Telegram Web Link
#BreakingNews ||

Mohammed Hamayel,15, Palestinian boy was shot dead by Israeli occupation bullets on Sbaih mountain in Beita town, Nablus.

#IsraeliCrimes
#Act4Palestine
Mendung hati bukan kerana cinta manusia.

Tegar berjuang melawan rasa.

Badai kali ini berbeza, hebat dari sakitnya putus cinta.

Kuatlah jiwa ๐Ÿคœ๐Ÿค›
Terkadang yg lemah itu bukan badan.

Tapi perasan yg terbeban..

Moga Allah beri kekuatan.
Cerita Yang sangat memberi kesan kepada Hati ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿฅบ

Di sebuah pondok, ada seorang pelajar. Dia ni berguru seorang alim. Lama dia belajar di pondok ni. Ramai dah berhenti tapi dia sambung terus belajar.
.
Satu hari sampailah masa Orang Alim guru dia ni suruh dia balik. โ€œPengajian dah tamat.โ€ Kata Si Alim ni. โ€œSekarang masa kembali kepada masyarakat. Tabur bakti pada mereka.
.
Si anak murid angguk. Akur dengan perintah guru dia.
Sebelum dia balik, si Guru yang Alim ni bagi satu ujian dekat dia. Si guru kata.
"Sebelum kamu pulang, dalam tiga hari ini, aku ingin meminta kamu carikan seorang ataupun makhluk yang lebih hina dan buruk dari kamu." Kata sang guru.
"Tiga hari itu terlalu lama Tuan Guru, nanti keluar saya boleh jumpa banyak orang atau makhluk yang lebih buruk daripada saya. Hari ni juga saya berikan jawapanโ€ jawab dia penuh dengan yakin.
.
Si Alim tersenyum. Dia persilakan muridnya pergi. Pelajar ini pergi setelah bersalam dengan gurunya. Dalam hati dia fikir โ€˜kejap jer ni dapat Insyaa Allah.โ€™
.
Hari itu juga ni berjalan ke pekan. Ditengah jalan, dia nampak seorang pemuda jalan terhoyong hayang. Sampai jatuh kerana terlalu mabuk.
.
Dia pun bertanya dengan tuan kedai berdekatan tempat dia berdiri. โ€œDia tu mabuk ke?โ€ Tuan kedai angguk. โ€œDia ni setiap hari mabuk. Tak tahu malu demgam orang ramai. Kesian mak ayah dia.โ€ Tambah tuan kedai sambil geleng gelengkan kepala.
.
Dengar saja kata tuan kedai tu dia pun kata dalam hati.
.
โ€œMamat ni mesti lagi buruk dari aku. Bayangkan setiap hari dia habiskan duit untuk mabuk. Aku tumpu pada mengaji ilmu dan buat ibadah.โ€
.
Berbunga hati dia sekejap. Dia fikir tugas dah selesai. Lega rasanya.
.
Tapi masa dia berpatah balik ke pondok tiba tiba ada lintasan di hati dia.
.
โ€œTapikan mamat yang mabuk tak semestinya lebih jahat dari aku. La ni dia jadi peminum arak. Entah nanti Allah beri hidayah. Dia bertaubat. Hidup dalam husnul khatimah..โ€
.
โ€œAku pula mungkin sekarang ni menutntu ilmu, rajin ibadah tapi esok esok macam mana? Kalau aku mati dalam suโ€™ul khatimah, macam mana pula. Isshhh tak boleh jadi ni.โ€
.
Dia pun buat keputusan cari yang lain. Dia patah balik. Terus berjalan di pekan. Dia tengok kiri dan kanan. Mata liar mencari.
.
Dalam mencari tu tiba tiba dia nampak seekor anjing kurap. Nampak memang menjijikkan. Dengan kudis, nanah meleleh, lalat menghurung sakan. Dia fikir nilah makhluk lebih buruk dari aku.
.
โ€œAnjing kan haram.โ€ Dia cuba kukuhkan pandangan. โ€œBetul lah tu. Alhamdulillah selesai Insyaa Allahโ€
.
Dia pun cari karung besar. Nak sumbat anjing dalam karung. Nak bawa balik tunjuk pada Tuan Guru.
.
Setelah berjaya trick anjing untuk masuk dalam karung, cepat cepat dia ikat. Anjing tu meronta. Sekejap saja. Lepas tu diam.
.
Dia pun angkat guni tu.
.
Masa dok berjalan dia fikir. โ€œAnjing ni memang ada kurap kudis bagai. Tapi dia lebih buruk dari aku ke?โ€ Kalau anjing mati, dia tak ada soal kubur bagai. Tapi aku kena. Silap silap aku yang ke neraka. Astaghfirulahal adzim.โ€
.
Dia terus lepaskan anjing. Lepas minta maaf kat anjing dia jalan balik ke pekan. Cuba cari yang lain. Ada terjumpa. Tapi semua tak kena.
.
Sampai isyak dia mencari. Lepas solat isyak dia buat keputusan balik ke pondok.
.
Sampai di pondok, Tuan Guru dah siap menunggu. Dia tanya โ€œmacam mana jumpa tak?โ€
.
Dengan muka sayu dan wajah tunduk ke tanah dia jawab โ€œdah jumpaโ€
.
Dia sambung. โ€œAda makhluk yang hina. Anyara makhluk atau orang yang hina saya jumpa ternyata saya lebih hina dari mereka.โ€
.
Waktu itu air matanya menitis.
.
Memdengar saja penjelasan anak muridnya, Sang Guru tersenyum. โ€œKau lulus - mumtaz.โ€ Kata sang guru lagi.
.
Kemudian dia sambung.
.
"Selama kita hidup di dunia, jangan pernah ada daki sombong dalam diri. Jangan pernah berasa lebih baik atau mulia dari orang ataupun makhluk lain. Kita tidak pernah tahu, bagaimana akhir hidup yang akan kita jalani. Mungkin sekarang kita baik dan mulia, tapi diakhir hayat kita jadi makhluk yang seburuk-buruknya. Boleh jadi sekarang kita beriman, tapi di akhir hayat, syaitan menghasut palingkan wajah kita hingga lupa pada Allah,"
Rasulullah SAW bersabda,

"Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dihatinya ada kesombongan meskipun sebesar biji sawi. (HR. Muslim: 91).
.
Si pelajar tadi dengar dan angguk. Dipeluknya Sang Guru. Kemudian dia minta izin untuk bermalam semalam lagi di pondok.
Pernah tak selepas solat,kita beristighfar minta ampun,khusus atas sebab kita masih tak mampu nak khusyu' dalam solat?

Kalau tak pernah,amalkanlah. Takut takut kita tak buat kerana kita angkuh,sombong dengan Allah.

โœ Afif
Teringat peristiwa ketika Ijtima' Tarbawi di Perlis.. Ijtima' Tarbawi 6.0 kalau tak silap. Sebab yg di Perak baru ni,7.0..

Kami Amal Kuala Kangsar sampai di MATIN sejam sebelum Subuh. Sempat berehat sebentar sebelum azan Subub berkumandang. Sebelum azan,kami sudah siap melapor diri di Amal Command Centre ACC dan menyarung uniform.

Usai solat Subuh,aku diarah mengawal satu pintu di hadapan. Pintu masuk penceramah. Sedang aku mengawal,dtg satu sosok tua yg aku kenal wajahnya. Pak Daeng. Atau nama penuhnya Daeng Sanusi Daeng Mariok. Mantan Naib Presiden Pas dan mantan ahli Majlis Syuro Ulama'. Dialah penceramah Subuh hari itu.

Sempat bersalam,dan membuka pintu untuk Pak Daeng masuk. Selesai kuliah,Pak Daeng keluar dan katanya ingin ke rumah seorang kawan.

Aku katakan pada Pak Daeng, "pak Daeng,Tok Guru Presiden ada di bilik jamuan VVIP" sambil kataku disokong oleh Ustaz Yusof (yg jadi imam Maghrib dlm Fastaqim Kelantan).

Lembut Pak Daeng menjawab "Ana dah janji dgn kawan nak minum di rumahnya. Tak mengapa,ana akan datang semula"

Tak lama,saat Tuan Guru bergerak ke bilik kuliah,Pak Daeng juga sampai semula.

"Tok guru".. Lembut Pak Daeng menyapa Tuan Guru Presiden. TGHH berpaling,dan Pak Daeng mendekat. Pak Daeng tunduk,mencium tangan TGHH sambil TGHH juga menbongkokkan badannya tanda saling hormat menghormati. Pak Daeng memegang kepala TGHH lalu mencium dahi TGHH sambil berkata "ana nak balik dah..nak ambil barokah Tok Guru".

Boleh bayang kalau kejadian ni di depan mata? Aku saksi sendiri. Tipu la kalau tak keluar air mata. Mereka orang lama. Susah kita orang muda,mereka tempuh dulu dari kita.

Kemudian Pak Daeng minta diri nak balik,lantas aku mendekati Pak Daeng,meminta nasihat.

"Pak Daeng,nasihatkan sy"

Jawab Pak Daeng :

"Kalau jemaah meninggalkan Al Quran,Hadis,Ijma' dan Qias, ana orang pertama akan tinggalkan jemaah. Tapi jemaah masih berpegang dgn perkara itu. Beristiqomahlah"

Sekali lagi tangan Pak Daeng aku cium. Lalu kereta Pak Daeng meluncur laju meninggalkan bumi MATIN.
"Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.

Diturunkan ke lubuk hati orang berIman.

Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan."

-As Syahid Syed Qutb-

www.tg-me.com/Tausiyatul_qulub
If everything is already written in Luh Mahfuz, then why should I wish ?

Coz maybe on some pages Allah has written, "as you wish"

www.tg-me.com/Tausiyatul_qulub
Israel bersedia untuk merapatkan hubungan dengan Indonesia dan Malaysia kata Sagi Karni, Duta Israel ke Singapura.

Normalisasi Israel semakin menghampiri kita, wajib kita tolak sepenuhnya wahai rakyat Malaysia, Indonesia dan Brunei. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ง๐Ÿ‡ณ
Jangan terlalu ikutkan perasaan kalau disakiti, tak semua orang berharap kamu ada di dalam kehidupan mereka.

Begitulah manusia, pasti bakal ada haters.

Siapapun enta dan sebaik apapun enta ingatlah bahawa semulia mulia Nabi Muhammad pun, ada yang benci.

Enta siapa mahu selamat dan ingin selalu dirindu semua orang?

Akh, enta bukan azan Maghrib bulan puasa๐Ÿคฃ
RASULULLAH SAW bersabda :

"Setengah daripada berkat bagi perempuan itu yaitu bersegera persuamikan ia dan bersegera rahimnya itu beranak dan murah isi kahwinnya"
Keutamaan Meletakkan Tangan di Atas Kepala Saat Membaca Surah al-Hasyr : 21.

Surah Al-Hasyr merupakan surah ke 59 dalam Al-Quran. Surah ini termasuk golongan Madaniyah dan terdiri dari 24 ayat. Pada saat kita membaca surah ini dan sudah sampai pada ayat 21, kita dianjurkan untuk sambil meletakkan tangan di atas kepala kita.

Di antara keutamaan meletakkan tangan ini adalah boleh menjadi sebab kesembuhan semua penyakit. Ini sudah banyak dipraktikkan oleh para ulama dan mereka menemukan kesembuhan melalui praktik ini. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Al-Qawanin Al-Fiqhiyah berikut;

ูˆุฑูˆูŠู†ุง ุญุฏูŠุซุง ู…ุณู„ุณู„ุง ููŠ ู‚ุฑุงุกุฉ ุขุฎุฑ ุณูˆุฑุฉ ุงู„ุญุดุฑ ู…ุน ูˆุถุน ุงู„ูŠุฏ ุนู„ู‰ ุงู„ุฑุฃุณ ุฅู†ู‡ุง ุดูุงุก ู…ู† ูƒู„ ุฏุงุก ุฅู„ุง ุงู„ุณุงู… ูˆุงู„ุณุงู… ู‡ูˆ ุงู„ู…ูˆุช ูˆู‚ุฏ ุฌุฑุจู†ุงู‡ ู…ุฑุงุฑุง ุนุฏูŠุฏุฉ ููˆุฌุฏู†ุงู‡ ุญู‚ุง

"Kami meriwayatkan hadis musalsal saat membaca akhir surah Al-Hasyr dengan meletakkan tangan di atas kepala. Sesungguhnya hal itu merupakan ubat dari setiap penyakit kecuali kematian. Kami telah mencubanya berulang-ulang dan kami temukan kebenarannya."

Yang dimaksud akhir surah Al-Hasyr dalam riwayat di atas adalah ayat 21 sampai akhir, yaitu dimulai dari ayat :

{ู„ูŽูˆู’ ุฃูŽู†ุฒู„ู’ู†ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ู‚ูุฑู’ุขู†ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฌูŽุจูŽู„ู ู„ูŽุฑูŽุฃูŽูŠู’ุชูŽู‡ู ุฎูŽุงุดูุนู‹ุง ู…ูุชูŽุตูŽุฏู‘ูุนู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฎูŽุดู’ูŠูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุชูู„ู’ูƒูŽ ุงู„ุฃู…ู’ุซูŽุงู„ู ู†ูŽุถู’ุฑูุจูู‡ูŽุง ู„ูู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽุชูŽููŽูƒู‘ูŽุฑููˆู†ูŽ (21) ู‡ููˆูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุง ู‡ููˆูŽ ุนูŽุงู„ูู…ู ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุจู ูˆูŽุงู„ุดู‘ูŽู‡ูŽุงุฏูŽุฉู ู‡ููˆูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู…ู (22) ู‡ููˆูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุง ู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ู…ูŽู„ููƒู ุงู„ู’ู‚ูุฏู‘ููˆุณู ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงู…ู ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ู ุงู„ู’ู…ูู‡ูŽูŠู’ู…ูู†ู ุงู„ู’ุนูŽุฒููŠุฒู ุงู„ู’ุฌูŽุจู‘ูŽุงุฑู ุงู„ู’ู…ูุชูŽูƒูŽุจู‘ูุฑู ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู…ู‘ูŽุง ูŠูุดู’ุฑููƒููˆู†ูŽ (23) ู‡ููˆูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฎูŽุงู„ูู‚ู ุงู„ู’ุจูŽุงุฑูุฆู ุงู„ู’ู…ูุตูŽูˆู‘ูุฑู ู„ูŽู‡ู ุงู„ุฃุณู’ู…ูŽุงุกู ุงู„ู’ุญูุณู’ู†ูŽู‰ ูŠูุณูŽุจู‘ูุญู ู„ูŽู‡ู ู…ูŽุง ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุฃุฑู’ุถู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ุนูŽุฒููŠุฒู ุงู„ู’ุญูŽูƒููŠู…ู (24) }

Hal ini sebagaimana disebutkan oleh Khatib Al-Baghdadi dalam kitab Tarikh-nya, dari Idris bin Abdul Karim Al-Haddad, dia berkata;

ู‚ุฑุฃุช ุนู„ู‰ ุฎู„ู ูู„ู…ุง ุจู„ุบุช ู‡ุฐู‡ ุงู„ุขูŠุฉ { ู„ูˆ ุฃู†ุฒู„ู†ุง ู‡ุฐุง ุงู„ู‚ุฑุขู† ุนู„ู‰ ุฌุจู„ } ู‚ุงู„ : ุถุน ูŠุฏูƒ ุนู„ู‰ ุฑุฃุณูƒ ูุฅู†ูŠ ู‚ุฑุฃุช ุนู„ู‰ ุณู„ูŠู… ูู„ู…ุง ุจู„ุบุช ู‡ุฐู‡ ุงู„ุขูŠุฉ ู‚ุงู„ : ุถุน ูŠุฏูƒ ุนู„ู‰ ุฑุฃุณูƒ ูุฅู†ูŠ ู‚ุฑุฃุช ุนู„ู‰ ุงู„ุฃุนู…ุด ูู„ู…ุง ุจู„ุบุช ู‡ุฐู‡ ุงู„ุขูŠุฉ ู‚ุงู„ : ุถุน ูŠุฏูƒ ุนู„ู‰ ุฑุฃุณูƒ ูุฅู†ูŠ ู‚ุฑุฃุช ุนู„ู‰ ูŠุญูŠู‰ ุจู† ูˆุซุงุจ ูู„ู…ุง ุจู„ุบุช ู‡ุฐู‡ ุงู„ุขูŠุฉ ู‚ุงู„ : ุถุฏ ูŠุฏูƒ ุนู„ู‰ ุฑุฃุณูƒ ูุฅู†ูŠ ู‚ุฑุฃุช ุนู„ู‰ ุนู„ู‚ู…ุฉ ูˆุงู„ุฃุณูˆุฏ ูู„ู…ุง ุจู„ุบุช ู‡ุฐู‡ ุงู„ุขูŠุฉ ู‚ุงู„ : ุถุน ูŠุฏูƒ ุนู„ู‰ ุฑุฃุณูƒ ูุฅู†ุง ู‚ุฑุฃู†ุง ุนู„ู‰ ุนุจุฏ ุงู„ู„ู‡ ูู„ู…ุง ุจู„ุบู†ุง ู‡ุฐู‡ ุงู„ุขูŠุฉ ู‚ุงู„ : ุถุนุง ุฃูŠุฏูŠูƒู…ุง ุนู„ู‰ ุฑุคูˆุณูƒู…ุง ูุฅู†ูŠ ู‚ุฑุฃุช ุนู„ู‰ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูู„ู…ุง ุจู„ุบุช ู‡ุฐู‡ ุงู„ุขูŠุฉ ู‚ุงู„ ู„ูŠ : ุถุน ูŠุฏูƒ ุนู„ู‰ ุฑุฃุณูƒ ูุฅู† ุฌุจุฑูŠู„ ู„ู…ุง ู†ุฒู„ ุจู‡ุง ุฅู„ูŠ ู‚ุงู„ ู„ูŠ : ุถุน ูŠุฏูƒ ุนู„ู‰ ุฑุฃุณูƒ ูุฅู†ู‡ุง ุดูุงุก ู…ู† ูƒู„ ุฏุงุก ุฅู„ุง ุงู„ุณุฃู… ูˆุงู„ุณุฃู… ุงู„ู…ูˆุช

"Saya membaca pada Khalaf, setelah saya sampai pada ayat โ€˜law anzalnaa haadza al-qurโ€™aanaโ€™ dia berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu kerana saya membaca pada Aโ€™masy, setelah saya sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu kerana saya membaca pada Yahya bin Watsab, setelah saya sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tanganmu kerana saya membaca pada Alqamah dan Aswad, setelah saya sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu kerana kami membaca pada Abdullah, setelah kami sampai ayat ini dia berkata: Letakkan tangan kalian berdua di atas kepala kalian kerana saya membaca pada Nabi ๏ทบ , setelah saya sampai ayat ini beliau berkata: Letakkan tanganmu di atas kepalamu kerana Jibril saat menurunkan ayat ini padaku, dia bilang padaku: Letakkan tanganmu di atas kepalamu kerana itu adalah ubat dari segala penyakit kecuali kematian."
Kalam Ustaz Omar Adam
Kader itu bukan seperti plasticin yg mudah untuk dibentuk, juga bukan Ultraman yg menjerit "bertukar" terus bertukar.

Kader itu seperti logam.
Proses pembentukan memerlukan pengorbanan dan mengambil masa yang lama.

Pastikan pembentukan "logam" kita ke arah pembentukan Islam dan menyumbang kepada Islam.

www.tg-me.com/Tausiyatul_qulub
Pesan murobbi :-

"Saat diri terasa letih dan langkah mula terasa berat dan lambat, tanyakan pada diri "betul ke aku mula melangkah dulu kerana Allah".

Sebab kalau betul Lillah, tiada alasan untuk terasa nak berhenti."

www.tg-me.com/Tausiyatul_qulub
Org yg duk angau bercinta ni,sebelum tido dia duk fikir ttg org yg dia cinta tu.

Bahkan bangun dari tido pun,perkara pertama dia duk fikir,org yg dia cintai tu la.

Dak? Tu biasa org bercinta.

Ni nak bgtau.

Saat Rasullullah menyatakan kesediaannya utk pulang bertemu dgn Allah, soalan terakhir Nabi tanya

"Wahai Jibril,tanyakan kepada Allah,selepas aku pulang ni,siapa jaga umat aku? Aku takda nanti,umat aku siapa jaga?

Masa tu,dah dua bulan dapur rumah Nabi tak berasap. Tapi Nabi tak tanya siapa nak jaga isteri dia.

Masa tu,Jibril ada bagitau cucu Nabi sorang mati kena racun,sorang mati kene bunuh. Tapi Nabi tak tanya siapa nak jaga cucu dia.

Tak tak. Nabi tak tanya ttg keluarga Nabi.. Nabi tanya ttg kita.

Allah bagi jaminan Allah jaga umat Nabi,baru Nabi pulang.

Bangun dari alam kubur nanti, benda pertama Nabi tanya apa dia? Nabi tanya isteri ka? Tanya ttg anak ka? Ttg cucu ka?

Dak..

Nabi tanya "wahai Jibril,dimana umatku?".. Nabi tanya ttg kita.. Kita..

Tak cukup ka? Tak puas lagi ka dicintai sebegitu rupa?
Ujian Kehidupan

Realiti sedang terbentang dalam kehidupan seharian.
Betapa ramai insan sedang diuji dengan kesusahan, kesempitan dan kesengsaraan.
Ada yang kehilangan insan tersayang yang dipanggil menghadap Tuhan.
Ada yang kehilangan pendapatan dan pekerjaan.
Ada yang kehilangan semangat mengenang suramnya masa hadapan.

Begitulah cabaran getir ketika wabak kian mencengkam seluruh aspek kehidupan insan.
Tugas kita sekarang untuk saling membantu dan menguatkan.
Bukan terus larut dalam perdebatan dan pertelingkahan.

Hari ini giliran orang lain diuji, esok lusa giliran kita pula bagaikan roda pusingan.
Semoga kita semua terus dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan.
Usah sesekali putus asa daripada rahmat Tuhan.
Kerana ujian itu datang agar kita sentiasa ingat bahawa betapa kerdilnya insan.
2025/10/21 12:20:49
Back to Top
HTML Embed Code: