuntut ilmu jangan sesekali terlibat dalam perdebatan. Perasaan ingin menunjuk-nunjuk tidak boleh sesekali ada. Orang yang bukan ahli ilmu, jangan pernah memasuki ke dalam kancah perdebatan khilafiyah. Rujuklah kepada Ahli Ilmu. Firman Allah ﷻ di dalam Surah An-Nahl ayat ke-43,
فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Maksudnya: "Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui."
e. [Hendaklah Mempelajari Ilmu yang Sesuai dan pada Kadar yang Sesuai pada Setiap Keadaan]. Belajar ilmu mesti kena pada kadar. Penuntut ilmu mesti ukur pada kemampuan diri dan mengikuti turutan dalam pengajian secara bertahap. Tidak ada jalan pintas dalam menuntut ilmu. Jika tidak, maka dia sebenarnya tidak mengikuti jalan ilmu yang sebenarnya. Malangnya, pada hari ini, terdapat ramai orang yang belajar secara "short-cut". Mereka patut bermula daripada peringkat paling asas, kemudian pertengahan dan seterusnya. Penuntut ilmu mesti memulakan dengan mempelajari ilmu alat.
f. [Mengutamakan dan Mempelajari Apa yang Terbaik dan Secara yang Mencukupi daripada Setiap Ilmu]. Penuntut ilmu kena melihat kepada persoalan ini, apakah ilmu yang mesti diberi keutamaan terlebih dahulu? Jawapannya, mereka mesti bermula dengan ilmu Fardhu Ain. Kemudian, baru pergi kepada ilmu Fardhu Kifayah. Mesti kena jelas matlamat ilmu adalah untuk sampai kepada Allah ﷻ. Ilmu itu sangat luas, namun umur kita pula terlalu singkat. Oleh itu, mesti memahami ilmu yang mana satu perlu diutamakan untuk diisi supaya masa tidak terbuang begitu sahaja. Ini ialah nasihat yang sangat penting dan perlu penuntut ilmu semua memberikan perhatian.
g. [Meraikan Pemeringkatan dalam Pembelajaran, Mengutamakan Ilmu Terpenting dan Menguasai Sesuatu Ilmu Sebelum Menceburi Bidang Selanjutnya]. Nasihat dari Guru yang mulia, penuntut ilmu jangan menilai kebenaran semata-mata pada orang yang berkata, namun lihatlah apa yang dikata. Kalau lihat pada orang, nescaya ada banyak tafsiran yang akan timbul. Mesti menilai ilmu, dengan diri ilmu itu sendiri, bukan pada batang tubuh ilmuwan. Ini kerana, manusia memiliki kekurangan dan bukanlah seorang yang lengkap sempurna ("perfectionist") semua sekali. Lihatlah pada yang ditutur olehnya, dan terima selagi ia tidak bercanggah dengan kebenaran.
h. [Mengetahui Asas Sebenar Nilai Kedudukan dan Kemuliaan Sesuatu Ilmu]. Contohnya, terdapat perbezaan antara ilmu Matematik dan ilmu perubatan. Matematik menghasilkan manfaat dalam kekuatan menganalisa, berhujah dan latihan bagi akal ("mental exercise"). Manakala, perubatan pula menghasilkan manfaat yang berbeza, hasilnya lebih besar berbanding ilmu Matematik. Kemudian, Guru yang mulia mengajak kita untuk memerhatikan persoalan ini, mengapa ilmu Tauhid sangat penting? Ini kerana ia membawa kita untuk mengenal Allah ﷻ dan kepada hari akhirat.
i. [Memastikan Matlamat Menuntut Ilmu Adalah Demi Memperbaiki Nilai Diri di Dunia dan Demi Pencapaian Tertinggi di Akhirat]. Mesti betulkan niat ("intention") menuntut ilmu kerana Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ di dalam Surah al-'Alaq pada ayat yang pertama,
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ
Maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)".
Perintah membaca ("iqra") diikat bersama dengan Allah ("Rabbi"), menunjukkan bahawa perintah menuntut ilmu itu mesti diikat bersama dengan ikhlas. Bukannya diikat dengan tujuan duniawi. Kalau diikat dengan akhirat, nescaya kedua-dua dunia dan akhirat akan datang kepadanya. Al-Imam Al-Ghazali rh juga ada menyebutkan bahawa, niat menuntut ilmu itu bukanlah bertujuan untuk memperlekehkan orang yang jahil. Bahkan, bukan sama sekali niat untuk menandingi orang alim.

Kalau tersilap niat, maka tersilaplah hasilnya.
j. [Mengetahui Nisbah dan Kaitan Sesuatu Ilmu Dengan Tujuannya]. Penuntut ilmu mesti mengetahui perkara apa yang penting untuk dunia dan akhirat. Mesti ada persediaan, seumpama keadaan sebelum seseorang yang hendak bermusafir ke negeri Makkah. Mereka perlu bersedia pada tiga (3) perkara yang penting sekurang-kurangnya kata al-Imam Al-Ghazali rh. Pertama, persediaan ("isti'dad") sebelum bermusafir. Kedua, persedian sepanjang menempuh dalam perjalanan. Ketiga, persediaan pada perkara apa yang akan dihadapi di sana. Terdapat perkataan yang menyebutkan bahawa; jika kita gagal untuk merancang, maka kita sebenarnya merancang untuk gagal ("if we fail to plan, we are planning to fail").
2. Bahagian kedua: Adab bagi seorang guru yang mesti dipenuhi juga. Adab bukan hanya terletak pada murid. Kedua-duanya terdapat fungsi yang tersendiri.
a. [Hendaklah Berlemah Lembut dengan Murid dan Melayannya Sebagaimana Dia Melayan Anak-anaknya Sendiri]. Melayan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Menganggap murid seperti anak sendiri. Melayan kerenah pelajar, tetapi bukan pada semua keadaan. Berpada-pada dengan ketegasan. Berkata Guru yang mulia, jika seorang guru terlalu rapat dengan murid, bahaya. Jika seorang guru terlalu jauh dengan murid, juga bahaya. Terlalu keras, murid akan lari. Terlalu lembut, murid akan memijak kepala guru Antara adab seorang murid ialah tidak berjalan di hadapan guru, namun, adab ini sudah tidak diamalkan pada hari ini.
b. [Hendaklah Mencontohi Nabi ﷺ dalam Gerak Kerja Ilmiah]. Lebih-lebih lagi dalam soal Ta'lim, Tadris dan Ta'dib. Guru tidak menggunakan ilmu untuk tujuan berniaga. Gunakan harta untuk ilmu, bukannya gunakan ilmu untuk harta.
c. [Tegas dan Jelas Menasihati para Murid]. Kalau ada benda yang bercanggah pada murid, guru kena terus betulkan. Malangnya, hari ini murid yang menentukan, guru yang mengikut. Bahkan, sehingga terdapat isu ibu bapa ingin menyaman guru di mahkamah kerana mempertahankan kesalahan anaknya. Dahulu, penghormatan yang sangat besar telah diberikan kepada guru. Sekarang, ibu bapa tidak memahami konsep pendidikan. Tegas di sini bukan bermaksud guru kena 'keras' sepanjang masa, tetapi sesuai mengikut kepada keadaan.
d. [Memantau Sikap Buruk Murid Secara Berhemah]. Guru mesti menggunakan pendekatan yang bijaksana ("hikmah"). Seumpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak terputus dan tepung tidak berserak. Begitu cermat sekali perumpamaannya. Guru mendidik murid untuk memahami dan mematuhi. Tugas guru bukan sekadar melarang, bahkan juga memberitahu murid dengan bijaksana.
e. [Mampu Menjelaskan Tempat dan Kedudukan Setiap Ilmu]. Setiap ilmuwan ada kemuliaan masing-masing. Ilmuwan Bahasa jangan perlekehkan Ilmuwan Feqah. Manakala, Ilmuwan Feqah jangan pula memandang rendah kepada Ilmuwan Tafsir. Setiap mereka ada kedudukan dan tempatnya yang tersendiri.
f. [Hendaklah Mengajar Ilmu yang Sesuai Dengan Kemampuan Murid]. Antara yang dipesan oleh Ulama' ialah seseorang guru mesti menguasai 40 jenis bidang ilmu terlebih dahulu, untuk membuka sebuah pondok atau pesantren. Seumpama juga seorang guru silat, mesti sekurang-kurangnya menguasai 40 buah silat terlebih dahulu, barulah dia layak untuk mengajar muridnya bersilat.
g. [Mengajar Ilmu Zahir ("jaliyy") dan Tidak Membayangkan Sebarang Ilmu yang Lebih Terperinci di Sebaliknya Sedangkan Dia Tidak Menjelaskannya]. Apabila guru memberitahu, mesti ada penjelasan kepada muridnya. Jangan biarkan murid dalam keadaan tergantung, kerana ia boleh membawa kepada kesesatan.
h. [Hendaklah Guru Beramal Dengan Ilmunya]. Ini merupakan adab yang paling besar dan paling berat bagi seorang guru. Oleh sebab itu, Da'wah Bil Hal lebih berkesan daripada Da'wah Bil Maqal. Seorang guru perlu menjadi contoh yang baik ("Uswatu al-Hasanah") dan menonjolkan kepimpinan melalui tauladan ("Leadership by Example"). Guru tidak berceramah retorik semata-mata. Mereka mengamalkan apa yang disampaikan. Itu tanggungjawab seorang ilmuwan. Namun, ramai orang yang bercakap tetapi tidak mengotakan apa yang dikatak

an–ia sangat sinonim dengan makna hiprokrit. Nasihat Guru yang mulia, ilmu yang datang dari hati, akan sampai ke hati. Bukannya, yang sampai dari mulut ke telinga, kerana ia pasti akan keluar dari telinga jua.
3. Demikianlah seperti yang disebutkan oleh Guru Mulia Professor Al-Attas hz, berkenaan makna ilmu itu ialah suatu perkara yang memberi bekas kepada jiwa. Tambahan dari Guru yang mulia, beliau menyebutkan bahawa Guru Mulia Professor Al-Attas hz telah menggagaskan satu kerangka pemikiran yang menggantikan "Nazrah al-Islam li al-Kawn" dengan "Rukyah al-Islam li al-Wujud". Dalam konteks beliau menjelaskan faham ilmu, insan, pendidikan, adil, agama atau "ad-Din", bahagia, hikmah, dan lain-lain konsep. Kesemuanya ini, menggambarkan bahawa Guru Mulia Professor Al-Attas hz adalah seorang tokoh pemikir yang mendahului zaman. Beliau juga telah mencontohi al-Imam Al-Ghazali rh, khususnya dalam mendepani permasalahan isu-isu kontemporari dan kaedah penyelesaiannya secara falsafi dan mantiqi.
4. Secara kesimpulannya, Guru yang mulia telah menyebutkan dua (2) perkara yang sangat penting dalam sesi wacana kali ini. Pertama ialah adab-adab penuntut ilmu. Manakala yang kedua ialah adab-adab guru. Wallahua'lam.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Tiga Sembilan,
2 Ramadhan 1441/
25 April 2020

AMALAN MUDAH MENJANA PAHALA SEPANJANG RAMADHAN
1. Mendengar Audio Tilawah Al-Quran
Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله تعالى menyebutkan bahawa: Apa yang kita dengar (bacaan Al-Quran) itu baik, (kesannya) kita juga akan bertutur dengan baik.
Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى ada menyebutkan di dalam kitab "At-Tibyan fi Adab Hamalatil Quran" bahawa: Sunat mencari Guru al-Quran yang baik dan bagus suaranya.
Maka, berikut merupakan beberapa cadangan senarai tilawah Al-Quran yang sangat baik untuk didengari:
a) Al-Marhum Shaykh Mahmud Khalil al-Husary رحمه الله تعالى (wafat tahun 1980). Beliau ialah Qari kegemaran Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki حفظه الله تعالى dan Guru Mulia Ustaz Abdul Salam al-Azhari حفظه الله تعالى .
b) Habib Dr Sayyid Ali al-Ba'alawiy حفظه الله تعالى. Qari kepada Al-Allamah Habib Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى di Tareem, Yaman. Pada setiap tahun ketika bulan Ramadhan (kecuali tahun ini), pihak MATIN akan menjemput beliau sebagai imam Tarawih dan Qiamulail.
c) Guru Mulia Shaykh Dr. Abu Anas Mohamed Abdel Hamid Kolib Al-Azhari حفظه الله تعالى yang berasal daripada Mesir. Guru Al-Quran yang kami kasihi semasa di SMAASZA. Beliau juga merupakan Imam Khas di Masjid Abidin Negeri Terengganu (dikenali sebagai Masjid Putih).
d) Shaykh Mishary Rasyid al-Afasy حفظه الله تعالى. Beliau merupakan salah seorang daripada Qari kegemaran bagi kebanyakan orang Melayu secara umumnya.
e) Qari kegemaran kami secara peribadi: al-Fadhil Ustaz Abdullah Fahmi حفظه الله تعالى (Johan Akademi Al-Quran Musim 1) dan al-Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Ali حفظه الله تعالى (Johan Akademi Al-Quran Musim 4)
TANBIH: Namun, penting untuk kita menjaga adab ketika memasang bacaan Al-Quran. Tidak memasang di tempat orang yang sedang lalai dengan urusan dunia. Hendaklah diam, dan mendengarnya dengan perhatian.
Firman Allah ﷻ dalam Surah Al-A'raf ayat 204,
وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ
Maksudnya: "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat."
2. Memperuntukkan Sebuah Tabung Khas
Selain daripada "Online Banking", kita juga boleh menggunakan tabung yang sebenar. Gunalah apa-apa pun, sama ada bekas kosong, botol, kotak ataupun sebagainya.
Cadangannya, ditampalkan memo atau nota khusus seperti "Tabung Ramadhan", supaya menjadi peringatan pada setiap hari dan kita menjadi lebih bersemangat untuk bersedekah.
Jangan biarkan hari-hari kita berlalu tanpa bersedekah. Demikianlah di antara nasihat yang sangat penting daripada Guru Mulia Ustaz Muhd Shahir al-Azhari حفظه الله تعالى ketika kami menziarahi beliau di Yayasan Restu, Shah Alam.
Faedah: Waktu yang terbaik untuk bersedekah adalah pada waktu Subuh. Malaikat sedang mengagih-agihkan rezeki. Waktu awal pagi juga merupakan waktu yang sangat berkat didoakan khusus oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
Betapa besarnya amalan bersedekah, sehinggakan amalan tersebut dirayukan oleh ahli kubur. Firman Allah ﷻ di dalam Surah Al-Munafiqun pada ayat yang ke-10,
وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِيٓ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Maksudnya: Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya,
"Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku–ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh."
3. Membanyakkan Niat Nazar dalam Amalan Sunat
Bagi orang yang berniat nazar, mereka akan mendapat pahala amalan wajib. Sekalipun yang dilakukan itu perkara yang sunat, seperti membaca al-Quran. Apabila mereka bernazar dan membuatnya, maka besar sekali pahalanya.
Inilah faedah yang sangat besar ka