KITAB TAUHID TOK KU PALOH
Mustahil jika dikatakan bahawa, sangat kurang guru Tauhid di negeri Terengganu. Bahkan, sejak zaman-berzaman lagi mereka sudah ada. Mereka sangat gigih mengajarkan ilmu Aqidah tanpa jemu kepada masyarakat.
Jika dikatakan bahawa negara Malaysia ini sangat kurang guru Tauhid, maka keadaan tersebut lebih mustahil lagi. Namun begitu, tulisan ringkas ini hanya menumpukan kepada sumbangan Habaib dari negeri Terengganu sahaja.
Rakyat Terengganu sangat beruntung kerana telah dinaungi oleh para guru Tauhid yang bersangatan alim dan bernasab mulia daripada Sayyiduna Rasulullah ﷺ seperti Tok Ku Tuan Besar رحمه الله تعالى dan Tok Ku Paloh رحمه الله تعالى.
Antara penulisan berkenaan Aqidah yang pernah dihasilkan oleh mereka ialah:
1. Syahadat Tok Ku Paloh (syahadat ini kemudiannya telah disyarahkan oleh Guru Mulia Ustaz Muhammad Afif حفظه الله تعالى di dalam kitab "Sirātu An-Najā". Kitab tersebut telah diberi kata pengantarnya oleh Guru Mulia Ustaz Yussaine Yahya حفظه الله تعالى).
Syahadat ini sebenarnya telah disusun oleh ayah kepada Tok Ku Paloh sendiri iaitu, Tok Ku Tuan Besar (Syed Muhammad al-Idrus) رحمه الله تعالى. Kemudiannya, barulah dikembangkan oleh Tok Ku Paloh (Syed Abdul Rahman al-Idrus) رحمه الله تعالى.
Di dalam Syahadat Tok Ku Paloh, ia telah merungkaikan segala aspek berkenaan Ketuhanan ("Ilahiyah") dan Kenabian ("Nubuwwah") melalui lafaz syahadah:
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله
2. Kitab "Ma'āriju al-Lahfāni ilā Haqāiqi al-'Irfān" (Tangga Bagi Orang Yang Sangat Dahaga Naik kepada Martabat Segala Haqiqat Ma'rifat) yang ditulis oleh Tok Ku Paloh رحمه الله تعالى.
Antara yang didedahkan oleh Tok Ku Paloh رحمه الله تعالى ialah kesesatan Aqidah kelompok Mujassimah, yang menjisimkan Allah ﷻ. Tok Ku Paloh berpesan kepada setiap orang beriman agar meninggalkan pegangan tersebut dengan bersungguh-sungguh.
Kitab ini pernah diajarkan oleh cucunya sendiri (yang kini masih lagi hidup), iaitu Al-Habib Ustaz Dato' Haji Syed Omar al-Idrus حفظه الله تعالى. Sekarang, usia beliau 78 tahun dan merupakan nasab ke-38 daripada Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
Semoga Allah ﷻ merahmati segala usaha yang telah dicurahkan oleh para Alim Ulama' Tanah Melayu dalam mengajarkan ilmu Tauhid kepada masyarakat.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Empat Sembilan,
12 Ramadhan 1441/
5 Mei 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti

AMALAN MEMBURU KEBERKATAN RAMADAN
Berkat ialah kebaikan yang bertambah. Guru Mulia Ustaz Muhd Shahir حفظه الله تعالى telah memberi contoh keberkatan yang berbeza-beza berdasarkan sabda Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Umpamanya di dalam perkahwinan, waktu, kehidupan dan rezeki.
Keberkatan di dalam:
1. Perkahwinan itu terletak pada mahar yang rendah
2. Waktu itu terletak pada waktu pagi
3. Hidup itu terletak pada berzikir kepada Allah ﷻ
4. Rezeki itu terletak pada solat Dhuha (paling kurang dua rakaat)
Hari yang paling berkat ialah Jumaat. Bulan yang paling berkat ialah Ramadhan. Waktu yang paling berkat ialah pada waktu pagi. Rasulullah ﷺ telah mendoakan keberkatan waktu tersebut secara khusus.
Waktu pagi memang seronok tidur. Namun, orang yang tidur selepas Subuh adalah orang yang rugi, kerana mereka tidak mendapat doa daripada Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
Fadhilatus Shaykh Dr. Yusri Jabr al-Hasani حفظه الله تعالى tidak pernah tidur selepas Subuh. Pada 10 malam terakhir dalam Ramadhan, beliau sama sekali tidak akan tidur.
SEKURANG-KURANG ZIKIR HARIAN
Pesanan daripada al-Allamah Habib Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى, seperti pesanan yang disampaikan oleh Habib Amjad حفظه الله تعالى kepada Guru Mulia Ustaz Shahir حفظه الله تعالى bahawa,
Sekurang-kurangnya, kita dapat beramal dengan tiga zikir ini pada setiap hari:
1. Sebelum Subuh, bacalah zikir ini sebanyak 100 kali
سبحان الله العظيم، سبحان الله وبحمده، أستغفر الله
2. Selepas Zohor, bacalah zikir ini sebanyak 100 kali
لا اله الا الله، الملك الحق المبين
3. Sebelum Maghrib, bacalah zikir ini sebanyak 27 kali
استغفر الله للمؤمنين والمؤمنات
Sebahagian Ulama' ada menambah zikir yang keempat. Jika dibaca sebanyak 70 kali selepas pada waktu Asar, maka musuh akan gerun terhadapnya dan hidupnya tidak akan dimudharatkan. Zikir tersebut ialah:
حسبي الله ونعم الوكيل
Nasihat Guru yang mulia, pada peringkat permulaan hendak beramal dengannya memang terasa berat, tetapi lama-kelamaan insya-Allah akan terasa ringan.
FAEDAH ZIKIR PAGI DAN PETANG
Berkata Ulama' Sufi, rezeki itu terbahagi kepada dua:
1. Sesiapa yang ingin diluaskan Rezeki Hissi (rezeki yang boleh dilihat— rezeki zahir), maka jangan tinggalkan zikir selepas Subuh. Mereka akan diluaskan rezeki seperti makan, minum, harta, pakaian, tempat tinggal, duit ringgit, harta dan sebagainya.
2. Sesiapa yang ingin diluaskan Rezeki Ma'nawi (rezeki yang tidak boleh dilihat—rezeki batin), maka jangan tinggalkan zikir selepas Asar. Mereka akan diluaskan rezeki seperti ilmu pengetahuan, makrifat, rezeki mengenal Allah ﷻ, membina hubungan dengan Rasulullah ﷺ, mendapat rahsia, futuhat, barakah dan sebagainya.
Selepas Solat Subuh, paling kurang bacalah Surah Yasin. Selepas Solat Asar, bacalah Surah al-Waqi'ah. Bacalah Wirdul Latif sebanyak dua kali pada setiap hari (pagi dan petang), atau sekurang-kurangnya sekali sehari.
Zikir-zikir tersebut juga telah disusun oleh al-Allamah al-Habib Umar bin Hafiz حفظه الله تعالى di dalam kitab "Al-Khulāsah" yang sangat berkat.
KEBERKATAN DALAM BULAN RAMADHAN
Satu solat sunat dalam Ramadhan bersamaan dengan satu solat fardhu di bulan lain. Manakala pada bulan-bulan yang lain pula, 70 solat sunat barulah akan setanding dengan satu solat fardhu. Satu solat fardhu dalam Ramadhan bersamaan dengan 70 kali solat fardhu pada bulan lain.
Berkata oleh al-Imam Az-Zuhri رحمه الله تعالى bahawa: "Satu tasbih ( سبحان الله ) di dalam bulan Ramadhan itu, adalah lebih baik daripada 1000 kali tasbih di luar bulan Ramadhan."
Bahkan, ganjarannya boleh meningkat lagi sejauh mana hubungan kita dengan Allah. Kemudian, berkata oleh al-Imam Ibn Rajab Hanbali رحمه الله تعالى, seperti yang disebutkan oleh al-Imam an-Nakhaie رحمه الله تعالى bahawa:
"Satu hari berpuasa di bulan Ramadhan, lebih baik daripada 1000 hari berpuasa di luar Ramadhan. Satu rakaat di bulan Ramadhan adalah lebih baik daripada 1000 rakaat yang dibuat di luar bulan Ramadhan."
((Rujukan: Kitab Syu'abul Iman, Kitab At-Targhrib wa at-Tarhib, Kitab Lathaiful Ma'arif al-Imam Ibn Rajab Hanbali رحمه الله تعالى.))
TANDA HIDUP DIBERKATI OLEH A

LLAH ﷻ
Tanda hidup kita diberkati itu terdapat dua:
1. Pada bertambah amalan ketaatan. Umpamanya, ketika dia masuk ke dalam bulan Ramadhan, maka bertambah bacaan Al-Quran dan solatnya dapat dipelihara. Barangsiapa yang hari semalamnya serupa dengan hari ini, maka mereka ialah orang yang tertipu ("maghrur").
Nasihat Guru yang mulia, paling lekeh khatamlah Al-Quran sekali dalam sebulan. Namun, jangan dipandang pada amalan kita banyak mana, serahkan semuanya kepada Allah ﷻ. Pastikan amalan kita jangan statik hari demi hari.
2. Pada perasaan tidak seronok untuk melakukan maksiat dan dia tidak tergamak untuk melakukannya. Meninggalkan maksiat itu adalah lebih baik daripada melakukan amal ibadah yang banyak.
Walaupun amalan sedikit, tapi sekiranya ia dapat meninggalkan maksiat, itu terlebih baik daripada amalan yang banyak, tetapi masih melakukan maksiat.
Al-Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى berkata di dalam Bidayatul Hidayah bahawa: "Agama terdiri daripada dua perkara iaitu meninggalkan maksiat dan melakukan ketaatan."
Berkata juga oleh al-Imam Al-Ghazali رحمه الله تعالى: "Setiap orang mampu untuk buat taat, tapi meninggalkan maksiat tidak mampu dilakukan melainkan oleh orang yang jujur kepada Allah."
Guru yang mulia berpesan dengan bersungguh-sungguh agar lidah kita semua dapat dijaga. Jangan mengadu domba ("namimah") dan bercerita bab aib orang memang tidak akan habis kerana semua ini lazat pada nafsu.
Telah berkata oleh al-Imam Junaid رحمه الله تعالى bahawa: "Meninggalkan mengumpat atau mengadu domba, lebih baik daripada mengerjakan 100 kali haji."
Guru yang mulia menyebut lagi bahawa, bulan Ramadhan mengajar kepada kita erti keberkatan:
1. Berkat pada bentuk zahir: (a) Menyihatkan tubuh badan
(b) Zakat bagi jasad [pembersihan jasad] adalah pada berpuasa. Manakala, zakat bagi harta [pembersihan harta] pula adalah pada mengeluarkan harta. (c) Puasa menjadi benteng daripada nafsu syahwat.
2. Berkat pada bentuk batin: (a) Mengajar sifat sabar, (b) Mengikis sifat mazmumah di dalam hati. Faeadah berpuasa 3 hari pada setiap bulan seperti yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Hajar رحمه الله تعالى ialah: membuang sifat dengki, hasad, dendam pada orang.
14 HARI RAMADHAN SUDAH BERLALU
Hari ini sudah memasuki 14 Ramadhan, dan ia akan semakin berlalu. Nasihat Guru yang mulia:
1. Jangan rasa seronok dengan berlalunya Ramadan
Berkata oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani رحمه الله تعالى bahawa: "Mengharapkan Ramadhan cepat berlalu, termasuk dalam dosa-dosa yang besar."
2. Menyesali dengan bersungguh-sungguh dua minggu yang sudah berlalu. Menyesal pada masa yang kita telah salah guna. 14 hari yang sudah kita lalui, atau 336 jam sudah berlalu meninggalkan kita.
Berkata oleh Fadhilatus Shaykh Dr. Yusri Jabr al-Hasani حفظه الله تعالى: "Sesiapa yang melengah-lengahkan waktu, seolah-olah dia bermain-main dengan ibadah."
Guru yang mulia berkata: "Jangan seronok mengaji banyak, mengaji merata-rata, tetapi tidak faham satu apa pun apabila orang bertanya. Banyakkan muraja'ah."
KISAH ORANG YANG MENYESAL
Terdapat banyak contoh kisah orang yang menyesal telah disebutkan oleh Guru yang mulia. Antaranya ialah kisah Kaum Nabi Yunus عليه السلام yang menyesal. Apabila Nabi Yunus عليه السلام sudah berlalu, baru mereka merasa menyesal.
Berkata Guru yang mulia, demikianlah lumrah manusia. Apabila bulan Ramadhan telah berlalu, baru rasa menyesal tidak beramal dengan bersungguh-sungguh. Apabila para Alim Ulama' telah meninggal dunia, baru rasa menyesal.
Dikisahkan bahawa, setelah Nabi Yunus عليه السلام pulang kembali ke kampung, ramai daripada kalangan kaumnya telah beriman iaitu sebanyak 120,000 orang. Mereka benar-benar menyesal atas tindakan mereka yang lampau.
Sebagai penutup, Guru yang mulia memkhabarkan bahawa, sepanjang dua minggu dalam bulan Ramadhan ini, sudah ada orang yang mengkhatamkan Al-Quran sebanyak empat (4) kali!
Kita pula jangan baca Al-Quran pun tidak, muraja'ah pun tidak, solat pun tidak. Gunakanlah peluang yang masih berbaki ini di dalam Ramadhan dengan sebaik mungkin.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك ال

جنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lima Satu,
14 Ramadhan 1441/
7 Mei 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lima Satu,
14 Ramadhan 1441/
7 Mei 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
AMALAN UNTUK BERTEMU RASULULLAH (3)
Terdapat banyak amalan para Salafus Soleh agar dapat berjumpa dengan Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Antaranya seperti yang disebutkan oleh al-Allamah Habib Zein Sumaith Ba'Alawi حفظه الله تعالى.
Amalan ini telah diletakkan pada tempat yang pertama sekali dalam senarai amalan untuk bertemu dengan Rasulullah ﷺ seperti yang terdapat di dalam Kitab 50 Adab. Amalan tersebut ialah:
Mendirikan solat sunat dua (2) rakaat pada Malam Jumaat.
Rakaat 1: Membaca Surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Ikhlas sebanyak 25 kali
Rakaat 2: Membaca Surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Ikhlas sebanyak 25 kali
Setelah memberi salam, berselawatlah kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ sebanyak 1000 kali dengan sighah seperti berikut:
صَلَّى اللَّهُ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ
("SollāLlāhu 'Alā Muhammadini an-Nabiyyi al-Ummiyyī")
Diriwayatkan oleh Sayyiduna Abdullah Ibnu Abbas رضي الله عنهما bahawa: "Barangsiapa yang melakukan amalan tersebut, maka dengan kehendak Allah ﷻ, dia akan melihat Rasulullah ﷺ sebelum hari Jumaat (seminggu setelahnya) dan barangsiapa yang melihat Baginda, maka dia akan diampuni dosanya."
Tambahan: Tuan Guru Shaykh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari حفظه الله تعالى pernah berpesan agar, sebelum tidur pastikan kita sudah bersuci dengan sebaiknya. Bulu yang perlu dicukur, pastikan dicukur. Misai dirapikan.
Tidur dalam keadaan berwuduk. Pakai yang berwarna putih. Tidur mengiring ke sebelah kanan dan menghadap ke arah kiblat. Memakai wangi-wangian dan menjaga segala adab tidur.
Semoga kita semua diizinkan oleh Allah ﷻ untuk bertemu dengan Sayyiduna Rasulullah ﷺ pada hari Jumaat yang mulia ini, dan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tiga Murabbi Ummah. Semoga Allah ﷻ melimpahkan rahmat ke atas Tuan Guru Dato Haji Ismail Kamus رحمه الله تعالى. Pemergian beliau tidak ada galang ganti.
Genap 72 tahun (1948-2020), Al-Marhum berbakti kepada umat. Sehinggalah dijemput oleh Allah ﷻ pada hari Jumaat yang mulia, dan bulan Ramadhan yang mulia.
Cintai dan sayangilah para Alim Ulama' sewaktu kita masih lagi direzekikan oleh Allah ﷻ untuk hidup bersama dengan mereka.
Semua orang menjadi saksi ke atas segala kebaikan yang telah dicurahkan oleh Al-Marhum Tuan Guru.
Gambar dari kanan:
1. Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang حفظه الله تعالى — Presiden PAS (2002 sehingga kini).
2. Tuan Guru Dato Haji Ismail Kamus رحمه الله تعالى — Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN PAS di Gombak Setia (1999).
3. Tuan Guru Dato Haji Tuan Ibrahim Tuan Man حفظه الله تعالى — Timbalan Presiden PAS (2015 sehingga kini).
Semoga Allah ﷻ merahmati para Tuan Guru.
اشهد ان لا اله الا الله استغفر الله
أسألك الجنة واعوذ بك من النار
اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنا يا كريم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lima Dua,
15 Ramadhan 1441/
8 Mei 2020