Telegram Web Link
6 Ciri-ciri Puasa Yang Sukar Dibuat Tetapi Tidak Mustahil Digapai

Syeikh Sa'id Hawwa dalam bukunya AlMustakhlas fi Tazkiyatil Anfus turut mengupas perihal puasa sebagai salah satu jalan penyucian jiwa yang berkesan. Sebagamana yang disebutkan oleh Imam Al Ghazali, puasa itu mempunyai 3 darjat. Puasa orang awam, puasa golongan khusus dan puasa golongan yang terpilih.

Terdapat 6 ciri-ciri puasa yang sepatutnya diusahakan oleh semua umat Islam untuk menggapainya sepanjang Ramadhan. Syeikh Said Hawwa menyebutkannya sebagai puasa golongan solihin.

1. Memelihara Pandangan

Menundukkan pandangan daripada melihat yang dicela dan makruh. Apa jua yang melalaikan hatinya daripada mengingati Allah akan dihindari. Sabda Nabi SAW "Pandangan itu seumpama panahan beracun daripada panahan iblis, barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, dianugerahkan kemanisan iman dalam jiwanya." Riwayat Al Hakim

2. Memelihara Lidah

Memelihara lidah daripada berbohong, mengumpat, bertengkar dan bercakap kotor bahkan melazimi diam. Menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran. Dua perkara yang merosakkan puasa adalah mengumpat dan berbohong. Puasa itu adalah perisai yang mencegah dua perbuatan di atas.

3. Menjaga Telinga

Menutup telinga daripada cenderung mendengar perkara dusta. Al Quran menggabungjalin dua sikap buruk, iaitu suka mendengar berita bohong dengan memakan benda haram.
Al-Mā'idah:42 - Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).

Menurut Imam Tobari, ia merujuk kepada sifat Yahudi yang suka bercerita bohong tentang Nabi saw dan suka memakan rasuah.

Al-Mā'idah:62 - Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

4. Menjaga Seluruh Anggota Zahir dan Batin

Menegah seluruh anggotanya daripada perbuatan dosa. Begitu juga kemaluannya. Tidak ada ertinya puasa yang hanya menahan lapar dan dahaga sebagaimana yang disebutkan dalam satu hadith :
كم من صائم ليس له من صيامه الا الجوع والعطش
"Berapa ramai dari mereka yang berpuasa tidak ada yang mereka perolehi kecuali hanya lapar dan dahaga".

5. Menjaga Perutnya

Mengawal kuantiti makan ketika berbuka supaya tidak terlalu kenyang yang akan mengganggu prestasi ibadah. Ketika siangnya tidak dihabiskan dengan tidur dan bermalasan kerana lapar, di waktu malamnya pula tidak dirosakkan dengan kekenyangan yang melampau lalu bermalasan pula untuk bangun malam.

6. Memelihara Hatinya

Hati yang sentiasa seimbang diantara mengharap dan takut. Apakah benar puasa kita diterima Allah? Sentiasa mengharapkan ia diterima tetapi tetap tidak merasa selesa dengan tahap yang diusahakan semata. Pastinya hati mereka yang mahukan redha Allah tidak akan mengabaikan solat malamnya.

Inilah 6 ciri-ciri puasa orang soleh untuk kita usahakan. Bukankah memang kita sering berdoa mahu menjadi orang soleh?

Menurut satu hadith yang direkodkan oleh Al Kharaiti dengan sanad yang hasan,
إن الصوم أمانة فليحفظ أحدكم أمانته
"Sesungguhnya puasa itu adalah amanah, maka peliharalah kalian akan amanah tersebut".

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Mohd Adlan bin Mokhtaruddin
1 Ramadhan 1442H
Sempena menyambut bulan Ramadan ini, saya ingin berkongsi sejarah tentang Fanous. Lampu yang digunakan masyarakat Arab ketika tibanya bulan Ramadan.

Fanous, Fanoos.
(bahasa Arab; فانوس. Jama'; فوانيس).
Biasanya dikenali Fanous Ramadan (arab; فانوس رمضان), pelita, lampu Ramadan.

Yang bermaksud; lampu atau cahaya. Tapi selalunya orang Mesir faham Fanous itu lampu Ramadan. Kalau pergi kedai peralatan minta Fanous masa bukan bulan Ramadan mungkin mereka akan hairan.

Perkataan Fanous ini berasal dari bahasa Greek yang diterjemah menjadi lilin. Atau mudah kata, bermaksud cahaya atau pelita. Menurut sejarah, perkataan Fanous ini digunakan zaman berzaman yang membawa maksud, 'cahaya dunia'. Dan simbol sebagai harapan, contohnya cahaya yang menerangi dalam kegelapan.

Sejarah Fanous

Ketika zaman Mesir Purba, fanous ini berfungsi sebagai lampu suluh atau pelita ketika itu. Bahan bakarnya ialah daripada minyak, lemak haiwan.
Fanous ketika ini digunakan sebagai simbolil menyambut perayaan Firaun, iaitu munculnya bintang Sirius (dalam buruj Canis Major) dan dewa dewi orang Mesir selama 5 hari dan setiap satu hari tersebut satu sambutan bagi satu Tuhan mereka, antaranya;

-Osiris (dewa kehidupan)
-Horus (dewa kepimpinan, pembalasan)
-Isis (dewi pelindungan, keibuan)
-Seth (dewa kekecohan)
-Nephtys (dewi alam sekitar)

Terdapat banyak versi cerita sejarah Fanous ketika zaman pemerintahan khilafah Fatimiyyah dibawah pimpinan Khalifah Mu'īzz Līdīnillah Al Fatīmiyy.

Pertamanya, apabila Khalifah keluar pada suatu malam untuk melihat anak bulan pada bulan Ramadan dan bersama Baginda juga, kanak-kanak yang membawa fanous dengan mereka bagi menerangi jalan-jalan dan mereka menyanyi kegembiraan dalam menyambut bulan mulia Ramadan yang tiba.

Kedua, salah seorang dari khalifah kerajaan Fatimiyyah mahu menerangi jalan-jalan di sekitat kota Kaherah sepanjang bulan Ramadan. Jadi Baginda memerintahkan para masyaikh dan imam menyalakan lampu fanous di setiap masjid dan jalan ke masjid yang mereka bertugas.

Ketiga, ketika zaman Fatimiyyah, tidak dibenarkan bagi kaum wanita keluar dan melazimi berada dirumah mereka. Kecuali pada bulan Ramadan. Mereka akan keluar dengan anak-anak kecil mereka dan anak mereka membawa fanous sebagai tanda kepada kaum lelaki ketika itu adanya wanita dikawasan itu. Supaya lelaki yang ingin lalu dikawasan itu menjauhi lorong yang akan dilalui oleh wanita disitu. Jadi dengan keadaan itu, kaum wanita boleh keluar tanpa dilihat oleh lelaki.

Adapun, Fanous mula-mula diperkenalkan oleh orang Mesir ketika masuknya Khalifah Fatimiyah, Al Muiz Lidinillah Al Fatimiyy ke kota Kaherah pada bulan Ramadan tahun 358 Hijri pada waktu maghrib. Telah keluar rakyat Mesir beramai-ramai menyambut kehadiran Baginda dengan fanous dan pelita yang berwarna-warni, beraneka bentuk. Lalu kekallah Fanous sebagai simbol ketibaan bulan Ramadan, simbol tradisi dan kegembiraan rakyat Mesir menyambut bulan Ramadan dan digunakan menyinari jalan-jalan sepanjang Ramadan.

Penutup.

Fanous menjadi lambang tibanya bulan Ramadan, secara asalnya fanous dari Mesir lalu tersebar luas di negara-negara Arab selepas berlalu zaman demi zaman.
Awal-awal Ramadan ni banyak pula dengar kes-kes yang mencabar maruah Islam.

Teringat saya kepada satu kisah pada zaman kegemilangan Islam dahulu, hanya kerana maruah seorang muslimah, seluruh negeri Islam dikerah untuk ikut serta berjihad, menuntut bela demi seorang wanita muslimah ini.

| Di manakah engkau, wahai Mu'tashim!

Seluruh penjuru kerajaan Islam dinasti Abbasiyyah gempar apabila Khalifah Mu'tashim mahu mengumpulkan pasukan umat Islam untuk menyerang kota Ammuriah, salah satu kota terbesar kaum Romawi ketika itu. (Ketika ini terletak di dalam negara Turki).

Puncanya hanya kerana seorang wanita muslimah telah diganggu oleh sebahagian pemuda romawi. Kain pakaiannya diikat dengan paku sehingga ketika wanita itu berjalan terlihatlah sebahagian auratnya.

Spontan wanita itu menjerit berulang kali;

Wa mu'tashimaah!
"Di manakah engkau, wahai Khalifah Mu'tashim?"

Mu'tashim merupakan Khalifah dinasti Abbasiyyah ketika itu. Saat mendengar laporan kejadian tersebut, Mu'tashim yang sedang memegang secangkir air, terus meletakan kembali cawan tersebut dan segera bersiap untuk berperang, seraya berkata;

"Aku datang! Aku datang!"

Wanita itu malah dipenjara oleh pemerintah Romawi dengan zalimnya. Darah Mu'tashim makin mendidih. Dek maruah seorang wanita muslimah yang telah dipermainkan, semangat juang Mu'tashim terus berkobar-kobar.

Kota Ammuriah terkenal dengan kekuatan bentengnya. Bertahun-tahun sebelum itu umat Islam tidak pernah berjaya menembusinya.

Namun, asbab menyahut panggilan dan mempertahankan maruah seorang wanita muslimah, tekad untuk menakluki kota tersebut ternyata tidak mustahil.

Seruan jihad telah berkumandang di seluruh negeri. Umat Islam terus bersatu hati berjuang di jalan Allah sungguhpun tidak mengenali wanita muslimah itu.

Dikatakan jumlah pasukan islam yang berjaya dikumpulkan Mu'tashim ketika itu sangat banyak. Saat pasukan paling hadapan mereka telah mencapai kota Ammuriah, sedangkan pasukan terakhir mereka belum bertolak dari istana Khalifah.

Dengan izin Allah ta'ala, benteng Ammuriah yang tidak dapat ditakluki sebelumnya, akhirnya jatuh ke tangan kaum muslimin. Seramai 30,000 pasukan Romawi mati dan 30,000 pula ditawan oleh kaum Muslimin.

Selesai penaklukan kota Ammuriah, Mu'tashim masuk ke kota tersebut dan mencari wanita yang telah memanggil namanya. Kata Mu'tashim;

"Wahai saudariku, apakah aku sudah menyahut seruanmu?"

Wanita tersebut terharu dengan kedatangan Khalifah dan mendoakan kebaikannya. Fikirnya, siapalah dirinya sehingga umat Islam sanggup datang mempertahankan maruahnya.

Ya, sebesar ini lah maruah seorang muslimah. Ini lah bukti kecintaan seorang muslim terhadap saudarinya, seperti mana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

‎مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ، وَتَرَاحُمِهِمْ، وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

“Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mengasihi, mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan sakitnya).” (HR. Bukhari & Muslim)


Sahabat pembaca semua, bayangkan betapa maruah seorang muslimah dapat menyatukan hati kaum muslimin ketika itu.

Inilah "GHIIRAH", kecemburuan yang lahir dari hati seorang muslim yang beriman, ketika agama diperkotak-katikkan, dihina dan dicerca.

Namun tentunya, semangat mempertahankan agama (ghiirah) ini haruslah diiringi dengan ilmu yang mencukupi, bukan hanya kemarahan semata tanpa adanya ilmu agama. Jika tidak, hanya kerugian saja lah bagi kaum muslimin.

Hakikatnya, yang lebih baik adalah kita meminta bantuan kepada Allah Ta'ala ketika berada dalam kesusahan, tetapi masih diperbolehkan menyeru bantuan daripada seseorang yang masih hidup jika itu memang dalam kadar kemampuannya.

Di sini, Mu'tashim bertindak sebagai seorang Khalifah dan wanita tersebut berada dalam keadaan terpaksa dan terdesak. Maka, penyeruan tersebut masih dalam bidang kuasa Khalifah saat itu.
Sedangkan, jika meminta bantuan daripada orang yang telah mati (tiada upaya), maka tidak diperbolehkan kerana ia termasuk menyekutukan Allah Ta’ala.

Begitu pula dengan meminta bantuan daripada orang yang hidup di luar kekuasaan mereka, seperti meminta bomoh untuk melihat masa depannya, maka ini adalah suatu kesyirikan yang nyata kerana perkara ghaib bukan berada di bawah kekuasaannya.

Allahu'alam.
Makam Imamuna AsAsyafie selepas renovation
Sungguh,
Takjubku pada sebuah cahaya,
yang segagahnya memberi cahaya di wajah,
Menguntum sekuntum seri senyum ketawa,
Tanpa wujudnya teman bual bicara,
Tanpa wujudnya sang pelawak jenaka,
Disisi terzahir yang nyata,
Hadirnya seolah olah sentiasa dipinta,
Jika hilang dia, maka gundah gulana hati jua jiwa,
Seolah tiada lagi harapan untuk bernyawa,
Oh, cahaya yang didamba,
ajaib sungguh sinarannya.

wahai cahaya,
Apalah gerangannya dikau ini,
hanya Menyujudkan manusia,
pada sekujur engkau yang tidak bernyawa,
Padahal ia sedang leka dan sibuk berjalan,

Menggoda sang ayah,
Padahal beliau sedang berkerja,
mencari dan menggali nafkah buat keluarga,

Menawan nurani sang ibu,
Padahal disisinya ada anak yang menangis meminta disusu,

menghulurkan diri pada pelajar dan penggali ilmu,
padahal ianya menyedari masa yang terluang banyaknya terbuang bersamamu,

Mengisi kebanyakan masa kami,
Padahal kami sedar bahawa musuh itu tidak akan mengalah dan berhenti,
hanya untuk menunggu kami leka bersamamu.

Kerana engkau, Duhai cahaya,
Kami hidup sendiri-sendiri,
hidup secara nafsi nafsi,
Perhubungan kami ditularkan ke situ dan kesini,

Tidak perlu bersusah payah ke hulu kehilir,
Bersenang-senang,
mudah hanya dijari,
yang terdahulunya berkumpul riuh,
Menjadi senyap, sunyi sepi,
hebat,
Saktinya dikau, wahai cahaya.

Duhai cahaya yang itu dan ini,
khabarkanlah kepada kami asbab kami memegangmu berjam-jam,
Sedangkan solat dan ibadah semuanya sekadar patuk-patuk ayam,
Kemudahanmu yang pelbagai telah disalahgunakan,
tidakku setuju segalanya mengalasankanmu,
kerana dikau banyak faedah kepada yang memanfaatkan sekujur tubuhmu..

Duhai cahaya,
sungguh.
Lekeh sekali,
Malu, malu.
sungguh malu nanti
pabila menjawab depan Rabbul Izzati!

Moga kita tidak tersalah memilih cahaya yang ingin menyinari wajah kita di Hari Akhirat yang nyata!

pesananku,
gunalah cahaya yang ada itu sebaeknya.
kerana mustahil diera ini,
orang dewasa ketiadaannya,
malah remaja dan seawal usia sudah pun memiliknya
Benar, cahaya telefon pintar yang aku cuba sampaikan.
Seorang ahli Hikmah berkata,

Allah telah menjadikan beribu macam makhluk, sedang yang termulia daripada semua itu adalah anak Adam, lalu menjadikan aku daripada anak Adam.

Aku mengetahui bahawa Islam itu sebaik-baik agama yang diterima oleh Allah, lalu aku dijadikan sebagai seorang Muslim.

Aku mengetahui bahawa umat Muhammad itu seutama-utama umat, lalu Allah menjadikan aku daripada umat Muhammad s.a.w.

Walahu a'lam.
Pintu langit terbuka tiap saat di bulan Ramadhan.. Berdoa berdoa.. Minta tambah iman, minta teguh iman, minta kuat utk istiqamah, minta utk ibu ayah..minta utk keluarga, minta utk ummah.. Jgn lupa minta taqwa, syurga n minta jauh neraka
Ikhlas bukan bermakna tiada tangisan, tetapi penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.

Apabila kita ikhlas atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak disangka.
2025/10/25 17:31:03
Back to Top
HTML Embed Code: