Telegram Web Link
Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu. Bahkan di saat lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai.

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedut kekuatan pada diri. Hingga tulang belulangmu, daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.

Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Baginda memang akan tua juga. Namun kepalanya beruban kerana beban berat dari ayat yg diturunkan Allah.

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Beliau memimpin hanya sebentar. Namun kaum muslimin sangat terkesan dengannya. Tidak ada lagi orang miskin yang boleh diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak. Sukar untuk dibayangkan sekeras apa seorang Khalifah bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai gugur. Hanya dalam 2 tahun beliau sakit parah kemudian meninggal. Dan memang itu yang diharapkannya; mati sebagai jiwa yang tenang.

Dan di akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin al-Khattab juga terlihat terkoyak-koyak hingga kepalanya menjadi botak. Umar yang perkasa pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Akhirnya diperjelaskan dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang soleh, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya ketika solat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak! Justeru kelelahan. Apalagi rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih "tragis". Justeru kerana rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani kerana rasa sakit itu selalu mengintai ke mana-mana mereka pergi yang akhirnya menjadi adaptasi biasa.

Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada. Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak dirasa lagi sebagai luka. Hingga "hasrat untuk mengeluh" tidak lagi terlalu menggoda berbanding jihad yang begitu aman, selesa apalagi berkecukupan.

Begitupun Umar. Apabila Rasulullah wafat, beliau histeria. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada Abu Bakar. Namun beliau seringnya "ditinggalkan", hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan menjadi semacam suntikan bagi iman.

Dakwah itu tiada henti melainkan mati!

Janganlah keselesaan yang dimiliki melupakan diri hingga membiarkan mereka yang lainnya bersendirian bergelumang dalam lumpur kumuh membaiki moral ummat hingga dirimu berada di dalam lingkungan kelompok empukmu sahaja.

Sedarlah wahai para kader-kader di Jalan Allah!!

Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.

Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.

Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.

Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.

-Sungguh kalau Iman dan syaitan terus bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah-

www.tg-me.com/Tausiyatul_qulub
Semua manusia itu mempunyai dua kehidupan dalam dunia ini.

Kehidupan kedua bermula apabila kita sedar bahawa kita hanya ada satu kehidupan
Wala' mesti berpaksikan kebenaran & jalan kebenaran itu adalah lurus & jelas. Kesetiaan kepada Islam telah berubah sedikit demi sedikit hasil doktrin Barat akibat pasca Islamophobia 2001 & kini mula meresap ke dlm jemaah.

Wala' itu mesti atas dasar kefahaman & dalil. Bukan taqlid buta, kerana itu adalah tabiat atau sifat kebiasaan orang kafir. Mereka hanya mengikut orang orang yang terdahulu daripada mereka, tanpa dalil yg kukuh.

Hasil wala' lahirnya thiqqah yg mana thiqqah ini adalah sifat semulajadi yg hadir daripada ahli kepada orang atasannya (pimpinan).

Intima' kita dalam Harakah Islam mesti jelas dasar dan wasilahnya (gerak kerja).

Tidak akan menjadi kesatuan fikrah dan amal jika ahli membuat kerja tanpa fahaman, dan akan berlaku ketidakselarasan.

Perlu difahami bahawa pemimpin dan ahli sama sama mempunyai akal.

Oleh sebab itu, pemimpin perlu memberi kefahaman yg jelas kepada ahli terhadap gerak kerja dan dasarnya.

Oleh itu, tadhiyah (pengorbanan) akan wujud dalam diri ahli (yang ikhlas untuk bergerak kerja) kerana wala' dan thiqqahnya kepada pimpinan adalah hasil kefahaman yang jelas.
*AL-QURAN MANAR KISWAH SERIES 2021*

Al-Quran Saiz A5 Ini Lengkap Dengan *Bimbingan Tajwid & Terjemahan* beserta 9 lagi keistimewaan lain.

*9 Kelebihan Utama*

- Khat Rasm Uthmani
- Tajwid Berwarna
- Terjemahan Melayu
- Asbabun Nuzul
- Fadhilat Ayat
- Kumpulan Hadis
- Hadis Tentang Al-Quran
- Kaedah Ilmu Tajwid
- Indeks Tematik

.
1 Naskah Cuma *RM110.00* sahaja (tidak termasuk cas penghantaran)

.
*PERCUMA Penghantaran*
Untuk pembelian 2 & 3 naskah. Postage RM7 (S.M) untuk pembelian 1 naskah. (Exclude S.S)

Kuantiti warna adalah Terhad!

Jika berminat boleh hubungi saya:

Abdul Aziz - http://wasap.my/60134567105
Boleh lihat 9 keistimewaan Quran Manar Kiswah Series
ADA YANG LEBIH MANIS DARIPADA CINTA

Suka saya membaca titipan nasihat Dr. Alwi Alatas kepada murid-murid di Pesantren at-Taqwa, Depok tentang cinta. Nasihat ini telah dicatat oleh salah seorang murid beliau bernama Fatih Madini.

Menurut beliau, cinta itu ibarat api yang boleh dibuat teman sewaktu kecil. Tetapi awas tatkala ia mula membesar, usah lagi dibuat main kerana boleh mendatangkan kecelakaan.

Begitulah perumpamaan bagi cinta yang dipelihara secara terus menerus sehingga ianya membesar, apatah lagi jika ditaruhkan pada tempat dan masa yang salah dikhuatiri bakal merencatkan jiwa pemuda yang terkenal dengan nyalaan semangat juangnya yang berkobar-kobar.

Sudah menjadi lumrah bagi anak muda yang diuji dengan cinta. Memiliki perasaan cinta itu bukanlah suatu kesalahan. Tetapi yang salahnya ialah sengaja โ€˜menternakโ€™ perasaan cinta itu sehingga sulit untuk mengendalikannya lagi.

Dari sinilah, untuk mengalami gejala seperti kemurungan, galau bahkan keinginan bunuh diri akibat putus cinta sangat berpotensi jika orang yang didambakannya itu ternyata bukanlah jodoh yang ditakdirkan buatnya.

Saat diri sedang mabuk cinta, segalanya terasa manis dan indah. Namun ketahuilah perasaan itu hanyalah sementara. Tiada siapa pun yang boleh menjamin kebahagiaan di penghujungnya. Kerana itu, perlu diubah metod berfikir kita bahawa di sana ada yang lebih manis dan indah daripada cinta, iaitulah iman.

Kata Dr. Alwi, daripada teruk-teruk memelihara manisnya cinta yang tidak abadi, lebih baik memelihara manisnya iman yang dah tentu abadi.

Untungnya menjaga iman, cinta pun dapat sekali. Kerana syarat nak peroleh manisnya iman harus didahului dengan cinta.

Begitulah yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi SAW bahawa syarat pertama mahu merasai kemanisan iman adalah meletakkan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala apa pun. Kedua, jangan mencintai seseorang melainkan semata kerana Allah.

Tegas Dr. Alwi, adalah suatu kesalahan jika mengatakan โ€œcinta itu tidak bersyaratโ€. Kerana dalam Islam cinta kepada seseorang syaratnya mesti kerana Allah. Sekaligus mengingatkan kita, usah bercinta sampai melewati batasan. Dan kesannya, cinta itu akan kekal hingga ke negeri akhirat.

Justeru pengajarannya ialah manis iman itu terlebih utama untuk dipelihara. Kedua, jika mahu mencintai, turutilah pedoman hadis Rasulullah SAW. Jangan sampai tujuh tahun bercinta, tiba-tiba kesudahannya bercerai di hari ke tujuh pernikahan. Cuba teliti kembali, pasti ada yang salah pada cara dia mencintai.

Aziz Azhar
11 Ogos 2021 l 2 Muharram 1443
BERPAKAIANLAH SESUAI ATURAN TUHAN

Ajaran Islam tidak hanya memperkatakan tentang keindahan dalaman bahkan turut menitikberatkan penampilan luaran.

Apa yang terzahir pada pandangan manusia perlu dijaga bagi mengelakkan sebarang prasangka yang tidak baik, umpamanya tingkah laku, cara makan, cara berpakaian, percakapan dan lain-lain.

Pendek kata, kesemua yang boleh dilihat ini kita boleh simpulkan sebagai gaya hidup. Cara seseorang manusia itu menjalani kehidupannya sehari-hari.

Sebagai Muslim, sudah tentulah cara hidup kita mesti berorientasikan cara hidup Islam. Cumanya kehidupan kita di zaman ini agak mencabar kerana gaya hidup umat Islam kelihatannya sudah banyak yang dipengaruhi dengan unsur-unsur di luar Islam.

Misalnya dalam aspek berpakaian. Sebetulnya Islam tidak melarang apa jenis pakaian pun asalkan ianya menutup aurat, tidak menyerupai jantina berlawanan dan penganut agama lain, tidak boros dan tidak pula membazir.

Wanita Islam misalnya, kalian pakailah apa sahaja yang mahu dipakai. Syaratnya tidak melampau dalam berhias dan tidak mempamerkan aurat. Lelaki pula yang tidak dibenarkan adalah sutera. Selain daripada itu diharuskan.

Apa yang penting, kita menjiwai cara berpakaian sepertimana yang telah dianjurkan agama. Usahlah sampai terlihat selekeh dan serabai di mata orang ramai sehingga menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada Islam itu sendiri.

Kerana itulah ruh ajaran al-Quran, bahawasanya Allah SWT telah memperingkatkan Nabi Muhammad SAW supaya memerhatikan imej dan kebersihan pakaian baginda terlebih dahulu sebelum keluar berdakwah (QS al-Muddathir: 4).

Pada tanggapan sesetengah kita, mungkin pakaian tidak bererti apa-apa, tetapi ada orang yang menganggap pakaian merupakan motivasi diri untuk tampil lebih yakin di depan khalayak.

Pokok pangkalnya, Islam tidaklah jumud dalam bab ini. Sedikit etika yang digariskan bukanlah untuk menghalang kebebasan manusia.

Satu sudut ianya menggambarkan perspektif Islam yang melihat semua perkara boleh menjadi ibadah. Kalau kita berpakaian sesuai dengan aturan Allah, maka itulah lambang 'ubudiyyah kita kepada Sang Pencipta.

Adapun dari sudut yang lain, sememangnya cara berpakaian yang telah ditetapkan Islam sebenarnya cukup sesuai untuk melindungi fizikal dan juga maruah masing-masing daripada ternoda, khususnya wanita. Percayalah, kalian merupakan makhluk yang bernilai yang ingin dilindungi Tuhan.

Di sebalik kelabuhan tudung dan jubah yang kalian kenakan, itulah cara Islam mengangkat kedudukan kalian yang duhulunya hanyalah dibawah telapak kaki para lelaki bernafsu binatang.

Aziz Azhar
14 Ogos 2021 l 5 Muharram 1443
Forwarded from Aziz Azhar
๐ŸŒฟ TIADA HADIAH YANG ISTIMEWA MELAINKAN AL-QURAN PANDUAN HIDUP UMMAT SEJAGAT

โ€œQURAN MANAR KISWAH SERIESโ€

Dengan 9 Keistimewaan Tersendiri ๐ŸŒน

- Khat Rasm Uthmani
- Tajwid Berwarna
- Terjemahan Melayu
- Asbabun Nuzul
- Fadhilat Ayat
- Kumpulan Hadis
- Hadis Tentang Al-Quran
- Kaedah Ilmu Tajwid
- Indeks Tematik

Harga sebuah Quran Manar Kiswah Series hanya serendah *RM110* (exclude postage)

*PERCUMA PENGHANTARAN*
Bagi pembelian 2 & 3 naskah!

Berminat nak dapatkan al-Quran gempak? ๐Ÿ˜ƒ

Boleh hubungi saya di talian berikut:

http://wasap.my/60134567105
Perintah Iqra' merupakan topik yang bagi saya sangat releven untuk dibangkitkan sepanjang masa.

Antara yang dibahaskan dalam tajuk ini ialah mengapa wahyu pertama berupa perintah iqra' sedangkan manusia di kala itu ramai yang tidak tahu membaca.

Lagi pula, kefasadan mereka ialah syirik, bukankah lebih baik terus sahaja menyuruh mereka bertaubat dan mengesakan Allah?

_________________________________________

Menyingkap Inpirasi al-Quran adalah buku yang mengumpulkan idea, saranan dan kritikan terhadap situasi semasa umat. Dalam buku ini, saya telah sajikan sebanyak 25 ayat al-Quran serta kupasan kepada persoalan dan permasalahan yang timbul pada masa kini berdasarkan konsep tadabbur.

Tidak banyak lagi buku MIA yang tinggal dengan saya. Ada 14 buah sahaja lagi.

Berminat, boleh klik link berikut:

fki.onpay.my/order/form/mia-latest
โ€œAKU MENGIRIMKAN ANAKKU KEPADAMU UNTUK BELAJAR ILMU DAN ADABโ€

Saban hari kedengaran di kaca TV laporan mengenai gejala sosial yang semakin membarah dalam kalangan anak muda. Kelihatannya, episod krisis moral dan perilaku di negara ini seakan-akan tidak berkesudahan.

Seorang tokoh pendidik muslim dari Indonesia, Dr. Muhammad Ardiansyah ada mengungkapkan permasalahan ini menerusi buku kecil beliau berjudul Catatan Pendidikan. Krisis ini berpunca daripada sikap orang tua yang tidak menekankan soal pendidikan kepada anak-anak.

Manakan tidak, si ayah yang terlalu sibuk dengan kerja, menganggap seolah-olah kerja adalah segala-galanya. Berangkat ke tempat kerja sebelum matahari terbit, balik ke rumah seusai matahari terbenam.

Pergi di kala anak masih tidur, pulangnya pula di saat anak sudah pun dibuai mimpi. Tidak sempat mengambil tahu dan melihat sendiri prestasi moral anak-anak.

Si ibu pula sakan bermasyarakat. Program demi program, acara demi acara, semuanya dia mahu terlibat. Kalau di rumah, tidak berenggang dengan smart phone. Rancak update sana-sini pasal program.

Kerana tabiat inilah langsung terabai proses mencerdikkan si anak. Kata Dr Ardiansyah, โ€œmereka punya smart phone, tetapi tidak punya smart-childrenโ€.

Dampaknya amat ketara kepada anak-anak. Tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada orang tua. Berlaku kegagalan komunikasi dua hala kerana orang tua tidak mahu meluangkan waktu bersama buah hati mereka.

Jikalau si anak ingin mengadu sesuatu, orang tua pula yang merasa terganggu. Padahal, anak itu kepunyaan mereka.

Wahai ibu bapa, sedarlah bahawa perhatian dan kasih sayang lebih anak-anak perlukan, bukannya wang ringgit dan barang mainan yang biasa kalian hulurkan.

Justeru untuk memenuhi jiwa yang ketandusan perhatian dan belaian mesra orang tua, akhirnya anak-anak mendapatkan semua itu di luar rumah.

Mereka mula mencuba benda baharu. Menceburkan diri dalam lingkungan yang tidak sihat. Terlibat dengan rokok dan pergaulan bebas. Sampai satu tahap, berjinak-jinak pula dengan dadah dan aktiviti jenayah. Itulah yang terjadi mengikut kebiasaannya.

Hari-hari mereka dihabiskan dengan bergelak-ketawa dan berfoya-foya. Tidak ada lagi kesedaran untuk menuntut ilmu apatah lagi rasa mahu menyumbang kepada agama dan negara.

Semua ini dilakukan semata-mata mahu melempiaskan gejolak dan kekosongan di hati agar rasa kasih dan ihsan orang tua yang selama ini dicari dapat dipuaskan.

Di usia muda yang sepatutnya dipenuhkan dengan aktiviti keilmuan terbazir begitu sahaja. Tanpa berlandaskan pengetahuan tentang baik dan buruk, mudah sahaja bagi mereka terhasut dengan rakan sebaya yang berkelakuan sumbang dan tidak senonoh.

Apabila sudah sekian lama terhanyut dalam dunia gelap seperti itu, hilang sudah rasa bimbang apakah cara hidup yang dijalani itu baik ataupun buruk untuk masa depan mereka.

Setelah diketahui bahawa orang tua adalah faktor utama salah laku anak muda, amatlah wajar untuk kita meneliti sejarah hidup para pendahulu agama ini yang sudah pun memotret kejayaan dalam hidup asbab pendidikan yang dikecapi dari orang tua mereka.

Sebut sahaja Muhammad al-Fatih, siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama ini, seorang penguasa muslim yang telah berjaya membuka kota Konstantinopel pada tahun 1453M.

Bacaan lanjut, boleh tekan link dibawah;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4263461003735041&id=100002135514093
NASIHAT RAJA NAJASHI: KAWAL POLITIK DENGAN PENGARUH BUKAN DENGAN DUIT

Amru bin Ash sebelum memeluk Islam cuba mempengaruhi keputusan Raja Najashi semasa Raja Najasyi memberi perlindungan kepada kaum Muslimin yang berhijrah ke Habsyah.

Amru bin Ash sendiri mengetuai angkatannya ke Habshah bagi menyampaikan sogokan (Rasuah) kepada Raja Najashi agar sang raja menyerahkan semula kaum Muslimin kepada mereka. Namun, Raja Najashi menolak seraya berkata:

ู…ูŽุง ุฃูŽุฎูŽุฐูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู‘ููŠ ุงู„ุฑู‘ูุดู’ูˆูŽุฉูŽ ุญููŠู†ูŽ ุฑูŽุฏู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ู…ูู„ู’ูƒููŠ ููŽุขุฎูุฐูŽ ุงู„ุฑู‘ูุดู’ูˆูŽุฉูŽ ูููŠู‡ูุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุฃูŽุทูŽุงุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ูููŠู‘ูŽ ููŽุฃูุทููŠุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ูููŠู‡ู

Maksudnya: Allah tidak memberi rasuah kepadaku ketika Dia mengembalikan kerajaan kepadaku, sehingga aku tidak perlu mengambil rasuah (dalam pemerintahanku) padaNya, dan Dia tidak menjadikan manusia taat kepadaku dengan rasuah sehingga aku perlu taat kepada manusia (rakyat) kerana rasuah.

Kalam Najashi ini mempunyai erti yang sangat besar. Amru Bin Ash sangat memahaminya kerana ayahanda Raja Najashi telah dibunuh dalam satu komplot jahat yang terancang. Sejarah membuktikan pembunuhan berlaku melibatkan pembesar negara, para hulubalang kerajaan dan pengikutnya disebabkan rasuah.

Dr. Muhammad Atiullah bin Othman
โ€œAnda Gembira Kami Turut Gembiraโ€

Jazakallahu khairan jaza' kerana memilih MANAR AL-QURAN sebagai pilihan anda!

Jika bukan kerana sokongan anda, kami tidak dapat bertahan sehingga ke hari ini. โ˜บ๏ธ

Semoga kita semua terus beristiqamah bersahabat dengan kalam Allah SWT yang cukup bererti bagi diri kita selaku seorang Islam!

Melalui Al-Quran lah kita dapat mengetahui cerita-cerita yang hebat dan nasihat yang terbaik untuk menjadi manusia yang lebih baik. ๐Ÿ˜‡

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk pembelian, boleh hubungi saya:

http://wasap.my/60134567105
Menerima khabar duka pemergian seorang alim rabbani, Sheikh Solah Abdul Fattah al-Khalidi.

Seorang ulama' tafsir kontemporari yang mengkaji pemikiran as-syahid Sayyid Qutb sehingga disebut-sebut Sayyid Qutb bumi Jordan.

Meninggalkan deretan kitab-kitab yang begitu bermanfaat, dengan perbahasan isi al-Quran yang cukup mencerahkan.

Antara karya beliau yang menjadi pencetus untuk saya mendalami ilmu pemikiran ialah Baina Islam Rabbani wa Islam Amerikani. Secara terperinci beliau menceritakan perbezaan antara Islam sebenar dan Islam yang direstui Amerika.

Selamat berehat duhai murabbi ummah! Meski tak pernah bersua, namun kehilanganmu cukup memberi bekas di hati kami.

Semoga segala amalmu diterima dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran!

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู ูˆูŽุฃูŽูƒู’ุฑูู…ู’ ู†ูุฒูู„ูŽู‡ู ูˆูŽูˆูŽุณู‘ูุนู’ ู…ูุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุบู’ุณูู„ู’ู‡ู ุจูุงู„ู’ู…ูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ุซู‘ูŽู„ู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ุจูŽุฑูŽุฏู ูˆูŽู†ูŽู‚ู‘ูู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุทูŽุงูŠูŽุง ูƒูŽู…ูŽุง ู†ูŽู‚ู‘ูŽูŠู’ุชูŽ ุงู„ุซู‘ูŽูˆู’ุจูŽ ุงู„ุฃูŽุจู’ูŠูŽุถูŽ
Nabi SAW pernah bersabda; sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, akan diberikan kefahaman dalam agama.

Kebaikan di sini adalah kebaikan di dunia dan di akhirat.

Disebut dalam Mukhtasar Ibn Abi Jamrah, orang yang betul-betul faham agama dan perkara yang berkaitan dengannya susah nak jebakkan diri dalam kancah kehinaan.

Sebab kefahaman terhadap agama yang melekat kuat di dalam jiwa telah menghalang seseorang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

Apa lagi yang menghinakan kita selain daripada kejahatan dan maksiat?

Justeru, benar sekali sabda Nabi. Orang yang sepenuhnya memahami agama selamat dunia akhiratnya.

Diri mereka terpelihara daripada mengeluarkan kata-kata yang mengarut apatah lagi mahu bertingkah secara bodoh dan sumbang.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang diberikan kebaikan oleh Allah SWT.
Mafhum hadis riwayat 'Abdullah bin 'Amru al-'Ash RA, Nabi SAW pernah menyebutkan bahawa cara Allah SWT mengangkat ilmu adalah dengan mematikan para ulama'.

Apakala sudah tiada lagi orang alim maka manusia mula mengambil fatwa daripada orang-orang bodoh. Walhal orang-orang bodoh itu sudah sedia sesat malahan menyesatkan pula orang lain disebabkan fatwa yang dikeluarkan.

Tentang kematian ulama', sebenarnya ada dua pandangan; (1) kematian yang hakiki, (2) ulama' masih ada namun pandangan mereka tidak dirujuk atau diutamakan.

Ringkasnya, hadis tersebut menceritakan tentang fenomena ruwaibidhah; iaitu orang yang lekeh tetapi cuba berlagak pandai dalam urusan agama.

Disebabkan ghirah untuk memberi pandangan dalam hal yang bersangkutan dengan agama, akibatnya berlaku kesesatan secara borong. Yang mengeluarkan fatwa pun sesat, yang ikut lagi bertambah sesat.

Begitulah keadaan apabila sudah tiada ulama' yang cukup ilmu agamanya dan berani menggalas tanggungjawab mencerahkan pemikiran umat.

Implikasinya cukup besar. Waktu ini, orang-orang bodoh dengan megahnya mencekau peluang memegang teraju agama. Segala yang terpacul daripada mulut mereka bakal menjahanamkan orang ramai. Sudahlah sesat, menyasulkan orang lain pula.

Maka, para ulama' yang masih ada harus segera bangkit. Usah lagi memencilkan diri. Sesungguhnya umat ternanti-nanti kelantangan kalian dalam membela agama Allah.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada alim ulama' kita untuk terus berjuang menumpaskan kebatilan yang saban hari semakin licik memperdaya umat.
Diriwayatkan daripada Abu Musa RA, mafhumnya; seorang lelaki telah bertemu dengan Rasulullah SAW dan bertanya tentang maksud berperang di jalan Allah.

Hal ini kerana ramai orang berperang, tetapi ada yang disebabkan kemarahan. Ada juga kerana cemburu dan seumpamanya. Maka jawab Rasulullah, yang dikatakan perang di jalan Allah itu adalah berperang untuk meninggikan kalimah Allah.

Faedah daripada hadis ini, kita boleh nampak hikmah mengapa dalam al-Quran apabila Allah SWT menyebut tentang jihad, pasti akan dipasangkan dengan โ€˜fi sabilLahโ€™. Supaya biar jelas motif kita berperang dan berjihad telus kerana Allah.

Allah Maha Mengetahui niat kita yang pelbagai. Apatah lagi melakukan sebuah pengorbanan yang besar seperti mempertaruhkan nyawa.

Di sini Maha Penyayangnya Allah, Dia ingatkan kita apabila berjuang buatlah semata kerana Dia. Rugi besar bakal menanti jika niat sudah menyeleweng.

Sebagai contoh, kisah yang didedahkan kepada kita tentang seorang laki-laki di zaman Rasulullah yang berperang sehingga mati.

Sepatutnya kematian itu menjadi laluan mudah baginya menuju syurga. Hanya kerana niat yang terpesong berperang kerana kabilah, lantas kematian itu terbalik menjadi laluan mudah untuknya ke neraka. Sungguh, dahsyat sekali penangannya.

Oleh itu, dalam bergerak kerja untuk agama Allah, kena selalu perbetulkan niat. Jangan sampai terlintas di hati berkerja untuk kepentingan diri.

โ€œKalau berperang kerana faedah diri sendiri, tidaklah dinamakan berperang pada jalan Allah.โ€ Begitulah yang ternukil di dalam Mukhtasar Ibn Abi Jamrah.

Adapun makna kalimah Allah dalam hadis, boleh difahami dengan makna agama Allah. Ataupun boleh juga difahami secara literal iaitu kalimah โ€œู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡โ€.

Moga Allah SWT meluruskan niat kita semua sehingga mati pada jalan-Nya!
2025/10/21 09:13:14
Back to Top
HTML Embed Code: