7 MUTIARA KEPADA ANAK MUDA
Pada hujung minggu yang lalu, kami telah mengikuti salah sebuah daripada pasukan konvoi Sukarelawan Darul Hijrah untuk ziarah rumah ke rumah sempena Aidul Fitri Syawal ini.
Nasihat ini disampaikan oleh Cikgu Abdul Malek Jusoh, tuan rumah yang diziarahi oleh kumpulan kami, yang kini menetap di daerah Besut Terengganu. Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar matapelajaran Sejarah di sebuah sekolah menengah.
Berbicara dengan beliau, sungguh bermakna bagi kami. Sukma kami melambung ketika mendengar bait-bait bicara beliau diputarkan. Seronok bukan kepalang dapat menimba ilmu di saat kesibukan kita semua berhari raya.
Dengan hati yang berbunga-bunga, kami ingin kongsikan catatan yang serba ringkas ini buat teman-teman.
[ Nasihat Pertama: Buat Diri Sendiri ]
a) Bangun seawal pagi dan terus mandi saat dinihari itu.
b) Cari satu hobi kesukaan kita, yang kita boleh lakukannya sebagai terapi. Apabila kita buat hobi tu, kita akan rasa seronok. Contohnya, ada orang suka tanam pokok, apabila dia melihat tanamannya rimbun menghijau, dia akan berasa sangat seronok. Perasaan seronok itu ialah terapi. Inilah ubat yang paling mujarab kesannya.
c) Bangun tahajud. Ketika qiamulail, cuba cari satu posisi duduk yang selesa. Duduk bertafakur dan bermuhasabah. Satu sama satu, terus antara kita dengan Allah SWT sahaja. Mengadulah sepuas-puasnya.
Namun, tak semua orang yang dapat merasai kemanisan tahajud ini. Bergantung pada hatinya yang lebih kasih kepada apa, maka itulah yang akan bermain difikirannya. Hadirkanlah sungguh-sungguh tentang Allah SWT di dalam hati kita pada waktu itu.
Rasa itu kita akan faham sendirilah. Waktu bila? Setelah kita 'mendekati' Dia. Awal dahulu, Cikgu Malek sangat meminati pelihara ayam kampung. Kalau waktu petang, beliau akan menggosok-gosok ayam itu. Waktu malam, apabila beliau duduk berzikir sehingga terlelap. Beliau jadi teringat tentang ayam. Kenapa boleh jadi sebegitu? Jawab Cikgu Malek, kerana petang tadi hatinya sibuk berfikir tentang ayam sahaja.
Jadi kita muhasabah balik, dalam kehidupan seharian kita, yang mana lebih banyak kita fikirkan. Kepada dunia atau kepada Tuhan? Kalau kepada Tuhan, insya-Allah kita akan mari teringat Tuhan saat tahajud nanti.
[ Nasihat Kedua: Buat Penuntut Ilmu ]
Inilah secebis ilmu yang dikenali sebagai ilmu makrifatullah (mengenal Allah). Jalan untuk mendapatkannya itu terdapat dua:
a) Jalan menuntut
Cara ini lambat. Ibarat kalau kita hendak bercucuk tanam, kita akan buat pagar dahulu mula-mula sekali. Kemudian, barulah kita tenggala dan pajak tanah itu. Tetapi hendak tunggu pagar itu siap bukannya sekejap, makan masa lamanya. Walau bagaimanapun, apabila benih sudah mula tumbuh, kita sudah ada pagar. Pagar inilah dikenali sebagai syariat agama.
b) Jalan beramal
Ada orang suka cara ini. Mereka akan terus tanam benih. Cara ini laju, pokok cepat tumbuh. Tetapi cara ini bahaya, sebab dia tak dilindungi pagar. Adapun, cara yang paling disyorkan oleh Rasulullah SAW adalah cara pertama yang telah disebutkan tadi.
Sebenarnya terdapat tiga tips lagi jika mahukan awet muda. Tetapi Cikgu Malek sudah tak ingat. Tips-tips ini beliau telah dapat daripada arwah Cikgu Taib dari Kota Bharu. Kesannya sangatlah terbukti pada batang tubuh Allahyarham sendiri. Cikgu Malek sendiri pun beramal setakat mana yang beliau mampu. Yang payah tu dikemudiankan.
[ Nasihat Ketiga: Buat Bakal Isteri ]
Isteri Cikgu Malek bekerja sepenuh masa, iaitu sebagai seorang suri rumah. Dulu, beliau jenis yang tak kisah nak berkahwin sama ada yang bekerja atau tidak.
Kalau nak ikutkan, keputusan SPM isterinya lebih tinggi daripada beliau. Isterinya mengisi borang Maktab, empat kali temuduga tak dapat-dapat. Dah bukan rezekinya. Lalu, Cikgu Malek pun nasihatlah kepada dia, "kalau awak nak kerja elok-elok, awak ambil STPM". Namun dia enggan. Cikgu Malek terima seadanya keputusan isterinya.
Antara isu yang sentiasa dipolemikkan ialah: "Mana yang lebih baik, antara isteri yang bekerja ataupun sebaliknya?"
Masing-masing ada pro dan kontranya. Atas pandangan ind

ividu. Dua-dua ada betulnya. Tapi pada pandangan Cikgu Malek; suatu hari nanti, apabila kami sudah mempunyai seorang zaujah yang bekerja kelak, kalau boleh pertahankan isteri. Melainkan kalau dah terpaksa sangat, barulah minta si isteri berhenti kerja.
Pada pandangan beliau, orang kita ini tak menjadi kalau isteri sekadar duduk rumah semata-mata dan tidak bekerja. Ada sebahagian orang kata: "bila isteri tak bekerja, dia boleh tumpukan perhatian sepenuh masa kepada rumah tangga". Cikgu Malek kurang bersetuju dengan pendapat ini. Sebab pada si isteri itu akan rugi dua perkara:
a) Kualiti masa
Sesetengah ibu bapa yang bekerja mempunyai anak yang lebih berdisiplin. Kerana mereka lazimnya pandai menyusun jadual masa mereka sendiri. Berbanding dengan seorang isteri yang duduk sepanjang masa di rumah, masa dua akan berlalu begitu sahaja. Dia akan hilang kualiti masanya.
b) Dari segi kebersihan
Orang yang berkerjaya ini, secara automatiknya akan berpakaian kemas tanpa perlu dipaksa. Di rumah sekalipun, Cikgu Malek juga akan berpakaian kemas.
Kita nak tengok isteri kita cantik di rumah, maka kita pun perlulah mula dahulu. Sebab isteri kita pun nak tengok kita dalam keadaan yang cantik.
Cikgu Malek berkongsi dua kisah keluarganya yang berkaitan dengan perbincangan ini:
a) Kisah pertama mengenai birasnya. Dia seorang akauntan negara. Anaknya jenis yang 'buas' (nakal). Lalu, ramailah orang yang menasihatkan dia supaya berhenti bekerja. Dengan harapan, tekanan dia akan berkurangan.
Namun, dia akan bertanya balik, kenapa dia perlu berhenti? Sedangkan dengan bekerja itu dia dapat berehat sekejap daripada masalah anak-anak. Tenang seketika daripada terbeban dengan segala masalah di rumah.
b) Kisah kedua mengenai isteri kepada anak saudara Cikgu Malek. Dia juga ialah seorang cikgu. Dia pernah cerita, suatu hari ketika dia sedang mengajar, tanpa sedar telah menyebut luahan perasaan hatinya. Dia menghela nafas lega ketika itu kerana dapat berehat sekejap daripada tekanan rumahtangga.
[ Nasihat Keempat: Buat Bakal Suami ]
Sungguhpun, dari segi pengorbanan, anak lelaki sebagai seorang bakal suami, akan lebih banyak berkorban. Bukan mudah nak bersama dengan seorang isteri yang berkerjaya. Jadualnya padat.
Inilah pengorbanan besar seorang suami pula untuk membantu sama isterinya mengemudikan bahtera rumahtangga bersama.
[ Nasihat Kelima: Buat Pencinta Dunia ]
Namun, ada pula yang sehingga melebihkan kerja daripada rumahtangga. Pada suatu ketika dahulu, Cikgu Malek telah mengikuti sebuah program antara guru. Ketika sesi ta'aruf ("icebreaking"), ada seorang peserta bekas akauntan swasta, gaji beribu-ribu. Dia menceritakan pengalamannya sebelum dia mengambil keputusan menukar profesennya kepada guru.
Dahulu, dia bekerja seawal subuh hari, balik rumah pula anak-anak semua dah tidur. Sampaikan anak tertanya-tanya kemanakah dia menghilang diri. Dia sangat letih dengan kehidupannya yang sebelum ini.
Kendatipun, dia telah ditawarkan gaji yang lumayan, tapi hidupnya tetap berasa gelisah dan tak bahagia.
Lalu, dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Ramai orang terkejut dengan tindakan drastiknya itu. Dia hanya pesan tiga perkataan sahaja,
"DUIT BUKAN SEGALANYA..."
Ringkasnya, apa yang paling penting ialah tak kiralah apa pun pilihan kita, pastikan hati kita, bahagia. Rasa tenang hidup bersama isteri dan keluarga itulah yang paling penting.
[ Nasihat Keenam: Buat Bakal Pasangan ]
Oleh itu, buatlah pilihan yang kita rasa paling sesuai. Andai kata kita dijodohkan dengan sesiapa sekalipun, maka terimalah seadanya. Jodoh kita itu adalah yang terbaik buat kita. Terimalah segala kekurangan si dia.
Cikgu Malek paling lama bergaduh dengan isterinya hanya satu jam sahaja. Beliau sentiasa akan beringat, janganlah disebabkan satu masalah yang kecil, menyebabkan hilangnya segala kebaikan yang ada pada isteri. Padahal silap sedikit sahaja. Jangan diperbesarkan.
Namun, kadang-kadang punca semakin teruk bergaduh bagi sesetengah pasangan adalah sebab mereka tidak mahu mengalah. Si isteri suka menjawab. Si suami pula ego l

elakinya itu tinggi. Maka berlarutanlah pergaduhan mereka. Perkara ini amatlah tidak baik.
Tiga bulan pertama perkahwinan bagi Cikgu Malek, ialah proses berkenalan beliau dengan isteri. Beliau tidak bercinta sebelum berkahwin. Beliau berkahwin dulu, baru bercinta kemudiannya.
[ Nasihat Ketujuh: Buat Abnaul Harakah ]
Kenapa Rasulullah SAW berkahwin pada usia 25? Kerana ia merupakan tarbiyah terbaik bagi seorang lelaki. Umur 25 ini merupakan kemuncak bagi seorang lelaki.
Sebelum melangkah ke fasa itu, persiapkan segala kelengkapan diri. Sama ada daripada segi ekonomi dan sebagainya. Lebih-lebih lagi pada persiapan ilmu. Ini kerana anak lelaki bakal menjadi seorang ketua keluarga. Ini tidak, diri sendiri pun tak terbimbing, mana mungkin mahu membimbing pula orang lain!
Cikgu Malek mengakhiri kalamnya dengan menasihati kepada kami,
"Anak-anak muda, kalau boleh teruskanlah suasana seperti ini. Kekalkanlah untuk duduk bersama dengan jemaah. Barulah kita semua akan terus kuat!"
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Jerteh, Besut
10 Julai 2016
(Kemaskini: 4 Jun 2020)
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti

TANDA KITA CINTA KEPADA NABI
Antara empat (4) tanda kita cinta kepada Rasulullāh صلى الله عليه وسلم seperti yang disebutkan oleh Tuan Guru Shaykh Muhammad Zainul Asri حفظه الله تعالى ialah:
1. Kita teringin nak jumpa dengan Nabi صلى الله عليه وسلم. Setiap malam, dia akan tertunggu-tunggu bilakah masanya dia akan dapat bertemu dengan Nabi صلى الله عليه وسلم.
2. Mentaati segala perintah Rasulullāh صلى الله عليه وسلم. Satu hari Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda bahawa, "Setiap umatku akan masuk ke dalam Syurga, kecuali mereka yang enggan.."
Lalu sahabat bertanya kepada Rasulullāh صلى الله عليه وسلم, siapakah mereka yang enggan itu?
Kemudian dijawab oleh Baginda صلى الله عليه وسلم, "mereka ialah orang yang menderhaka kepadaku.."
3. Mengamalkan Sunnah Rasulullāh صلى الله عليه وسلم. Lalu kita muhasabah, pada diri kita ini ada berapa banyakkah sunnah Rasulullāh صلى الله عليه وسلم yang melekat? Satukah, sepuluhkah, seratuskah ataupun lebih?
Tuan Guru Shaykh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari حفظه الله تعالى pernah berpesan;
Antara Sunnah Rasulullāh صلى الله عليه وسلم itu yang tidak akan ditinggalkan oleh para pencinta Nabi ialah, mereka hanya akan memakai baju berwarna putih sahaja pada hari Juma'at.
4. Mengagungkan Rasulullāh صلى الله عليه وسلم. Tidak ada yang dapat melebihi para sahabat dalam mengagungkan Baginda صلى الله عليه وسلم. Kita hari ini dapat melihat Athar (janggut, rambut, cebisan baju dan sebagainya). Para pencinta Nabi صلى الله عليه وسلم pasti akan memandangnya dengan penuh kemuliaan.
Tuan Guru Shaykh Muhammad Zainul Asri حفظه الله تعالى melontarkan sebuah persoalan, "Kenapa kita bergelut sangat nak mencium Hajarul Aswad?"
Kemudian dijawab oleh beliau, "...kerana Rasulullāh صلى الله عليه وسلم juga pernah meletakkan bibirnya yang mulia pada Hajarul Aswad itu dahulu..."
Semoga Allāh سبحانه وتعالى mengurniakan kepada kita nikmat melihat keindahan wajahnya Rasulullāh صلى الله عليه وسلم. Sekaligus terpegun sehingga terlupa akan kesakitan sakaratul maut...
Wallāhua'lam.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyīd Al-Kintī
Alor Setar,
18 Rabi'ul Akhir 1440/
25 Disember 2018

MURID PAK DA ‘EIL YANG MASIH HIDUP
Tuan Guru Baba Ismail sepanjang menuntut ilmu di Makkah dahulu merupakan anak murid kepada; Pak Da 'Eil (pengarang kitab Bakurah Amani), Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani (pengasas kepada Madrasah Darul Ulum), Syeikh Abdul Qadir Mandili (pengarang kitab Penawar Bagi Hati) dan ramai lagi ulama' yang agung.
Beliau menetap di dalam sebuah perkampungan Felcra di daerah Padang Besar, Perlis. Tidak jauh daripada itu, terdapat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Uniciti Alam Sg. Chuchuh dan sempadan masuk ke negara Thailand. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Guru Mulia Ustaz Fauzi kerana sudi mengenalkan kami kepada Tuan Guru Baba Ismail.
Terlalu banyak kalam mutiara yang disampaikan oleh beliau kepada kami petang tadi. Insya-Allah sekiranya tiada aral yang melintang, kami akan sertakan sebuah penulisan yang khusus berkenaan pertemuan ziarah ini. Tuan Guru Baba Ismail hafizhahullah telah memberi 3 nasihat buat seluruh penuntut ilmu, yang kami rangkumkan nasihatnya seperti berikut;
(1.) Penuntut ilmu kena ada niat nak cari ilmu sebanyak-banyaknya. Baba Ismail sendiri bernikah pada umur 28 tahun selepas pulang dari Makkah, manakala gurunya Al Marhum Shaykh Yasin Al-Fadani bernikah pada umur 40 tahun. (2) Kedua, dalam pelajaran, kita kena ikhlas dalam menuntut ilmu. (3) Ketiga, sedekah tidak boleh ada hari yang kosong, kena buat selalu setiap hari sehingga menjadi amalan.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Padang Besar,
28 Rejab 1439/
15 April 2018

MURID PAK DA ‘EIL YANG MASIH HIDUP (2)
Sudah 63 tahun dua orang ulama yang bersahabat ini telah terpisah, sehinggalah disatukan kembali oleh Allah pada hari ini. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika di Makkah pada tahun 1955. Kedua-dua mereka telah mencapai usia 87 tahun sekarang.
Tuan Guru Baba Ismail (yang berada di tengah) seorang yang sangat alim dalam Nahu dan Sorof. Manakala, Tuan Guru Hj. Mat Husin pula seorang sangat alim dalam ilmu Tarikh Islam (pengajian sejarah). Pada tahun 1955, Tuan Guru Baba Ismail dan Tuan Guru Hj. Mat bin Husin meneruskan pengajian mereka berdua ke Makkah.
Namun tidak lama kemudian, Tuan Guru Hj. Mat bin Husin pula menyambung pengajiannya ke Mesir. Tuan Guru Haji Mat Husin merupakan anak kepada Al Marhum Tuan Guru Haji Husin Pondok Langgar. Al Marhum Tuan Guru Hj Hussin Pondok Langgar juga bersahabat baik dengan Al Marhum Tuan Guru Ustaz Fadzil Noor.
Mereka (Tuan Guru Hj Hussin dan TGFN) juga pernah bersama-sama bermusafir ke Turki pada suatu ketika dahulu. Waktu itu, Parti Refah baru nak ditubuhkan oleh Al Marhum Profesor Erbakan. Tuan Guru Hj Hussin Langgar merupakan pengasas kepada Pondok Raudhatul Ulum. Kini merupakan Maktab Mahmud Pokok Sena.
Ketika tahun 1955, terdapat 4 orang anak Kedah yang mengaji sekawan di Darul Ulum Makkah, iaitu (1) Tuan Guru Baba Ismail, (2) Tuan Guru Hj. Mat Husin, (3) Tuan Guru Hj. Said Pendang dan (4) Tuan Guru Ayub Tualang.
Anak Kelantan pula terdapat 7 orang, termasuklah Al Marhum Tuan Guru Ustaz Yahya Othman (penulis kitab Amal Jama’i). Anak Indonesia lagi ramai kata Tuan Guru Baba Ismail. Atas satu tahun pengajian daripada Baba Ismail ketika di Darul Ulum, antaranya ialah Al Marhum Tuan Guru Hj. Salleh Sik. Seorang yang sangat alim dalam ilmu tauhid.
CERITA AWALNYA
Pada mulanya, Guru Mulia Ustaz Fauzi membuat carian di internet tentang Pondok Langgar Hj. Hussin. Ustaz dapat tahu bahawa, ada seorang anak beliau (Hj. Mat Hussin) yang pencen dari Maktab Mahmud (1986).
Apabila ditanya kepada pihak Maktab Mahmud Pokok Sena, mereka telah memberi nombor telefon cucu beliau, Ustaz Maher. Kemudian Guru Mulia Ustaz Fauzi dapat menghubunginya dan meminta alamat rumah ayahnya. Maka terjadilah pertemuan mahabbah ini.
Alangkah hebatnya ukhuwah mereka berdua. Terus diimbau saat-saat manis kenangan menuntut ilmu 63 tahun yang dahulu ketika di kota Tanah Suci Makkah.
Pesan Tuan Guru Hj Mad Hussin satu sahaja, "Koi lama, koi habis... (semakin lama, semakin berkuranganlah para ulama…)" Semoga Allah memanjangkan umur kedua-dua ulama yang mulia ini.
PERSOALAN TENTANG TAKDIR
Ketika dalam perjalanan pulang, kami sempat bertanya kepada Baba Ismail tentang satu persoalan tentang takdir. Jawapan daripada Baba Ismail cukup ringkas dan padat,
"Semua telah ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfuz. Cuma nak ubah atau tidak itu bukan kerja kita. Allah akan menghapuskan apa yang Dia kehendak dan Allah tetapkan apa yang Dia kehendak. Itu kita tak boleh nak kata apa. Itu kerja Allah."
Lalu Baba Ismail membacakan ayat ke-118 dari Surah al-Maidah yang maksudnya cukup indah untuk dihayati,
"Jika Engkau menyeksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Alor Setar,
5 Syaaban 1439/
21 April 2018

11 NASIHAT YANG BERMAKNA
Sudah hampir 8 tahun, kami mendapatkan tunjuk ajar daripada Sang Naqib, Guru Mulia Abang Abu Hasan Ashaari Attafawi hāfizhahuLlāh.
Jika menjadi seorang murid, selamanya tetap murid. Maka, menjadi seorang anak usrah, selamanya tetap anak usrah. Tidak ada yang namanya "bekas guru", begitulah juga tidak ada yang namanya "bekas naqib".
Nasihat-nasihat daripada beliau pada malam tadi, dapat kami simpulkan kepada 11 perkara:
1. Al-Qur'ān mendatangkan banyak misal tentang makhluk, agar kita dapat mengambil pengajaran.
2. Perbanyakkan lisan dengan berselawat, fadhilat orang yang berselawat cukup besar. Mereka diampunkan dosa.
3. Di dalam keluarga@usrah, tidak sepatutnya ada perasaan bersangka buruk dan khianat-mengkhianati.
4. Sesama ahli keluarga, hendaklah bersangka baik, saling memberi manfaat dan kebaikan.
5. Bersahabat hendaklah dengan niat yang ikhlas, agar ikatan persahabatan tersebut terasa manis.
6. Kita berkawan bukan kerana darjat, kedudukan atau harta. Ada yang bekerja kampung juga tetap kita berkawan.
7. Jangan sesekali kita berkawan dengan seseorang atas sebab kepentingan tertentu. Apabila dia sudah tidak menjadi pimpinan jemaah, sudah tidak mahu bersahabat. Kena semak kembali niat.
8. Guru Mulia Ustaz Abu Usamah Mohd Hanapiah hāfizhahuLlāh berkata bahawa; "Perbanyakkan sahabat daripada kalangan orang mukmin, kerana mereka mempunyai syafaat di akhirat nanti."
9. Kita juga menumpang syafaat Guru di akhirat kelak, syafaat daripada Guru yang Mursyid, yang membimbing perjalanan seorang salik.
10. Banyakkan mengenali Wali-Wali Allāh di dunia, supaya kita mendapat syafaat Wali-Wali Allāh di akhirat.
11. Itu baru syafaat Wali-Wali Allāh, bagaimana pula dengan syafaat daripada Junjungan Mulia RasuluLlāh SollāLlāhu Alaihi Wasallam? Maka, perbanyakkan selawat.
Semoga kemanisan ukhuwah ini akan terus berkekalan. Didoakan semoga Sidi Afiq Anam yang masih ditahan di hospital, agar cepat sembuh daripada wabak Covid-19.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lapan Tiga,
16 Syawal 1441/
8 Jun 2020

PERIHAL SEBAB CINTA
Dalam buku "Perihal Rasulullah ﷺ", Guru Mulia Ustaz Muhadir Hj Joll hafizhahuLlāh ada menukilkan perkataan Fadhilatus Shaykh Dr. Usamah Sayyid Mahmud al-Azhari hafizhahuLlāh,
"Seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lain kerana tiga sebab. Cantik ( جمال ), sempurna ( كمال ) dan baik budi pekertinya ( إحسان ). Salah satu sebab atau mungkin terkumpul dua sebab, pasti menjadi sebab cinta..."
Sambung Shaykh Usamah hz lagi, "Istimewanya kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad ﷺ, tiga sebab atau perkara ini; (cantik, sempurna dan baik budi pekerti) terkumpul pada diri Baginda ﷺ untuk dicintai."
Kata Guru Mulia Ustaz Muhadir Hj Joll hz, "Kecintaan manusia kepada seseorang telah menyebabkan telinganya dipekakkan dan matanya dibutakan. Seperti kisah para wanita Qibtiy yang terhiris jari ketika memandang Nabi Yusuf عليه السلام."
Namun, telah disebutkan oleh Sayyidatuna Aisyah رضي الله تعالى عنها bahawa, sekiranya para wanita Qibtiy itu masih lagi hidup. Nescaya, hati mereka akan terhiris apabila memandang wajah Sayyiduna Rasulullah ﷺ yang mulia!
Perumpamaan kecantikan dan kesempurnaan Sayyiduna Rasulullah ﷺ dengan sekalian Anbiya' disebutkan oleh Guru Mulia Ustaz Muhadir Hj Joll hz ketika mensyarahkan kitab "Qalbun Salim" bahawa, Baginda ﷺ itu seperti matahari dan para Anbiya' pula seperti bintang di langit.
Kata Guru yang mulia, "Bintang akan kelihatan terang bergemerlapan pada waktu malam. Apabila datang cahaya matahari, habis sirnalah cahaya bintang."
Itu bukan bermakna bintang tidak ada. Tetapi, oleh kerana terlalu cerahnya cahaya matahari pada waktu siang, maka, hilanglah semua cahaya yang selainnya...
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lapan Enam,
20 Syawal 1441/
11 Jun 2020

PERIHAL SEBAB CINTA (2)
Berkata oleh Tuan Guru Shaykh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani ḥāfiẓahuLlāh, "Jika antum cinta kepada seorang perempuan; atau perempuan kepada seorang lelaki, antum akan mencintai apa yang berkaitan dengan orang itu."
Hakikat kekasihnya ialah perempuan atau lelaki yang dicintai itu tadi. Namun, segala yang berkaitan dengan si dia juga akan turut sama dikasihi.
Serupa para Sahabat رضي الله تعالى عنهم أجمعين yang berusaha sedaya upaya untuk mencintai setiap perkara yang dicintai oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Antaranya seperti yang tersebut dalam kitab "Syamāil Muḥammadiyah" karangan al-Imam at-Tirmizi رحمه الله تعالى.
Apabila membaca hadis yang ke-151 sehingga 153, pasti kita akan bertemu dengan beberapa kisah makanan kesukaan Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Antaranya ialah buah labu ( دُبَّاءٌ ).
Perhatikan bagaimana ahwal para Sahabat dalam mencintai kekasihnya. Ketika Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله تعالى عنه mengetahui perkara tersebut, beliau langsung menyukai buah labu seperti halnya keadaan Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله تعالى عنه menceritakan,
"Nabi ﷺ menyukai buah labu. Suatu hari, dihidangkan kepada Baginda ﷺ suatu hidangan makanan atau Baginda ﷺ diajak untuk menikmati satu hidangan makanan. Aku mengutip-ngutip labu yang ada dalam hidangan itu, lalu aku letakkan di hadapan Baginda ﷺ kerana aku mengetahui Baginda ﷺ menyukainya."
Dalam hadis yang lain, Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله تعالى عنه juga telah menceritakan bahawa,
"Seorang tukang jahit menjemput Rasulullah ﷺ untuk menikmati makanan yang dimasaknya. Sayyiduna Anas menceritakan, lalu aku pergi bersama Rasulullah ﷺ. Dihidangkan kepada Baginda ﷺ; roti, kuah sup bersama labu di sekitar (makanan di dalam) talam."
Sayyiduna Anas رضي الله تعالى عنه berkata, "Sejak hari itu, berterusanlah aku menyukai labu."
Sahabat menyukai segala perkara yang disukai oleh kekasihnya. Segala yang berkaitan dengan Sayyiduna Rasulullah ﷺ, pasti akan menjadi kecintaan mereka juga.
Demikianlah kata Guru Mulia Ustaz Muhadir Hj Joll ḥāfiẓahuLlāh berkenaan hal keadaan orang yang bercinta. Terdapat sebuah kisah di mana, pada suatu hari orang ramai telah melihat Qais mencium tembok.
Sedangkan bagi Qais, dia sebenarnya sedang mencium tuan kepada tembok tersebut, iaitu Laila. Hatinya sudah dimiliki oleh Laila menyebabkan segala yang berkaitan Laila turut dicintai oleh Qais.
Semoga kita juga dikurniakan perasaan cinta kepada setiap perkara yang dicintai oleh Junjungan Mulia Rasulullah ﷺ.
Amin.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Lapan Tujuh,
20 Syawal 1441/
12 Jun 2020