Telegram Web Link
AMALAN SELAWAT YANG MAKBUL

Sewaktu mengikuti rombongan ziarah ke rumah Maulana Shaykh Abdullah Bukhari ḥafiẓahuLlāh, Guru Mulia Sidi Tengku Yusuff ḥafiẓahuLlāh bertanya apakah amalan yang baik untuk dilakukan.

Jawab Maulana Shaykh Bukhari :

“Selepas Asar pada setiap hari Jumaat, berselawatlah sebanyak 80 kali. Kemudian, kamu berdoalah kepada Allah Ta’ala. Doa tersebut akan makbul insya-Allah.”

Tambahan: Antara ṣīghah selawat yang sangat baik untuk diamalkan pada waktu tersebut ialah Selawat Ummi seperti mana berikut:

(( اللهم صل على سيدنا محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آله وصحبه وسلم تسليما ))

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkan selawat ke atas Sayyiduna Nabi Muhammad ﷺ hamba-Mu, Rasul-Mu, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarganya, para sahabatnya dan limpahkan salam sejahtera kepadanya.”

[ Tertib Amalan ]

1. Dibaca selawat sebanyak 80 kali
2. Dibaca setiap hari Jumaat
3. Dibaca selepas Asar
4. Berdoa

[ Faedah ]

1. Amalan ini juga seperti yang selalu dipesan oleh Guru Mulia Ustaz Pok Mang ḥafiẓahuLlāh agar diamalkan, seperti yang tersebut di dalam kitab “al-Durar al-Naqiyyah”. Ia merupakan wirid bagi tariqah Syazuliyyah Yusriyyah yang dikarang oleh al-'Allamah Shaykh Dr. Yusri Rusydi Jabr al-Hasani wa al-Husayni ḥafiẓahuLlāh.

2. Bahkan, dikhususkan sebuah bab tentang (( أذكر ما بعد عصر الجمعة )) di dalam kitab “al-Khulasah” yang disusun oleh al-'Allamah al-Habib Umar bin Hafiz ḥafiẓahuLlāh. Disebutkan bahawa, Selawat Ummi dibaca sebanyak 80 kali atau 100 kali. Antaranya lagi ialah:

i) Selawat Ibrahimiyah (seperti yang selalu dibaca ketika tahiyat akhir)
ii) Selawat Tajiyah Sidi Shaykh Abu Bakar Salim raḥimahuLlāh
iii) Wirid Sidi Shaykh Abu Bakar Salim raḥimahuLlāh

3. Di dalam Muqaddimah bagi kitab “Dalail al-Khairat”, al-Imam Muhammad Sulaiman al-Jazuli raḥimahuLlāh ( wafat 1465 M ) ada menyebutkan bahawa, Sayyiduna Rasulullah ﷺ telah bersabda,

(( من صلى عليَّ يوم الجمعة مئةمرة، غفرت له خطيئة ثمانين سنة ))

Maksudnya: “Barangsiapa yang berselawat ke atas aku pada hari Jumaat sebanyak 100 kali, diampunkan baginya kesalahan selama 80 tahun.”

[ AMALAN KEDUA ]

Seterusnya, Maulana Shaykh Bukhari ḥafiẓahuLlāh juga ada menyebut:

“Pada setiap malam, iaitu sebelum daripada kamu tidur bacalah: (( سبحان الله )) sebanyak 33 kali, kemudian (( الحمد لله )) sebanyak 33 kali, kemudian (( الله اكبر )) sebanyak 33 kali, kemudian Ayat Kursi, kemudian Āmana al-Rasūl.”

Ataupun dibaca: Ayat Kursi dan Āmana al-Rasūl dahulu sebelum daripada berzikir. "Zikir Sayyidatuna Fatimah" ini berdasarkan sebuah hadis tentang amalan yang disebutkan oleh Sayyiduna Rasulullah ﷺ kepada anak perempuan Baginda ﷺ iaitu, Sayyidatuna Fatimah al-Zahra radhiaLlāhu anhā.

Tambahan: Āmana al-Rasūl yang dimaksudkan ialah dua ayat yang terakhir daripada Surah al-Baqarah.

Semoga Allah Ta’ala memudahkan kita untuk mengamalkannya.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
والله اعلم

-Rasyid Al-Kinti

Hari Seratus Tujuh Satu,
16 Muharram 1442/
4 September 2020

https://www.tg-me.com/RasyidAlkinti
Jangan Bersedih, Allah Sentiasa Bersama Kita

Dalam kehidupan ini, kita sering dihadapkan dengan ujian dan kesedihan. Namun, janganlah kita bersedih, kerana Allah SWT sentiasa bersama kita. Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:

_لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا_ (At-Taubah: 40)

"Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita."

Ayat ini mengingatkan kita bahwa dalam setiap kesulitan, Allah SWT selalu bersama kita, memberikan kekuatan dan petunjuk. Setiap ujian yang kita hadapi bukanlah untuk menyiksa, tetapi untuk menguji keimanan kita dan mengajar kita hikmah yang berharga.

Rasulullah SAW juga bersabda:

"Sesungguhnya besarnya pahala itu sesuai dengan besarnya ujian. Sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barang siapa yang ridha, maka baginya keridhaan, dan barang siapa yang marah, maka baginya kemarahan." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Hadis ini mengajarkan kita untuk menerima ujian dengan hati yang tenang dan ridha. Sebab, dengan kesabaran dan ketabahan, kita akan mendapatkan pahala yang besar dari Allah SWT.

Dalam menghadapi ujian, marilah kita selalu berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan dan kesabaran:

_اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا_

"Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla, wa anta taj'alul hazna idha syi'ta sahla."

(Maksud: "Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau yang menjadikan kesedihan, jika Engkau kehendaki, menjadi mudah.")

Doa ini mengajarkan kita untuk selalu meminta kepada Allah SWT agar setiap kesulitan dan kesedihan yang kita hadapi dapat diubah menjadi kemudahan dan kebahagiaan.

Sebagai nasihat dan motivasi, ingatlah bahwa setiap ujian adalah bentuk kasih sayang dari Allah SWT. Ia menguji kita bukan karena Ia tidak sayang, tetapi karena Ia ingin melihat seberapa kuat keimanan dan ketabahan kita. Dengan kekuatan iman dan sabar, kita akan mampu menghadapi setiap ujian dengan hati yang teguh dan tenang.

Pagi cerah embun di daun,
Kicau burung menyapa dengan senyum.
Jangan bersedih hati yang pilu,
Allah bersama, bahagia selalu menunggu.
SALAM SELAMAT PAGI

Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diingini

عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ إِلاَّ الشِّرْكَ بِاللَّهِ.

Daripada Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda: "Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata dia membaca: Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah tidak ada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan milik-Nya dan bagi-Nya seluruh pujian, Dia yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu, sebanyak 10 kali, maka tercatat untuknya sepuluh kebaikan dan terhapus darinya sepuluh kesalahan serta diangkat untuknya sepuluh darjat, dan pada hari itu dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini, serta terjaga dari Syaitan, begitu juga tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah." (HR Tirmidzi No: 3474) Status: Hassan Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim digalakkan berzikir dan berdoa selepas solat.

2.  Antara zikir yang dianjurkan untuk dibaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata yang lain adalah;

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Barang siapa membaca sebanyak 10 kali, maka:

a)  Dicatat untuknya sepuluh kebaikan
b)  Terhapus daripadanya sepuluh kesalahan
c)  Diangkat untuknya sepuluh darjat
d)  Pada hari tersebut dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini
e)  Terjaga dari Syaitan pada hari tersebut
f)  Tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu (terampun) kecuali dosa syirik kepada Allah

3.  Orang yang membaca zikir ini selepas solat subuh sebanyak 10 kali dalam keadaan masih duduk seperti tahiyat akhir dan belum bercakap yang lain, maka akan terpelihara daripada sesuatu yang tidak diingini termasuklah pelbagai penyakit juga dilindungi dari mara bahaya yang lain.

Marilah kita mulakan awal tahun baharu Masihi 2024 ini untuk mengamalkan wirid ini selepas solat fardhu subuh juga maghrib. Moga kita sentiasa mendapat kebaikan dan terpelihara dari sebarang keburukan dan dosa.
Seorang murid bertanya kepada Syeikh Yusri Rusydi al Hasani dengan nada penuh kerendahan hati:

"Wahai Syeikh, bagaimana jika aku terlalu sibuk dengan tugasan harian sehingga tiada ruang untuk menyempurnakan wiridku?"

Dengan penuh kelembutan, Syeikh Yusri menjawab,
"Jadikanlah kesibukanmu sebagai wiridmu. Setiap amanah yang kau galas, jika disempurnakan dengan ikhlas, adalah bentuk wiridmu. Wirid harianmu ialah usaha meningkatkan kualiti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabmu.

Bagi seorang ibu, wiridnya ialah melayani suami dan anak-anaknya. Tiada ibadah tambahan yang lebih mulia bagi seorang isteri selain khidmatnya yang ikhlas terhadap suaminya.

Sebagai contoh, aku sendiri sering melakukan enam pembedahan sehari. Jika aku meninggalkan pesakitku semata-mata untuk wiridku, adakah itu sesuatu yang baik? Sudah tentu tidak.

Niatkan dalam hatimu bahawa melaksanakan tugasan dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya adalah satu bentuk zikir yang mendekatkan dirimu kepada Allah. Namun, andai ada masa yang tersisa, jangan lupa untuk menyempurnakan wiridmu juga."

Beliau mengakhiri kata-katanya dengan doa yang penuh keberkatan:
اللهم صلِّ على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Kata-kata ini mengingatkan bahawa dalam setiap perbuatan kita, selagi diniatkan kerana Allah, di situlah letaknya pahala dan keredhaan-Nya.

Kredit : Akademi Pemikiran Turath
[ Kisah I’tibar Buat Penuntut Ilmu ]

Kupasan kitab ‘Uqud al-Lujayn oleh Guru yang Mulia Shaykhina pada kali sangat menggugah jiwa. Kitab ini dikarang oleh al-Imam Nawawi al-Jawiy, sebagai panduan berkeluarga; semithal kitab al-Muhimmah dan seumpamanya.

Secara peribadi, tahun ini (2024) merupakan tahun yang terakhir hamba dan teman-teman dalam pengajian peringkat ‘Aliyyah di Zawiyah Nasiriyyah. Tentunya, setiap butir mutiara yang dituturkan oleh Shaykhina itu, perlulah diambil berat oleh para santri khususnya, dan seluruh penuntut ilmu umumnya.

Shaykhuna seringkali ditujahi dengan soalan-soalan semithal:
“Bagaimanakah Shaykh dapat kekal menuntut ilmu walaupun setelah berumahtangga? Apakah tips agar kami dapat melakukan seperti itu?”

Jawabnya ringkas kata Shaykhuna, pertama; ia bergantung kepada pilihan kita sendiri—sama ada mahu meneruskan pengajian ataupun tidak.

Kedua, bakal isterinya juga hendaklah menyedari bahawa pasangan hidupnya juga merupakan seorang murid. Sekalipun pasangannya sudah menjadi guru (sudah mengajar), namun beliau tetap menjadi murid kepada gurunya yang dahulu (murid sehingga mati).

Jika kesedaran seperti ini wujud, maka berlakulah kesefahaman. Shaykhuna agak bersedih melihat murid yang ketika zaman bujangnya itu rajin menuntut ilmu. Namun, setelah berkahwin, dia berubah menjadi manusia ‘yang lain’. Majlis-majlis gurunya sudah mula tidak kelihatan, dengan beralasan sibuk menguruskan rumahtangga!

Kemudian, Shaykhuna menceritakan kisah yang sangat menarik untuk dijadikan sebagai i’tibar oleh penuntut ilmu. Demi Allah, kisah-kisah ini hendaklah diberikan perhatian oleh kita semua! Kisah tersebut dapat diperhatikan pada dua bahagian.

(i) Pertamanya, kisah Shaykhuna menuntut ilmu di awal perkahwinan dengan Nyai Ustazah Ummi Kalsum, sehinggalah tempat tinggal mereka itu saling berjauhan. (ii) Keduanya, kisah Shaykhuna menuntut ilmu setelah menjadi Shaykh al-Zawiyah (pasca-2020).

[ Kisah Pertama ]

Shaykhuna berkelana ke Mesir pada tahun 2004 dan tidak pulang ke Malaysia, melainkan setelah empat tahun iaitu 2008. Kemudian, beliau terbang kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian dengan para Mashayikh. Pada tahun 2010, Shaykhuna mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya.

Sekalipun jadwal pengajian Shaykhuna sudah dirasai lelahnya semasa enam tahun pertama di Mesir, namun jadwal baharu Shaykhuna untuk menuntut ilmu setelah berkahwin ternyata lebih melelahkan!

Ini kerana, Shaykhuna ketika itu sudah bergelar sebagai suami, bahkan ayah kepada tiga orang anak (sepanjang tempoh bermuqim di Mesir). Ditambah pula dengan jadwal pengajian yang disusun oleh Shaykh al-Fattah beliau iaitu al-‘Allamah al-Usuliy al-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh buatnya.

Satu waktu, ketika Gus Muhammad Abu Annur berusia tiga tahun, Shaykhuna hendak memasukkan anaknya ke asrama untuk dihafazkan dengan al-Quran. Namun, al-Shaykh Ahmad Mamduh menegur perkara tersebut dan berpesan agar jangan dimatikan masa kechilnya.

Itulah waktu anak-anak patut bersama dengan kedua-dua orang tuanya.

Maka, nasihat itulah yang masih mekar di dalam sanubari Shaykhuna dan menjadi fondasi bagi manhaj pendidikan di Kuttab Zawiyah Nasiriyyah hari ini. Para pelajar Kuttab tidak menetap di asrama dan hendaklah pulang ke rumah keluarganya.

Ketika Gus Muhammad Abu Annur menginjak usianya tujuh tahun, al-‘Allamah al-Shaykh Mustafa al-Nadwi telah mengesyorkan kepada Shaykhina untuk menghantar anaknya menghafaz di sebuah perkampungan al-Quran di Manshiyah Badawi. Ia terletak di Mansurah. Jaraknya dari Kaherah adalah sejauh tiga jam perjalanan!

Di sana, tidak disediakan sebarang asrama. Ini kerana, pelajarnya perlu pulang ke rumah. Maka, bermulalah episod baharu di dalam kehidupan rumahtangga Shaykhuna, beliau terpaksa untuk berpisah dengan isterinya yang akan menetap di Mansurah bagi menguruskan anak-anak.

Shaykhuna hanya akan bertemu dengan keluarganya selama satu hari di dalam seminggu kerana perlu menghadiri kelas bersama para guru. Bahkan, seawal hari Sabtupun terdapat kelas yang diadakan oleh al-Shaykh Ahmad Mamduh di Kaherah.
Terkadang, terlintas di hati Shaykhuna, alangkah seronoknya jika dapat berlibur sekurang-kurangnya satu hari—agar bertambah sedikit masa bersama dengan keluarga yang jarang sekali dapat bertemu mata.

Namun, perasaan itu dibiarkan pergi berlalu begitu sahaja…

Setiapkali mendapat perkhabaran daripada gurunya mengenai kelas yang akan diadakan di Kaherah— sedangkan, Shaykhuna pula berada jauh di Mansurah—maka, setiapkali itulah beliau akan mengiyakannya. Langsung tidak pernah memberitahu bahawa, beliau sedang berada di satu tempat yang sangat jauh dari Kaherah!

Apatah lagi beralasan meminta keuzuran untuk tidak hadir ke kelas. Jauh sama sekali. Shaykhuna hanya menjawab ya, menuruti pesanan gurunya.

[ Kisah Kedua ]

Setelah Shaykhuna menjadi Shaykh al-Zawiyah, beliau tetap menganggap dirinya sebagai murid kepada guru-gurunya. Pengajian beliau bersama dengan para Mashayikh masih lagi berterusan.

Bahkan, sepanjang Shaykhuna menuntut ilmu di Mesir juga, beliau telahpun menjadi Shaykh al-Ruwaq di Kaherah, semenjak awal penubuhan Ruwaq Jawi pada tahun 2015. Kini, al-Fadhil al-Shaykh Hairul Nizam al-Azhariy pula yang memimpin Ruwaq.

Al-‘Allamah al-Shaykh Ahmad Mamduh akan menunjukkan kelas pengajian manakah yang perlu diikuti oleh Shaykhina—samaada berbayar ataupun sebaliknya, sekalipun tinggi sekali harganya.

Tentulah, panduan tersebut diikuti oleh Shaykhuna satu-persatu. Tidak pernah beliau menyatakan keuzuran bahawa beliau tidak mempunyai duit yang menchukupi, sekalipun memang benar begitu. Beliau tetap sahaja hadhir kerana, rezeki Allah Ta’ala itu melimpah-ruah buat penuntut ilmu.

Seringkali, Shaykhuna menuqilkan pesan-pesan berharga al-‘Allamah Pak Da ‘Eil kepada Tuan Guru Haji ‘Abdullah Bukit Lada: Jika anjing pun tidak pernah dilihat mati kelaparan (di Makkah), maka apatah lagi penuntut ilmu!

Salah satu kelas yang ditunjukkan ialah kelas bersama dengan al-‘Allamah Mawlana al-Shaykh ‘Abd al-Rashid al-Malibariy Musliyar. Kelas tersebut berjalan pada setiap hari kecuali Jumaat sahaja. Beliau merupakan Ulama Agung dari Kerala, India.

Sebenarnya, para santri juga dapat menumpang barakah daripada suhbah tersebut. Kami berpeluang untuk menuntut ilmu dengan Mawlana, tatkala Shaykhuna menjemputnya ke Zawiyah untuk membachakan kitab al-Iqna’ karya al-Imam al-Khatib al-Shirbiniy.

Berkat pengenalan daripada al-‘Allamah al-Shaykh Ahmad Mamduh, Shaykhuna dapat mempelajari lebih banyak kitab yang besar seperti: Kanz al-Raghibin sharah bagi Minhaj al-Tolibin, Sharah al-Mahalliy ke atas Jam‘u al-Jawami’ dan banyak lagi.

Kemudian, pada petang setiap hari Sabtu, Shaykhuna perlu mengikuti kelas pengajian bersama dengan al-Shaykh Ahmad Mamduh selama tiga jam. Tentulah jadwal Shaykhuna yang paling padat adalah pada hari Sabtu, minggu yang pertama bagi setiap bulan.

Di sini, kita nyatakan secara ringkas jadwal Shaykhuna, sebagaimana yang telah kami saksikannya sendiri.

i. Seawal jam sembilan pagi, Shaykhuna akan mengajarkan kitab Isbal al-Aman (Adab Mendidik Kanak-Kanak) di Masjid al-Bushra, Merbok.

ii. Jam sebelas pagi, pihak masjid menjemput Shaykhuna untuk menjamu selera. Ketika itulah, pihak mereka dapat berbual-bual dan mengadakan perbincangan ilmu bersama dengan Shaykhina.

iii. Sekitar jam 12 tengah hari sehingga Zuhur adalah waqtu untuk Shaykhina melakukan muraja‘ah kelas yang berikutnya.

iv. Kemudian, sekitar jam dua petang, Shaykhuna akan mengajarkan kitab al-Amdad al-Fayyadhah fi Tarjamah al-Ibanah wa al-Ifadhah (Fiqh Darah: Haidh, Nifas dan Istihadhah) di Surau al-Falah, Sungai Petani.

v. Sekitar jam tiga petang sehinggalah jam enam petang pula ialah waqtu Shaykhuna mengikuti kelas al-Shaykh Ahmad. Lalu, satu jam sehinggalah Maghrib pula waqtu Shaykhuna melakukan muraja‘ah.

vi. Akhirnya, pada jam lapan malam, Shaykhuna mengajarkan kitab Ayyuha al-Walad (Tasawwuf) karya al-Imam al-Ghazaliy di Masjid al-Mustaghfirin, Sungai Tiram Pulau Pinang. Setelah jamuan malam, beliau akan terus pulang dan kebiasaannya tiba di Pedu lebih kurang jam dua pagi.

Demikianlah jadwal Shaykhuna sechara ijmalnya.
Semoga Allah memanjangkan umur Shaykhuna buat umat ini dengan berkat Junjungan Agung Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alayhi wa Sallam.

-Rasyid al-Kinti

Hari 1361–Pedu, Kedah
8 Rabi’ al-Akhir 1446/
11 Oktober 2024

https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti
[ Kedai Buku Tiga Serangkai ]

Jarang benar dapat melihat kedudukan kedai buku yang saling berderetan. Tidak kiralah sama ada untuk menchari sebuah kedai di tengah kota, mahupun di pinggiran desa, kedua-duanya bukanlah mudah.

Biasanya, kita akan ketemukan sebuah kedai buku yang bersekali di dalam sebuah pasaraya yang besar. Mithalnya; Popular, MPH dan sebagainya. Terkadang, ada pula yang dapat berdiri teguh sendiri seumpama; Hasani, First Touch dan sebagainya.

Terkadang, ada pula kedai buku persendirian, yang akhirnya berkembang menjadi chawangan yang besar seperti Pustaka Darussalam di Kedah dan Jendela Ilmu di Terengganu. Kita hanya menyebut sebahagian kechil sahaja mithalnya.

Sewaqtu berjalan kaki bersama dengan Guru yang Mulia Shaykhina Nazrul Nasir di tengah-tengah Kota London tempoh hari, terasa mudahnya untuk bertemu dengan rumah buku—mungkin kerana achapkali kami kebetulan melintasinya.

Perbezaan budaya membacha, terkadang menyebabkan hal menjadi begitu. Mudah sekali untuk kita ketemukan kedai buku yang terpakai di London.

Ada sekali itu, ketika kami hendak sowan ke Maqam al-Shaykh Abu Bakr Siraj al-Din—ataupun lebih masyhur namanya itu al-Shaykh Martin Lings—kami telah ketemu dengan Sue Ryder, sebuah pusat kebajikan di desa Oxted. Ia menjual barang-barang terpakai untuk tujuan mengumpulkan sumbangan.

Menariknya, mereka turut menjual banyak buku. Ada yang dijual dengan harga serendah 1£ (sekitar lima ringgit lebih). Shaykhuna telah membeli beberapa karya yang nadir di sana, seperti The Snow Goose dan The Small Miracle. Kedua-duanya merupakan karya agung yang ditulis oleh Paul Gallico.

Hamba pula telah membeli sebuah Ensiklopedia Bible untuk kanak-kanak. Sengaja mahu melihat, bagaimanakah pendekatan pendidikan awal di dalam Kristian. Lantaran, Shaykhuna pernah menyatakan kekesalan kerana tidak membelinya, tatkala bertemu dengan tema seumpama itu ketika di Kuala Lumpur.

Membeli buku sedemikian hendaklah berhati-hati. Ada ma’lumat yang tidak tepat, lantaran sumber asalnya juga sudah menyimpang. Salah satu bab daripadanya, telah menyatakan bahawa Nabi Harun menyuruh Bani Israil untuk menyembah patung lembu, tatkala sepeninggalannya Nabi Musa!

Kedai buku seperti di Oxted tersebut, kami ketemukan sekurang-kurangnya dua kali lagi setelah itu. Itupun bertemu sechara tidak sengaja—menggambarkan jumlahnya itu laksana chendawan yang tumbuh setelah hujan.

Kita di Malaysia, ada beberapa kedai buku terpakai yang boleh dikunjungi. Mithalnya; Pasar Chowrasta yang terletak di bandar Georgetown, Pulau Pinang. Antaranya lagi, Novelhut yang terletak di bandar Ipoh, Perak. Kita nyatakan sebilangannya sahaja.

Walaupun tidaklah terlalu besar premisnya, namun, menyelam koleksi langka di dalamnya terasa begitu nyaman, sambil ditemani dengan aroma buku-buku lama.

Tiga kedai buku serangkai di tengah kota Ipoh juga punya tarikannya yang tersendiri. Jarak di antaranya hanyalah beberapa tapak kaki sahaja. Kedai-kedai yang dimaksudkan itu ialah:

i. Mubarak & Bros
ii. New Century Book Store
iii. BooXcess Kong Heng, Ipoh

Premis pertama itu, terletak benar-benar di hadapan batu memorial Pejabat Jan Sahib. Terletak di Belfield Street atau kini dikenali sebagai Jalan Sultan Yussuf.

Jan Sahib merupakan putera kepada Shaykh Adam; pengasas Masjid India—atau dahulunya dikenali sebagai Town Padang Mosque.

Manakala, premis kedua pula telah diasaskan semenjak tahun 1972. Lot kedainya hanya sebuah, lebih kechil berbanding premis yang pertama tadi.

Adapun, premis yang ketiga ini lebih besar dan luas. Ia menyediakan ruang bawah tanah bagi buku-buku fiksyen seperti: sastera Asia, sastera moden, novel, komik dan sebagainya.

Selain itu, pada tingkat kedua, mereka menyediakan buku-buku bukan fiksyen seperti: biografi, sains, sejarah, agama, kraftangan, masakan, seni dan sebagainya.

Sedikit kritikan pada sudut pandang peribadi (setakat yang hamba perasan):

i.
tidak ada sebuah buku yang bergenre Islam pada sudut agama (religion), melainkan kebanyakannya Kristian—di samping, Buddha pada bahagian biografi (kebanyakannya tentang Dalai Lama ke-14, Tenzin Gyatso)
ii. banyak karya ateis yang dijulangtinggikan, sekurang-kurangnya hamba mendapati terdapat dua karya Prof. Richard Dawkins (salah satunya yang terkenal itu, tentulah The God Delusion) dan dua biografi tentang Prof. Stephen Hawking.
iii. Tidak ada sudut khas mengenai falsafah (philosophy), melainkan menumpangsama pada bahagian rujukan (reference)
iv. jelas sekali penonjolan tema Feminisme, tatkala pihak kedai membentangkan karya-karya yang bersangkutan dengannya pada bahagian tumpuan (highlights) pada awal-awal pintu masuk lagi.

Pada asalnya, ingin menchari chawangan kedai BooXcess di Ipoh, tidak sangka rupa-rupaya ia terletak berdekatan sahaja dengan Masjid Negeri Perak, Masjid Sultan Idris Shah II.

Ia sudah berdiri di sana semenjak tahun 2019 lagi kata penjual buku. Kali pertama hamba menjejakkan kaki ke chawangannya di Kuala Lumpur adalah bersama dengan Shaykhina. Ia terletak di KL East Mall, yang tidak jauh dari rumah Kak Naddia Nasir

Adapun, hal-hal yang menarik mengenai BooXcess pula ialah:

Buku-buku Inggeris di sana sangatlah mampu milik. Kebiasannya, kita akan bertemu dengan harga yang melambung—sekitar RM60 dan ke atas. Yalah, ini kerana kebanyakannya diambil dari kepulauan Inggeris. Qadar nilai matawang di sana tentulah tidak sama dengan di tempat kita.

Jika sebuah buku itu berharga sekitar 10£, maka, kita darabkanlah dengan lima atau enam untuk menukarkannya kepada Ringgit Malaysia. Alhasil, pasti akan berlipatkali ganda harganya! Justeru itu, tidaklah aneh kebanyakan buku di kedai buku Kinokuniya di Menara Berkembar Petronas itu tidak mesra-marhaen. Bahkan, harga komiknya juga dijual dengan ‘harga bangsawan’!

Namun, di kedai BooXcess, kita boleh bertemu dengan banyak buku dengan potongan harga yang memukau. Pelbagai genre disajikan kepada pembeli, bermula dari kanak-kanak, sehinggalah ke peringkat dewasa.

Chawangan di Kuala Lumpur ternyata lebih besar saiznya berbanding Ipoh. Namun, kedai di Ipoh punya keunikannya yang tersendiri. Sebuah kedai yang tidak sama dengan kedai-kedai buku yang lain.

Seterusnya, hal yang menarik juga, terdapat dua segmen buku yang dibungkus dengan plastik hadiah. Dinyatakan chiri-chiri buku pada kertas pembalutnya. Segmen tersebut dinamakan sebagai ‘Play Date With A Book’ dan ‘Blind Date With A Book’.

BooXcess Ipoh turut menempatkan sebuah galeri khas mengenai Yasmin Ahmad—salah seorang pengarah filem dan penulis skrip di tanah air. Karya-karya fotonya turut dipamerkan di beberapa tempat di balik rak buku.

Beliau terkenal dengan kritikan yang tidak sedikit terhadap filem-filemnya. Kebanyakannya berkisarkan tema rentas agama dan budaya. Namun, usaha untuk memasharakatkan buku yang dilakukan oleh beliau seharusnya dipuji.

Sengaja kita kongsikan di sini, kerana inilah kedai buku yang pertama di kampung dapat hamba jejaki setelah empat tahun berpetualang di Zawiyah Nasiriyyah.

-Rasyid al-Kinti

Hari 1501–B. Gajah, Perak
30 Sha’ban 1446/
28 Februari 2025

https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti
[ Mulutku Dipenuhi Dengan Kerinduan ]

Disebutkan oleh al-Imam Yahya bin Sharaf al-Nawawiy raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu di dalam kitab al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran bahawa:

Seyogianya, dipelihara bachaan al-Quran dan memperbanyak bachaannya. Sesungguhnya, para Salaf raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhum itu memiliki jumlah yang pelbagai terhadap qadar pengkhataman al-Quran.

Diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Abi Dawud raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu daripada sebahagian Salaf bahawa ada daripada kalangan mereka yang mengkhatamkan al-Quran sebanyak:

i. sekali pada setiap bulan
ii. sebahagian lagi sekali pada setiap 10 malam
iii. sebahagian lagi sekali pada setiap 8 malam
iv. kebanyakan mereka sekali pada setiap 7 malam
v. sebahagian lagi sekali pada setiap 6 malam
vi. sebahagian lagi sekali pada setiap 5 malam
vii. sebahagian lagi sekali pada setiap 4 malam
viii. banyak daripada kalangan mereka pada setiap 3 malam
ix. sebahagian lagi sekali pada setiap 2 malam
x. banyak dari kalangan mereka sekali khatam pada setiap hari
xi. sebahagian lagi sebanyak 2 kali pada setiap hari
xii. sebahagian lagi sebanyak 3 kali pada setiap hari
xiii. sebahagian lagi sebanyak 8 kali pada setiap hari—iaitu 4 kali pada sebelah malam dan 4 kali pada sebelah siang!

Berikut pula senarai jumlah pengkhataman al-Quran para Salaf seperti yang telah dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawiy raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu di dalam kitab yang serupa bahawa:

i. Khatam sekali sehari:
1. Sidna ‘Uthman bin ‘Affan raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
2. Sidna Tamim al-Dariy raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
3. Sidna Sa‘id bin Jubayr raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
4. Al-Imam Mujahid raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
5. Al-Imam al-Shafi‘iy raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu (selain Ramadhan)
ii. Khatam tiga kali sehari:
1. Al-Imam Sulaym bin ‘Itr raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu—beliau merupakan Qadhi di Mesir pada era Khilafah Sidna Mu‘awwiyah bin Abi Sufyan
iii. Khatam lapan kali sehari:
1. Al-Imam Ibn al-Katib raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu—ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu, sebagaimana yang beliau telah dengari daripada al-Imam Abi ‘Uthman al-Maghribiy raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu dan inilah jumlah pengkhataman yang terbanyak di dalam sehari semalam.
iv. Khatam sekali antara Zohor dan Asar
v. Khatam sekali antara Maghrib dan Ishak
1. Al-Imam Mujahid raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu (ketika Ramadhan)
2. Al-Imam ‘Ali al-Azdiy raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu (ketika Ramadhan)
vi. Khatam sekali dalam satu rakaat solat
1. Sidna ‘Uthman bin ‘Affan raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
2. Sidna Tamim al-Dariy raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
3. Sidna Sa‘id bin Jubayr raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu (solat di hadapan Ka’bah)
vii. Khatam sekali seminggu
1. Sidna ‘Uthman bin ‘Affan raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
2. Sidna ‘Abdullah bin Mas‘ud raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
3. Sidna Zayd bin Thabit raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
4. Sidna Ubay bin Ka’b raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
5. Al-Imam ‘Abd al-Rahman bin Yazid raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
6. Al-Imam ‘Alqamah raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu
7. Al-Imam Ibrahim raḍiyaLlāhu ta'ālā ‘anhu

Guru yang Mulia Shaykhuna Nazrul Nasir ḥafīẓahuLlāhu ta'ālā pernah berkongsikan ‘formula’ daripada al-‘Allamah Mawlana al-Shaykh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr al-Hasani al-Shadziliy ḥafīẓahuLlāhu ta'ālā bagi mengkhatamkan sebuah al-Quran dalam tempoh seminggu.

Charanya diringkaskan menjadi: “فَمِي بِشَوْقٍ” (Mulutku dipenuhi dengan kerinduan). Adapun ma’nanya sechara tafsil pula ialah:

1. Huruf ف bermula dari Surah al-Fatihah sehingga penghujung Surah al-Nisa
2. Huruf م bermula dari Surah al-Maidah sehingga penghujung Surah al-Tawbah
3. Huruf ي bermula dari Surah Yunus sehingga penghujung Surah al-Nahl
4. Huruf ب bermula dari Surah Bani Israil iaitu Surah al-Israk sehingga penghujung Surah al-Furqan
5. Huruf ش bermula dari Surah Shu‘ara sehingga penghujung Surah Yasin
6. Huruf و bermula dari Surah Wassoffat iaitu Surah al-Soffat sehingga penghujung Surah al-Hujurat
7. Huruf ق bermula dari Surah Qaf sehingga penghujung Surah al-Nas (khatam)

Dahulu di Pedu, terdapat seorang Ahl al-Quran yang mesra dipanggil sebagai Tok Wan Haji Mad Bilal.
Sewaqtu zaman mudanya, pernah mengajar di Masjid Jami’ al-Khayr, qaryah Tong Plu. Beliau wafat sekitar usianya 120 tahun pada beberapa tahun yang lepas. Alhamdulillah, Shaykhuna dan para santri telah berkesempatan untuk menziarahinya pada tahun 2022.

Selain itu, Tok Wan Haji Mad Bilal sangat suka membacha al-Quran dan antara rutinnya adalah; menchatat setiap kali beliau mengkhatamkannya. Hal tersebut, beliau telah amalankannya semenjak berusia 15 tahun lagi!

Antara karamahnya ialah: Bermula tahun 2005 sehingga 2009, terdapat chatatan yang menyatakan sebanyak 3,000 kali jumlah pengkhataman. Ini berma’na, jika dikira-kira sechara kasarnya, dalam setahun itu punya 365 hari, maka lima tahun itu punya 1825 hari.

Kemudian, jika dikira sechara puratanya sepanjang lima tahun tersebut, maka beliau telah mengkhatamkan al-Quran sebanyak sekali ataupun dua kali pada setiap hari!

Semoga Allah Ta’ala merahmati kita semua dengan al-Quran al-Karim berserta berkat Kekasih-Nya Junjungan Agung Nabi Muhammad ṢallāLlāhu ‘Alayhi wa Sallam dan kemuliaan bulan Ramadhan.

-Rasyid al-Kinti

Hari 1503–B. Gajah, Perak
1 Ramadhan 1446/
2 Mac 2025

https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti
BAGAIMANA AL-KHULAFA AL-RASHIDUN DILANTIK

Guru Yang Mulia Shaykhuna seringkali menegaskan bahawa, dari kalangan 124,000 orang Sahabat, mereka yang berada pada kedudukan yang termulia ialah: Al-‘Asharah al-Mubasharun bi al-Jannah (10 Sahabat Dijamin Shurga).

Kemudian, daripada 10 orang tersebut, empat orang ialah Sahabat yang termulia sechara itlaq. Mereka yang dimaksudkan ialah:

1. Sidna Abu Bakr al-Siddiq رضي الله تعالى عنه
2. Sidna ‘Umar bin al-Khattab رضي الله تعالى عنه
3. Sidna ‘Uthman bin ‘Affan رضي الله تعالى عنه
4. Sidna ‘Ali bin Abi Talib رضي الله تعالى عنه

[Faidah]: Disebutkan oleh al-Shaykh Nawawi al-Bantaniy al-Jawiy رحمه الله تعالى di dalam kitab Sullam al-Munajah bahawa, jumlah 124,000 itu merupakan bilangan bagi keseluruhan:

1. Jumlah Nabi (menurut satu pandangan)
2. Jumlah Sahabat Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ
3. Jumlah Wali pada setiap zaman
4. Jumlah helaian janggut Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ
5. Jumlah kepingan papan bahtera Nabi Nuhعليه السلام , yang mana di atas setiapnya tertulis nama Nabi dengan Qalam al-Qudrah—dan ditambah dengan empat kepingan papan lagi yang tertulis nama al-Khulafa al-Rashidun!

Al-Imam al-Hafiz Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman al-Suyuti رحمه الله تعالى telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai manaqib bagi keempat-empat orang tersebut di dalam karyanya yang berjudul, Tarikh al-Khulafa.

Kemudian, kita akan ringkaskan mengenainya; iaitu pada sudut bagaimanakah para Sahabat yang Agung ini dilantik sebagai Khalifah.

[PERTAMA: Sidna Abu Bakr al-Siddiq]

Telah bangun Sidna Zayd bin Thabit al-Ansoriy, lalu berkata:
أتعلمون أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان من المهاجرين وخليفته من المهاجرين، ونحن أنصار رسول الله صلى الله عليه وسلم، فنحن أنصار خليفته كما كنا أنصاره

Maksudnya: “Adakah kamu semua mengetahui bahawa Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ itu adalah dari kalangan al-Muhajirin dan Pengganti Baginda tentulah dari kalangan al-Muhajirin juga. Kami ialah pembantu Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ (Ansor), maka kami juga ialah pembantu kepada Pengganti Baginda—sebagaimana kami telah menjadi pembantu kepada Baginda!”

Kemudian, beliau memegang tangan Sidna Abi Bakr dan berkata, “Ini ialah sahabat kamu semua!” Maka, Sidna ‘Umar bin al-Khattab berbay‘ah (berjanji setia) kepadanya. Lalu, diikuti dengan para Sahabat dari kalangan al-Muhajirin dan al-Ansor pula berbay‘ah kepada Sidna Abi Bakr al-Siddiq.

[Tanbih]:

i. Pada asalnya, sebahagian Sahabat dari kalangan al-Ansor memberi chadangan untuk melantik dua orang Khalifah sechara serentak—seorang dari al-Muhajirin dan seorang lagi dari al-Ansor. Namun, chadangan itu tidak dipersetujui.

ii. Sidna ‘Ali bin Abi Talib dan Sidna Zubayr bin al-‘Awwam al-Hawariy telah hadir sedikit lewat kerana berada di rumah Siti Fatimah al-Zahra. Namun, mereka tetap berbay‘ah kepada Sidna Abi Bakr agar tidak memechahbelahkan kesatuan umat Islam.

[KEDUA: Sidna ‘Umar bin al-Khattab]

Beliau telah dilantik sechara terus oleh Sidna Abi Bakr al-Siddiq, sebelum daripada beliau meninggal dunia. Sidna Abu Bakr telah berwasiat bahawa:
((( بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ )))
هذا ما عهد أبو بكر بن أبي قحافة في آخر عهده بالدنيا خارجا منها، وعند أول عهده بالآخرة داخلا فيها، حيث يؤمن الكافر، ويوقن الفاجر، ويصدق الكاذب: إني استخلفت عليكم بعدي عم بن الخطاب، فاسمعوا له وأطيعوا... الخ

[Faidah]: Diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Sa’d dan al-Imam al-Hakim, daripada Sidna Ibn Mas‘ud telah berkata bahawa:
أفرس الناس ثلاثة: أبو بكر حين ستخلف عمر، وصاحبة موسى حين قالت: استأجره، والعزيز حين تفرس في يوسف، فقال لامرأته: أكرمي مثواه

Terdapat tiga orang manusia yang mempunyai firasat yang paling halus:
i. Sidna Abu Bakr al-Siddiq—tatkala beliau melantik Sidna ‘Umar sebagai Khalifah
ii. Isteri Nabi Musa—tatkala beliau berkata (kepada ayahnya; Nabi Shu‘ayb) bahawa: “Ambillah Nabi Musa sebagai pekerjamu”
iii. Al-‘Aziz (di Mesir)—tatkala beliau berkata kepada isterinya bahawa: “Berilah kepada Nabi Yusuf tempat yang baik.”

[KETIGA: Sidna ‘Uthman bin ‘Affan]

Sebelum Sidna ‘Umar al-Khattab wafat, beliau telah mewasiatkan bahawa:
2025/06/29 10:43:25
Back to Top
HTML Embed Code: