Telegram Web Link
"Tak kan senang orang yang menzalimi dan tak kan susah orang yang dizalimi"

@syifaqQalBiy
“Hati yang terluka tidak selalu menangis, kadang ia hanya diam—kerana air mata pun lelah untuk jatuh.”


@syifaqQalBiy
" híjrαh,вukαn ѕαtu lαngkαh kσѕσng tαnpα tujuαn tєtαpí pєrjαlαnαn чαng dípєnuhí dєngαn mαtlαmαt dαn míѕí mєmвαngunkαn kєhídupαn.. " 🤍

@syifaqQalBiy
“Bila hati disakiti oleh orang yang paling kita percaya, luka itu tidak berdarah—tapi perihnya terasa sampai ke jiwa.”

@syifaqQalBiy
“Tak mengapa jika mereka tidak faham hatimu, kerana luka yang kau simpan bukan untuk ditonton, tapi untuk disembuhkan oleh Tuhan.”


@syifaqQalbiy
“Ada luka yang tidak bisa diubati dengan kata maaf, kerana ia tumbuh dari kepercayaan yang dikhianati.”


@syifaqQalBiy
Haritu sheikh sebut, 1 hadis pasal seorang wanita yang ingin memilih calon suami.

“Apabila kamu redha dengan agamanya dan akhlaknya.”

Lalu sheikh tanya kami, “kenapa nabi sebut agama dengan akhlak itu diasingkan. Dan tak disebut salah 1 darinya. Apa ada perbezaan antara agama dan akhlak?”

“Adakah orang berakhlak itu tidak beragama ?”
“Adakah orang beragama itu tidak berakhlak ?”

Kami semua terdiam seketika. Sambil memikirkan jawaban. Dan termenung panjang sampaikan kesudah tak ada seorang pun mampu beri jawaban.

Akhirnya, sheikh kata,

Ya memang ada perbezaan antara akhlak dan agama. Orang yang beragama tidak semestinya dia tu berakhlak. Dan orang berakhlak sudah pastinya dia beragama.

Sheikh pun senyum.
Dia sambung lagi dengan memberi contoh.

Contoh begini mudah. Kamu seorang yang rajin solat. Rajin pergi jemaah di masjid. Kamu seorang yang bab agama memang mantap. Ilmu penuh di dada. Kelas pengajian semua kamu hadir. Tak ada miss langsung.

Tapi bila sebut bab akhlak. Kamu tak setaraf dengan agama yang ada di dada kamu.

Bila bercakap. Tinggi suara. Bila lambat sikit kamu marah marah. Bila tak puas hati sikit kamu lepaskan dengan pukul sana pukul sini. Semua hati yang ada disekeliling kamu jadi terguris.

Jika tak kena dengan kehendak kamu. Kamu menghina. Mengherdik sampai dapat apa yang kamu nak. Kamu hempuk tangan kamu di meja tak puas hati dengan orang lain.

Kami semua terdiam. Fokus dan cuba memahami. Sambil muhasabah aku termasuk juga ke dalam tu. Huhu.

Sheikh sambung lagi.
Kali ni dengan nada yang lembut sedikit.

Beza dengan orang berakhlak. Mereka ni, sangat baik. Bila bercakap lemah lembut. Bila tak puas hati tak marah marah. Tapi mudah memaafkan. Tak mudah naik angin nak marah marah.

Terus aku teringat 1 hadis lain. “Sebaik baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya.”

Dan aku juga terfikir mengapa ada ayat al-Quran yang menyebut Allah mengutuskan nabi itu kerana nak menyempurnakan akhlak.

Mungkin jawaban sheikh tu telah menjawab semua soalan difikiran aku tu.

Pak Arab adalah contoh. Mereka sangat titikberatkan bab solat awal waktu. Agama mereka hebat. Kebanyakkan mereka hafiz 30 juz hatta’ yang berseluar jeans pun. Tetap seorang hafiz al-Quran.

Tapi bila sebut bab akhlak. Mereka kurang. Bila sebut siapa yang mudah melenting marah. Kasar suara pada orang lain. Mereka lah yang terkehadapan.

Dan itulah juga sebabnya Allah mengutuskan nabi di tanah Arab. Kerana nak perbaiki akhlak mereka. Ya lah mana tidaknya. Cuaca panas.

Maka angin dalaman pun mudah naik. Suhu kereta mana tak naik kalau tiada penyejuk dengan air. Air itu adalah akhlak.

Agama adalah enjin dalam kehidupan. Kalau tak ada enjin kita tak boleh bergerak. Begitulah juga akhlak.

Kalau tak ada akhlak. Maka kita adalah insan yang lemah dan mudah marah.

Sehinggakan ada hadis nabi sebut ringkas bab marah. Bila ada seorang sahabat minta nasihat dari nabi. Nabi Muhammad sebut ringkas.

“Laa Taghdob!”

“Jangan lah kamu marah.” 3 kali nabi ulang ayat tersebut.

Maka bagi sesiapa wanita di luar sana. Yang berkenan dengan seorang lelaki.

Nasihat aku, kalian kena perhati betul betul mereka ni. Jika baik akhlak dan agamanya maka terimalah. Walaupun muka tidak seindah pelakon TV3 idaman kalian.

Berapa ramai yang bercerai setelah menikah kerana duk tilik lelaki itu ada gaya ustaz. Ada serban di kepala. Ada rida’ di bahu. Ada ilmu boleh baca kitab arab padu.

Tapi akhlak ke laut. Tak boleh dibuat suami. Huhu.

Semoga kita semua dapat memperbaiki akhlak dan agama dari hari ke hari sebelum kita menghadap Allah.

Nak ulang sebut hadis
Rasulullah bersabda,

إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (HR. Tirmidzi.
Manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya. Allah Subhanahuwa Ta‘ala berfirman
:إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

(Surah Ar-Ra’d: 11)

Kredit: Ahmad Sobir

Mimie Mizah
Kena memilih.
#4HForever
#singlemomlife


@syifaqQalBiy
Janganlah kamu terlalu membebani badanmu dengan sesuatu yang tidak kamu perlukan.

Salman Al-Farisi

@syifaqQalBiy
Pernah jumpa orang yang cakap : "Takpa, mungkin Allah ambil dia waktu kecil takut, besar nanti dia jadi anak yg tak soleh, tak taat perintah atau menyusah kan awak"


Ayat ni nampak macam nak memujuk kan? Tapi bagi kita, kita lebih suka jika ayat nya berbunyi begini,


" Sabar,Allah sedang tinggi kan darjat mu, Syukur, kerana Allah telah pinjam kan rahim mu sebagai wasilah lahir nya anak syurga dan redha, Anak syurga itu sedang menanti mu di sana"

@syifaqQalBiy
Kalau seseorang itu hanya menumpu semata2 belajar ilmu Fardhu 'Aïn, ya'ni Tauhid, Feqah dan Tasawuf, tapi tak belajar pun ilmu2 Fardhu kifayah seperti Tafsir Quran, sirah dan lain2, itu sudah pun memadai, kerana dari segi hukum Syara' yang wajib belajar hanya tiga ilmu sahaja (Tauhid, Feqah & Tasawuf) belajar wajib ain. Jang Lain nya tidak sampai

Tapi, kalau tiga bidang ilmu Fardhu 'Aïn tu h sempurna ngaji faham betul secara tafsil, maka boleh lah belajar ilmu 2 Fardhu kifayah pula kerana ia adalah pelengkap.

Jangan pula berasa seperti ketinggalan kalau tak belajar ilmu Fardhu . kifayah tu, yang patut ada rasa ketinggalan ialah apabila bersungguh2 belajar Fardhu kifayah, Fardhu 'aïn tak belajar atau tak ambil berat maha.

Jadi, sesiapa pun yang tumpu betul belajar tiga ilmu Fardhu 'aïn tu, sebenar nya dia lah orang yang paling beruntung, kerana tiga ilmu tu lah sendi atau akar umbi agama kita, terutama sekali ilmu Tauhid.

Cp status ahlia ustaz


@syifaqQalBiy
sebelum kamu menilai seseorang tentang kemarahannya, tanyakanlah tentang rasa sakitnya.

@syifaqQalBiy
Jika sampai hari ini Tuhan masih mau kamu menunggu, maka bersiaplah untuk sesuatu yang lebih besar dari apa yang kamu doakan.

@syifaqQalBiy
jangan menyakiti perasaan siapapun, agar doanya tidak mempersulit hidupmu.

@syifaqQalBiy
Susah nak lupa apa orang buat pada kita kan? Sangat susah.

Jadi usaha lah untuk tidak ulang perkara yang sama kepada orang lain.

@syifaqQalBiy
Seperti merasakan hampa tapi tidak tahu jelasnya apa, seperti merasakan sakit tapi tidak tahu bentuk lukanya bagaimana.

@syifaqQalBiy
اللَّهُمَّ بَشِّرْنِي بِمَا أَنْتَظِرُهُ وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُبَشِّرِينَ

Ya Allah berilah aku kabar gembira tentang apa yang ku tunggu-tunggu, sebab Engkau sebaik-baik pemberi kabar gembira


@syifaqQalBiy
Bersama orang yang tepat, kamu tidak perlu bersuara untuk didengari. Cukup diammu dia tahu bahawa kamu sedang tidak baik-baik.


@syifaqQalBiy
Ada 2 insan yang sedang tersakiti.


Yang disana menyalah kan dia yang tak membalas cintanya.

Yang disini terluka kerana mematah kan hati nya.

Dua dua masih ada rasa yang dalam, tapi masih juga keduanya tidak mengalah.

Kita yang di tengah tahu tentang kedua nya.

Tak mengapa, biar kan doa menjadi pengantara cinta kalian berdua.

Moga kamu berdua damai dan tenang ya.

@syifaqQalBiy
2025/07/02 06:30:43
Back to Top
HTML Embed Code: