Guru yang dimaksudkan tersebut ialah al-Imam Sayyidi Abu Ali Hasan al-Zabidi raḥimahuLlāh. Tiba-tiba, ada tetamu datang dan mengetuk pintu dari luar rumah tempat beliau bekerja. Anak murid itu pun lantas pergi membuka pintu dan melihat rupa-rupanya ada pelajar lain yang datang. Kemudian, dia menutup pintu kembali.
Sebelum murid tersebut duduk, Gurunya berpesan agar jangan duduk lagi lalu bertanya, “Semasa kamu bangun tadi, apakah yang kamu niatkan ketika hendak membuka pintu?”, kemudian, dijawab oleh murid tersebut tidak ada.
Berkata Gurunya, “Adakah seorang Faqir (merujuk pada ahli Sufi) bergerak dalam keadaan kosong dari niat?”, lalu, dengan rendah diri, murid tadi pun bertanya kembali kepada Gurunya, apakah niat yang akan dilintaskan oleh Guru, jika melalukan perbuatan yang serupa dengannya tadi?
Jawab Gurunya, “Aku akan menghadirkan sebanyak 25 niat semasa hendak membuka pintu!”
Kata Guru Mulia Ustaz Adlin ḥafiẓahuLlāh : Disebabkan oleh niat, sesuatu adat ( kebiasaan ) boleh bertukar menjadi ibadat. Maka perbanyakkan niat. Roh ibadat ialah niat, manakala kewujudan ikhlas pula adalah suatu rahsia yang hanya diketahui oleh Allah Ta'ala.
Kitab yang sangat baik untuk dijadikan sebagai panduan ialah “Kitab Niat” yang dikarang oleh al-Habib al-Sayyid al-Syarif Muhammad Ibn 'Alwi ibn Umar al-Aydrus raḥimahuLlāh, atau lebih dikenali sebagai Habib Saʼad ( wafat tahun 2011 ).
[ Niat Menuntut Ilmu al-Imam al-Haddad ]
Al-Imam al-Habib Abdullah 'Alawi al-Haddad raḥimahuLlāh telah menyusun niat dalam menuntut ilmu. Amalan ini juga seperti yang seringkali dibaca oleh Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh di awal mana-mana pengajian :
نَوَيْتُ التَّعَلُّمَ وَالتَّعْلِيْمَ
وَالتَّذَكُّرَ وَالتَّذْكِيْرَ
وَالنَّفْعَ وَاْلإِنْتِفَاعَ
وَاْلإِفَادَةَ وَاْلإِسْتِفَادَةَ
وَالْحَثَّ عَلَى التَّمَسُّكِ بِكِتَابِ اللّٰهِ
وبِسُنَّةِ رَسُولِهِ صلى الله عليه وسلم
وَالدُّعَاءَ إِلَى الْهُدَى، وَالدَّلاَلَةَ عَلَى الْخَيْرِ
َابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ وَمَرْضَاتِهِ وَقُرْبِهِ وَثَوَابِهِ
Antara niat yang disebutkan ialah :
1. Niat untuk belajar.
2. Niat untuk mengajar.
3. Niat untuk mendapatkan peringatan.
4. Niat untuk memberi peringatan.
5. Niat untuk memberi manfaat.
6. Niat untuk mendapatkan manfaat.
7. Niat untuk memberi faedah.
8. Niat untuk mendapatkan faedah.
9. Niat untuk mendorong diri berpegang dengan al-Quran.
10. Niat untuk mendorong diri berpegang dengan Sunnah Nabi ﷺ.
11. Niat untuk mengajak kepada hidayah.
12. Niat untuk menunjuk kepada kebaikan
13. Niat untuk dikurniakan dengan ikhlas.
14. Niat untuk mengharap redha Allah Ta’ala.
15. Niat supaya didekatkan kepada Allah Ta’ala.
16. Niat supaya mendapat pahala daripada Allah Ta’ala.
Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh berkata : Kalau seseorang itu faham setiap daripada niat tersebut, sekiranya mereka tertidur dalam majlis pengajian sekalipun, nescaya mereka tetap akan mendapat setiap apa yang telah mereka niatkan itu!
Moga-moga kita semua juga diberikan petunjuk dan taufiq oleh Allah Ta'ala untuk beramal dengannya.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Dua Ratus Enam Lima,
23 Rabi' al-Akhir 1442/
8 Disember 2020

AMALAN SOLAT ISTIKHARAH
Amalan ini seperti yang telah diijazahkan oleh al-'Allamah al-Habib Umar ḥafiẓahuLlāh kepada Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh dan para Masyayikh semasa al-Habib berada di Malaysia.
Berkata oleh al-'Allamah al-Musnid al-'Arif bilLah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz ḥafiẓahuLlāh di dalam kitab “Al-Khulāsah fi Aurād wa Ād'iyah Wāridah wa Mā'thūrah” pada tajuk “Doa Istikharah Umum dan Khusus” (( مِن دعواتِ الاستخارةِ العامةِ والخاصة )) bahawa :
“Dilakukan amalan solat Istikharah pada setiap hari, (iaitu) selepas solat Isyraq dan solat Dhuha – empat atau dua rakaat. Kemudian setelahnya, niatkanlah bersama solat Istikharah dan berdoa.”
[ Tanbih ] Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh berpesan, ramai orang yang salah faham tentang konsep Istikharah. Amalan tersebut bukanlah pada soal jodoh semata-mata. Hatta, pada soal hendak menuntut ilmu : Memilih guru, memilih kitab, memilih tempat belajar pun, kita disarankan untuk melakukan Istikharah.
[ Amalan Para Aimmah ]
Amalan ini seperti yang dilakukan oleh al-Imam al-Munziri raḥimahuLlāh ( wafat tahun 1258M ) sebelum menulis kitab. Perkara tersebut telah dinyatakan oleh beliau sendiri pada Muqaddimah bagi kitabnya yang merangkumi empat bab utama : (1) Solat, (2) Puasa, (3) Sedekah serta (4) Doa dan Zikir.
Bahkan, sebelum Al-Imam al-Bukhari raḥimahuLlāh ( wafat tahun 870M ) hendak memasukkan setiap daripada hadith Sayyiduna Rasulullah ﷺ; yang berjumlah sebanyak 7000 lebih ke dalam kitabnya – beliau telah menunaikan solat Istikharah dua rakaat terlebih dahulu! Kitab itu telah dikarang selama 16 tahun.
Beliau meminta petunjuk daripada Allah Ta’ala atas pilihan yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam kitab Sahih al-Bukhari. Perkara ini seperti yang telah dinyatakan oleh al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani raḥimahuLlāh ( wafat tahun 1449M ) di dalam kitab Fatḥ al-Bārī syarah bagi Sahih al-Bukhari.
Berkata oleh Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh : Ada banyak perkara dalam kehidupan kita yang memerlukan kepada Istikharah. Berkat amalan Istikharah, Allah Ta’ala telah mudahkan perjalanan hidup. Para Masyayikh, mereka berpesan supaya beramal, dalam keadaan mereka sendiri telah merasai kemanisannya.
[ Doa Solat Istikharah ]
Ringkasnya, tertib amalan adalah seperti berikut :
1. Solat Dhuha ( sekurang-kurangnya 2 rakaat )
2. Solat Istikharah ( 2 rakaat )
3. Doa Istikharah
4. Doa sendiri
Doa solat Istikharah yang dinyatakan oleh al-Habib lebih panjang. Adapun yang lebih ringkas, seperti yang disebutkan oleh al-Imam al-Munziri raḥimahuLlāh di dalam kitab “Kifāyah al-Muta'abbid wa Tuhfah al-Mutazahhid”.
Doa tersebut telah diajarkan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ, seperti yang diriwayatkan oleh Sayyiduna Jabir radhiaLlāhu 'anhu. Selepas menunaikan solat Istikharah dua rakaat, kemudian berdoalah ( dan setelah itu barulah disebutkan hajat khusus ):
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي، فَاقْدُرْهُ لِي
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ، وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ، ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ
Pesan Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh : Hafaz doa tersebut. Kalau umum (( الاستخارة العامة )), setelah membaca doa Istikharah, maka berdoalah seperti berikut :
“Ya Allah, jadikanlah dalam kehidupanku ini baik belaka...”
Amin.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Dua Ratus Enam Lima,
23 Rabi' al-Akhir 1442/
8 Disember 2020
https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti

NASIHAT PENTING BAGI PENUNTUT ILMU
Nasihat ini merupakan sebahagian kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru Sahibus Samahah Dr Zulkifli Al-Bakri حفظه الله تعالى di Alor Setar, negeri Jelapang padi. Kita telah meminta tiga nasihat daripada Tuan Guru Mufti حفظه الله تعالى.
Tuan Guru Mufti حفظه الله تعالى menjelaskan kepada kita semua tiga nasihat paling penting yang perlu dihadam oleh seluruh penuntut ilmu. Supaya mereka semua dapat terus kekal istiqamah menuntut ilmu sehingga ke penghujung usia.
[ Nasihat Pertama : Takwa ]
Nombor satu sekali itu namanya ialah takwa. Kerana Allah سبحانه وتعالى ada menyebut berulang-ulang kali tentang ini di dalam Al-Qur'an.
Takwa ini ubat yang paling mujarab, penyembuh kepada segala masalah. Kita baca sejarah bahawa terdapat ramai orang yang bertakwa itu akhirnya berjaya dalam kehidupannya.
Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu untuk menyebut:
(( اني اخاف الله ))
Maksudnya : “Sesungguhnya aku sangat takut kepada Allah Ta’ala.”
Ini kerana dia boleh timbul perasaan takut kepada Allah سبحانه وتعالى. Bahkan, dia boleh mempamerkan perasaan cinta kepada Allah سبحانه وتعالى.
[ Nasihat Kedua : Solat Malam ]
Kedua, bagi orang yang menuntut ilmu itu, seboleh-bolehnya dia jangan tinggal solat malam. Sebab itu Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله تعالى telah berkata:
"Tidak patut sama sekali bagi orang yang menuntut ilmu itu dia meninggalkan solat malam. Tidak patut dan tidak mungkin. Seorang penuntut ilmu akan bangun solat malam, walaupun sekadar cuma dua rakaat sahaja..."
Tradisi bagi orang yang menuntut ilmu itu dia akan bangun solat malam. Amat malang sekali bagi orang yang meninggalkannya. Lantaran penuntut ilmu itu mengetahui bahawa nilaian solat malam itu cukup besar di sisi Allah سبحانه وتعالى.
Bacalah sejarah orang yang hebat zaman dahulu; mereka tidak pernah meninggalkan solat malam.
[ Nasihat Ketiga : Berakhlak Mulia ]
Ketiga, kita hendaklah berakhlak dengan akhlak yang mulia dengan sahabat-sahabat kita, dan seluruh orang yang berada di sekeliling kita.
(( وخالق الناس بخلق حسن ))
Maksudnya : “Dan berakhlak kamu kepada manusia yang lain dengan akhlak yang mulia.”
Cuba untuk baiki akhlak kita, kerana akhlak itu lambang kehebatan keperibadian seseorang. Adapun, akhlak Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah sebaik-baiknya akhlak.
(( وانك لعلى خلق عظيم ))
Disini lafaz (( لعلى )) membawa erti (( تفيد الإستعلاء )) iaitu akhlak Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah yang paling unggul dan tiada siapa pun yang mampu menandingi akhlak Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
[ Jalan yang Serasi Bagi Penuntut Ilmu ]
Apabila ada ketiga-tiga ini, barulah serasi jalan bagi seorang penuntut ilmu. Ada orang akhlaknya baik, tapi ilmu kurang. Ada orang akhlaknya baik, ilmu baik tapi takwanya kurang. Ada orang ilmu baik, tapi solat pula buat lebih kurang.
[ Sayyiduna Rasulullah ﷺ Sebagai Idola ]
Tuan Guru Mufti حفظه الله تعالى syorkan, kita kena ada satu pegangan. Pegangannya cukup mudah, iaitu kita sentiasa menjadikan Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai idola kita, sebagi qudwah dan uswah kita.
Mahu beramal semua dari Sayyiduna Nabi صلى الله عليه وسلم, memang payah. Justeru kita kena pegang sungguh-sungguh sebuah kitab – sekurang-kurangnya. Iaitu kitab Matan Arba'in An-Nawawi.
Kita patut berpegang dengan setiap hadith di dalam kitab ini dan beramal betul-betul. Ada lebih kurang 50 hadith yang disusun oleh Imam Nawawi رحمه الله تعالى dan Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali رحمه الله تعالى.
Kesemua ini kita patut baca dan jadikan sebagai pedoman dalam kehidupan kita.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Arau Bandar Diraja
16 Syawal 1438/
11 Julai 2017

ADAB BERDOA DIAJARKAN TUAN GURU
Tertib susunan doa yang dibacakan oleh Tuan Guru Ustaz Haji Zulkifli Ismail ḥafīẓahuLlāhu ta'ālā setiap kali selepas solat fardhu:
1. Memuji Allah Ta’ala.
2. Selawat dan Salam ke atas kekasih Allah Ta’ala.
3. Doa kebaikan dunia akhirat dan selamat azab Neraka.
4. Doa keampunan untuk kedua-dua ibu bapa.
5. Doa dikurniakan isteri dan anak yang soleh.
6. Doa dimatikan dalam Husnul khatimah.
7. Doa keselamatan Islam dan umat Islam.
8. Doa dijadikan orang yang ikhlas.
9. Doa kebaikan dunia akhirat dan selamat azab Neraka.
10. Selawat dan Salam ke atas kekasih Allah Ta’ala.
11. Memuji Allah Ta’ala.
Antara lafaz doanya adalah seperti yang berikut :
1. Memuji Allah Ta’ala.
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمدلله رب العالمين
Maksudnya : “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”

الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى أله وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين
Maksudnya : “Selawat dan Salam ke atas semulia-mulia dari kalangan para Nabi dan para Rasul, ke atas Ahli Keluarga Baginda dan sekalian para Sahabat Baginda.”

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari siksa neraka.” [ Rujuk : Surah al-Baqarah Ayat 201 ]

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa kedua-dua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.”

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” [ Rujuk : Surah al-Furqan Ayat 74 ]
6. Doa dimatikan dalam Husnul khatimah.
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
Maksudnya : “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik dan jangan Engkau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”

اللهُمَّ انْصُرْ الإسْلَامَ وَالْمُسلمين، في كُلِّ مَكَانِ، إنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير
Maksudnya : “Ya Allah, bantulah agama Islam dan umat Islam di setiap tempat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.”
8. Doa dijadikan orang yang ikhlas.
اللهم اجْعَلَنَا مِنَ الْمُخْلِصِين
Maksudnya : “Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan orang-orang yang ikhlas.”

Maksudnya : “Dan Allah Ta’ala telah mengucap Selawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad ﷺ, ke atas Ahli Keluarga Baginda dan para Sahabat Baginda berserta keberkatan dan salam.”
11. Memuji Allah Ta’ala.
والحمد لله رب العالمين
Maksudnya : “Dan segala pujian tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.”
[ DOA AWAL PENGAJIAN ILMU ]
Setiap kali sebelum memulakan majlis pengajian ilmu, Tuan Guru pasti akan berdoa seperti susunan doa yang berikut:
1. Selawat dan salam kepada kekasih-Nya, seperti :
الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ و

َالْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى أله وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين
Maksudnya : “Selawat dan Salam ke atas semulia-mulia dari kalangan para Nabi dan para Rasul, ke atas Ahli Keluarga Baginda dan sekalian para Sahabat Baginda.”
2. Doa penerang hati, seperti :
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي (25) وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي (26) وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي (27) يَفْقَهُوا قَوْلِي (28)
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku." [ Rujuk : Surah Taha Ayat 25 - 28 ]
3. Doa diberi petunjuk untuk mengikuti kebenaran, seperti :
ﺍﻟﻠﻬُﻢَّ ﺃَﺭِﻧَﺎ ﺍﻟﺤَﻖَّ ﺣَﻘّﺎً ﻭَﺍﺭْﺯُﻗْﻨَﺎ ﺍﻟﺘِﺒَﺎﻋَﺔَ، ﻭَﺃَﺭِﻧَﺎ ﺍﻟﺒَﺎﻃِﻞَ ﺑَﺎﻃِﻼً ﻭَﺍﺭْﺯُﻗْﻨَﺎ ﺍﺟْﺘِﻨَﺎﺑَﻪُ، ﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻚَ ﻳَﺎ ﺃَﺭْﺣَﻢَ ﺍﻟﺮَّﺍﺣِﻤِﻴن
Maksudnya : “Ya Allah, tunjukilah kepada kami kebenaran sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kami untuk mengikutinya, serta tunjukilah kepada kami kebatilan sebagai kebatilan, dan rezekikanlah kami pula untuk menjauhinya.’‘
4. Doa agar dikurniakan ilmu pengetahuan oleh Allah Ta'ala, seperti :
رَبِّ زِدْنِا عِلْمًا وَارْزُقْنِا فَهْمًا
Maksudnya : “Ya Allah, tambahkanlah kami dengan ilmu dan rezekikanlah kami dengan kefahaman.”
[ AMALAN WIRID TUAN GURU ]
Seterusnya, Tuan Guru juga telah menghimpunkan doa dan wirid di dalam sebuah kitab yang diberi nama: “Arbahi al-'Umuri wa Asbab al-Nasri” ( Keberuntungan Umur dan Penyebab Kemenangan ).
Setiap doa dan wirid ini diamalkan oleh Tuan Guru dan murid-muridnya di Baitul Qurro' wal Fuqoha', Sungai Udang. Di dalam kitab tersebut telah terhimpun:
1. Ratib al-Haddad (diamalkan selepas Maghrib)
2. Wirdu al-Latif (diamalkan selepas Subuh dan Asar)
3. Ad-Dhiyaul Lami' (diamalkan semasa malam Jumaat)
Ratib al-Haddad dan Wirdu al-Latif merupakan karangan al-Imam al-Qutb Abdullah bin Alawi al-Haddad raḥimahuLlāhu ta'ālā. Manakala pula, ad-Dhiyaul Lami' merupakan karangan al-Allamah al-Habib Umar bin Hafiz ḥafīẓahuLlāhu ta'ālā.
Kemudian, Tuan Guru ada berpesan agar kita dapat sentiasa mengamalkan doa Sayyiduna Rasulullah ﷺ untuk mengelak perbuatan mensyirikkan Allah Ta’ala.
Doa ini boleh dirujuk juga di dalam al-Mathurat yang disusun oleh as-Syahid al-Imam Hasan al-Banna raḥimahuLlāhu ta'ālā :
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُ
Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari perbuatan syirik (menyekutukan-Mu), sedangkan kami mengetahuinya. Dan kami memohon ampun kepada-Mu terhadap kesyirikan yang tidak kami ketahui."
Semoga kita semua tergolong di dalam kalangan orang-orang Mu'min yang sentiasa diberi bantuan taufiq dan hidayah oleh Allah ta'ala untuk berdoa kepada-Nya.
Amin.
*
# Nota Hujung : Ini merupakan sebahagian petikan daripada buku “Baitul Qurro' Wal Fuqoha': Madrasah Tarbiah Generasi Muda Islam”. Pra-tempah dibuka sehingga 14 Disember 2020. Sekiranya berminat, boleh dapatkannya pada pautan yang berikut :
https://gamisstore123.onpay.my/order/form/bukubaitulqurro/DG22
https://gamisstore123.onpay.my/order/form/bukubaitulqurro/DG22
https://gamisstore123.onpay.my/order/form/bukubaitulqurro/DG22
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Sungai Udang, Melaka
2 Jamadil Akhir 1441/
28 Januari 2020.

GAMBARAN KECINTAAN PARA AHLULLAH
"Satu hari tak makan pun tak mengapa.” – itulah perumpamaan yang disebutkan oleh Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail ḥafiẓahuLlāh tentang keadaan orang yang sedang dilamun cinta. Tuan Guru melanjutkan lagi dengan berkongsikan sebuah kisah.
Ada seorang pemuda hendak mengorat seorang gadis, yang merupakan anak dara kepada seorang hartawan besar. Rumahnya dilengkapi dengan pagar elektrik, tidak boleh dimasuki dengan mudah-mudah oleh orang asing.
Maka, pemuda tadi tunggulah selama berjam-jam lamanya sambil berdiri di luar pagar rumah. Pemuda itu berdiri di tengah kepanasan matahari, berhampiran dengan kedudukan longkang yang berbau. Berdiri selama tiga sehingga ke empat jam pun, dia sanggup untuk menunggu.
Akhirnya, keluarlah sebuah kereta dari pagar rumah. Rezeki pemuda tadi, terdapat gadis yang diminatinya itu sama di dalam kenderaan. Tingkap kereta direndahkan. Wanita itu memandang ke arahnya. Kemudian, wanita itu menurunkan purdahnya, malah melemparkan senyumannya lagi kepada pemuda tersebut!
Pemuda itu punyalah terlalu bahagia, sehinggakan kalau dia terjatuh pada masa itu dan kepalanya retak sekalipun, pasti dia tidak akan terasa sakit apa-apa!
Kemudian, kata Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail ḥafiẓahuLlāh, itu baru gambaran keindahan bercinta dengan seorang insan. Lalu, bagaimana pula halnya kecintaan para Ahlillah dengan Allah Ta’ala?
PENYAKIT BURUK SANGKA KEPADA ALLAH
Buruk adab dengan Allah Ta’ala akan memutuskan Ma'rifatuLlāh. Suatu masa dahulu, Bani Israil menghendaki pokok-pokok yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam seperti kekacang dan sayur.
Puncanya kerana, mereka takut kalau pada hari yang seterusnya, Allah Ta’ala tidak lagi menurunkan makanan kepada mereka. Maka, mereka menyuruh Nabi Musa 'alaihi al-Salām untuk meminta kepada Allah Ta’ala. Ia telah dirakamkan di dalam Surah al-Baqarah pada Ayat 61,
وَإِذۡ قُلۡتُمۡ يَٰمُوسَىٰ لَن نَّصۡبِرَ عَلَىٰ طَعَامٖ وَٰحِدٖ فَٱدۡعُ لَنَا رَبَّكَ يُخۡرِجۡ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ مِنۢ بَقۡلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَاۖ قَالَ أَتَسۡتَبۡدِلُونَ ٱلَّذِي هُوَ أَدۡنَىٰ بِٱلَّذِي هُوَ خَيۡرٌۚ ٱهۡبِطُواْ مِصۡرٗا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلۡتُمۡۗ
Maksudnya : Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu."
وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُواْ يَكۡفُرُونَ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ وَيَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِيِّـۧنَ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعۡتَدُونَ
Maksudnya : Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
Alangkah ruginya, Bani Israil lebih mempercayai usaha mereka sendiri berbanding Allah Ta’ala. Sedangkan, ia merupakan cara fikir yang tidak betul. Ini kerana, Allah Ta’ala telah memberi sesuatu yang terbaik untuk mereka bertahan di padang pasir. Firman Allah Ta’ala dalam Surah al-Baqarah pada Ayat 57,
وَظَلَّلۡنَا عَلَيۡكُمُ ٱلۡغَمَامَ وَأَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمُ ٱلۡمَنَّ وَٱلسَّلۡوَىٰۖ كُلُواْ مِن طَيِّبَٰتِ مَا رَزَقۡنَٰكُمۡۚ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِن كَانُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ
Maksudnya : Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" (sejenis manisan) dan "Salwa" (sejenis burung), (ser

ta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
[ Tanbih ] Pesan Tuan Guru juga, tidak mampu untuk kita membalas jasa kedua-dua ibu bapa dalam menjaga iman kita. Sejak dari kecil, kita telah diajar untuk berbaik sangka dengan Allah Ta’ala. Oleh sebab itu, doa mereka lebih pantas dikabulkan berbanding segala Auliya'.
KELAZATAN TERAGUNG DI DUNIA
Kelazatan teragung di dunia ialah Ma'rifatuLlāh. Para Auliya' Allah Ta’ala, sepanjang masa hidupnya dalam keadaan bahagia. Ini seperti yang berlaku ke atas Tok Kenali. Beliau tidak melihat ulat yang berada di kakinya, tetapi beliau melihat perbuatan Allah Ta’ala di kakinya.
Keintiman para Kekasih Allah Ta’ala adalah jauh melebihi daripada mana-mana keintiman pasangan kekasih. Betapa hebatnya keadaan intim tersebut, sehinggakan Allah Ta’ala mengisytihar perang dalam sebuah Hadith Qudsi :
مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ
Maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapanya.”
Pesan Tuan Guru : Apabila kita mengenang kembali bagaimana Allah Ta’ala telah mentarbiah kita dengan sifat Al-Latif, nescaya kita akan jatuh cinta kepada-Nya. Timbul perasaan “tasywiq” iaitu kerinduan yang mendalam kepada Allah Ta’ala.
Namun, apabila kita dalam keadaan lalai, Allah Ta’ala datangkan peringatan secara beransur-ansur. Allah Ta’ala tidak menurunkan musibah secara mendadak, sekalipun kita berhak untuk menerimanya...
*
# Nota Hujung : Ini merupakan sebahagian petikan daripada buku “Baitul Qurro' Wal Fuqoha': Madrasah Tarbiah Generasi Muda Islam”. Pra-tempah dibuka sehingga 14 Disember 2020. Sekiranya berminat, boleh dapatkannya pada pautan yang berikut :
https://gamisstore123.onpay.my/order/form/bukubaitulqurro/DG22
https://gamisstore123.onpay.my/order/form/bukubaitulqurro/DG22
https://gamisstore123.onpay.my/order/form/bukubaitulqurro/DG22
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
Selesai ditulis pada 7 Rabi' al-Akhir 1442, bersamaan dengan 22 November 2020 di Batu Gajah, Perak.

BELAJAR, BUKAN NIAT UNTUK DISEBUT 'ALIM
Sebelum ini, Guru yang Mulia Shaykh Nazrul Nasir al-Azhari ḥafiẓahuLlāh membaca kitab “Lawāqih al-Anwār” karangan al-Imam Abdul Wahab al-Sya'rani raḥimahuLlāh ( wafat tahun 974H ) pada setiap hari Juma'at, bersama dengan kitab “Tafsir Nurul Ihsan”.
Kini, kitab tersebut dibaca oleh Guru yang Mulia di Dewan Dalail al-Khairat, selepas daripada membaca rutin harian “Musabbaʼat Asyarah” dan rutin mingguan pada petang hari Isnin iaitu bertahlil لا إله إلا الله sebanyak 1,000 kali – seperti yang pernah diisyaratkan oleh Tiang Pasak Negeri Kedah, al-Arif bilLah Tuan Guru Pak Teh Mad ḥafiẓahuLlāh.
Imam Abdul Wahab al-Sya'rani raḥimahuLlāh telah menulis di bawah tajuk, “Perjanjian Keempat bagi Penuntut Ilmu” bahawa, hendaklah kita semua berjanji untuk berterusan mengulang kaji pelajaran kecuali ketika : (1) Melakukan ibadah yang mempunyai waktu tertentu seperti solat dan (2) Menunaikan hajat seperti ke tandas.
Imam al-Shafie raḥimahuLlāh ( wafat tahun 204H ) berkata bahawa : Menuntut ilmu itu terlebih afdhal berbanding menunaikan solat nafilah. Kemudian, ditambah pula oleh Imam al-Sya'rani bahawa, menuntut ilmu yang dimaksudkan pada kalam tersebut mestilah diikatkan bersama dengan ikhlas, barulah ia menjadi lebih afdhal.
Kelebihan menuntut ilmu yang disebutkan di dalam al-Quran dan disabdakan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ sangat banyak sekali. Antara yang pernah disebutkan oleh Guru ialah, cukuplah sepotong ayat ini dalam menerangkan betapa tingginya darjat orang 'alim :
شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآئِمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ
Maksudnya : “Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan Malaikat-Malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [ Rujuk: Surah Ali-Imran, Ayat 18 ]
[ Tanbih ] Seluruh kelebihan yang diberikan kepada orang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya, hanya KHUSUS terhadap orang yang ikhlas sahaja. Pesan Guru yang Mulia : Jangan mengaku penuntut ilmu, kalau tidak ikhlas. Belajar bukan niat mahu orang menyebutnya sebagai : 'alim atau “isytighal” ( bersibuk-sibuk ) dalam waktu yang panjang semata-mata kerana ilmu.
Bahkan, terdapat amaran tegas daripada Sayyiduna Rasulullah ﷺ berkenaan tiga orang yang akan dipanggil oleh Allah Ta'ala. Lalu, diseret wajah mereka dan dilemparkan ke dalam api Neraka. Antaranya ialah orang yang menuntut ilmu, tetapi dengan niat agar disebut-sebut sebagai seorang 'alim.
Imam al-Sya'rani menimbulkan persoalan : Mengapa tidak disyariatkan solat sahaja di dalam Islam ? Sebaliknya, terdapat tuntutan untuk belajar, ada puasa, ada zakat, ada haji dan sebagainya. Jawapannya kerana, manusia cepat berasa “malal” ( bosan ) dalam membuat satu jenis perbuatan sahaja.
Kalau manusia tidak bosan, nescaya Sayyiduna Rasulullah ﷺ akan menyuruh kita untuk melakukan perkara-perkara wajib dan afdhal sahaja. Sekaligus menyuruh kepada kita agar meninggalkan terus perkara-perkara “mafdhul” ( lebih rendah daripada peringkat afdhal ) – namun, itu tidak berlaku.
Hakikatnya, manusia suka berpindah-pindah keadaan dan amalan. Belajar satu tempat juga akan cepat bosan, perlu duduk pada tempat yang berbeza-beza untuk mengelakkan jemu. [ Kata Guru yang Mulia : sebab itulah, apabila ada waktu lapang, pelajar di Zawiyah akan dibawa keluar untuk merasai suasana baru. ]
Tambah Imam al-Sya'rani lagi, apabila timbul perasaan bosan, akhirnya hilanglah tarikan dan kelazatan untuk melakukan sesuatu amalan. Jika sekiranya perkara “mafdhul” lebih hampir kepada lazat dan khusyuk, maka syarak memberi kita pilihan untuk melakukannya. Syarak membenarkan kita untuk berpindah kepada amalan yang lain.
Imam al-Shafie membahagikan malamnya kepada tiga bahagian :
1. Waktu untuk Tidur
2. Waktu untuk

Ilmu
3. Waktu untuk Tahajud
Selain itu, Imam al-Sya'rani turut memberi peringatan agar penuntut ilmu memperbanyakkan menangis.
Para Sahabat radhiaLlāhu 'anhum sentiasa menangis dalam banyak keadaan sehingga meninggalkan garisan, kesan laluan air mata pada pipi mereka. Demikianlah pesanan al-Imam Abdul Wahab al-Sya'rani agar penuntut ilmu dapat menangis dengan bersungguh-sungguh sehingga boleh menjadi seperti itu.
Nasihat Guru yang Mulia, jadilah kita seperti harimau citah ( cheetah ). Binatang tersebut selalu menangis kerana takutkan Allah Ta’ala. Tangisannya sangat banyak, sehingga terbentuk lorong hitam di bawah kelopak matanya.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم
-Rasyid Al-Kinti
Hari Dua Ratus Tujuh Tiga,
1 Jamadil Akhir 1442/
16 Disember 2020

AMALAN MURAH REZEKI YANG MUJARAB
Kitab yang dibaca oleh Guru Mulia Ustaz Muhammad Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah pada hari Juma'at yang lalu, bertajuk “Husūl al-Rifq bi Usūl al-Rizq”.
Ia adalah salah sebuah karangan al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti rahimahullah ( wafat tahun 911H ). Kitab tersebut telah diterjemahkan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Nor Adzhar Ibrahim ḥafiẓahuLlāh dengan judul “Anak Kunci Menjemput Rezeki”.
[ Amalan Bersedekah ]
Rezeki merupakan setiap suatu perkara yang kita mendapat manfaat daripadanya – termasuklah rezeki yang halal atau haram. Perkara yang tidak dapat dimanfaatkan oleh kita, namanya bukan rezeki.
Namun, dalam banyak rezeki, hanya terdapat satu sahaja yang akan kekal seperti yang pernah dipesan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ di dalam sebuah Hadith Qudsi. Apa yang dimakan, akan berubah menjadi najis. Apa yang dipakai, akan berubah menjadi lusuh. Namun, apa yang disedekah, maka itulah yang akan berkekalan.
[ Tanbih ] Antara pesanan penting daripada Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri ḥafiẓahuLlāh semasa membaca kitab “Kifāyah al-Muta'abbid” karangan al-Imam al-Munziri raḥimahuLlāh ( wafat tahun 656H ) ialah :
“Penuntut ilmu ( sekarang ), apabila mengaji bab solat, mereka solat. Apabila mengaji bab zikir, mereka berzikir. Namun, apabila mengaji bab sedekah, mereka jadi 'baloq', jadi payah nak bersedekah. Sedangkan, Allah Ta’ala sudah menjamin bahawa, orang bersedekah sama sekali tidak akan miskin!”
يَمۡحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰاْ وَيُرۡبِي ٱلصَّدَقَٰتِۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ
Maksudnya : “Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.” [ Rujuk: Surah al-Baqarah, Ayat 276 ]
https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti
[ Hakikat Rezeki ]
Rezeki sudah dijamin oleh Allah Ta'ala bagi setiap makhluk. Maka, jangan kita pernah merasa risau dengan rezeki kita. Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri al-Azhari ḥafiẓahuLlāh mengingatkan kembali kita, sepertimana yang telah dipesan di dalam Surah Hud Ayat 6 :
وَمَا مِن دَآبَّةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَاۚ كُلّٞ فِي كِتَٰبٖ مُّبِينٖ
Maksudnya : “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi, melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada Malaikat-Malaikat yang berkenaan).”
Daripada Sayyiduna Abdullah bin Mas’ud radhiaLlāhu 'anhu, bahawa Sayyiduna Nabi ﷺ bersabda :
إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ
Maksudnya : “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari.”
ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ
Maksudnya : “Kemudian diutus kepadanya Malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (Malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: (1) Menetapkan rezekinya, (2) ajalnya, (3) amalnya dan (4) kesudahannya sama ada derita atau bahagia.”
[ Tanbih ] Perhatikan, di sana, Sayyiduna Rasulullah ﷺ menyebut mengenai ketetapan rezeki dahulu berbanding tiga perkara yang lain. Kata Guru Mulia Ustaz Adlin ḥafiẓahuLlāh : Rezeki yang sudah dijamin oleh Allah Ta'ala, sama sekali tidak akan berubah. Bidalan Melayu, “Beras Secupak, Tidak Akan Menjadi Segantang” sangat bertepatan ma'nanya dengan hadith tersebut.
Disebutkan oleh al-Imam Ibnu Athoillah al-Sakandari raḥimahuLlāh di dalam kitab Hikam bahawa,
(( سَوَابِقُ الهِمَمِ لَا تَخْرُقُ أَسْوَارُ القَدَر ))

Maksudnya : “Kehendak kita (yang diminta kepada Allah Ta’ala), sama sekali tidak akan merobohkan pagar taqdir yang telah ditetapkan oleh Allah Ta'ala.”
[ Tanbih ] Rezeki dibahagikan oleh para Ulama' kepada dua, iaitu “Mu'allaq” ( tergantung ) dan “Mubram” ( tetap ). Rezeki Mu'allaq boleh berubah-ubah pada tulisan buku yang disimpan pada Langit Pertama. Atau dengan makna yang mudahnya, tergantung pada pengetahuan makhluk. Contohnya, seseorang itu dipanjangkan umur dan diluaskan rezeki dengan sebab menyambung silaturahmi antara keluarga.
Adapun rezeki Mubram, sama sekali tidak akan berubah pada Ilmu Allah Ta’ala. Apa yang telah ditakdirkan oleh Allah Ta'ala, tidak boleh ditolak dengan doa. Ia kekal dalam keadaan yang serupa semenjak dari azali. Inilah yang dimaksudkan oleh kalam al-Imam Ibnu Athoillah al-Sakandari raḥimahuLlāh.
Bukti taqdir Allah Ta’ala tidak boleh ditolak, seperti yang disebutkan oleh Guru kepada Guru Mulia Ustaz Adlin Nasri ḥafiẓahuLlāh ialah : Ramai daripada kalangan manusia, tidak pernah meminta pun sebelum tidur supaya dapat hidup lagi pada keesokan harinya. Namun, Allah Ta’ala tetap memanjangkan usia kita.
[[ AMALAN PERTAMA: ISTIGHFAR ]]
Istighfar bukan semata-mata bertujuan hendak memohon keampunan dosa. Bahkan, terdapat pelbagai faedah lagi dengan beristighfar. Pada suatu hari, al-Imam Hasan al-Basri raḥimahuLlāh ( wafat tahun 110H ) telah ditanya tentang tiga keadaan yang berbeza-beza :
1. Hujan tidak turun
2. Tidak memiliki anak
3. Kerugian dalam perniagaan
Namun, kesemua jawapan beliau adalah serupa sahaja, ya'ni al-Imam Hasan al-Basri rahimahullah berpesan kepada mereka agar mengamalkan istighfar. Lalu, beliau ditanya, mengapakah sama ketiga-tiga jawapan, sedangkan situasinya tidak sama?
Kemudian, beliau menjawab bahawa, sebenarnya amalan tersebut seperti yang telah dijelaskan oleh Allah Ta'ala sendiri di dalam Surah Nuh pada Ayat 10 sehingga 12 :
فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُواْ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارٗا (10)
Maksudnya : “Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.”
يُرۡسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡكُم مِّدۡرَارٗا (11)
Maksudnya : “(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu,”
وَيُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّٰتٖ وَيَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡهَٰرٗا (12)
Maksudnya : “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
• Amalan Istighfar dijadikan sebagai wirid harian yang asas oleh ramai Ulama', antaranya seperti yang dipesan oleh al-'Allamah Shaykh Dr Yusri Rushdi Sayyid Jabr al-Hasani ḥafiẓahuLlāh. Berikut ialah zikir asas pada setiap pagi ( sebelum matahari terbit ) dan petang ( sebelum matahari terbenam ):
1. Istighfar sebanyak 100 kali
2. Selawat sebanyak 100 kali
3. Tahlil (( لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد يحيي ويميت، وهو على كل شيء قدير )) sebanyak 100 kali
Mengapa Istighfar dahulu? Jawab al-'Allamah Shaykh Dr Yusri ḥafiẓahuLlāh : Cawan yang kotor perlu dicuci terlebih dahulu (“takhalliy”). Kemudian, barulah dituangkan air bersih yang baru – maka, dihiaskan akhlak Sayyiduna Rasulullah ﷺ dengan berselawat (“tahalliy”). Akhirnya, hati akan bercahaya dengan zikir (“tajalliy”). Mereka bercakap apa pun, Allah Ta’ala redha.
[ Faedah ] Amalan “Tiga Serangkai” ( istighfar, selawat dan tahlil ) sebanyak 100 kali itu juga merupakan amalan harian asas yang selalu dipesan oleh ramai Masyayikh. Antaranya ialah : al-'Allamah Shaykh Aun Muein al-Qaddumi ḥafiẓahuLlāh, Tuan Guru Abuya Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki ḥafiẓahuLlāh, Tuan Guru Shaykh Tirmizi Taha ḥafiẓahuLlāh dan ramai lagi.
• Daripada Sayyiduna Abdullah Ibn Abbas radhiaLlāhu 'anhuma, bahawa Sayyiduna Nabi ﷺ bersabda:
مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ، جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mel