SYARAH ADAB MENUNTUT ILMU
Sebagai muqaddimah, Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى menceritakan latar belakang kitab yang baharu sahaja disiapkan oleh beliau. Pengajian ini merupakan kitab yang kedua diajarkan secara terbuka ketika Rauhah Asar pada bulan Ramadhan, selepas daripada mengkhatamkan kitab "Isbalul Aman" (Adab Mendidik Kanak-Kanak).
1. Kitab Adab Penuntut Ilmu, Fathu al-Muta
a) Ta'lim al-Muta
c) Sirāju Thullabi al-
e) Qanunu al-
[Fasal: Pada Menyatakan Tentang Kelebihan `Ilmu dan Ahlinya.]
3. [Bait 5: "Tuntutlah ilmu wahai para saudara, ini kewajiban buat kita semua"]. Ilmu itu dituntut sejak bermula daripada buaian sehinggalah ke liang lahad. Sayyiduna Rasulullah ﷺ juga ada bersabda bahawa,
طلب العلم فريضة على كل مسلم
Maksudnya: "Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam."
4. [Bait 6: "Dengan ilmu menjadi mulia, dapat membezakan kita dengan kera"]. Ilmu menjadi
Sebagai muqaddimah, Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى menceritakan latar belakang kitab yang baharu sahaja disiapkan oleh beliau. Pengajian ini merupakan kitab yang kedua diajarkan secara terbuka ketika Rauhah Asar pada bulan Ramadhan, selepas daripada mengkhatamkan kitab "Isbalul Aman" (Adab Mendidik Kanak-Kanak).
1. Kitab Adab Penuntut Ilmu, Fathu al-Muta
ālī fi Adabi al-
Ilmi wa al-Talaqqī ("Pembukaan Daripada Tuhan yang Maha Tinggi Pada Menerangkan Adab Ilmu dan Talaqqi") yang sangat berkat ini, telah disiapkan oleh Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir حفظه الله تعالى selama empat (4) hari. Kata Guru yang mulia, tempoh tersebut adalah pada 3 Mac 2019 dan daripada 2 Mac sehingga 4 Mac 2020. Antara rujukan yang digunakan oleh Guru yang mulia dalam menyiapkan urjūzah tersebut ialah:a) Ta'lim al-Muta
allim. Ia ditulis oleh al-Imam Burhanuddin al-Zarnuji رحمه الله تعالى.
b) Tazkiratu as-Sāmi' wa al-Mutakallim. Ia ditulis oleh al-Imam Badruddin Ibn al-Jama
ah رحمه الله تعالى. c) Sirāju Thullabi al-
Ulum. Ia ditulis oleh al-
Allamah al-Arabi bin Abdullah bin Abi Yahya al-Masari al-Maghribi رحمه الله تعالى. Kitab ini merupakan hadiah daripada Guru Mulia Shaykh Dr. Ayman al-Akiti حفظه الله تعالى kepada Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى sewaktu beliau menziarahi ke Mesir dahulu. Kata Guru yang mulia, ia merupakan sebuah kitab yang sangat menarik, antaranya menerangkan hukum bermain bola.
d) Adābu al-
Ālim wa al-Mutaallimu fimā Yahtāju Ilahi al-Muta
allimu fi Ahwālu Ta'lamahu wamā Yutawaqqafu Alaihi al-Mu
allimu fi Maqāmāti Ta'līmuhu. Ia ditulis oleh al-Imam Kiyai Haji Hasyim Asy'ari رحمه الله تعالى. Pengarang kitab ini merupakan pengasas kepada Nahdatul Ulama' di Indonesia. Beliau juga ialah murid kepada al-Imam Kiyai Haji Kholil al-Bangkalani رحمه الله تعالى. Isi di dalam kitab ini, kebanyakannya daripada kitab Tazkiratu as-Sāmi'. Namun, kata Guru yang mulia, di dalamnya terdapat tambahan daripada apa yang diambil daripada guru-guru beliau. Sekiranya, semua isi adalah sama, sudah tentu ia dikira sebagai mengulangi naskah sahaja. Namun, kitab yang berkat ini, terdapat banyak faedah yang sangat bermanfaat. e) Qanunu al-
Ilm. Kitab ini juga telah dihadiahkan oleh Guru Mulia Shaykh Dr. Ayman al-Akiti حفظه الله تعالى kepada Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى.
f) Kitab Adab yang ditulis oleh Maulana Asyraf Ali Thanwi رحمه الله تعالى. Ia telah dihadiahkan oleh seorang sahabat daripada Sri Petaling kepada Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى ketika beliau menziarahi ke Mesir.
g) Hasil ta'dib yang diperolehi daripada al-Allamah al-Mutafannin al-Murabbi As-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh Sa'id حفظه الله تعالى. Kesemua itu telah diterima oleh Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى sepanjang menuntut ilmu dan ketika bermusafir bersama dengan al-Allamah Shaykh Dr. Ahmad Mamduh حفظه الله تعالى.
2. Pada hari kedua pengajian, Guru yang mulia sudah memasuki kepada muqaddimah yang kedua bagi nazam. [BismiLlāhi ar-Rahmāni ar-Rahīm. Bait 1 sehingga ke Bait 4 menyebutkan bahawa: "Segala puji bagi yang Maha Esa, Tuhan yang mengutus akan Nabi kita (1). Selawat salam buat Junjungan Mulia, Sayyiduna Muhammad Rasul tercinta (2). Juga buat keluarga dan sahabat, dan tābi
īn yang tak pernah kenal penat (3). Menyebarkan ajaran Nabi yang mulia, buat panduan umatnya yang tercinta (4)"]. Dalam muqaddimah ini, telah terdapat beberapa perkara yang sangat penting. Iaitu terkandungnya nama Allah ﷻ, puji-pujian kepada Allah ﷻ, selawat kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ dan juga adab. [Fasal: Pada Menyatakan Tentang Kelebihan `Ilmu dan Ahlinya.]
3. [Bait 5: "Tuntutlah ilmu wahai para saudara, ini kewajiban buat kita semua"]. Ilmu itu dituntut sejak bermula daripada buaian sehinggalah ke liang lahad. Sayyiduna Rasulullah ﷺ juga ada bersabda bahawa,
طلب العلم فريضة على كل مسلم
Maksudnya: "Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam."
4. [Bait 6: "Dengan ilmu menjadi mulia, dapat membezakan kita dengan kera"]. Ilmu menjadi
kan darjat seseorang itu tinggi di sisi Allah ﷻ. Telah berkata oleh al-Imam Az-Zarnuji رحمه الله تعالى bahawa, perkara yang membezakan manusia dengan binatang ialah ilmu. Persamaan mereka ialah masing-masing mempunyai nyawa dam bergerak dengan kehendak. Berani bagi kita ada, bagi harimau pun ada. Begitulah juga kekuatan, kasih sayang seorang ibu kepada anak dan sebagainya. Semua sifat ini manusia berkongsi dengan binatang. Hanya aqal yang membezakannya dan aqal akan menjadi matang apabila disadurkan dengan ilmu. Nasihat Guru yang mulia, seseorang yang menyibukkan diri dengan membina sesuatu yang sama baginya dengan binatang, sebenarnya dia tidak menambah apa-apapun kelebihan. Contohnya, seseorang yang sibuk membina badan dan otot berketul-berketul, sehingga tidak sempat untuk mencari ilmu. Realitinya, seekor gajah itu adalah lebih kuat daripada seseorang yang masuk ke dalam gimnasium selama berjam-jam.
5. [Bait 7: "Sayyiduna Ādam dimuliakan-Nya, dengan ilmu hingga sujud malaikat-Nya"]. Nabi Adam عليه السلام dimuliakan oleh Allah ﷻ dengan ilmu. Sehinggakan para malaikat diperintahkan oleh Allah ﷻ untuk bersujud kepada Baginda. Firman Allah ﷻ di dalam Surah al-Baqarah pada ayat yang ke-34,
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir."
6. [Bait 8 sehingga kepada Bait 9: "Ilmu itu penyelamat di dunia, di akhirat pasti beroleh bahagia (8) Bukti ilmu sesuatu yang berharga, diminta oleh Baginda tambahannya (9)"]. Sayyiduna Rasulullah ﷺ tidak meminta tambahan umur atau harta. Namun, Baginda meminta kepada Allah ﷻ agar ditambahkan ilmu. Berkata oleh Guru yang mulia, sesuatu perkara itu tidak diminta untuk ditambahkan, melainkan ia adalah sesuatu perkara yang mulia. Maka, ajaib sekali bagi kita yang meminta agar ditambahkan sesuatu perkara yang selain daripada ilmu.
7. [Bait 10: "Cukuplah tentang kemuliaannya, si jahil gembira dinisbahkannya"]. Telah berkata oleh Sayyiduna Ali Abi Talib رضي الله تعالى عنه bahawa, orang jahil sangat gembira kalau dinisbahkan sebagai orang alim. Perkara tersebut sudah cukup menjadi dalil akan kemuliaan ilmu. Hatta, orang jahil pun tidak mahu dinisbahkan sebagai 'jahil'—walaupun itulah hakikat mereka yang sebenar. Mereka lebih suka untuk dipanggil sebagai orang alim, ustaz, dan sebagainya.
8. [Bait 11: "Ilmu perhiasan buat ahlinya, kemuliaan anugerah darinya"]. Makna anugerah ialah hadiah daripada Allah ﷻ. Mengetahui hakikat ini, orang yang mendapat ilmu tidak akan berasa sombong dengan anugerah tersebut dan menggunakan ilmu itu pada jalan yang diredhai oleh Allah ﷻ. Walaupun pada zahirnya, ilmu itu telah diperolehi dengan jalan usaha ("kasbi"), namun ia tetap adalah pemberian daripada Allah ﷻ. Setiap kali dipuji, dia hanya akan memandang kepada Allah ﷻ sebagai pemilik ilmu secara hakikatnya. Nabi Sulaiman عليه السلام telah diberi anugerah kerajaan seluas dunia dan isinya, namun masih tetap mahu bersyukur. Firman Allah ﷻ di dalam Surah an-Naml pada ayat yang ke-40,
قَالَ ٱلَّذِي عِندَهُۥ عِلۡمٞ مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ أَنَا۠ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبۡلَ أَن يَرۡتَدَّ إِلَيۡكَ طَرۡفُكَۚ فَلَمَّا رَءَاهُ مُسۡتَقِرًّا عِندَهُۥ قَالَ هَٰذَا مِن فَضۡلِ رَبِّي لِيَبۡلُوَنِيٓ ءَأَشۡكُرُ أَمۡ أَكۡفُرُۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيّٞ كَرِيمٞ
Maksudnya: Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal k

epada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
9. [Bait 12: "Ulul
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ
Maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."
14. Namun kata Guru yang mulia, pada ayat tersebut bukanlah disebutkan perintah Iqra' itu secara mutlak. Ia mesti disertakan dengan berkat nama Allah ﷻ. Tanpa barakah, ia akan membawa kepada keburukan dan kezaliman. Permulaan segala perintah Allah ﷻ itu adalah dengan ilmu, bukannya dengan benda lain—seperti 'berlaku adil' ataupun 'melawan korupsi'. Walaupun pada ketika itu, keadaan di Makkah sangat berleluasa dengan masalah tersebut. Kata Guru yang mulia, ini kerana bagaimana kita dapat mengetahui sesuatu perkara itu baik (ataupun buruk), melainkan mestilah dengan ilmu.
[Tamhīd: Perkara Asas Yang Diperlukan Penuntut Ilmu.]
15. [Bait 15 sehingga Bait 19: "Ha
9. [Bait 12: "Ulul
ilmi itu gelaran yang mulia, disertakan mereka dengan Anbiya"]. Gelaran "Ulum Ilmi" itu berdasarkan kepada Firman Allah ﷻ di dalam Surah Ali-Imran pada ayat yang ke-18,
شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآئِمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Maksudnya: "Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
10. Para Mufassirin telah menyebutkan di dalam ayat tersebut, Allah ﷻ sendiri yang bersaksi terlebih dahulu bahawa Allah ﷻ ialah Tuhan yang memerintah alam. Kedua, barulah para malaikat. Ketiga, penyaksian daripada Ahli Ilmu. Ayat ini tidak disebutkan para Anbiya'. Ini kerana, para Anbiya' merupakan orang yang berilmu. Sayyiduna Rasulullah ﷺ ialah penghulu bagi segala Anbiya', sekaligus penghulu bagi segala orang yang berilmu. Gelaran "Ulul Ilmi" merupakan suatu gelaran yang sangat mulia, kerana orang yang berilmu itu telah disertakan bersama dengan para Anbiya'.
11. [Bait 13 sehingga kepada Bait 14: "Mereka bagai bintang yang gemerlapan, menerangi buat dua kegelapan (13). Kejahilan kezaliman dihapuskan, dimusuhi si jahil dan juga syaitan (14)"]. Para Rasul diutuskan oleh Allah ﷻ untuk menerangkan umat daripada dua (2) kegelapan. Begitu juga para Ulama', kerana mereka itu pula ialah waris kepada para Anbiya'. Pada Bait 13 diterangkan bahawa, dua kegelapan tersebut ialah kejahilan dan kezaliman. Untuk menghilangkan kegelapan kejahilan, mestilah memerlukan kepada ilmu. Untuk mendapatkan ilmu pula, mestilah memerlukan kepada guru. Orang yang sekadar banyak membaca tanpa menuntut ilmu daripada guru, mereka hanya sekadar akan menambah ma'lumat. Ilmu mereka tidak bertambah, sebaliknya hanya ma'lumat semata-mata yang bertambah.
12. Oleh sebab itu, Fadhilatu As-Shaykh Dr. Yusri Jabr al-Hasani حفظه الله تعالى seringkali menerangkan perbezaan ma'na yang sangat besar di antara ilmu dan ma'lumat. Nasihat Guru yang mulia, orang yang sekadar membaca, mereka tidak akan mengeluarkan diri mereka daripada kejahilan—namun sebaliknya, mereka hanya akan semakin bertambah jahil. Orang Melayu menyebutkan bahawa, "Membaca itu Jambatan Ilmu". Kata-kata ini sangat tepat, kerana membaca itu cumalah jambatan dan bukanlah ilmu itu sendiri. Menuntut ilmu mesti memerlukan bimbingan daripada seorang guru. Seterusnya pada Bait 14, juga diterangkan bahawa, apabila orang berilmu hendak menghapus dua kegelapan itu (kejahilan dan kezaliman), maka, mereka akan diserang oleh dua musuh pula iaitu orang jahil dan syaitan. Tentera bagi kejahilan adalah orang jahil itu sendiri. Kedua, syaitan pula ialah "Kepala Bapak" bagi orang jahil (yang memusuhi Ahli Ilmu).
13. Wahyu pertama yang diutuskan kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ telah disebutkan berkenaan perintah Iqra', atau dengan ma'nanya ialah ilmu. Firman Allah ﷻ di dalam Surah al-
Alaq pada ayat yang pertama, ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ
Maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)."
14. Namun kata Guru yang mulia, pada ayat tersebut bukanlah disebutkan perintah Iqra' itu secara mutlak. Ia mesti disertakan dengan berkat nama Allah ﷻ. Tanpa barakah, ia akan membawa kepada keburukan dan kezaliman. Permulaan segala perintah Allah ﷻ itu adalah dengan ilmu, bukannya dengan benda lain—seperti 'berlaku adil' ataupun 'melawan korupsi'. Walaupun pada ketika itu, keadaan di Makkah sangat berleluasa dengan masalah tersebut. Kata Guru yang mulia, ini kerana bagaimana kita dapat mengetahui sesuatu perkara itu baik (ataupun buruk), melainkan mestilah dengan ilmu.
[Tamhīd: Perkara Asas Yang Diperlukan Penuntut Ilmu.]
15. [Bait 15 sehingga Bait 19: "Ha
نك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lima Tujuh,
20 Ramadhan 1441/
13 Mei 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti

i saudara yang kucintai semua, asas tuntut ilmu itu empat jua (15). Shaykhun Fattah; guru pembuka utama,
الإسناد من الدين لو لا الإسناد لقال من شاء ما شاء
Maksudnya: "Sanad itu dari agama, jika tiada sanad setiao orang akan berkata apa yang dia suka."
b) Kedua, mesti memiliki aqal yang sempurna (
16. Seterusnya, ditegaskan juga oleh Guru yang mulia bahawa, Al-Azhar tidak mengeluarkan Wahabi. Adapun, jika ada guru-guru (keluaran Al-Azhar) yang membawa fahaman Wahabi, itu bukanlah menunjukkan Azhari yang sebenar. Ini kerana Azhari ialah sebuah manhaj. Seorang Azhari berpegang dengan Aqidah Asha'irah dan Maturidiyah. Feqah berpegang dengan salah satu daripada mazhab yang empat. Kemudian, bersuluk dengan jalur para Sufi yang mu'tabar seperti al-Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى dan al-Imam Junaidi رحمه الله تعالى. Nasihat Guru yang mulia, jika seorang penuntut ilmu itu tidak mengetahui tentang susunan kitab, nescaya dia akan menjadi ber'cempera'—kata orang negeri Kedah. Tanpa displin ilmu dan Guru Fattah, dia akan menjadi keliru akhirnya.
17. Jika lengkap keempat-empat syarat tersebut, maka
Aqlun Rajjāh; aqal bijak penyempurna (16). Kutubun Sihāh yang mu'tamad pegangannya, ini kata Ahmad guruku yang mulia (17). Kesungguhan ini yang paling utama, Da'bun Ilhāh menyempurna bilangannya (18). Jika lengkap syarat yang ku sebutkannya, bersyukurlah ini rezeki darinya (19)"]. Di dalam bait 15 sehingga 19 diterangkan empat (4) alat yang menjadi asas yang diperlukan oleh penuntut ilmu:
a) Pertama, mesti ada guru pembuka (Shaykun Fattah) sebagai pembimbing. Perkataan "Shaykhun Fattah" pertama kali telah digunakan di dalam kitab "Fawaidu al-Makiyyah". Guru pembimbing kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ ialah Allah ﷻ sendiri. Sayyiduna Rasulullah ﷺ telah bersabda bahawa,
أَدَّبَنِى رَبِّى فَأَحْسَنَ تَأْدِيْبِى
Maksudnya: "Tuhanku telah mendidikku dan telah membaguskan pendidikanku."
Kemudian, guru pembimbing kepada para sahabat pula ialah Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Guru pembimbing kepada para tabi
in ialah para sahabat, begitulah generasi-generasi yang selepasnya. Ia berterusan sehinggalah sampai kepada kita hari ini. Telah berkata oleh al-Imam Abdullah bin Mubarak رحمه الله تعالى bahawa, الإسناد من الدين لو لا الإسناد لقال من شاء ما شاء
Maksudnya: "Sanad itu dari agama, jika tiada sanad setiao orang akan berkata apa yang dia suka."
b) Kedua, mesti memiliki aqal yang sempurna (
Aqlun Rajjāh). Aqal itu sendiri telah terbahagi kepada dua. Pertama, Aqal Kasbi iaitu aqal yang perlu diusahakan. Kedua, Aqal Wahbi (bukan Aqal Wahabi) iaitu aqal yang dianugerahkan oleh Allah ﷻ melalui ilmu laduni dan sebagainya. Umum mengenali dengan al-Imam As-Shafie rh, al-Imam Abu Hanifah rh dan sebagainya yang memang dikurniakan aqal yang bijak oleh Allah ﷻ. Namun, di sana terdapat ramai juga dari kalangan para Ulama' yang mempunyai Guru Fattah dan berusaha bersungguh-sungguh di samping berdoa, akhirnya mereka turut dikurniakan Aqlun Rajjah.
c) Ketiga, mesti mempunyai Kutubun Sihāh. Ia bukanlah bermaksud yang sahih semata-mata (kesan buruknya ialah mereka akan menolak yang dhaif), tetapi maksudnya yang sebenar adalah berpegang kepada kitab yang mu'tamad. Perkara ini telah disebutkan oleh Guru Fattah kepada Guru yang mulia, iaitu Fadhilatu As-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh حفظه الله تعالى. Ataupun dengan bahasa lain ialah kitab yang dijadikan sebagai silibus pengajian. Kemudian pada Kitab Tadris itu, terdapat kunci untuk menaiki ke peringkat ilmu yang berbeza-beza; iaitu peringkat permulaan ("mubtadi"), pertengahan ("mutawassit") dan pengakhiran ("muntahi"). Fadhilatus Shaykh Dr. Sayyid Usamah al-Azhariy ada mengarang sebuah kitab yang menerangkan silibus pengajian di Al-Azhar. Penting bagi Ahli Ilmu, khususnya buat mereka yang belajar di Al-Azhar As-Sharif untuk membaca kitab tersebut. Jika ada yang mengatakan, "Itu hanyalah pandangan beliau secara peribadi, bukannya pandangan para Ulama' al-Azhar yang lain", maka kata Guru yang mulia; mereka itu tidak reti, tetapi hendak bercakap.
d) Keempat, mesti ada kesungguhan. Orang yang tidak bersungguh menuntut ilmu, bermuzakarah dan sebagainya, tidak akan mendapatkan ilmu. Mereka hendaklah memiliki kesungguhan yang sangat tinggi ("himmah
aliyah"). Perkara inilah yang paling penting untuk mendapatkan ilmu.16. Seterusnya, ditegaskan juga oleh Guru yang mulia bahawa, Al-Azhar tidak mengeluarkan Wahabi. Adapun, jika ada guru-guru (keluaran Al-Azhar) yang membawa fahaman Wahabi, itu bukanlah menunjukkan Azhari yang sebenar. Ini kerana Azhari ialah sebuah manhaj. Seorang Azhari berpegang dengan Aqidah Asha'irah dan Maturidiyah. Feqah berpegang dengan salah satu daripada mazhab yang empat. Kemudian, bersuluk dengan jalur para Sufi yang mu'tabar seperti al-Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى dan al-Imam Junaidi رحمه الله تعالى. Nasihat Guru yang mulia, jika seorang penuntut ilmu itu tidak mengetahui tentang susunan kitab, nescaya dia akan menjadi ber'cempera'—kata orang negeri Kedah. Tanpa displin ilmu dan Guru Fattah, dia akan menjadi keliru akhirnya.
17. Jika lengkap keempat-empat syarat tersebut, maka
bersyukurlah dengan rezeki tersebut. Demikianlah nasihat Guru yang mulia di dalam Bait 19. Sangat penting bagi seorang penuntut ilmu itu mengetahui kitab apa yang perlu dikuasai. Bukan semua boleh dipelajari sesuka hati. Contohnya, tidak sepatutnya bagi orang yang ingin mempelajari ilmu Hadith itu, terus pergi kepada kitab "Fathu al-Bari". Akhirnya, apabila khatam kitab, mereka tidak mendapatkan apa-apa melainkan mengkhatamkan kitab sahaja. Sebaliknya, mereka perlulah bermula dengan kitab Arba'in al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى terlebih dahulu. Jika Surah al-Fatihah disebutkan sebagai "Ummu al-Quran", maka hadith kedua (Hadith Sayyiduna Jibril) daripada Arba
19. Kitab Tadris sangat perlu untuk diketahui. Mengapa kitab "Fathu al-Qarib" dibaca sebagai Kitab Tadris, dan bukannya kitab "Majmu", apatah lagi kitab "Al-Umm" al-Imam As-Shafie رحمه الله تعالى? Ini kerana, kitab tersebut merupakan Kitab Tadris pada zaman al-Imam As-Shafie رحمه الله تعالى, tetapi bukannya pada zaman sekarang. Para Ulama' telah mengarang kitab dengan menyadur daripada usulnya sendiri iaitu al-Imam As-Shafie رحمه الله تعالى. Contoh Kitab Tadris bagi ilmu tafsir pula ialah Tafsir Jalalain, Tafsir Baidhawi, Tafsir An-Nasafi dan sebagainya. Bukannya terus belajar kepada kitab Tafsir Tahrir al-Imam Ibnu
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم ا
in An-Nawawiyah pula adalah "Ummu al-Hadith". Ini kerana, di dalamnya terkandung empat perkara yang sangat penting iaitu; Iman, Islam, Akhlak dan Fiqhu al-Fitan (Tanda Akhir Zaman). Fiqhu at-Tahawwulat telah disusun oleh Habib Abu Bakar al-Adni حفظه الله تعالى.
18. Maulana al-Habib Zein حفظه الله تعالى pula telah mengarang sebuah kitab yang khusus bagi mensyarahkan hadith yang kedua sahaja daripada Arba
in An-Nawawiyah. Ini menunjukkan betapa besarnya isi kandungan yang terdapat di dalam hadith tersebut. Kemudian, As-Shaykh Sayyid Muhammad Bik al-Husaini al-Azhari yang digelar sebagai "Shafie Soghir" juga telah mengarang sebuah kitab yang bertajuk, "Nihāyatu al-Ahkām fī Bayāni Mā Linniati Mina al-Ahkām". Setebal 189 muka surat telah dicetak dengan menggunakan tulisan yang halus, bagi membahaskan bab berkenaan dengan niat sahaja.19. Kitab Tadris sangat perlu untuk diketahui. Mengapa kitab "Fathu al-Qarib" dibaca sebagai Kitab Tadris, dan bukannya kitab "Majmu", apatah lagi kitab "Al-Umm" al-Imam As-Shafie رحمه الله تعالى? Ini kerana, kitab tersebut merupakan Kitab Tadris pada zaman al-Imam As-Shafie رحمه الله تعالى, tetapi bukannya pada zaman sekarang. Para Ulama' telah mengarang kitab dengan menyadur daripada usulnya sendiri iaitu al-Imam As-Shafie رحمه الله تعالى. Contoh Kitab Tadris bagi ilmu tafsir pula ialah Tafsir Jalalain, Tafsir Baidhawi, Tafsir An-Nasafi dan sebagainya. Bukannya terus belajar kepada kitab Tafsir Tahrir al-Imam Ibnu
Ashur رحمه الله تعالى atau Tafsir al-Kabir al-Imam Fakhruddin ar-Razi رحمه الله تعالى. Ini kerana, di dalam Kitab Tadris, terdapat kunci yang menerangkan bagaimana mahu membaca tafsir dengan sebenarnya. Setiap ilmu ada 'kitab kuncinya'. Ada disiplin susunannya, termasuklah juga ilmu Tasawuf sebelum masuk kepada Tasawuf Zauqi.
20. Al-Allamah As-Shaykh Prof. Dr. Ali Jumuah حفظه الله تعالى (pada ketika itu beliau masih belum menjadi Mufti Mesir lagi) telah menulis surat untuk meminta izin mengajar di Masjid Al-Azhar As-Sharif. Sekalipun, beliau mempunyai kedudukan yang sangat besar di Mesir—ahli Majlis Fatwa Mesir, seorang pensyarah Universiti Al-Azhar, beliau tetap merendah diri ketika berada di dalam sistem dengan membuat permohonan untuk mengajar. Setelah dibenarkan, beliau telah memulakan pengajian dengan diikuti oleh 16 orang pelajar. Mereka adalah anak didikan pertama oleh Shaykh Ali Jumuah حفظه الله تعالى. Pengajian tersebut bermula daripada 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan telah berlangsung selama enam ke tujuh tahun. Berkata oleh Fadhilatus As-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh حفظه الله تعالى, pada hari ini, kebanyakkan daripada 16 orang pelajar tersebut telah menjadi 'bintang' buat umat. Guru yang mulia sudah berada di Mesir hampir 20 tahun lamanya. Memandangkan Guru yang mulia telah mendapat dididikan pula daripada 'anak-anak' Shaykh Ali Jumuah حفظه الله تعالى, maka Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir حفظه الله تعالى pula adalah generasi 'cucu' (dalam nasab ilmu).
21. Secara kesimpulannya, dalam dua sesi pengajian kitab Fathu al-Muta
ālī, Guru yang mulia telah menjelaskan sekurang-kurangnya empat (4) perkara yang sangat penting. Pertama, latar belakang kitab ini ditulis. Kedua, kelebihan ilmu dan ahlinya. Ketiga, perkara asas yang diperlukan penuntut ilmu. Keempat, manhaj pengajian di Universiti Al-Azhar dan tradisi ilmunya yang terus mengalir. اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم ا
SYARAH KHULASAH FAHAM ILMU
(SIRI AKHIR)
Sebagai adab dalam memuliakan penulis buku, pada siri yang terakhir sekaligus sebagai penutup ini, Guru Mulia Ustaz Khalid Ismail hz telah mempersilakan Guru Mulia Prof Madya Dr Wan Suhaimi Wan Abdullah hz untuk mengupas buku "Khulasah Faham Ilmu" kepada para penuntut ilmu.
1. Guru Mulia Prof. Madya Dr Wan Suhaimi hz memulakan perbicaraannya, dengan menerang secara sepintas lalu berkenaan ringkasan keseluruhan daripada buku. Buku tersebut adalah ringkasan kepada kitab pertama Ihya' Ulumuddin mengenani ilmu. Seolah-olah al-Imam Al-Ghazali rh ingin menyatakan bahawa, asas kepada setiap sesuatu mestilah bermula dengan ilmu. Kitab Al-Ilm agak tebal. Konteksnya relevan sehingga ke hari ini. Kemudian, kupasan buku "Khulasah Faham Ilmu" telah diringkaskan oleh Guru yang mulia, melalui bab kepada bab seperti berikut:
a) Bab pertama: Disebutkan kelebihan ilmu—di mana, ilmu tidak akan wujud tanpa mengajar, dan orang yang mengajar tidak akan berhasil tanpa ada pelajar. Namun, persoalan mengapa perlu ilmu, mengapa perlu belajar, mengapa perlu mengajar belum dijelaskan lagi di dalam bab ini. Kata Guru yang mulia bahawa, orang hanya nampak dalam sistem pengajian sekarang bahawa, karier sebagai pencapaian ilmu yang diperolehi melalui sijil dan kelulusan. Ringkasnya, orang belajar sebab hendak dapatkan kelulusan. Untuk dapatkan kelulusan, mesti kena belajar. Maka, hilanglah tujuan asal menuntut ilmu.
b) Bab Kedua: Setelah mengetahui berkenaaan kelebihan ilmu, maka akan timbul perasaan bagi guru hendak mula mengajar dan murid pula timbul perasaan hendak belajar. Maka, al-Imam Al-Ghazali rh mula menyusun Bab Kedua. Murid dan guru kena mengetahui, apakah ilmu yang sepatutnya dituntut dan diajar. Pada bab ini, diterangkan pula mengenai pembahagian ilmu.
c) Bab Ketiga: Setelah diketahui tentang klasifikasi ilmu, maka perlu pula untuk mengetahui mana satu ilmu yang terpuji dan terkeji supaya dapat dipilih dengan betul. Diterangkan juga bahawa, perkara yang tercela itu sebenarnya bukanlah ilmu, namun orang yang belajar. Oleh sebab itu, seorang murid kena sentiasa meminta nasihat daripada guru.
d) Bab Keempat: Apabila orang sudah mula belajar, maka akan wujud perdebatan dan kritkan di pertengahan jalan. Jika kita tidak mengetahui rujukan yang betul, maka kita tidak akan sampai kepada tujuan belajar. Dia akan berhenti separuh jalan apabila ada orang yang menegurnya.
e) Bab Kelima: Dinyatakan adab bagi orang yang sudah terlepas dengan ujian khilaf, supaya mereka dapat mencapai tujuan belajar. Ramai yang menekan tentang adab murid, namun, guru sendiri tidak menjaga. Sedangkan, seorang guru itu membentuk adab murid. Hakikatnya, guru sendiri tidak mengetahui adab guru. Walaupun disebutkan oleh al-Imam Al-Ghazali rh bahawa, adab murid itu terdapat sepeluh (10) dan adab guru pula terdapat lapan (8), namun kata Guru yang mulia, kesemua lapan belas (18) adab tersebut saling berkait rapat antara satu sama yang lain.
f) Bab Keenam: Diterangkan risiko ilmu—semakin dipelajari, semakin besarlah cabarannya. Jika tidak sedar, maka perjalanannya akan terbantut lagi di situ. Kalau terlepas, maka dia akan mendapat manfaat yang sangat besar. Ulama' Akhirat dan Ulama' Su` merupakan cabaran yang lebih halus. Setelah seseorang itu alim dan mencapai tahap ilmu yang tertentu, apakah dia akan termasuk dalam kalangan Ulama' Akhirat atau sebaliknya.
g) Bab Ketujuh [Perihal Kemuliaan, Hakikat dan Pembahagian Aqal]: Dalam masa yang sama, pada bab yang terakhir diceritakan kemuliaan aqal. Guru dan murid perlu menyedari bahawa, di dalam diri mereka terdapat nilai yang sangat besar—yakni, perkara tersebutlah yang menjadikan dirinya mulia. Pada Bab Pertama sehingga Bab Keenam, hanya diterangkan perihal luaran, manakala pada Bab Ketujuh ini pula diterangkan perihal dalaman. Dijelaskan apakah kelebihan aqal yang kita semua miliki.
2. [Pada Menjelaskan Kemuliaan Aqal]. Sebagai mukaddimah bagi Bab Ketujuh, Guru yang mulia telah melontarkan beberapa buah persoalan. Adakah beraqal itu diukur melalui umur dewasa atau pencapaian sijil s

emata-mata? Adakah belajar, guru dan pelajar itu dapat menjadi mulia, kalau tidak ada aqal? Semua kemuliaan itu berasas kepada aqal. Kalau kita boleh terima bahawa ilmu, belajar, guru dan pelajar itu mulia, maka, kita juga sepatutnya boleh menerima bahawa aqal itu mulia.
3. Al-Imam Al-Ghazali rh telah menyebutkan perkaitan antara ilmu dan aqal. Ringkasnya, kedua-duanya saling berkait seperti buah dan pohon. Di akhirat, nilai kebahagiaan akan bergantung kepada aqal. Orang Alim dihormati kerana aqal. Namun, kita dirosakkan dengan khayalan palsu; orang mengangkat manusia berdasarkan harta, kedudukan dam rupa paras. Sedangkan, penilaian yang sebenar di sisi Allah ﷻ ialah aqal. Ahli debat boleh berlatih untuk bercakap dengan fasih, walaupun kedudukan aqalnya masih rendah. Kedudukan jawatan boleh dikejar. Cantik itu subjektif, ada orang menjadi cantik apabila orang mengangkat dia naik ke atas. Sedangkan, kedudukan aqal tidak boleh dibuat-buat.
4. Oleh sebab itu, jangan mengambil mudah dengan aqal. Tradisi pengajian dalam kalangan umat Islam, mereka telah meneroka ("explore") pelbagai ilmu, termasuklah ilmu daripada orang bukan Islam. Pembangunan ilmu itu sangat tinggi dalam tamadun Islam, sebab mereka mengetahui untuk meletakkan aqal pada tempat yang sepatutnya. Kalau buat sesuatu dengan sebab ikut-ikutan—bukan dengan sebab ilmu, maka ia tidak boleh dinilai sebagai baik. Sesuatu amalan dinilai berdasarkan aqal juga. Nilai-nilai kerohanian dalam ibadat itu bukan terletak pada jasad, tetapi pada dirinya sendiri, iaitu aqal. Berkata Guru yang mulia, ramai orang bergaduh tentang macam mana amalan zahir seperti cara solat Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Namun selalunya, orang tidak berbincang pula macam mana hendak khusyuk dalam solat.
5. [Pada Menjelaskan Hakikat Aqal dan Pembahagiannya]. Aqil baligh mempunyai beberapa indikator fizikal yang disebutkan oleh Ulama' untuk memudahkan kita. Tanda-tandanya disebut seperti keluar darah haid atau air mani dalam lingkungan umur sembilan hingga 15 tahun. Ada orang yang berumur 10 tahun sudah 'datang', ada orang yang berumur 20 belum matang lagi. Sepatutnya, ketika aqil baligh, seseorang itu sudah mampu untuk menanggung dosa-pahala sendiri. Ketika itu, dia sendiri yang akan memilih sama ada mahu menjadi seorang Muslim ataupun sebaliknya. Namun, pada hari ini kata Guru yang mulia, daya berfikir kanak-kanak sangat rendah. Kebanyakkan disebabkan oleh pengaruh pesekitarannya. Berbeza dengan para sahabat رضي الله تعالى عنهم أجمعين, pada umur belasan tahun sudah mampu menjadi panglima perang. Sedangkan kita, umur 20-an masih lagi merempit.
Empat makna aqal ialah:
a) [Aqal Sebagai Pembeza di Antara Manusia dan Binatang—makna aqal yang pertama]. Ini adalah aqal yang umum yang ada pada semua manusia yang waras. Ini hanyalah potensi (daya) yang menyebabkan manusia boleh berfikir dan belajar. Kalau tidak diaktifkan, maka potensi akal itu akan kenal dalam keadaan pasif. Mumayyiz ialah orang yang boleh membezakan di antara perkara yang baik dan buruk. Contohnya apabila kita memberikan dua jenis makanan yang bersih dan kotor kepada seorang kanak-kanak. Jika dia memilih yang kotor, bermaks dia masih belum mumayyiz lagi. Akal pertama ini juga disebut sebagai Aqal al-Hayulani. Dalam ilmu kalam, ia dikenali sebagai Gharizi.
b) [Aqal Adalah Ilmu Daruri—makna aqal yang kedua]. Jika potensi aqal itu digerakkan untuk berfikir, maka ia akan menjadi seperti sepasang mata yang dibuka. Ketika itu, matanya barulah boleh melihat. Contoh ilmu daruri, apabila seorang budak yang sudah mumayyiz itu disembunyikan barang ke belakang badan, mereka pasti tidak akan menangis lagi. Ini kerana, dia sudah mampu untuk menanggapi bahawa tidak mungkin barang itu hilang begitu sahaja. Berbeza dengan budak yang belum mumayyiz. Mereka akan menangis kerana aqal mereka tidak dapat menerima bahawa barang itu hanya disembunyikan. Tambah Guru yang mulia, definisi Aqal Daruri itu adalah; seseorang mengetahui keharusan sesuatu yang harus dan kemustahilan sesuatu yang mustahil.
c) [Aqal Adalah Ilmu yang Berasaskan Pengalaman—makna aqal yang

ketiga]. Pembangunan aqal yang berlaku secara berterusan. Ia berubah berdasarkan kepada pengalaman.
d) [Aqal Adalah Daya Dalaman yang Menanggapi Akibat dan Kesan Sesuatu Perkara—makna aqal yang keempat]. Ia merupakan peringkat yang paling tinggi. Bukan sekadar ilmu, bahkan ia menjadi kekuatan untuk mengawal tindakan seseorang. Kata Guru yang mulia, jika dilihat pada makna aqal yang keempat ini, maka ramailah yang akan dikira sebagai "tidak beraqal"—selagi mana dia tidak mampu untuk menahan syahwatnya. Nilai orang yang beraqal di dalam Islam itu bukan sembarangan. Aqal bukannya semata-mata merujuk kepada makna yang pertama dan kedua sahaja. Justeru itu, banyak ayat di dalam al-Quran yang menyebutkan bahawa "adakah kamu tidak berfikir" ( افلا تعقلون ) berulang-ulang kali. Aqal keempat ini juga disebut sebagai tadbir. Dia akan berfikir panjang, sebelum daripada melakukan sesuatu. Nasihat Guru yang mulia, cuba letakkan makna keempat ini pada diri kita. Barulah kita akan menyedari betapa jauhnya kita dengan hakikat makna orang yang beraqal. Ringkasannya, aqal pertama dan kedua bersifat tabi'i. Manakala, aqal ketiga dan keempat bersifat usaha.
6. [Perihal Kepelbagaian Tahap Manusia dari Segi Aqalnya]. Aqal yang keempat mempunyai perbezaan dan kepelbagaian tahap pada setiap manusia. Ada orang yang diuji dengan cabaran yang kecil pun sudah gagal ("fail"). Ada orang diuji dengan cabaran yang besar baru gagal. Ada orang kuat pada waktu pagi, tetapi tidak kuat pada waktu petang. Nasihat Guru yang mulia, peringkat pelajar universiti, mereka sudah mula cenderung kepada kepimpinan. Apabila keluar, mereka menjadi semakin teruk (kemaruk kepada kuasa). Semakin dewasa, menjadi semakin teruk. Ujian yang dihadapi oleh setiap orang juga berbeza dalam setiap keadaan, isu dan kecenderungan. Perbezaan umur membawa kepada perbezaan kecenderungan. Pesan Guru yang mulia, kalau kita lemah, kita mesti melihat, apakah faktor yang menyebabkan kita menjadi lemah? Orang yang banyak pengalaman, memiliki banyak pengetahuan. Kesannya, keupayaan aqalnya turut akan meningkat. Memahami tentang hakikat aqal, sangat penting dalam sistem pendidikan. Inilah realiti kemampuan manusia daripada segi aqal.
7. [Sufi dan Aqal]. Dua perkara ini sangat penting dan sering dihubungkan bagi sesiapa yang mengikuti perbahasan yang dibawa oleh al-Imam Al-Ghazali rh dan Guru Mulia Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas hz. Persoalan yang sering ditimbulkan ialah, apakah sebenarnya aqal yanh ditolak oleh Sufi? Jawapannya, aqal yang mendorong manusia kepada debat dan pertelingkahan. Di dalam Wacana Prof. Al-Attas, aqal dibahagikan kepada dua (2) iaitu Rasio dan Intelektos. Aqal Rasio merujuk kepada aqal tahap bawah. Ia berlegar kepada persoalan yang diangkat melalui deria ("common sense"). Manakala, Aqal Intelektos pula ialah aqal yang dirujuk oleh Sufi. Aqal ini perlu dicapai oleh pancaindera batin setiap manusia. Bagi mencapai Aqal Intelektos, kita perlulah melalui Aqal Rasio terlebih dahulu. Al-Imam Al-Ghazali rh juga telah berpesan bahawa, kita jangan sesekali terpedaya dengan slogan-slogan yang mahu memisahkan shara' dan aqal. Kedua-duanya mestilah diseimbangkan.
8. Ramai orang telah salah faham dengan perkataan Barat yang menyatakan bahawa, semua orang itu sama dan semua orang boleh belajar semua benda yang sama. Sedangkan, dalam ilmu itu sendiri terdapat peringkat-peringkatnya yang tertentu. Ini merupakan sebuah penegasan yang sangat penting daripada Guru yang mulia. Kita perlu mengiktiraf bahawa, setiap manusia memiliki keupayaan yang berbeza dari segi ilmu. Jika kita menyedari akan hakikat ini, maka kita akan lebih berhemah apabila bercakap dengan seorang ilmuwan. Ada orang yang mendakwa mereka boleh memahami al-Quran seperti kefahaman para Nabi dan sahabat. Ini adalah contoh penyamarataan ("Leveling"). Sedangkan, keadaan tersebut sangatlah mustahil. Tiga kurun yang pertama Islam merupakan kurun yang terbaik, tiba-tiba pada kurun ke-21 ada pula orang yang boleh mendakwa mereka itu lebih baik atau sama baik.
9. Bab ketujuh telah menekankan bahawa, di dalam s

etiap diri manusia itu terdapat kualiti aqal yang berbeza-beza. Namun, hari ini orang telah menganggap semuanya sama. Sikap ini semakin ketara sehingga mereka sanggup untuk mengkritik tanpa adab dan mentohmah sumbangan ilmuwan terdahulu. Seolah-olah dia menolak tulisan kawannya pula. Sebagai contoh yang disebutkan oleh Guru yang mulia, kitab Ihya' Ulumuddin al-Imam Al-Ghazali rh sudah dimanfaatkan oleh umat Islam selama ribuan tahun. Tiba-tiba, ada orang yang membuang kitab Ihya', kerana 'berjaya' menthabitkan kedhaifan sesebuah hadith. Kitab Ihya' tidak akan hilang kalau pun dibuang. Ia tetap akan dibaca oleh orang lain dan sangat rugilah bagi sesiapa yang membuangnya. Nasihat Guru yang mulia, kita mesti insaf dengan penutup kepada Kitab Ilmu yang dikarang oleh al-Imam Al-Ghazali rh. Ini kerana, dalam bab kitab Ihya' yang berikutnya, akan disebutkan pula berkenaan peranan aqal di dalam aqidah yang bertajuk Qawaidul Aqaid.
10. Sebagai kesimpulannya, Guru yang mulia telah menyebutkan lima (5) perkara yang penting di dalam penutup bagi wacana bagi kitab Khulasah Faham Ilmu ini. Pertama, sinopsis ringkas perjalanan bagi setiap bab. Kedua, menjelaskan kemulian aqal. Ketiga, menjelaskan hakikat aqal dan pembahagiannya. Keempat, kepelbagaian tahap manusia dari segi aqalnya. Kelima, hubungan di antara Sufi dan aqal.
Nota Hujung: Jazakumullahu khairan Guru Mulia Prof. Madya Dr Wan Suhaimi hz dan Guru Mulia Ustaz Khalid Ismail hz atas segala curahan ilmu dan adab yang telah diberikan. Ucapan penghargaan ditujukan khusus juga kepada Akhi Mubarak Muhaimin Safaruddin hz dan Akhi Mubarak Faris Yusri hz, kerana sudi memperbaiki beberapa kesilapan yang terdapat di dalam tulisan yang terdahulu.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lima Tujuh,
20 Ramadhan 1441/
13 Mei 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
10. Sebagai kesimpulannya, Guru yang mulia telah menyebutkan lima (5) perkara yang penting di dalam penutup bagi wacana bagi kitab Khulasah Faham Ilmu ini. Pertama, sinopsis ringkas perjalanan bagi setiap bab. Kedua, menjelaskan kemulian aqal. Ketiga, menjelaskan hakikat aqal dan pembahagiannya. Keempat, kepelbagaian tahap manusia dari segi aqalnya. Kelima, hubungan di antara Sufi dan aqal.
Nota Hujung: Jazakumullahu khairan Guru Mulia Prof. Madya Dr Wan Suhaimi hz dan Guru Mulia Ustaz Khalid Ismail hz atas segala curahan ilmu dan adab yang telah diberikan. Ucapan penghargaan ditujukan khusus juga kepada Akhi Mubarak Muhaimin Safaruddin hz dan Akhi Mubarak Faris Yusri hz, kerana sudi memperbaiki beberapa kesilapan yang terdapat di dalam tulisan yang terdahulu.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lima Tujuh,
20 Ramadhan 1441/
13 Mei 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
SYARAH ADAB MENUNTUT ILMU
(SIRI 2)
Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى menasihatkan bahawa, fasal berikut ini akan memuatkan bait-bait yang paling utama untuk diberikan perhatian. Apa sahaja yang yang berkait dengan ilmu, mesti menghadirkan niat yang ikhlas. Ia merupakan salah satu rahsia daripada rahsia-rahsia Allah ﷻ yang sangat sukar untuk dicapai.
[[Fasal: Pada Menyatakan Tentang Ikhlas Kerana Allāh Ta'ālā Ketika Menuntut Ilmu.]]
1. [Bait 20: "Ikhlaskan niatmu wahai saudara, di dalam menuntut ilmu-Nya yang mulia"]. Nasihat Guru yang mulia, Suatu hari, Sayyiduna Rasulullah ﷺ pernah ditanya oleh para sahabat tentang makna ikhlas, kemudian Baginda menjawab bahawa soalan tersebut akan ditanyakan kepada Sayyiduna Jibril عليه السلام. Kemudian, apabila Rasulullah ﷺ bertanya, Sayyiduna Jibril عليه السلام pula menjawab dengan jawapan yang serupa, dan soalan tersebut ditanyakan pula kepada Allah ﷻ. Setelah itu, Allah ﷻ memberitahu bahawa ikhlas itu termasuk di dalam sekalian rahsia-Nya.
2. Orang yang ikhlas, mereka akan melupakan terus apa yang telah dilakukan. Mereka buat benar-benar kerana Allah ﷻ. Pesan Guru yang mulia, kalau tidak boleh ikhlas pada permulaan menuntut ilmu, maka jangan berhenti daripada belajar, mesti teruskan belajar sehingga ikhlas. Berkata oleh al-Imam Badruddin Ibn al-Jama`ah رحمه الله تعالى bahawa, jangan dihalang mereka yang tidak ikhlas untuk datang belajar, teruskan untuk mengajar mereka. Perkara ini perlu diberikan perhatian dengan sebaik mungkin, kerana ia akan memberi kesan yang sangat besar kepada keperibadiannya pada masa akan datang.
3. [Bait 21 sehingga Bait 23: "Betapa ramainya orang yang binasa, hanya kerana niatnya yang tak sempurna (21). Ilmu ini lautan yang tak bertepi, jika mahu tempuhinya hati-hati (22). Jika tak cermati akan kemudiannya, bimbang tersesat dan karam di tengahnya (23)"]. Berkata oleh Guru yang mulia bahawa, orang yang hendak mencari ikan di tengah laut, perlu bersedia secukupnya kerana ombaknya besar. Ikan di tengah laut besar-besar. Ikan yang berada di tepi laut, sesuai dengan keadaannya yang kecil. Untuk ke tengah laut, perlu dapatkan bimbingan (guru), kemahiran dan kelengkapan. Mesti kena ada kapten yang mengemudikan kapal. Jika tidak dikemudikan oleh guru yang baik, tiada pengalaman dan alatan yang baik, maka dia pasti akan tenggelam. Suatu hari, Shaykh Murabbi kepada Fadhilatu As-Shaykh Hamza Yusuf حفظه الله تعالى telah berpesan bahawa,
"Dunia ini lautan. Ramai yang aku lihat telah karam, maka kamu jangan tenggelam."
4. Pesanan tersebut cukup ringkas, namun sangat mendalam akan maknanya. Para Ulama' sangat mengambil berat bab ikhlas, sehingga mereka telah memulakan karangan-karangan mereka dengan bab tersebut terlebih dahulu. Antaranya ialah al-Imam al-Bukhari رحمه الله تعالى telah menyusun hadith tentang niat pada permulaan kitab hadith Sahih beliau. Lalu, Allah ﷻ telah catatkan qabul pada kitab beliau. Begitu juga, al-Imam an-Nawawi رحمه الله تعالى telah memulakan dengan hadith berkenaan niat dahulu. Berkata oleh para Ulama' bahawa, sunat meletakkan hadith tersebut dalam kitab sebagai hadith yang pertama untuk mengingati pengarang. Kemudian, sebagai peringatan agar perkara tersebut sangat perlu diberi perhatian. Seterusnya, agar dicatatkan qabul oleh Allah ﷻ.
5. [Bait 24 sehingga Bait 26: "Hai saudara hadirkanlah niatmu, tuntut ilmu cari redha Tuhanmu (24). Niatkanlah agar kejahilanmu, hilang berkat ikhlas niat sucimu (25). Juga kejahilan umat dihilangkan, bukan niat tunjuk pandai pada teman (26)"]. Niat yang pertama mestilah untuk mencari keredhaan Allah ﷻ. Jika diniatkan begitu, nescaya kita akan berusaha untuk membuat segala apa yang diredhai oleh Allah ﷻ dan perkara yang telah ditunjukkan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Pada Bait 25, diterangkan niat yang kedua dalam menuntut ilmu; iaitu supaya kejahilan dapat dihilangkan. Kemudian pada Bait 26, diterangkan pula niat yang ketiga; supaya diangkat kejahilan daripada umat. Setelah belajar, dia akan balik untuk mengajar pula kepada umat. (Tanbih) Nasihat Guru yang mulia,
"Jangan bel

ajarnya tak, tapi 'kalut' nak memberitahu (mengajar)."
6. Tafaqquh bukanlah suatu perkara yang kecil. Ia perlukan kepada guru, tempoh waktu yang lama. Kemudian, barulah boleh balik hendak memberi inzar kepada umat. Ini merupakan masalah yang banyak berlaku kepada para penda'wah. Perkara yang khilaf, diperdebatkan. Suka membid'ah dan menyesatkan orang. Ini dalil kepada jahil yang sangat berat. Jangan sibuk hendak memberi inzar kepada orang, tetapi diri sendiri tidak diberi inzar. Jika tidak, dia sebenarnya sedang berlaku zalim, bahkan menjadi lebih bahaya kerana perbuat tersebut bercanggah dengan ayat Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ di dalam Surah at-Taubah pada ayat yang ke-122,
كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ كَآفَّةٗۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٖ مِّنۡهُمۡ طَآئِفَةٞ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِي ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡهِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ
Maksudnya: "Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)."
7. [Bait 27 sehingga Bait 29: "Pesan Imam Az-Zarnūjī yang mulia, niat tuntut ilmu hidupkan agama (27). Juga buat kekal agama yang mulia, bukan hanya dengan semangat semata (28). Agama tak akan dapat dipertahan, dengan jahil bahkan ia meruntuhkan (29)"]. Penuntut ilmu mesti menghadirkan niat yang banyak. Senaraikan semua niat tersebut. Semoga salah satu daripadanya akan dinilai oleh Allah ﷻ. Bait 27 menjelaskan penyaksian daripada Ahli Ilmu sendiri bahawa, hanya ilmu sahaja yang akan menghidupkan agama. Orang yang tiada ilmu, akan menghancurkan agama. Contohnya ISIS, hasil daripada kejahilan, mereka telah bermula dengan lidah. Kemudian dengan tangan mereka menghancurkan umat Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Ini kerana, dalam kalangan mereka hanya terdapat para juhala' dan sufaha'.
8. Seterusnya, Bait 28 menerangkan perkataan al-Imam Az-Zarnuji رحمه الله تعالى bahawa, sesungguhnya Islam dapat berkekalan dengan ilmu ("innamā baqā'u al-Islām bi al-`Ilmi"). Kita tidak sepatutnya mengikuti sesuatu dengan semangat ("hamasah") semata-mata. Sepatutnya, ilmu yang dijadikan sebagai mi'yar dan imam. Bukannya, semangat yang diletakkan di hadapan ilmu. Kalau begitu, nescaya pergerakkannya akan menjadi pincang. Pada Bait 29, kita menjadi jelas bahawa, tiada seorang Nabi pun yang diutuskan dengan keadaan yang jahil. Bahkan, mereka ialah orang yang paling berilmu pada zaman masing-masing. Ilmu sangat sinonim dengan para Anbiya'. Kemudian, para Ulama' pula adalah pewaris para Anbiya'. Ulama' yang dimaksudkan ialah mereka yang yang mendidik umat Sayyiduna Rasulullah ﷺ, berpegang kepada mazhab yang mu'tabar dan beramal dengan ilmunya. Sayyiduna Rasulullah ﷺ telah mewariskan kepada umat dengan para Ulama' seperti yang telah disabdakan oleh Baginda,
وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak."
9. [Bait 30 sehingga Bait 31: "Jaga-jaga wahai saudaraku semua, tuntut ilmu jangan tujuannya dunia (30). Jika tujuannya untuk kemasyhuran, akan rosak dengan tipu daya syaitan (31)"]. Jangan belajar sebab ingin orang lain memuliakan kita. Apabila melihat para murid mencium tangan Tok Guru, maka jangan ada perasan ingin dimuliakan seperti itu juga. Nasihat Guru yang mulia bahawa, kita mesti ikhlas dengan bersungguh-sungguh dalam belajar, mesti kena betulkan niat selalu, mesti selalu koreksi niat. Orang yang mengejar kemasyhuran, apabila dia meliha

t kawannya lebih masyhur, maka dia akan menjadi marah. "Mengapa aku tidak diterima?". Walaupun dia tidak bercakap, tetapi dia akan menunjukkan dengan perbuatan.
10. Orang yang pernah dibimbing oleh para Masyaikh, insya-Allah apabila duduk dalam medan masyarakat, mereka akan menjadi baik. Kalau orang yang tidak pernah dibimbing, maka dia bukannya menghidupkan masyarakat, bahkan akan menghancurkan umat! Oleh itu, penting untuk melihat siapakah gurunya—dengan siapa dia belajar. Seorang doktor gigi akan menulis kelayakan bidang pengajiannya di klinik. Bukanlah menunjukkan dia tidak ikhlas, namun itu adalah sebuah keperluan agar orang menjadi yakin bahawa doktor itu sememangnya berkelayakan. Kalau dalam bab dunia pun perkara ini sangat penting, apatah lagi dalam bab akhirat.
11. Sebab itu pelik; jika ditanya kepada seseorang itu siapakah gurunya, dia tidak mahu memberitahu siapa. Sepatutnya dimaklumkan nama guru pada zaman inj lebih-lebih lagi. Zaman di mana terlalu ramai penda'wah, sehingga tenggelam yang hakikat. Umat tidak boleh disibukkan dengan perkara yang tidak sepatutnya. Bahkan, lagi pelik lagi; kalau dia memberitahu bahawa, dia tidak mempunyai guru. Lalu, dia sebenarnya belajar dengan siapa? Belajarlah di al-Azhar sekalipun, dia cuma boleh berbangga dengan sekadar digelar sebagai "lepasan al-Azhar", namun pada realitinya dia tidak memiliki sebarang kemuliaan ilmu tanpa berguru. Kata Fadhilatus As-Shaykh Ismail حفظه الله تعالى bahawa, setelah beliau selesai pengajian di peringkat ijazah, pada ketika itu barulah bermula pengajian beliau yang sebenarnya. Ia adalah kunci ("miftah") kepada ilmu yang sangat luas.
12. [Bait 32 sehingga Bait 34: "Kerosakan besar di dalam agama, disebabkan dua kelompok manusia (32). Orang alim tidak beramal ilmunya, melakukan bercanggah dengan agama (33). Lebih berat dari kelompok pertama, si jahil jadi panduan yang utama (34)"]. Rosak agama kerana dua golongan, pertama seperti yang telah disebutkan di dalam Bait 33. Maksud 'tidak beramal dengan ilmu' yang sebenarnya ialah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan agama—(tanbih) inilah kefahaman yang sepatutnya diluruskan oleh kita semua.
13. Telah berkata oleh al-Imam Abdul Wahhab as-Sha'rani رحمه الله تعالى bahawa, orang yang berilmu, mereka tetap akan mengamalkan ilmunya walaupun sedikit. Ini kerana, orang yang mengetahui juga sudah dikira sebagai beramal. Contohnya, ketika berpeluang melakukan zina, dia tidak melakukannya kerana dia mengetahui keburukan perkara tersebut dan dia memang berniat hendak meninggalkannya. Maka, baginya pahala. Golongan kedua yang disebutkan di dalam Bait 34, adalah lebih berat lagi. Orang jahil pula telah dianggap sebagai Ulama'. Sebab itu telah dikatakan sebelum ini pada Bait 10 bahawa, orang jahil pun seronok dianggap sebagai berilmu. Golongan ini lebih dasyat lagi daripada golongan pertama.
14. [Bait 35 sehingga Bait 36: "Kata Imam As-Sha'rānī yang berjasa, ikhlas perlu bimbingan dari ahlinya (35). Jika mahu perbahasan tentangnya, buka Mashāriqa al-Anwār kitabnya (36)"]. Berkata oleh Guru yang mulia, kitab tersebut sangat bermanfaat kerana setiap kali al-Imam As-Sha'rani رحمه الله تعالى menulis sesuatu perkara, pasti akan disusuli dengan pesanan bahawa, "perkara ini memerlukan kepada bimbingan guru". Dalam semua perkara, dalam bab ikhlas, hatta dalam cara makan sekalipun, di hujungnya akan disebut,
"Perkara ini memerlukan kepada bimbingan guru."
15. Pesan Guru yang mulia, sangat bagus sekali buat para penuntut ilmu, jika mereka dapat membaca Kitab Niat. Selain itu, al-Imam Abdullah Al-Haddad رحمه الله تعالى telah menyusun sebuah doa sebelum memulakan pengajian. Terdapat hampir 20 niat yang dapat dihadirkan sebelum belajar telah disenaraikan! Semuanya itu akan mendapat pahala. Elok sekali jika dapat menghafal doa itu terlebih dahulu.
[[Fasal: Pada Menyatakan Tentang Pemilihan Ilmu, Guru dan Teman.]]
16. [Bait 37: "Mulakanlah ilmumu dengan Al-Quran, bukan sekadar baca tapi hafalan"] . (Tanbih) Ini merupakan sebuah bait yang telah disyarahkan dengan sangat panjang oleh Guru yang mulia kerana belia

u telah mendengar perkataan-perkataan sinis yang bercakap kepada Ahli Al-Quran. Pesan beliau, penuntut ilmu mesti berusaha untuk menghafal Al-Quran dan mempunyai niat untuk menjadi seorang hafiz al-Quran. (Tanbih) Ini kerana, ada sebahagian orang yang menganggap bahawa Al-Quran itu tidak penting, sedangkan ia adalah jalan para Salafussoleh. Sistem di negara Arab, kanak-kanak sebelum berumur tujuh tahun dan seawal berumur lima tahun sudah mula menghafal Al-Quran. Sebelum masuk ke sekolah menengah, mereka sudah menghafal sebuah Al-Quran.
17. Pada peringkat usia kanak-kanak tersebut, mereka telah dibimbing oleh ibu bapanya sendiri. Kanak-kanak tidak dirosakkan dengan diberi bermain telefon. Mereka tidak dimasukkan ke asrama lagi, sebaliknya dihantar ke tadika ("hadhonah"). Tadika pula sangat penting untuk memiliki tenaga guru daripada kalangan perempuan, kerana mereka bersifat keibuan. Perkara ini juga telah disebutkan oleh al-Imam Ramli رحمه الله تعالى bahawa, perlu ada Muaddibah untuk mendidik Al-Quran kepada kanak-kanak. Tambah, Guru yang mulia, apabila mereka sudah dewasa barulah pelajar lelaki diajarkan pula oleh guru lelaki.
18. Nasihat Guru yang mulia, Al-Quran itu lebih 'sakan' daripada seekor kijang hidup yang ditangkap di dalam hutan. Kalau tidak diikat dan tidak disimpan elok pada tempat yang sepatutnya, nescaya ia akan hilang. Sama seperti emas, jika tidak dikunci pada tempatnya yang elok, maka ia pasti akan hilang. Alanglah ajaibnya, apabila dibuat perbandingan orang menghafal Matan Alfiyah itu lebig hebat berbanding dengan orang yang menghafal Al-Quran. Ajaib apabila kita mengangkat orang yang menghafal Kalam Bashar, melebihi daripada orang yang menghafal Kalam Allah ﷻ. Justeru itu, jangan sesekali memandang sinis kepada penghafal Al-Quran!
19. Orang yang menghafal Kalam Allah ﷻ, jika tidak faham pun masih mendapat pahala. Sekiranya difahami tentu dapat lebih lagi. Sedangkan ibu bapa kepada seorang penghafal Al-Quran pun sudah mendapat anugerah yang sangat hebat di akhirat nanti. Lalu, bagaimana pula keadaan orang yang menghafal tersebut? Sudah tentulah lebih hebat lagi. Sahabat kepada Guru yang mulia, iaitu Shaykh Sobri حفظه الله تعالى mengulang-ulang hafalan Al-Quran beliau sebanyak lima (5) juzuk sehari! Itu baru bacaan ketika di luar solat, belum dicampur lagi dengan bacaan dalam solat. Cukup enam hari, khatam sebuah Al-Quran. Beliau mengulang-ulang sambil membancuh kopi, sambil bersiap-siap ke tempat kerja dan sebagainya. Umur beliau bahkan 10 tahun lebih muda daripada Guru yang mulia. Jiwa beliau sangat bersih, baca tiga kali sahaja sudah dapat menghafal. Nasihat Guru yang mulia,
"Kalau tak dapat hafal 30 juzuk sekalipun, sekurang-kurangnya hafal juzuk 30 pun jadilah. Itu sudah memada."
20. Fadhilatus As-Shaykh Dr. Yusri Jabr al-Hasani حفظه الله تعالى mendapat hidayah untuk menghafal Al-Quran sewaktu pengajian beliau di kota Paris. Ketika itu, beliau mengikuti program pertukaran pelajar jurusan perubatan di universiti pada tahun yang ketiga. Setiap hari, beliau akan mengulang-ulang bacaan Shaykh Mahmud Khalil al-Husary رحمه الله تعالى dan Shaykh Basit رحمه الله تعالى, di samping merakam bacaan sendiri dan mendengarnya berulang-ulang kali. Sehinggalah Allah ﷻ memberi pembukaan ("futuh") kepada beliau dengan Al-Quran. Pada bulan Ramadhan, beliau akan khatamkan Al-Quran sebanyak tiga (3) kali di dalam solat sahaja! Beliau mendirikan solat tarawih bermula dari waktu Isyak, sehinggalah kepada hampir-hampir waktu Subuh baru selesai solat tarawih! Maka, jangan terkejut apabila kita membaca kisah Sayyiduna Tamim Ad-Dari رضي الله تعالى عنه yang mengkhatamkan Al-Quran dalam sekali solat. Ataupun kisah Sayyiduna Uthman Al-Affan رضي الله تعالى عنه yang mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran dalam satu rakaat! Oleh sebab itu, terdapat para Masyaikh yang mencium tangan kanak-kanak yang menghafal Al-Quran.
21. [Bait 38: "Sunnah para Salaf jangan diabaikan, setelahnya barulah menghafal matan"]. Penuntut ilmu mesti dahulukan menghafal Al-Quran sebelum matan ilmu yang lain. Suatu hari, ketika dalam perjalan pulang ke Sabi

' di dalam kereta, Guru yang mulia pernah bertanya kepada Fadhilatu As-Shaykh Prof. Dr. Sa'ad Jawish حفظه الله تعالى, apakah kitab hadith yang perlu dihafal setelah menghafal Matan Arba'in al-Imam An-Nawawi رحمه الله تعالى? Lalu dijawab oleh beliau bahawa, hendaklah menghafal Al-Quran terlebih dahulu. Guru yang mulia juga ada menceritakan karamah Shaykh Sa'ad حفظه الله تعالى, dalam sebuah kisah di mana beliau bersama dengan Guru Mulia Shaykh Hairul Nizam Al-Azhari حفظه الله تعالى dan seorang sahabat lagi ketika datang meziarahi rumah guru mereka dan dihidangkan dengan botol yang berisi air paip. Di mana perkara tersebut, sudah menjadi kebiasaan bagi orang di Mesir. Shaykh Sa'ad mendengar perbualan antara mereka, walaupun secara adatnya; manusia biasa tidak dapat mendengar dalam kedudukan yang sangat jauh. Rentetan daripada peristiwa itu, Guru yang mulia mendapat suatu faedah yang sangat besar iaitu; makanlah apabila Tok Guru menghidangkan makanan kepada kita, serta niatkanlah sebagai Shifa' (ubat).
22. Ada seorang ibu datang bertemu dengan Guru yang mulia dan memberitahu bahawa anaknya sangat minat untuk mendalami ilmu agama, lalu dia ingin menghantar anaknya ke tempat sekian-sekian (yang mana sudah tersedia maklum oleh semua orang sebagai pusat pengajian yang melahirkan ramai yang berfahaman Wahabi). Perkara tersebut sangatlah tidak dipersetujui oleh Guru yang mulia. Lebih-lebih lagi ketika ibu tersebut ditanya, mengapa tidak dihantar anaknya ke Mesir? Lalu dijawab olehnya sebab negara tersebut sudah terdapat terlalu ramai pelajar. Jadi dia mahu menghantar ke tempat yang sedikit pelajar, supaya dilihat sebagai hebat. Perkara tersebut sangat tidak bertepatan sekali dengan kehendak menuntut ilmu. Kata Guru yang mulia, kalau dahulu ramai Ulama' telah dihantar ke Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah, kerana itulah pusat pengajian ilmu suatu ketika dahulu. Namun, pada hari ini, pusat pengajian ilmu ialah di negara Mesir (namun, jika sibuk dengan perkara lain juga tiada guna). Akhirnya, Guru yang mulia juga ada berpesan bahawa, jika seseorang itu memiliki anak yang masih kecil, maka niatlah untuk mereka menghafal Al-Quran. Selepas selesai menghafal, doronglah mereka pada guru yang alim.
23. Sebagai kesimpulannya, Guru yang mulia telah menyebutkan sekurang-kurangnya dua (2) perkara yang sangat penting pada Rauhah Asar kali ini. Pertama, menghadirkan niat ikhlas dalam menuntut ilmu, bukannya kerana tujuan dunia. Kedua, mendahulukan untuk mempelajari Al-Quran berserta menghafalnya, melebihi daripada seluruh ilmu yang lain. Wallahua'lam.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lima Lapan,
21 Ramadhan 1441/
14 Mei 2020

اللهم صل على سيدنا محمد ❤️
Guru Mulia Tan Sri Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas حفظه الله تعالى (ISTAC), Guru Mulia Professor Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud حفظه الله تعالى (RZS-CASIS), Guru Mulia Dr. Adian Husaini حفظه الله تعالى (INSISTS), Guru Mulia Ustaz Dr. Hilmi Ramli حفظه الله تعالى (RZS-CASIS).

SYARAH QASIDAH LAILATUL QADAR
Qasidah ini telah disusun oleh Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari حفظه الله تعالى pada tanggal 21 Ramadhan 1440 yang lalu. Kemudian, ia disyarahkan sendiri oleh Guru yang mulia bertepatan pada tanggal 21 Ramadhan 1441, sebelum memulakan pengajian yang keempat bagi kitab "Fathul Muta'aliy" (Adab Penuntut Ilmu).
Guru yang mulia telah menyiapkan karangan ini ketika berada Mansurah, Mesir pada tahun lepas. 17 bait yang terkandung di dalam Qasidah Lailatul Qadar itu boleh dibaca dengan Bahar Basit, seperti kaedah membaca Burdah karangan al-Imam Al-Busiri رحمه الله تعالى. "Malam Mulia" pada Bait 1 itu, merujuk kepada Lailatul Qadar.
"Dua Imam terkemuka" pula merujuk kepada al-Imam Abu Hamid Al-Ghazali رحمه الله تعالى dan al-Imam Abu Hasan As-Syazuli رحمه الله تعالى. Boleh dibaca sama ada dengan As-Syazuli mahupun As-Syazili. Perkara yang akan disebutkan di dalam bait-bait yang selanjutnya merupakan pengalaman ("tajribah") yang dilalui oleh para Ulama'. Ia bukanlah dalil al-Quran atau al-Hadith.
Kesemua perkara tersebut telah dilihat oleh para Ulama' secara berkali-kali. Lalu, ia disebutkan sebagai tanda Lailatul Qadar dan bukannya kaedah. Ada sebahagian Ulama' yang menyebutkan bahawa, Lailatul Qadar itu boleh berlaku pada mana-mana malam di sepanjang tahun.
Lailatul Qadar berdasarkan kepada hari pertama Ramadhan yang disebutkan pada Bait 4 sehingga Bait 14, dapat diringkaskan kepada tiga pandangan. Mereka ialah al-Imam As-Shafie رحمه الله تعالى, al-Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى dan al-Imam As-Syazuli رحمه الله تعالى.
a) al-Imam As-Shafie rh.
• Jika mana-mana hari pun, maka Malam al-Qadar jatuh pada 21 Ramadhan secara mutlak. Disebutkan juga pada Bait 7, al-Imam As-Shafie رحمه الله تعالى berpesan agar siang dan malam al-Qadar sepatutnya diberi perhatian untuk melakukan ibadah. Pesan Guru yang mulia, jangan disebabkan menyesal sudah terlepas Malam al-Qadar, lalu siangnya dia sambung tidur lagi.
b) al-Imam Al-Ghazali rh.
• Jika Ahad, maka ia jatuh pada 29 Ramadhan
• Jika Isnin, maka ia jatuh pada 21 Ramadhan
• Jika Selasa, maka ia jatuh pada 27 Ramadhan
• Jika Rabu, maka ia jatuh pada 29 Ramadhan
• Jika Khamis, maka ia jatuh pada 25 Ramadhan
• Jika Jumaat, maka ia jatuh pada 27 Ramadhan
• Jika Sabtu, maka ia jatuh pada 23 Ramadhan
c) al-Imam As-Syazuli rh.

• Jika Rabu, maka ia jatuh pada 19 Ramadhan

• Jika Jumaat, maka ia jatuh pada 17 Ramadhan

Al-Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى dan al-Imam As-Syazuli رحمه الله تعالى berbeza pandangan pada hari Rabu dan Jumaat. Namun, mereka sepakat pada hari Ahad, Isnin, Selasa, Khamis dan Sabtu. Menurut al-Imam as-Syazuli رحمه الله تعالى, terdapat dua keadaan yang boleh berlaku Lailatul Qadar sebelum daripada 10 malam yang terakhir.
Sebahagian Ulama' juga ada menyebutkan bahawa, Malam al-Qadar jatuh pada 27 Ramadhan kerana berpandukan kepada Surah al-Qadar. Namun, ia hanyalah panduan dan bukannya qat`iy. Kalimah " هي " berada pada bilangan perkataan yang ke-27. Berdasarkan kepada ayat yang terakhir ini,
سَلَٰمٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ
Maksudnya: "Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Kata Guru yang mulia, para Ulama' Sufi telah diberi petunjuk oleh Allah ﷻ. Semoga dengan mengikutinya, maka kita mendapat Lailatul Qadar. Terdapat dua pesanan penting daripada Guru yang mulia pada Bait 16 dan Bait 17 iaitu:
a) Hidupkan setiap malam Ramadhan, kerana orang yang menghidupkan malam-malamnya, maka Allah ﷻ akan memudahkan bagi dia untuk mendapatkan Malam al-Qadar. Tambah Guru yang mulia, sekurang-kurangnya janganlah ditinggalkan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah.
b) Berdoalah agar Allah ﷻ perkenankan permintaan kita untuk bertemu dengan Malam al-Qadar. Tambah Guru yang mulia, beramallah dengan doa yang telah diajarkan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ kepada Sayyidatuna Aisyah