Telegram Web Link
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

@syifaqQalBiy
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

@syifaqQalBiy
Orang yang hidup untuk dunia, dia akan jadi stress, tension bila tak dapat dunia,

Tapi, Orang yang hidup untuk akhirat, bila dia tak dapat dunia, dia ok saja.

Asalkan apa yang dia buat Allah redha.

@syifaqQalBiy
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

@syifaqQalBiy
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

@syifaqQalBiy
Halalkan atau tinggalkan.
Jika kau mencintai dia, maka halalkan. Jika tak mampu, maka tinggalkan.

@syifaqQalBiy
A Classy Women

Wanita yang berkelas tinggi bukan wanita yang menggunakan beg, kasut dan baju yang berjenama mahal, tetapi wanita yang kelihatan classy adalah kerana ketinggian ilmu dan adab sopan.

@syifaqQalBiy
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang- kadang menumpahkan darah.

@syifaqQalBiy
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

@syifaqQalbiy
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

@syifaqQalBiy
Sakit kan..

Bila di kumpulan itu, semua orang lihat kau sangat tenang. Sangat redha atas segala sesuatu.
Sedangkan disisi lain diri mu lah yang patah berkeping-keping.

@syifaqQalBiy
Akan ada satu masa kita akan lebih selesa untuk tidak banyak bercakap, mengasingkan diri dan lebih banyak diam. Rasa sepi tapi itu lebih menenangkan.

@syifaqQalBiy
Kalam Habib umar bin Salim bin hafidz :

"Umur kita adalah keberuntungan yang besar maka wajib bagi kita mengetahui bagaimana cara menggunakannya dan menjalankannya serta memilih bergaul dengan orang2 yang keadaannya menyemangati kita (berbuat kebaikan) & kata2 nya menunjukkan kita kepada Allah subhanahu wa ta'ala"

@syifaqQalBiy
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

@syifaqQalBiy
🔥PAKU UNTUK AWAK!🔥

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya berpunca dari satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mula menyedari adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.

Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya telah memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata; "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

p/s :
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda semua.

@syifaqQalBiy
"Tak kan senang orang yang menzalimi dan tak kan susah orang yang dizalimi"

@syifaqQalBiy
Jangan pernah putus asa dengan hidup

Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang meletakkan harapan kepada-Nya. Dalam setiap kesulitan, ingatlah bahawa Dia tidak pernah meninggalkan kita. Jangan lakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri, kerana diri kita adalah amanah dari Allah. Sayangi diri, kerana Allah menyayangi kita lebih dari apa yang kita mampu bayangkan.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepada-Ku, dan Aku bersamanya ketika dia mengingat-Ku.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengingatkan kita untuk sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita, terutama dalam saat-saat yang sukar.

@syifaqQalBiy
Aku sangat suka menghargai insan yang lain. Tapi silap nya aku mahu di hargai juga oleh nya.

Maka dari itu, aku sentiasa kecewa kerans mengharap dihargai oleh selain dari NYA

@syifaqQalBiy
Hati ini sakit, sedih dan kecewa. Cuma tidak ku tahu punca nya.

Mungkin karna sangat sikit bicara munajat kepada yang diatas sana.

@syifaqQalBiy
Terima kasih Tuhan, atas setiap kebahagiaan dan pengajaran yang Engkau hadirkan.

@syifaqQalBiy
2025/06/30 09:03:26
Back to Top
HTML Embed Code: