ALIM MASTUR KUALA NERANG
Disebut oleh Guru Mulia Ustaz Muhd Shahir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh, suatu ketika dahulu WaliyuLlah Tuan Guru Pak Su Mid ḥafiẓahuLlāh pernah berpesan bahawa:
Datanglah ziarah kepada Tuan Guru Haji Damis ḥafiẓahuLlāh. Beliau ialah orang yang paling bertakwa di Kuala Nerang!
Kami juga telah dipesan oleh Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh seperti yang disebut di dalam kitab Fathul Muta'aliy ( 118 - 120 ):
“Usahalah cari guru yang mulia; Akhlak serta zahir batinnya dijaga. Menguasai ilmu yang diajarkannya; Terkenal kefahamannya luar biasa. Jangan hanya MASYHUR di pandangan mata; Hakikat kosong pandai bicara saja.”
Antara pesanan Tuan Guru Haji Damis Majid ḥafiẓahuLlāh:
1. “Kalau nak mengaji, mengaji zaman muda. Ilmu ni dan beralih hari sikit tu, kita minat tara mana pun, tak semacam zaman kita muda. Kalau yang hat tak kahwin lagi tu, lagi senang. Tapi kalau dah teringin, kena kahwin juga. Tak boleh mengaji. Bukan kata tak mau mengaji, tapi tak boleh. Kitab lain yang masuk.”
2. “Bukan senang nak bawa balik bekal, payah. Siapa buat mudah, berteraburlah. Kita dengan Allah ﷻ apa dia? Ilmu, amal, payah. Kalau tak baca kitab Ulama', tak tau payah.”
3. “Payah nak cari bekal balik. Dah ada bekal, nak kena jaga pula. Dah la susah nak boleh, nak kena jaga pula. Ada batal pahala, dah tu nak bawa balik apa? Buat elok dah. Tiba-tiba batal. Pulun berkebun, tiba-tiba takdak buah.”
4. “Mai takdak gigi, balik pun takdak gigi juga. Balik dengan gusi sahaja. Itu pun mujur gusi tak tanggal.”
5. “Syurga dikelilingi dengan perkara yang dibenci. Manakala, neraka dikelilingi dengan perkara yang disukai. Ulama' suruh beringat pada pada perkara yang disukai itu. Mengaji seronok-seronok, buat ibadat seronok-seronok, takut menang belah nafsu.”
Tuan Guru Haji Damis ḥafiẓahuLlāh asal Langkawi. Mengaji di Pondok Pasir Tumbuh selama 10 tahun bermula dari 1972 sehingga 1982. Kemudian beliau berhijrah ke Kedah, Patani dan Pondok Pak Teh Kroh (Tuan Guru Haji Abdul Latiff raḥimahuLlāh).
Antara murid beliau ialah Tuan Guru Dato' Paduka Shaykh Baderuddin ḥafiẓahuLlāh (Mantan Mufti Kedah) dan Tuan Guru Baba Khairul Anuar ḥafiẓahuLlāh (Pondok Gajah Teriak, Jitra). Semasa di Pondok Kroh pula, beliau bertemu dengan Tuan Guru Ustaz Hanafiah Abdul Razak ḥafiẓahuLlāh (Panel Pakar Falak JAKIM).
Terserlah akan kerendahan diri Tuan Guru dan adab beliau ketika zaman pengajiannya dahulu. Beliau juga ada menyebut bahawa,
“Kita buta, baru nak kenal ilmu. Seronok bila Tok Guru buka kitab-kitab rendah balik.”
Antara guru beliau ialah:
1. Tuan Guru Pak Lang Zakaria raḥimahuLlāh
2. Tok Ayah Haji Daud Bukit Abal raḥimahuLlāh
3. Tuan Guru Pak Teh Kroh raḥimahuLlāh
4. Tuan Guru Haji Hasyim al-Kelantani raḥimahuLlāh
5. Tuan Guru Haji Mustofa raḥimahuLlāh
6. Tuan Guru Haji Abdul Aziz raḥimahuLlāh
Semoga Allah ﷻ mengurniakan kesihatan yang berpanjangan buat Tuan Guru dan memelihara kesemua Tuan Guru yang mendidik umat.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Empat Sembilan,
23 Zulhijjah 1441/
13 Ogos 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti

RAKAMAN PENGAJIAN SYEIKH NAZRUL NASIR AL-AZHARI
Sebahagian daripada rakaman pengajian bersama Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari hafizhahuLlah dan Majlis Selawat yang berkaitan dengannya. Antara rakaman yang telah dan akan dimasukkan nanti ialah:
1. Selawat Burdah al-Imam al-Busiri RH ( 1 - 10 )
2. Bacaan Dalailul Khairat al-Imam al-Jazuli RH ( 1 - 7 )
3. Syarah Dalailul Khairat al-Imam al-Jazuli RH ( 1 - 4 )
4. Kuliah Umumi/ Khutbah SHAYKH NAZRUL HZ
5. Daurah Fathul Muta'aliy di Pulau Pinang ( 1 - 3 )
6. Daurah Fathul Muta'aliy di Merbok ( 1 - 6 )
@FawaidShaykhNazrul
https://www.tg-me.com/FawaidShaykhNazrul

Telegram
FAWAID SYEIKH NAZRUL
Rakaman Pengajian Bersama Guru Mulia SHAYKH NAZRUL NASIR AL-AZHARI hafizhahuLlah
Kami telah memerhatikan di antara akhlak Guru yang Mulia dalam meraikan tetamu, selain daripada menjamu makanan adalah dengan menghadiahkan kitab sebagai buah tangan kepada hadirin.
Alhamdulillah, antara kitab yang telah dihadiahkan ialah:
1. Kitab Niat karya al-Habib Saʼad (al-Fadhil Ustaz Khalid Ismail hz)
2. Al-Ithāfāt al-Sunnīyah fi al-Ahādith al-Qudsiyah karya Tuan Guru Baba Khairul Anuar Gajah Teriak (al-Fadhil Ustaz Fisol Fazil hz)
3. Matan al-Maqūlāt (al-Fadhil Ustaz Fisol hz)
4. Al-Balaghah al-Wādhihah (al-Fadhil Ustaz Fisol hz)
5. Adab-Adab Menjadi Imam dan Adab-Adab Menjadi Ma'mum karya Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam (al-Fadhil Ustaz Fayyadh Walid Fathimah As Sanaki hz)
6. Adab Pembaca al-Quran karya al-Imam an-Nawawi (al-Fadhil Ustaz Fauzi hz)
7. Nota Daripada Tuhan karya Ustaz Abdullah Bukhari al-Hafiz (al-Fadhil Ustaz Fauzi hz)
8. Kahwin Bukan Nak Suko-Suko Jo (al-Fadhil Ustaz Fauzi hz)
9. Majalah Solusi: Buang Bayi (al-Fadhil Ustaz Fauzi hz)
Buku menjadi hadiah yang sangat bermanfaat untuk diri yang sangat lemah ini dalam memupuk minat membaca. Ini seperti pesanan Tuan Guru Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri ḥafiẓahuLlāh di dalam bukunya yang bertajuk “Kuasa Iqra” iaitu:
“Antara tip-tip dalam menambahkan minat pembaca adalah menjadikan bahan bacaan sebagai hadiah, walaupun untuk majlis perkahwinan sekalipun.”
Semoga Allah Ta’ala memurahkan rezeki sekalian Guru yang Mulia.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Lima Empat,
28 Zulhijjah 1441/
18 Ogos 2020

AMALAN DALAILUL KHAIRAT
Disebutkan oleh Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh bahawa, para Ulama telah menyebutkan bahawa antara tiga kitab selawat yang dicatatkan qabul oleh Allah ﷻ ialah:
1. Kitab As-Shifa' karangan al-Imam Qadi 'Iyad Musa al-Yahsubi raḥimahuLlāh ( wafat 1149 M )
2. Kitab Burdah karangan al-Imam Muhammad Sa'id al-Busiri raḥimahuLlāh ( wafat 1294 M )
3. Kitab Dalail al-Khairat karangan al-Imam Muhammad Sulaiman al-Jazuli raḥimahuLlāh ( wafat 1465 M )
Menariknya, di dalam kitab Dalail al-Khairat, al-Imam al-Jazuli telah membahagikan selawat kepada beberapa hizib mengikut hari. Maksud hizib yang disebutkan oleh al-Imam Qadhi Iyyadh ialah bacaan rutin atau wirid yang diletakkan pada diri seseorang pada setiap hari.
Al-Quran juga telah dibahagikan kepada beberapa hizib, agar memudahkan kita untuk membacanya pada setiap hari. Pesan Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh: “Begitulah juga selawat, dengan adanya hizib, ia membantu para penuntut ilmu untuk berselawat setiap hari tanpa terputus.”
[ Beberapa Faedah Dalailul Khairat ]
Dalam al-Hizib al-Thālith yang dibaca pada hari Rabu, terdapat sebuah selawat yang jika diamalkan sebanyak 80 kali, mudah-mudahan diizinkan oleh Allah Ta'ala untuk melihat Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Selawat tersebut ialah:
(( اللهُمَّ صل على سيدنا محمد في الأرواح، وعلى جسده في الأجساد، وعلى قبره في القبور، وعلى آله وصحبه وسلم ))
Selain itu, sekiranya dibaca selawat ini sebanyak tiga kali, seakan-akan mengkhatamkan keseluruhan isi kitab Dalail al-Khairat. Selawat tersebut ialah:
(( اللهم صل على سيدنا محمد و سيدنا آدم و سيدنا نوح و سيدنا إبراهيم وسيدنا عيسى وما بينهم من النبيين و المرسلين، صلوات اللهِ وسلامه عليهم أجمعين ))
Seterusnya, sekiranya dibaca selawat ini sebanyak 1000 kali, maka akan hilanglah segala dukacita di dalam hati. Selawat tersebut ialah:
(( اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجِّنا بها من جميع الأهوال والآفات وتَقضي لنا بها جميع الحاجات، وتطهِّرنا بها من جميع السيِّئات، وترفعنا بها أعلى الدرجات، وتبلِّغنا بها أقصى الغايات، من جميع الخيرات، في الحياة وبعد الممات ))
Guru Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh telah menyampaikan ijazah Dalail al-Khairat kepada kami semasa daurah kitab Fathul Muta'aliy pada 12 Ogos 2020 baru-baru ini, seperti mana yang beliau telah terima daripada:
1. Al-Allamah Shaykh Ahmad Ruqaimi al-Husaini raḥimahuLlāh
2. Al-Allamah Shaykh Ahmad Mamduh Saad ḥafiẓahuLlāh
3. Al-Allamah Shaykh Jamal Faruq al-Hasani ḥafiẓahuLlāh
4. Al-Allamah Habib Zein bin Sumaith ḥafiẓahuLlāh
5. Al-Allamah Shaykh Nuh Hamim Keller ḥafiẓahuLlāh
[ Kisah Orang Yang Selalu Berselawat ]
Guru yang Mulia juga telah menyebutkan dua kisah mengenai orang yang selalu berselawat kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ, antaranya ialah:
1. Terdapat seorang Makcik di negeri Kedah yang amalannya adalah berselawat sebanyak 15,000 kali sehari. Pada suatu hari, beliau telah mengadu kepada salah seorang sahabat beliau bahawa, beliau sudah tiga hari tidak dapat dapat mimpi bertemu dengan Sayyiduna Rasulullah SAW. Ini kerana pada kebiasaan sebelumnya, hari-hari beliau pasti akan mendapat nikmat yang sangat besar tersebut!
2. Di negara Indonesia pula, diceritakan terdapat seorang Makcik yang menangis teresak-esak apabila mendapat tahu yang perkerjaannya bakal ditukarkan kepada orang lain. Kerjanya ialah mencabut rumput sahaja, tetapi beliau meminta agar dapat terua berkerja. Ini kerana setiap rumput yang dicabut itu, akan dia jadikan sebagai satu selawat kepada Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Rumput-rumput itulah yang dijadikan sebagai tasbihnya!
JazakumuLlahu khairan buat guru yang mulia, al-Fadhil Ustaz Mhd Nazmi al-Besuti ḥafiẓahuLlāh atas hadiah kitab Dalail al-Khairat (cetakan Jordan) yang ditahqiq oleh al-Allamah Shaykh Nuh Hamim Keller ḥafiẓahuLlāh. Alhamdulillah, kitab yang berharga ini selamat tiba di rumah pada penghujung tahun 1441 Hijrah.
Kami berdoa agar Allah ﷻ memudahkan kita semua untuk beramal dengan kitab Dalail al-Khairat ini secara istiqamah, inilah di antara azam tahun baharu kita bersempena dengan kedatangan tahun 1442 Hijr

ah. Melazimi amalan berselawat tanpa jemu pada setiap hari.
Semoga Allah ﷻ memurahkan rezekinya atas pemberian ini.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Lima Lima,
29 Zulhijjah 1441/
19 Ogos 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
Semoga Allah ﷻ memurahkan rezekinya atas pemberian ini.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Lima Lima,
29 Zulhijjah 1441/
19 Ogos 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
KAEDAH MENDIDIK ANAK MENURUT ISLAM
Tiga Fasa yang sangat penting dalam pendidikan anak berdasarkan sebuah kisah antara Sayyiduna Umar al-Khattab RA dan seorang anak yang telah mengabaikan hak ibu ayahnya.
Apabila ditanya kembali kepada si anak tadi, rupa-rupanya haknya jauh lebih awal lagi telah diabaikan oleh bapanya seperti berikut:
1. Ayahnya telah memilih ibunya daripada seorang hamba yang sangat buruk akhlaknya
2. Ayahnya telah memberi nama yang buruk kepadanya iaitu خنفساء (yang bermaksud kumbang penolak najis).
3. Ayahnya telah mengabaikan pendidikan yang baik buat dirinya
• Hak Anak yang Perlu Ditunaikan oleh Seorang Ayah:
1. Memilih seorang ibu yang baik buat anaknya (Fasa Pertama: Sebelum Berkahwin)
2. Memilih nama yang baik buat anaknya (Fasa Kedua: Semasa Berkahwin)
3. Memberi pendidikan yang baik buat anaknya (Fasa Ketiga: Selepas Berkahwin)
(Tanbih): Kata Guru yang Mulia, ramai orang pada hari ini berlumba-lumba mencedok teori kekeluargaan dari Barat. Sedangkan, Barat sejak fasa pertama lagi sudah gagal, apatah lagi masuk kepada fasa kedua. Lalu, bagaimana pula mereka mahu menerangkan kebaikan pada fasa yang ketiga?
• Terdapat beberapa karangan Ulama' yang sangat baik untuk dijadikan sebagai panduan dalam mendidik anak-anak yang disebutkan oleh Guru yang Mulia Shaykh Husainuddin Nazrul Nasir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh, antaranya ialah:
1. Kitab Bughyatu al-Ikhwan wa Riyadhatu al-Sibyan, karangan al-Imam Romli raḥimahuLlāh (ia juga telah dijadikan sebagai Nazhom dalam Bahasa Melayu oleh Guru yang Mulia, dengan tajuk: Isbalu al-Aman)
2. Risalah Ta'dibu al-Sibyan, karangan al-Imam Imbabi raḥimahuLlāh (senipis 4-5 halaman sahaja, tetapi sangat besar akan manfaatnya).
[ Panduan Pembinaan Anak ]
• Fasa 1: Sebelum Berkahwin
Ramai orang yang mahukan anak yang soleh, tetapi tidak ramai yang menjaga diri mereka sebelum berkahwin. Fasa pertama ini, ramai yang tidak mengambil berat akannya. Setelah berkahwin, mereka sepatutnya melazimi taubat atas setiap kesilapan yang telah dilakukan sebelum daripada berkahwin.
Pasangan soleh yang berkahwin, mereka bukanlah kahwin semata-mata untuk menunaikan hawa nafsunya, tetapi untuk melaksanakan tanggungjawab agama. Mereka berkahwin dengan niat, antaranya untuk melahirkan anak yang akan membanggakan Sayyiduna Rasulullah ﷺ kelak. Inilah seperti yang pernah disabdakan oleh Baginda ﷺ,
إِنِّي أَصَبْتُ امْرَأَةً ذَاتَ حَسَبٍ وَجَمَالٍ، وَإِنَّهَا لَا تَلِدُ، أَفَأَتَزَوَّجُهَا، قَالَ: "لَا." ثُمَّ أَتَاهُ الثَّانِيَةَ فَنَهَاهُ، ثُمَّ أَتَاهُ الثَّالِثَةَ، فَقَالَ: "تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الْأُمَمَ."
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah ﷺ menjawab: “Jangan.” Kemudian lelaki itu datang buat kali yang kedua maka Baginda ﷺ juga melarangnya. Lalu lelaki itu datang buat kali yang ketiga, maka Nabi ﷺ bersabda: “Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” [ Riwayat al-Imam Abu Daud (1050) ]
Kata Guru yang Mulia: Maksud umat yang ramai di sini, bukanlah semata-mata dengan makna kuantiti yang banyak sahaja. Namun, maksudnya yang sebenar ialah umat yang berkualiti. Inilah yang akan membanggakan Sayyiduna Rasulullah ﷺ.
• Fasa 2: Semasa Berkahwin
Betapa besarnya peranan nama, oleh kerana ia akan menjadi DOA di sepanjang kehidupan si anak tersebut. Orang Melayu banyak memulakan nama anak lelaki mereka dengan “Muhammad”, sebuah nama yang sangat terpuji. Manakala, bagi anak perempuan banyak yang bermula dengan “Siti“, yang merupakan ringkasan bagi “Sayyidati”. Itu beberapa contoh nama yang mulia bagi anak-anak.
Namun malangnya, pada hari ini, ramai orang hanya meletakkan nama anak mereka dengan sewenang-wenangnya. Mereka hanya sekadar mencari di internet, tanpa merujuk kepada Ulama'. Sepatutnya mereka bertanya dahulu, apakah nama yang sesuai untuk diletakkan kepada anak mereka. Akhirnya, mereka tertipu dengan nama ya

ng tidak mempunyai maksud yang baik.
• Fasa 3: Selepas Berkahwin
Peranan ibu ayah yang sangat besar kepada anak-anaknya yang ketiga adalah memberi pendidikan yang baik buat mereka. Inilah yang akan menjadi perbahasan utama yang akan disebutkan di dalam risalah ini.
[ Perintah Allah Ta’ala di dalam Al-Quran ]
Firman Allah Ta’ala,
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-Malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” [ Surah at-Tahrim, Ayat 6 ]
Guru yang Mulia berpesan: Ayat ini ringkas, namun sangat perlu diberikan perhatian oleh kita semua. Allah Ta’ala telah memerintahkan orang beriman untuk menjaga diri dan keluarga mereka terlebih dahulu daripada api Neraka. Kalaulah seorang ayah bimbang anaknya terbakar di dalam api di dunia, maka dia perlulah lebih bimbang akan anaknya daripada api yang lebih panas dan panjang masanya di Neraka kelak.
[ Kepentingan Hadhonah ]
Al-Imam Romli raḥimahuLlāh telah menyebutkan di dalam kitab Bughyatu al-Ikhwan wa Riyadhatu al-Sibyan pada Bait ke-13 bahawa, perkara yang paling penting bagi seorang anak ialah Hadhonah. Ia merupakan proses yang pertama setelah anak berpisah daripada susu ibu.
• Kepada siapakah yang hendak diletakkan anak untuk dididik sepanjang tempoh Hadhonah tersebut? Jawab al-Imam Romli: Ciri-ciri ibu susuan yang hendak dipilih ialah perempuan yang baik perkataan dan perbuatannya (( صالحةً قولًا وَفعلًا )). Kata Guru yang Mulia: Jawapan ini sudah pun disebutkan pada 600 tahun yang dahulu, bukannya pada zaman sekarang sahaja. Orang dahulu juga sibuk. Namun kini, orang yang tidak mahu mengamalkannya, dengan alasan ia menyusahkan.
Selepas Sayyiduna Rasulullah ﷺ disusukan oleh Sayyidatuna Aminah RA, Baginda ﷺ juga pernah disusukan oleh Sayyidatuna Halimatus Saʼdiyah RA. Baginda ﷺ telah dihantar ke kawasan kampung—sebuah tempat yang sangat baik untuk pembinaan kanak-kanak. Berbeza dengan hari ini, berlaku fasad di merata-rata tempat termasuklah di kampung.
• Tempoh penyusuan adalah selama dua tahun yang sempurna. (Faedah): Sekiranya ini diamalkan oleh seorang ibu, maka ia akan menjadi sebuah proses perancangan keluarga yang berkesan. Ini kerana, terdapat kajian yang menyatakan bahawa, ibu yang menyusu berkemungkinan tipis untuk mengandung dalam tempoh tersebut.
Sekiranya ibu kandung tidak mampu menyusu, maka serahkan anak untuk disusukan oleh wanita lain. Namun, ramai orang yang mengambil mudah tentang perkara ini. Mereka telah menggantikan susu ibu dengan memberi susu lembu kepada bayi.
Sedangkan, kaedah Islam mengajar: Tetaplah diganti dengan susu ibu, sama ada daripada ibu kandung atau ibu susuan. (Faedah): Supaya mengalir mahabbah kepada si anak. Dia akan merasai belaian kasih sayang daripada seorang ibu.
[ Tiga Marhalah Pendidikan Kanak-kanak ]
Menurut al-Imam Romli rahimahuLlāh di dalam kitab Bughyatu al-Ikhwan wa Riyadhatu al-Sibyan, marhalah pendidikan kanak-kanak telah dibahagikan seperti berikut:
1. Marhalah Pertama: Semasa baru lahir sehingga berpisah dengan susu ibu (ketika usianya lebih kurang 2 tahun)
2. Marhalah Kedua: Usia 2 tahun sehingga 4 tahun
3. Marhalah Ketiga: Usia 4 tahun ke atas dan sudah boleh tamyiz
[ Marhalah Pertama ]
Tempoh ini sangat perlu dijaga bermula sejak anak-anak lahir sehinggalah mereka berpisah dari susu ibu. Perkara ini dapat diperhatikan dalam contoh kehidupan Sayyiduna Rasulullah ﷺ dan para Salaf seperti al-Imam al-Haramain al-Juwayni raḥimahuLlāh.
• Sayyiduna Rasulullah ﷺ pernah mengorek anak tengkuk Sayyiduna Husain RA oleh kerana beliau termakan buah tamar sedekah. Pada mulanya Baginda ﷺ menyuruhnya

agar meluahkan kembali (( كخكخ )), tetapi sebab sudah tertelan, Baginda ﷺ sendiri yang mengoreknya.
(Tanbih) Kata Guru yang Mulia: Perhatikan, walaupun si anak yang kecil masih belum ditaklifkan dengan dosa dan pahala, namun dia tetap dihalang daripada memakan daripada sesuatu yang haram dan syubhah. Sayyiduna Rasulullah ﷺ mengajar: Setiap makanan akan menjadi darah daging dan akan memberi kesan kepada pembentukan akhlak kanak-kanak. Oleh sebab itu, hatta semasa kecil, makanan mereka sangat dijaga dan diberikan perhatian.
• Dikisahkan juga oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah raḥimahuLlāh kepada Guru yang Mulia bahawa, telah berlaku suatu peristiwa yang seumpamanya pada batang tubuh al-Imam al-Juwayni raḥimahuLlāh semasa beliau masih bayi. Suatu hari, ayahnya pernah memuntahkannya yang masih kecil dan sedang berada di dalam tempoh menyusu lagi!
Puncanya ialah terdapat seorang hamba yang tersilap memberi minum susu yang tidak elok sumbernya, sewaktu al-Imam al-Juwayni menangis teresak-esak kehausan. Apabila al-Imam al-Juwayni dewasa, pertuturan beliau menjadi sedikit pelat oleh kerana peristiwa beliau dimuntahkan oleh ayah semasa kecil tadi.
[ Marhalah Kedua ]
Pada peringkat ini, tempohnya adalah semasa kanak-kanak berusia 2 tahun sehingga 4 tahun. Ketika ini, mereka mula bernafsu dengan makanan. Nasihat Guru yang Mulia: Ibu bapa jangan putuskan nafsu makanan mereka, sebaliknya, kawallah nafsu anak-anak dengan baik.
• Umur dua tahun dan ke atas, mereka sudah putus tempoh susuannya. Oleh sebab itu, mula terbit di dalam diri mereka nafsu makan yang membuak-buak. Selain daripada makanan, pendidikan tentang pakaian juga perlu diperhatikan. Berikut merupakan perkara yang perlu diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak semasa Marhalah Kedua:
1. Ajari mereka adab makan.
2. Ajari mereka pilih makanan yang baik.
3. Jangan diajar mereka dengan makanan yang terlalu mewah.
4. Ajari mereka sekali-sekala dengan makan yang keras dan kurang lazat.
5. Ajari mereka secara tidak langsung, tujuan makan adalah untuk beribadat kepada Allah Ta’ala.
6. Jangan diajar mereka dengan makan yang banyak. Ini kerana, perbuatan makan yang terlalu banyak sehingga gemuk adalah tercela di sisi agama (melainkan kalau dia lahir-lahir sudah sihat).
7. Ajari mereka agar tidak berhias dengan keterlaluan.
8. Ajari mereka perbezaan pakaian lelaki dan perempuan.
(Faedah): Dengan berlakunya pengulangan (( تقرر )) , akhirnya ia akan melekat terus pada peribadi anak-anak. Diulang-ulang sehingga menjadi malakah, darah daging di dalam diri mereka. Dari kecil mereka dididik, apabila besar mereka dengan sendirinya mereka akan berasa malu untuk memakai pakaian yang tidak elok.
(Tanbih) Kata Guru yang Mulia: Pesan al-'Allamah Shaykh Dr. Yusri al-Hasani ḥafiẓahuLlāh, sekurang-kurangnya dalam masa seminggu, hendaklah diajarkan kepada anak-anak dengan makanan tanpa berlauk. Contohnya: seperti dengan makan roti semata-mata.
[ Marhalah Ketiga ]
Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh tamyiz. Lazimnya ketika mereka sudah berumur 4 tahun dan ke atas. Kata Guru yang Mulia, dhobit pada menyatakan mereka sudah memasuki Marhalah Ketiga ini ialah:
1. Mereka sudah mula makan dengan tangan sendiri
2. Mereka sudah mula merasa malu kalau orang lain tengok dia mandi
3. Mereka sudah mula menunjukkan tanda-tanda kematangan
Sekiranya tanda-tanda ini sudah kelihatan, maka pada tempoh tersebut, ibu bapa hendaklah memperbanyak masa mereka bersama dengan anak-anak. Jangan gunakan uslub: “Kamu kena buat begini dan begini”. Namun, gunakanlah uslub: “Saya akan belajar bersama dengan kamu” (( انا أتعلمك )).
• Ringkasnya, terdapat beberapa tempoh yang berbeza bagi kanak-kanak, yang memerlukan uslub yang berbeza seperti berikut:
1. Uslub “kamu kena buat begini dan begini”
2. Uslub “saya akan belajar bersama dengan kamu”
3. Uslub “kita adalah sahabat” (belajar daripada pengalaman hidup)
4. Uslub “anak-anak mahu belajar daripada ibu ayah”
(Tanbih): Pesan Guru yang Mulia, sekalipun sampai satu masa nanti, anak tersebut menjadi lebih pandai, namun dia tetap memerl

ukan didikan ibu ayahnya. Ini kerana, mereka tidak boleh melawan proses kematangan dan pengalaman yang telah dilalui oleh ibu ayah dalam kehidupan mereka.
[ Kaedah Ta'dib Anak yang Melakukan Maksiat ]
• Fasa Pertama
Sekiranya ibu dan ayah melihat anak-anak melakukan maksiat secara sembunyi, maka, jangan dimalukan mereka di hadapan orang ramai. Jika tidak, mereka akan menjadi lebih jahat. Apabila dia bermaksiat secara senyap-senyap, itu tanda dia masih mempunyai perasan malu di dalam dirinya. Maka, ibu ayah tegurlah melalui perbuatan malunya.
(Tanbih): Baginda ﷺ tidak membiarkan kesalahan kanak-kanak, perkara yang tersilap perlu terus ditegur. Namun, jangan bukanlah sampai memalukan mereka di hadapan orang ramai.
• Fasa Kedua
Sekiranya Fasa Pertama tadi masih belum menemui hasil, maka barulah masuk kepada Fasa Kedua, iaitu ta'dib melalui hukuman. Nasihat Guru yang Mulia: Kali ini mesti menggunakan reaksi, tidak boleh berpada dengan perkataan semata-mata supaya otak anak-anak boleh refleksi terhadap apa yang dihukum oleh ibu ayahnya.
(Tanbih): Hukuman pukul di sini, bukanlah dengan maksud mencederakan badan anak-anak. Namun, sebaliknya ia bermakna mendidik dengan pukulan yang sederhana sehingga berlaku sentuhan di dalam hati anak-anak. Tangan Guru yang Mulia sendiri pernah dipukul oleh Murabbinya.
Namun, pukulan itu hanyalah dengan sebatang pen. Tangan langsung tidak cedera. Hati pula yang terpukul. Inilah peranan ibu ayah sebagai guru yang menta'dib supaya itu semua menjadi tanbih kepada anak-anak.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Enam Tiga,
8 Muharram 1442/
27 Ogos 2020

AMALAN SELAWAT YANG MAKBUL
Sewaktu mengikuti rombongan ziarah ke rumah Maulana Shaykh Abdullah Bukhari ḥafiẓahuLlāh, Guru Mulia Sidi Tengku Yusuff ḥafiẓahuLlāh bertanya apakah amalan yang baik untuk dilakukan.
Jawab Maulana Shaykh Bukhari :
“Selepas Asar pada setiap hari Jumaat, berselawatlah sebanyak 80 kali. Kemudian, kamu berdoalah kepada Allah Ta’ala. Doa tersebut akan makbul insya-Allah.”
Tambahan: Antara ṣīghah selawat yang sangat baik untuk diamalkan pada waktu tersebut ialah Selawat Ummi seperti mana berikut:
(( اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم تسليما ))
Maksudnya: “Ya Allah, limpahkan selawat ke atas Sayyiduna Nabi Muhammad ﷺ hamba-Mu, Rasul-Mu, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarganya, para sahabatnya dan limpahkan salam sejahtera kepadanya.”
[ Tertib Amalan ]
1. Dibaca selawat sebanyak 80 kali
2. Dibaca setiap hari Jumaat
3. Dibaca selepas Asar
4. Berdoa
[ Faedah ]
1. Amalan ini juga seperti yang selalu dipesan oleh Guru Mulia Ustaz Pok Mang ḥafiẓahuLlāh agar diamalkan, seperti yang tersebut di dalam kitab “al-Durar al-Naqiyyah”. Ia merupakan wirid bagi tariqah Syazuliyyah Yusriyyah yang dikarang oleh al-'Allamah Shaykh Dr. Yusri Rusydi Jabr al-Hasani wa al-Husayni ḥafiẓahuLlāh.
2. Bahkan, dikhususkan sebuah bab tentang (( أذكر ما بعد عصر الجمعة )) di dalam kitab “al-Khulasah” yang disusun oleh al-'Allamah al-Habib Umar bin Hafiz ḥafiẓahuLlāh. Disebutkan bahawa, Selawat Ummi dibaca sebanyak 80 kali atau 100 kali. Antaranya lagi ialah:
i) Selawat Ibrahimiyah (seperti yang selalu dibaca ketika tahiyat akhir)
ii) Selawat Tajiyah Sidi Shaykh Abu Bakar Salim raḥimahuLlāh
iii) Wirid Sidi Shaykh Abu Bakar Salim raḥimahuLlāh
3. Di dalam Muqaddimah bagi kitab “Dalail al-Khairat”, al-Imam Muhammad Sulaiman al-Jazuli raḥimahuLlāh ( wafat 1465 M ) ada menyebutkan bahawa, Sayyiduna Rasulullah ﷺ telah bersabda,
(( من صلى عليَّ يوم الجمعة مئةمرة، غفرت له خطيئة ثمانين سنة ))
Maksudnya: “Barangsiapa yang berselawat ke atas aku pada hari Jumaat sebanyak 100 kali, diampunkan baginya kesalahan selama 80 tahun.”
[ AMALAN KEDUA ]
Seterusnya, Maulana Shaykh Bukhari ḥafiẓahuLlāh juga ada menyebut:
“Pada setiap malam, iaitu sebelum daripada kamu tidur bacalah: (( سبحان الله )) sebanyak 33 kali, kemudian (( الحمد لله )) sebanyak 33 kali, kemudian (( الله اكبر )) sebanyak 33 kali, kemudian Ayat Kursi, kemudian Āmana al-Rasūl.”
Ataupun dibaca: Ayat Kursi dan Āmana al-Rasūl dahulu sebelum daripada berzikir. "Zikir Sayyidatuna Fatimah" ini berdasarkan sebuah hadis tentang amalan yang disebutkan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ kepada anak perempuan Baginda ﷺ iaitu, Sayyidatuna Fatimah al-Zahra radhiaLlāhu anhā.
Tambahan: Āmana al-Rasūl yang dimaksudkan ialah dua ayat yang terakhir daripada Surah al-Baqarah.
Semoga Allah Ta’ala memudahkan kita untuk mengamalkannya.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Seratus Tujuh Satu,
16 Muharram 1442/
4 September 2020