SEKALUNG UCHAPAN PENGHARGAAN
Segala puji hanya tertentu milik-Nya jua. Berkat rahmat Junjungan Agung Kanjeng Nabi Muhammad ﷺ kepada seluruh alam, kita mendapat tahu bagaimana ertikata hidup bershari’at yang sebenar; dari sudut ibadahnya, mu’amalahnya, jinayahnya—dan termasuklah dalam rubu’ tersebut iaitu, nikahnya.
Junjungan Agung Kanjeng Nabi Muhammad ﷺ telah bersabda:
((من لم يشكر للناس، لم يشكر لله))
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak bershukur kepada manusia, maka dia tidak bershukur kepada Allah Taala.”
Pada kesempatan ini, hamba dan isteri menguchapkan jutaan penghargaan buat seluruh pihak yang telah menjayakan majlis pernikahan kami. Tentulah uchapan ini, khususnya ditujukan buat Ayahanda dan Bonda kami yang terchinta; (a) Baba Mohamed Kamel MN dan (b) Ibu IbuAsma Alias, serta (c) Ayoh Taib Ali dan (d) Ma Siti Zubaidah.
Seterusnya, apresiasi ini ditujukan khusus buat: (a) Guru Yang Mulia Shaykhuna Mohd Nazrul Nasir al-Azhariy, (b) ibunya Mak Teh Rosita Rashid, (c) isterinya Nyai Ustazah Ummu Annur, ahli keluarganya; Gus Abu Annur, Neng Aisyah, Neng Nafisah, Neng Maryam, Neng Ummu Ruman, (d) adiknya Kak Naddia Nasir dan Abang Radin Amiin, serta seluruh rombongan Santri Zawiyah Nasiriyyah—termasuklah Pak Teh Abdul Rahman yang kesemuanya hadir jauh dari Kedah.
Kemudian, terima kasih buat seluruh keluarga mertua yang bertungkus-lumus melakukan persiapan kenduri-kendara, terumatanya (a) Abang Long Wahid dan Kak Long Suhaiza Bintang April, (b) Abang Supiza dan Kak Norazwani Taib, (c) Kak Ieyra Dhia Aznida, (d) Abang Abdul Hadi dan Kak Siti Ralmah Abdul Rajah, (e) Amin dan (f) Hakimey. Terimakasih juga buat Abang Ngoh Fatah dan Abang Ayie di atas kiriman doanya dari jauh.
Begitulah adik-beradik hamba; (a) Hasya, (b) Amar dan isterinya Wana, (c) Aliya dan (d) Amir Mukmin yang mengikuti rombongan dari Kedah.
.
.
.
Selain daripada itu, jutaan penghargaan buat keluarga besar Ibu, Baba, Ma dan Ayah yang sudi memeriahkan majlis kenduri:
i. Keluarga Baba: (a) Along Ahmad, (b) Anyah Jalal, (c) Alang Mohamad Kamal Mohamed Noor, (d) Mama Sabariah, (e) Itam Jamilah Mohd Noor, (f) Ateh Noriati, (g) Cu Suryani, serta Mama Azizah, Mok Habsah, Aunty Zaiton, Uda Rahim, Poklek dan seisi keluarga mereka
ii. Keluarga Ibu: (a) Opah Sihah, (b) Atok Alias, (c) Alang Eda Alias, (d) Ashu Asfaniza Alias, serta Anyah Nuar dan seisi keluarga mereka
iii. Keluarga Ayoh: (a) Mok Za, (b) Ayoh De Nordin, (c) Ayoh Su Zukri, serta Kak Nor, Ayoh Cik Ismail dan seisi keluarga mereka
iv. Keluarga Ma: (a) Nenek Mok Jaroh, (b) Pok Ngoh Sayuti, (c) Mokcik Asiah, (d) Mok Teh Jamilah, (e) Pok Johari, (f) Busu Shamsiah dan seisi keluarga mereka
.
.
.
Seterusnya, kami sangat menghargai kehadhiran seluruh Asatizah yang dimuliakan oleh Allah Taala. Antaranya: (a) Guru Mulia al-Ustaz Dr. Mahadi, (b) Guru Mulia Ustaz Muhammad Bukhari al-Azhariy, (c) Guru Mulia al-Ustaz Abdul Latiff al-Marangi, (d) Guru Mulia al-Ustaz أبو محمد الأشعري al-Tafawiy, (e) Guru Mulia al-Ustaz M Rusydan Taqwa At-Takiri, (f) Guru Mulia al-Ustaz Syahir, (g) Guru Mulia al-Ustaz Abu Umar Al Ayyash, (h) Guru Mulia al-Ustaz Aiman Haron dan ramai lagi yang tidak sempat untuk dinukilkan satu-persatu.
Di samping itu, kami merafa’kan rasa shukur di atas kesudian guru-guru yang pernah mendidik kami di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, turut sama hadhir bagi memeriahkan majlis keshukuran tempoh hari. Khususnya buat:
(a) Ustaz Ab Rahim RPJ, beliau pernah membachakan kitab al-Shamail al-Muhammadiyyah, Hidayah al-Salikin dan beberapa buah kitab lagi kepada kami sewaktu di Surau Asrama Putera dahulu
(b) Teacher Zalina Hassan, beliau pernah mengajar subjek Bahasa Inggeris (SPM) dan menjadi mentor di sekolah bagi program Sahsiah Unggul Murid
(c) Teacher Wan Roslina, beliau pernah mengajar subjek Matematik Moden (SPM), dan menjadi guru pembimbing bagi pertandingan Robotik
(d) Teacher Zawiyah Dolah, beliau pernah mengajar subjek Biologi (SPM) dan menjadi guru pembimbing bagi pertandingan Rekachipta

(e) Teacher Anisah, beliau pernah mengajar subjek Matematik (PMR) dan menjemput hamba menjadi imam tarawih di kampung halamannya
(f) Ustazah Wan Shamsiah Wan Ali, beliau pernah mengajar subjek Pendidikan Islam (PMR) dan kini telah berpindah ke SMKA Dato Haji Abbas (Tok Jiring)
Bukan itu sahaja, kami sangat berterima kasih buat al-Mukarram Sidi Suzaime Zakaria di atas kesudian beliau untuk memudahcharakan segala urusan pihak rombongan Zawiyah Nasiriyyah sepanjang bermuqim di Sungai Tong. Kemudian, uchapan penghargaan buat Pok Ngoh Dir dan seluruh pasukannya yang memasak gulai kawah. Merekalah yang menjadi tulangbelakang utama bagi majlis.
Begitulah teman-teman yang terlalu ramai jumlahnya, tanpa mengurangi sedikitpun kedudukan mereka di sisi Allah Taala. Terima kasih daun keladi atas segala-galanya.
Akhirnya, kami memohon maaf di atas segala kekurangan adab di sepanjang majlis berlangsung. Kami juga menyusun sepuluh jari, kerana tidak dapat menjemput lebih ramai lagi di atas segala kekangan yang ada.
Tiadalah yang kami harapkan, melainkan semoga ikatan pernikahan ini senantiasa didoakan oleh semua agar, mendapat limpahan Nur Ilahi dan berjalan lurus dengan petunjuk Junjungan Agung Kanjeng Nabi Muhammad ﷺ.
-Rasyid al-Kinti
Hari 1552–Pedu, Kedah
21 Shawwal 1446/
20 April 2025
https://www.tg-me.com/RasyidAlKinti

PENDIDIKAN ISTERI KETIKA NUSHUZ
Pengajian ‘Uqud al-Lujayn pada hari Jumaat ini, Guru Yang Mulia Shaykhuna حفظه الله تعالى telah menyulam dengan perbahathan Fiqh Munakahat dari Matan Abi Shuja’.
Firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Nisa Ayat 34:
(((والّتي تخافون نشوزهنّ فعظوهنّ واهجروهنّ في المضاجع واضربوهنّ)))
Al-Imam Abu Shuja’ رحمه الله تعالى berkata:
وإذا خاف نشوز المرأة وعظها، فإن أبت إلا النشوز هجرنا، فإن أقامت عليه هجرها وضربها، ويسقط بالنشوز قسمها ونفقتها
Maksudnya: Apabila dikhuatiri (zhan) isteri berlaku nushuz, maka suami hendaklah menasihatinya. Jika isteri enggan mendengarnya bahkan berlaku nushuz, maka suami boleh memisahkan tempat tidur (iaitu: tidak bersanggama). Jika isteri mengulangi nushuz, maka suami boleh memisahkan tempat tidur dan memukulnya (iaitu: dengan pukulan ta’dib dan tidak menchederakan). Adapun, nushuz itu menggugurkan hak pembahagian malam isteri dan nafqahnya (pada hari tersebut).
Al-Imam Ibn Qasim al-Ghazziy رحمه الله تعالى menyebut chontoh bagi nasihat (الوعظ) yang boleh disampaikan kepada isteri:
كقوله لها : اتّقي الله في حقّي الواجب لي عليكِ، واعلمي أنّ النّشوز مسقط للنّفقة والقسم
Maksudnya: Chontohnya suami berpesan terhadap isterinya:
1. “Takutlah kamu hei isteriku terhadap Allah Ta’ala, pada urusan hakku yang wajib ditunaikan olehmu!”
2. “Ketahuilah kamu hei isteriku, bahawa sesungguhnya nushuz itu menggugurkan hak nafqah dan pembahagian malam!” (Fath al-Qarib, hal. 350)
Kemudian, di dalam kitab al-Tawshih, al-Imam Nawawi al-Jawiy رحمه الله تعالى telah memberi beberapa tanbih tentang pukulan (الضرب) yang dikehendaki oleh shara’ iaitu:
1. Pukulan hanya boleh dengan tangan, kain yang dibalut (ataupun apa yang sewaktu dengannya)
2. Tidak boleh memukul dengan tongkat, cemeti (ataupun apa yang sewaktu dengannya)
3. Jika diketahui isteri tetap berdegil walaupun setelah dipukul, maka, suami tidak perlu lagi memukulnya pada ketika itu.
[TANBIH] : Dalam bab hukuman pukulan, terdapat dua perbezaan dalam pendidikan terhadap isteri dan anak-anak iaitu:
1. Jika isteri masih berdegil setelah dipukul, maka suami tidak perlu melakukannya. Bahkan, lebih utama ke atas suami untuk memaafkan kesilapan isterinya. Ini kerana: Pukulan terhadap isteri itu adalah bagi tujuan maslahah suami (agar isterinya mendengar perkataan suaminya).
2. Adapun, jika anak-anak masih berdegil setelah dipukul, maka orang tuanya boleh memukulnya lagi. Ini kerana: Pukulan terhadap anak-anak itu adalah bagi tujuan maslahah anak-anak itu sendiri.
Kemudian, al-Imam Nawawi al-Jawiy رحمه الله تعالى telah menyentuh mengenai pukulan yang tidak melukakan (ضرب غير مبرّح) kepada anak-anak di dalam kitab Kashifah al-Saja bahawa:
ويجب أيضا أن يضربهما على ترك ذلك ضربا غير مبرّح في أثناء العاشرة بعد كمال التسع، لاحتمال البلوغ فيه. وللمعلم أيضا الأمر لا الضرب إلا بإذن الولي
Maksudnya: Wajib juga ke atas ibu bapa untuk memukul anak-anak lelaki dan perempuan apabila mereka meninggalkan solat (dan apa yang sewaktu dengannya), dengan pukulan yang tidak melukakan ketika umurnya mencecah 10 tahun Qamariyyah—setelah sempurna umurnya 9 tahun kerana ditanggung usianya telah mencecah baligh. Bagi guru juga hendaklah menyuruhnya, bukan memukulnya—kechuali setelah mendapat izin daripada wali (bagi anak-anak tersebut). (Kashifah al-Saja, hal. 55)
Sechara ringkasnya, pembahagian nushuz menurut al-Imam Abi Shuja’ رحمه الله تعالى adalah sebagaimana berikut:
1. Ketika zhan isteri berlaku nushuz = Beri nasihat (الوعظ)
2. Ketika yaqin isteri berlaku nushuz = Asing tempat tidur (الهجر)
3. Ketika yaqin isteri berlaku nushuz & berulang-ulang = Asing tempat tidur (الهجر) dan pukul (الضرب)
Berlaku perbezaan pandangan antara al-Imam al-Rafi’iy رحمه الله تعالى di dalam al-Muharrar dan al-Imam al-Nawawiy رحمه الله تعالى di dalam al-Minhaj iaitu:
1. Menurut al-Imam al-Rafi’iy رحمه الله تعالى: Ketika yaqin isteri berlaku nushuz dan berulang-ulang, barulah diasingkan tempat tidur dan memukulnya. Jika tidak berulang, maka memadailah dengan diasingkan tempat tidur sahaja.
2.

Menurut al-Imam al-Nawawiy رحمه الله تعالى: Ketika yaqin isteri berlaku nushuz, maka boleh terus diasingkan tempat tidur dan memukulnya—sekalipun perbuatan nushuz itu tidak berulang-ulang.
Adapun, seseorang isteri itu dikira berlaku nushuz, tatkala berlaku salah satu daripada tiga perkara ini, iaitu:
1. Menolak ajakan suami untuk bersenang-senang (istimta’) atau bersanggama tanpa uzur
2. Keluar dari rumah tanpa mendapat izin suami tanpa uzur
3. Menghalang suami daripada masuk ke dalam rumah
[TANBIH]: Ditegaskan oleh al-Imam ‘Abd al-Wahhab al-Sha’raniy رحمه الله تعالى, sebagaimana yang dinukilkan kembali oleh Guru Yang Mulia Shaykhina bahawa: Jangan terus bersanggama bersama isteri dengan cepat setelah memukulnya (dengan pukulan yang tidak menchederakan). Orang yang beradab tidak akan melakukan begitu.
[TANBIH]: Guru Yang Mulia Shaykhuna berpesan, jika terkeluar daripada tiga perkara tersebut, maka perbuatan tersebut tidaklah dikira sebagai nushuz lagi. Ia hanya dikira sebagai alamat nushuz sahaja dan termasuk dalam perkara zhan.
Chontohnya:
i. Isteri bermasam muka
ii. Isteri tidak mahu berchakap
iii. Isteri tidak mahu mendengar arahan suami
Bahkan, al-Imam Ibn Qasim al-Ghazziy رحمه الله تعالى telah berkata bahawa:
وليس الشّتم للزوج من النّشوز، بل تستحقّ به التّأديبَ من الزوج في الأصح، ولا يرفعها للقاضي
Maksudnya: Caci-makian isteri terhadap suami itu, tidaklah termasuk dalam perbuatan nushuz. Bahkan, suami sayugianya memberi pendidikan kepada isterinya menurut pandangan al-Asoh, dan suami tidak perlu menggembar-gemburkan perbuatan isteri tersebut kepada Qadhi.
[Nota Hujung]:
Terima kasih diuchapkan buat Hikmah Pendita Resources di atas pemberian hadiah kitab ‘Uqud al-Lujayn fi Bayan Huquq al-Zawjayn. Ia telah dihadiahkan ketika di Kuala Terengganu, dua hari sebelum berlangsungnya majlis pernikahan hamba dan isteri. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memiliki salah sebuah karya agung al-Imam Muhammad Nawawi bin ‘Umar al-Jawiy al-Bantaniy.
Semoga Allah Ta’ala melimpahkan rezeki buat al-Mukarram al-Ustaz sekeluarga dan menjadikan perniagaan kitab beliau semakin bertambah maju dengan berkat Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ.
-Rasyid al-Kinti
Hari 1564–Pedu, Kedah
4 Zulqa’dah 1446/
2 Mei 2025

[ Undian Rekabentuk Kulit Buku ]
Alhamdulillah, dengan berkat tunjuk ajar dari Guru Yang Mulia Shaykhina Nazrul Nasir حفظه الله تعالى dan doa semua, naskhah buku sulung ini bakal diterbitkan oleh pihak Galeri Ilmu Media Group dalam masa yang terdekat.
Para pembacha akan disajikan dengan pelbagai rakaman peristiwa yang menarik, Fawaid, Manaqib Wali Songo—termasuklah beberapa orang gunung yang menjadi pasak bumi bagi Kepulauan Indonesia, Tanbihat, Mujarrabat dan sebagainya, seputar Rihlah Shaykhuna ke Tanah Jawa (iaitu Jawa Timur dan Jawa Tengah) pada tahun 2023 dahulu.
Judul lengkap bagi karangan ini ialah:
المفتاح مع شيخنا إلى دار الفتاح
Di sini, hamba dengan rendah hatinya membuka undian bagi rekabentuk kulit buku. Undian akan dibuka sehingga jam 6.30 petang ini insha-Allah.
Undian boleh dilakukan pada pautan ini:
https://www.facebook.com/share/p/18iRGFS3Hj/

NASIHAT SHAYKH ‘ABDUL RASHID
Dicheritakan oleh Shaykh al-Kul, al-‘Allamah Mawlana al-Shaykh Muhammad ‘Abd al-Rashid Musliyar al-Malibariy حفظه الله تعالى bahawa:
Beliau telah bertanya kepada al-‘Allamah Mawlana Al-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh حفظه الله تعالى mengenani Guru Yang Mulia Shaykhina حفظه الله تعالى.
Al-Shaykh Dr. Ahmad Mamduh menjawab, nama “Nazrul” itu asalnya daripada “Nazri”, iaitu ayahnya (al-Marhum Pak Teh Nasir) telah menazarkan anaknya (untuk agama Islam) dan mewaqafkan tanahnya untuk pembinaan Madrasah.
Mawlana al-Shaykh ‘Abd al-Rashid berasa kagum mendengar perkara tersebut dan beliau mendoakan kebaikan buat Pak Teh Nasir, Mak Teh Rosita, Keluarga Zawiyah dan kesemua yang terlibat dalam pembangunan Zawiyah—termasuklah arkiteknya, petugas pejabatnya dan sebagainya.
Kemudian, Mawlana mengumpamakan Zawiyah Nasiriyyah ini seperti sebuah tempat yang mengeluarkan elektrik. Ia menyebarkan chahaya petunjuk buat seluruh ummah. Sekalian yang membantunya, turut mendapat kebaikan daripada Allah Taala.
***
Nasihat Mawlana buat seluruh yang terlibat dengan Zawiyah:
Ikhlaskan niat walau apapun urusan—guru, pelajar, hatta pembanchuh kopinya!
Seorang yang bertugas, tidak sepatutnya melihat kepada nilaian gaji yang diberi—dia tidak sepatutnya berkata gajinya terlalu rendah.
Guru Futuh bagi Mawlana al-Shaykh ‘Abd al-Rashid digelar sebagai: Rais al-Ulama. Nama sebenarnya ialah al-‘Allamah Mawlana al-Shaykh Sulayman bin Ahmad حفظه الله تعالى. Beliau telah menuntut ilmu daripada Bahr al-‘Ulum, al-‘Allamah Mawlana al-Shaykh Zayn al-Din رحمه الله تعالى. Setelah beliau selesai belajar di Jami’ah Deoband, beliau telah ditugaskan oleh gurunya untuk mengajar di Jami’ah Ihya al-Sunnah.
Pesan al-Shaykh Bahr al-‘Ulum: “Kamu hendaklah mengajar di Jami’ah Ihya al-Sunnah dan kamu tidak akan dibayar dengan sebarang gaji.”
Jawab al-Shaykh Sulayman: “Saya bersedia dengan perkara tersebut, kerana ketika saya belajar, guru saya langsung tidak mengambil sebarang duit daripada saya!”
Setelah lama al-Shaykh Sulayman mengajar di Jami’ah Ihya al-Sunnah, datang ramai orang kuar yang hendak menjemputnya mengajar ke tempat lain.
Berkata al-Shaykh Bahr al-‘Ulum: “Siapakah yang berani mengambil Sulayman daripada kami!? Sulayman ialah tiang utama di Ihya al-Sunnah. Saya tidak akan benarkan beliau diambil oleh sesiapa! Kalau dia hendak keluar, silakan keluar setelah saya meninggal dunia.”
Jawab al-Shaykh Sulayman: “Sekiranya Shaykh tidak membenarkan saya keluar ketika Shaykh masih hidup, maka setelah Shaykh meninggal dunia sekalipun, saya tetap tidak akan berpisah dari Ihya al-Sunnah!”
Gajinya sekitar 20,000 rupiah (sekitar RM100) setiap bulan. Beliau tidak pernah menyambung pengajian ke luar negara. Namanya terkenal di India, tetapi bukan di luarnya. Namanya menjadi masyhur dengan hasil didikannya yang menjadi guru kepada sekali guru pula—laksana Mawlana al-Shaykh ‘Abd al-Rashid!
Kisah ini telah disebutkan oleh Mawlana al-Shaykh Bahr al-‘Ulum sendiri (semasa hayatnya) kepada Mawlana al-Shaykh ‘Abd al-Rashid.
Sebagaimana Mawlana al-Shaykh ‘Abd al-Rashid pernah belajar sechara langsung dengan Mawlana al-Shaykh Bahr al-‘Ulum. Demikianlah Shaykhuna juga telah belajar sechara langsung dengan Mawlana al-Shaykh ‘Abd al-Rashid.
Adapun, sechara tafsilnya, beginilah rantaian sanad pengajiannya:
1 Mawlana al-Shaykh Bahr al-‘Ulum
2 Mawlana al-Shaykh Sulayman
3 Mawlana al-Shaykh ‘Abd al-Rashid
4 Mawlana al-Shaykh Shihab al-Din Ahmad Mamduh
5 Guru Yang Mulia Shaykhuna Shams al-Din Mohd Nazrul
***
Walaupun umur al-Shaykh Sulayman sudah hampir menchechah 100 tahun, beliau masih lagi belajar dan mengajar sehingga kini. Beliau ibaratnya seperti keadaan ikan yang sangat memerlukan kepada air—tanpa air, neschaya matilah ia!
اللهم لا تَمْنَعْنا من العلم بمانع، ولا تَبْعُدْنا عنه
Maksudnya: “Janganlah kami dihalang dari ilmu dengan sebarang halangan, dan janganlah kami dijauhkan dari ilmu dengan sebarang sesuatu yang menjauhkan.”

Al-Shaykh Sulayman selalu mengulang-ngulang doa ini, hatta beliau sering meminta orang soleh untuk mendoakannya dengan perkara tersebut. Sehinggalah seluruh umurnya, telah dihabiskan dengan ilmu—belajar, mengajar, menulis dan lain-lain.
Begitulah nasihat al-Shaykh ‘Abd al-Rashid, jangan sibukkan diri dengan perkara lain, melainkan dengan ilmu jua—sebagaimana begitulah tujuan asal Zawiyah Nasiriyyah telah diasaskan.
***
Mawlana al-Shaykh ‘Abd al-Rashid turut berwasiyat agar:
[Pertama]: Menjadikan Zawiyah Nasiriyyah ini seperti Raudhah al-Jannah. Adapun, Taman Shurga di dunia ini hanya terdapat dua sahaja iaitu:
1 Sekitar Maqam Junjungan Agung Nabi Muhammad ﷺ
2 Majlis ilmu dan madrasah tempat pengajian
Masuklah ke dalam Zawiyah, sebagaimana sifat orang yang masuk ke Shurga.
Ahli Shurga itu, tidak ada langsung perasaan yang buruk di dalam hatinya, tiada kebenchian, tiada perasaan dengki dan tiada perasaan ingin menjatuhkan. Sebaliknya, di dalam hatinya hanya terdapat segala hal yang baik-baik.
[Kedua]: Para petugas khususnya, tidak melihat kepada ratib (gaji) semata-mata. Sehingga melihat kepada bilangan yang sedikit itu, menyebabkan dia keluar untuk menchari bilangan yang lebih besar. Sedangkan, usaha ke arah pembinaan ilmu itu sangatlah penting.
Jumlah yang sedikit tetapi berkah itu, jauh lebih baik berbanding, jumlah yang banyak tetapi tidak berkah. Akhirnya, jumlah yang banyak itu terpaksa dihabiskan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Mawlana mengulang-ngulang isi tersebut, bukan kerana melihat Keluarga Zawiyah melakukan perkara sedemikian. Bahkan, ra’yat Malaysia sendiri saling hidup dalam aman damai, tanpa menjatuhkan antara satu sama lain.
Guru Yang Mulia Shaykhuna berkata, ini merupakan sangka baik daripada Mawlana kepada kita semua.
[Ketiga]: Pesanan khusus kepada para pelajar Zawiyah di peringkat tinggi. Berikan tumpuan yang sepenuhnya kepada ilmu, bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, mutola’ah ilmu, seterusnya mengajarkan ilmu pula kepada orang lain.
Sebelum berdoa, Mawlana mengakhiri pesannya dengan berkata: Seseorang yang menyerahkan seluruh kehidupannya kepada ilmu, hanya akan mendapatkan sebahagian sahaja daripada ilmu. Lalu, bagaimana pula, jika seseorang hanya menyerahkan sebahagian kehidupannya kepada ilmu?
[Nota Hujung]: Dari sebelah kiri:
1 Al-Ustaz Khairi (Pak Tam Imam)
2 Al-Ustaz Zuhir Abdullah
3 Tuan Guru Haji Abdullah Bukit Lada
4 Mawlana al-Shaykh ‘Abd al-Rashid
5 Guru Yang Mulia Shaykhuna
6 Al-Ustaz Helmi al-Shafi’iy
7 Al-Ustaz Syukri Nazar
-Rasyid al-Kinti
Hari 1569–Pedu, Kedah
9 Zulqa’dah 1446/
7 Mei 2025

Masih dalam proses chetakan. Bakal terbit tidak lama lagi, sebelum dari 'Ayd al-Adha yang mendatang.
Ia merupakan ringkasan pengajian tentang Fiqh Qurban dan 'Aqiqah bersama dengan Guru Yang Mulia Shaykhuna Nazrul Nasir pada tahun 2022 Masihi.
Tajuk penuh bagi karangan ini ialah:
إيضاح المشكلة في أحكام الأضحية والعقيقة: تلخيص من دروس شيخنا في الزاوية
(Penerang Kemushkilan Pada Segala Hukum Qurban dan ‘Aqiqah Kelahiran: Ringkasan Daripada Pengajian Shaykhina di Pesantrian)
Kitab ini boleh ditemukan di gerobok TokoZawiy kelak insha-Allah.

Ini merupakan kali pertama hamba akan membacha kitab Idhah al-Mushkilah (Fiqh Qurban & Aqiqah).
Tiada sebarang yuran penyertaan, melainkan pembelian kitab sahaja sebagai rujukan untuk pengajian.
Pendaftaran dawrah dan resit/bukti pembelian boleh dimuatkan pada pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfpBXyrzo9RzTxHTWbucbMU50nwUQGWQ_fP54izAkbqavQO3g/viewform?usp=header
Sekadar mengulangkaji pengajian terdahulu bersama dengan Guru Yang Mulia Shaykhina حفظه الله تعالى.
Beliau telah membachakan kitab Fath al-Qarib dan Manhaj al-Qawim, berserta dengan keterangan daripada Hashiah al-Bajuriy dan juga Hashiah al-Tarmasiy.
Mohon teguran daripada para Asatizah, jika sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada penyusunan kitab dan sharahan kelak.
Serta, dipohon doa agar diberi tawfiq dan hidayah untuk terus belajar dan beramal dengan ikhlas kerana Allah Ta’ala.
-Rasyid Al-Kinti
.
.
.
Jadual Daurah adalah seperti berikut:
🗓️Tarikh : 2-4 Jun (Isnin-Rabu)
⏰Waktu : 8:00 malam
📹Platform : Facebook Private Group
Link pembelian kitab 👇🏻👇🏻👇🏻
https://my.shp.ee/2haGYhg

my.shp.ee
Idhah al-Mushkilah: Fiqh Qurban & 'Aqiqah Ringkasan Daripada Pengajian Shaykhina | Shopee Malaysia
Kitab ini menerangkan persoalan-persoalan mengenai hukum-hakam ibadah Qurban dan Aqiqah--juga menjawab persoalan tentang waktu perlaksanaannya, tatacharanya, segala sunatnya, larangannya, khilaf-khilafnya dan lain-lain. Ia merupakan sebuah talkhis (ringkasan)…
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 sechara fizikal telahpun melabuhkan tirainya. Namun, sebahagian sharikat buku giat menjalankan pesta buku sechara maya sekarang—mithalnya Galeri Ilmu.
Alhamdulillah, buku Al-Miftah boleh didapatkan dari pautan berikut:
https://www.galeriilmu.com.my/search?q=Miftah&search_history=%5B%5D&options%5Bprefix%5D=last
Harga asal buku ialah RM42, kini, boleh didapatkan dengan harga RM37.80. Setakat ini (dalam ma’luman hamba yang kerdil), buku ini masih belum dijual di tempat-tempat lain lagi (hamba sendiri pun tiada sebarang stok buku untuk dijual). Barangsiapa ingin mendapatkannya segera, maka, inilah jalannya.
Buku-buku yang lain juga boleh dibeli dengan harga promosi sehinggalah 9 Jun 2025 (tidak sampai seminggu lagi berbaki).
Zawiyah Nasiriyyah, Kedah
5 Zulqa’dah 1446
3 Jun 2025

Galeri Ilmu Media Grup
Miftah
Syarikat penerbitan buku agama, motivasi kekeluargaan, kerjaya, gaya hidup, kewangan dan bacaan untuk kanak-kanak.
FALSAFAH SONGKOK MELAYU
Antara hal menarik yang disentuh oleh Guru Yang Mulia Shaykhina حفظه الله تعالى pada malam ini, ialah perihal falsafah pakaian Melayu.
Songkok Melayu warnanya hitam, tetapi di dalamnya terdapat chorak bunga yang lawa. Padanya terkandung ma’na keluhuran jiwa yang menunjukkan sifat tawadhu’.
Seolah-olah, memberi gambaran bahawa: Orang Melayu itu tidak mahu memperagakan keindahan yang hanya bersifat luaran, sebaliknya, mereka lebih mengutamakan sesuatu yang bersifat isi dalaman.
Ma’nanya seakan-akan berjalan lurus dengan sebuah pepatah Bahasa Inggeris: “Don’t judge a book by its cover” (terjemahan: Janganlah dinilai sesuatu kualiti buku itu, hanya dengan melihat kulit luarannya semata-mata).
Bahkan, pada pemakaian songkok itu lebih merendahkan hati seorang penuntut ilmu—apatah lagi, dipadankan dengan pakaian baju Taqwanya. Pakaian serban itu lebih sesuai bagi Ahli Ilmu—para Tuan Guru.
Falsafah songkok itu; melatih jiwa seseorang murid untuk tidak berasa gah dan berdiri selapis sepertimana gurunya.
Suatu hari, Shaykhuna pernah bertanya kepada Tuan Guru Haji ‘Abdullah Bukit Lada حفظه الله تعالى, mengapa sebahagian daripada kalangan Tuan Guru sepuh tidak menyukai hal keadaan penuntut ilmu yang memakai songkok?
Jawab beliau: Ini kerana, adat pada waktu dahulu itu, masharakat awam kebanyakannya memakai songkok—termasuklah yang berakhlaq keji. Orang yang menyabung ayam pakai songkok, menonton wayang pakai songkok, bahkan mengintai anak dara orangpun pakai songkok!
Kesemua itu, memberi sebuah konotasi yang negatif terhadap songkok. Berbeza pula dengan kopiah dan serban putih. Lazim orang yang memakainya itu adalah daripada kalangan ‘lebai’ dan penuntut ilmu.
Namun, di sana, terdapat juga pakaian luaran yang bersifat indah. Ini seperti selalu yang dipakai oleh Mashayikh al-Azhar, semithal Mawlana al-Imam al-Shaykh Prof. Dr. Ali Jum’ah حفظه الله تعالى dan lain-lain.
Mereka memakai kopiah di sebelah dalam serban putih, dengan sebuah warna yang sepadan (matching) dengan warna pakaian luarannya. Jika dipakai sesuatu yang berwarna biru di luar, maka biru jualah yang akan dipilih bagi warna kopiah.
Sekalipun, kopiah itu tidak kelihatan pada pandangan orang lain. Apabila para murid bertanya, mengapa Mawlana memakai sedemikian (sekalipun orang lain tidak dapat melihatnya), maka jawabnya:
الظاهر عنوان الباطن
Maksudnya: Sesuatu yang dilihat pada luaran itu, merupakan gambaran kepada sesuatu yang tersembunyi.
Para Sufi juga menitikberatkan penjagaan penampilan luaran mereka (dengan berpakaian kemas dan bersih), sebagaimana mereka menitikberatkan kepada penjagaan hati mereka. Mereka tidak membiarkan dirinya dalam keadaan selekeh dan tidak terurus.
Dalam kuliah yang lain, Shaykhuna pernah menegur: Seseorang yang sengaja tidak mahu menggosok bajunya yang berkedut seribu dan sengaja membiarkan dirinya berbau busuk, itu bukanlah gambaran kepada zuhud. Sebaliknya, orang Kedah menyebutnya sebagai loqlaq!
Nota Hujung: Foto Shaykhuna bersama dengan al-Marhum Kyai Haji Abd. Nashir Fattah رحمه الله تعالى (wafat 2022M), pengasuh Pondok Pesantren Bahrul ‘Ulum Tambakberas, Jombang.
-Rasyid al-Kinti
Kuala Nerang, Kedah