Telegram Web Link
Be proud of yourself.

Pedulikan mulut busuk orang sekeliling. Anda apa yang mereka kata itu benar, muhasabah. Perbaiki.

Andai apa yang mereka katakan itu salah, bersabarlah. Mungkin Allah menghantar mereka sebagai ujian untuk kita

Target hidup, bukan untuk puaskan hati manusia

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Kau ialah kau.
Kau kenal diri kau.
Kau tahu macam mana kau.
Dan kau tak perlu orang lain bagitahu, bagaimana kau.

Kutukan mereka, kekuatan kau.
Umpatan mereka, pahala kau.
Hina mereka, sabar kau.

Tak perlu marah.
Orang bagi kita pahala,
Takkan nak berduka?

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Mungkin ada yang berkata, kenapa asyik post pasal cinta, kecewa dan move on?

Sebahagian manusia itu hanya fikir cinta itu hanya pada makhluk tapi sebenarnya apa yang saya tulis dan sampaikan adalah cinta kepada Allah.

Hati itu tidak boleh dibuat main, kadang ada mereka yang tidak boleh terima dengan apa yang terjadi. Tetapi selepas mereka mendengar nasihat dan membaca sesuatu, asbab itu Allah SWT membuka hatinya untuk teruskan kehidupan.

"Hanya pencinta akan berusaha untuk mencari apa yang dicintainya. Apabila ia sudah mendapat cintaiNya (DIA) maka hidupnya akan tenang selamanya.”

🌾

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Sudah menjadi kebiasaan aku melihat dan memerhatikan gelagat manusia disekeliling aku. Bukan untuk menghukum dan menilai, tetapi aku senang melihat banyak ragam dan karenah manusia. Ketika duduk disekitar himpunan manusia, di satu sudut aku melihat ada yang gembira, bergelak ketawa, bahkan ada yang senyum seorangan β€”entah apa yang difikirkan. Namun, di satu sudut lainnya aku melihat ada yang hanya duduk berseorangan, kusut, mukanya sedih muram bagai ada masalah yang tidak bisa diungkapkan, dan ada yang bergaduh tertelagah sesama sendiri. Tetapi aku senang melihat telatah anak-anak kecil, berlari sana sini, gembira tanpa perlu risau apa-apa. Ah, aku rindu dengan zaman kanak-kanak.

Dari situ, aku mula sedar, manusia ini bukan satu makhluk yang mudah untuk kau fahami. Jiwanya ada pelbagai warna. Perjalanan dan liku hidup setiap insan itu juga berbeza. Disaat kita gembira ada yang bersedih. Disaat kita bersedih ada yang gembira. Begitulah norma sebuh kehidupan dunia.

🌴

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Benar cinta itu adalah satu fitrah yang diciptakan untuk manusia. Tidak mungkin manusia terlepas dari perasaan cinta.

Ketahuilah, cinta itu boleh jadi seperti mawar yang membahagiakan. Dan ia juga boleh menjadi racun yang membinasakan.

Kerana cinta. Manusia menjadi celik. Kerana ia juga, manusia menjadi buta.

Kerana cinta. Manusia memasuki ke Syurga. Kerana cinta juga. Manusia tergelincir ke sajian an Nar.

Pernah dikisahkan ada seorang ulama yang telah jatuh cinta dengan seorang wanita beraqidah muktazilah. Aqidah muktazilah adalah aqidah yang tersasar dari aqidah sahih; mereka hanya gunakan logic.

Kerana cinta. Ulama ini "memurtadkan" dirinya menjadi seorang muktazilah hanya sebab nak menikah dengan si wanita itu.

Pernah juga diceritakan oleh Syeikhuna Nazrul Nasir Al Azhari Hafizullah, ada seorang lelaki muslim telah jatuh cinta kepada seorang wanita nasrani. Wanita nasrani turut mencintai lelaki Muslim itu. Namun, mereka dilarang menikah kerana keluarga mereka melarang.

Kerana cinta. Lelaki ini sanggup memurtadkan dirinya. Menjadi seorang nasrani. Tetapi ajal menjemputnya dlm keadaan murtad.

Kerana cinta juga. Wanita ini menjadi seorang muslim dalam senyap. Dan ajal juga menjemputnya.

Lelaki Muslim itu dikuburkan sebagai orang Islam tetapi di sisiNya dia telah murtad. Perempuan nasrani itu dikuburkan sebagai nasrani tetapi di sisiNya dia adalah Muslim. (Jika dia masuk Islam kerana Allah swt)

Rasulullah ο·Ί menegaskan kita untuk pandai memilih sahabat. Iatu kawan rapat sehinggakan mereka menjadi cerminan iman kita.

Kerana kawan rapat yang akan menentukan siapa diri kita.

Jika sahabat pun kita disuruh untuk memilih yang baik. Apakah lagi seorang teman seumur hidup? Seorang pasangan yang kita janjikan untuk bersama sehingga Syurga?

Sudah tentu lebih-lebih lagi.

✨

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Berapa ramai manusia hari ini yang masih meninggalkan solat?

Nak cerita tentang solat ni. Saya yakin, ramai yang pernah berpengalaman jadi manusia yang *'selesa'* meninggalkan solat dengan sengaja.

Alasan sebab penat lah. Esaimen banyak. Busy buat program. And the list goes.

I've been there. Kena suruh, paksa, tapi malas. Taktahu laa apahal berat sangat hati nak solat.

Sedangkan tahu je, berdosa.
Tahu je solat tu wajib.
Tahu je semua tu.

Dan ramai manusia yang 'tahu' tapi malas. Persoalannya kenapa malas?

ini puncanya;
Sebab tak faham betul-betul kenapa kena solat.
Sebab tak hayati kesan solat.

Sebab tak tahu pahala menunaikan solat.
Sebab tak ada keinginan yang tinggi nak syurga.
Sebab tak tahu fadhilat solat.

Inilah puncanya. Kita nak je masuk syurga, tapi kita tak tahu jalan nak ke syurga tu macam mana. Nak je pahala, tapi tak tahu apa kesan dapat pahala.

Semua ni berpunca dari tiada ilmu. Ilmu tentang akhirat. Yang kita busy harini, sibuk tentang apa? Jawab sendiri.

Sebab tu masih wujud manusia yang meninggalkan solat. Sebab kita TAK FAHAM. Tahu sahaja tidak memadai. Tapi kena faham, barulah hati ada kekuatan dan keinginan jelas nak terus istiqomah.

Solatlah, itu jalan terbaik untuk ketenangan hati.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Berfatwalah dengan hatimu ketika dirimu sedang khilaf mencari jalan keluar. Kerana hati tidak pernah berdusta kepada kamu. Di saat, kamu semakin jauh dari Tuhanmu, hatimu akan memujuk kamu pulang kepada Nya.

Kamu mungkin bahagia. Tetapi rasa ketenangan itu tidak ditemui di dalam hati. Ini kerana bahagia itu hanya di luaran sahaja.
.
Di dalam setiap hati mukmin, adalah tempat terbitnya cahaya iman. Sekecil,senipis manapun iman itu, kamu pasti mendengar suara kecilnya. Apabila kamu lakukan maksiat, Iman di dalam hati itu menjadi sakit dan lemah.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Mereka sering bertanya, adakah salah untuk bercinta?
β€’
Mengapa diri sering ditinggalkan oleh orang tersayang?

Tidak salah untuk bercinta kerana cinta itu dari Allah, tapi dalam bercinta bukan mengikuti nafsu dalam diri. Bercinta itu boleh tapi bukan melupakan Allah, bukan cinta membuatkan diri kita jauh dari Allah. Fitrah manusia jika jatuh cinta semua benda jadi indah, mood bertambah baik dan beri kepercayaan sepenuhnya. Tapi jika dilukai dalam bercinta boleh membawa sehingga dendam, tertutupnya hati dan kematian.

Berserdahanalah dalam bercinta, kerana cinta yang kita cari adalah cinta yang Maha Kuasa.

Mengapa pasangan yang kita sayang sekarang ini pergi meninggalkan kita? Kerana didalam doa, kamu meminta pada Allah berikan yang terbaik dan Allah akan datangkan yang terbaik.

🦚

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Imam Syafi’i rahimullah berkata, Ψ±ΨΆΨ§ Ψ§Ω„Ω†Ψ§Ψ³ غاية Ω„Ψ§ ΨͺΨ―Ψ±ΩƒΨŒ ΩΨΉΩ„ΩŠΩƒ Ψ¨Ω…Ψ§ ΩŠΨ΅Ω„Ψ­Ωƒ فالزمه
Redha manusia adalah tujuan yang tidak akan pernah mampu tercapai, Tetaplah berbuat baik dan istiqamahlah.” (Sifatus Shafwah)

Siapa yang nak mencari kesempurnaan di semua mata manusia - maka dia telah melakukan sesuatu yang mustahil.

Apabila buat baik. Orang tak suka. Apabila buat jahat. Orang pun tak suka.

Jikalau manusia paling sempurna iaitu Rasulullah ο·Ί juga ada tentangan dan dibenci oleh manusia. Siapa kita yang boleh selamat dari dibenci manusia?

Oleh itu, berhentilah mencari redha manusia tetapi cari lah redha Allah swt. Kerana itu yang akan kekal selamanya.

Redha manusia itu hanya sebentar sahaja. Pada hari qiamat. Ia tidak akan dapat memberi sebarang manfaat.

Berbuatlah baik untuk mendapat redhaNya. InshaAllah redha manusia yang diredhaiNya juga akan menyusul.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Tidak semudah yang engkau fikirkan untuk jalani kehidupan didunia ini. Ada orang bahagia dengan hidupnya, ada orang sekarang tengah sedih dengan hidupnya. Jadi jangan mudah untuk sakitkan hati seseorang, kerana kita tak tahu hati dia bagaimana. Berikan Akhlak terbaik pada sesiapa saja, hati itu milik Allah bila-bila masa Allah boleh beri bahagia atau sedih.
β€’
β€’
Pesan guru, bukan dengan sebab harta, duit dan segalanya untuk menjadi diri kamu bahagia tapi kamu akan bahagia apabila kamu merasa dekatnya Allah dengan dirimu.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
"Ya Allah,

Jadikanlah aku redha dengan keputusanMu, sehingga aku tidak suka meminta agar dipercepat apa yang engkau tunda, dan minta ditunda apa yang engkau percepatkan."

β€” doa khalifah Umar bin Abdul Aziz

Yakinlah bahawa, Allah telah menyusun dengan baik takdir setiap kita. Panjatkan syukur, lebihkan sabar.

🏹

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Mungkin ada yang mempunyai ramai kawan, Tapi adakah mereka bersama kita sehingga hari ini?

Di saat persahabatan kita diuji, di sini kita boleh nilai sejauh mana ikhlasnya kita bersahabat. Orang kata kawan ketawa ramai, kawan menangis jarang dijumpai.

Mampukah kita yakin ada di kalangan kawan kita yang akan ada untuk membantu kita di saat kita memerlukan mereka?
.
Keikhlasan seorang kawan baik, yang kita boleh bersama mereka ia adalah ;

1. Berpegang pada agama

(Beragama sahaja tidak cukup kerana cinta pada Allah bukan hanya melalui kata-kata sahaja tetapi melalui perbuatan melaksanakan perintah dan menghindari laranganNya).
.
2. Berakhlak

(Akhlak ini apa yang terzahir di hati, dan sesungguhnya akhlak yang terpuji ada pada Rasul yang kita cintai, Nabi Muhammad S.A.W.)

3. Sanggup berkorban.

4. Menjaga aib sahabatnya.

5. Sentiasa menasihati dan bersedia menerima teguran.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
" Bila kita susah, kadang- kadang orang benci pada kita. Pada masa itu, kita lebih rapat dengan Tuhan. Sebab itu orang yang susah merupakan orang yang rapat dengan ALLAH SWT. Kerana itu saya sangat-sangat gembira jika dapat duduk bersama orang-orang yang susah. Doa mereka lebih mudah diterima kerana rapatnya mereka dengan ALLAH SWT.

( ALMARHUM TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ )

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
" Sebagai anak muda, memikirkan tentang jodoh itu wajar. Tetapi tidak seharusnya waktu kamu itu habis untuk memikirkan sesuatu yang telah dijaminkan untukmu. Hargai waktumu dan sedarilah tugasmu yang utama yakni untuk beribadah dan beramal soleh. Yakinilah bahawa apa yang menjadi bahagianmu pasti akan sampai kepadamu "

( AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ )

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Apabila kau luahkan pada Tuhan bahawa kau sudah penat berlari, menunggu dan meratapi.

Kemudian kau gusar kerana dunia kau seakan-akan berhenti berputar.
Tiada mentari tiada pelangi.
Seolah-olah tiada cahaya dan pengharapan.

Berdoalah. 
Kau tak kan rugi.
Tak akan pernah rugi.

Dia lah yang akan mencabut segala rasa letih dan sedih.
Dan Dia lebih tahu bila doa mu akan dimakbulkan.

Kau percaya pada janji Tuhan kan?
Lantas, apa lagi yang kau risaukan.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
"Rasulullah sangat tidak suka mana-mana muslimah menjadi tontonan kaum lelaki. Jangan biarkan isteri-isteri kita, saudara-saudara perempuan kita ke tempat-tempat ramai lelaki. Jangan sampai menjadi tontonan kaum lelaki di mana saja (di alam maya atau nyata)

( TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN MARBU AL BANJARI AL MAKKI HAFIZHAHULLAH )

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Orang yang memberitahu tentang keburukan kita bagaikan orang yang memberitahu adanya ular berbisa ditubuh kita. Seharusnya kita bahagia bukan marah. Karena hakikatnya dia telah menyelamatkan kita dari bahaya.

( KH Zainuddin MZ )

✨

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Kita sering tertanya - tanya. Kenapa Tuhan tak makbulkan doa dan apa yang kita minta pada Dia. Pada aku, jawapannya bila kau cari memang takkan jumpa. Tapi kau kena gali dan fahamkan maksud kenapa dan mengapa Dia tak berikan kau sesuatu itu? Pasti ada sebab disebaliknya.

Pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Mungkin sesuatu itu adalah kesakitan bagi kau. Memusnahkan kau. Allah sayang. Sebab itu Dia jaga kau daripada setiap sesuatu itu. Dan yakin lah, Dia tak beri apa yang kau nak tapi Dia beri apa yang kau benar perlukan.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Dalam kekecewaan hidup ini, kita jumpa diri kita. Kita mula tertanya, jika dugaan seperti ini kita sudah mula menyalahkan Tuhan, apakah layak diri ini untuk ke syurga-Nya?

"Life is all about fighting. Life is all about surviving through the fight. And through this fight, we found Allah as the strength. We found out that we're the helpless human.

Ketika Allah berikan kita kekecewaan dalam hidup. Jiwa kita rasa kosong dan kita rasa hilang.

Dan kosong itu adalah tanda daripada Allah untuk kita isi kekosongan itu dengan nama - nama-Nya.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
Wahai jiwa - jiwa yang kepatahan; yang kematian, tetaplah hidup dalam kebahagiaan. Buanglah duka dan kecewamu.

Kerna Dia yang Maha Adil, Maha Mengetahui, sebaik - baik perancang. Dan Maha Penyayang. Mana mungkin dibiarkan kau merana tanpa belaiaan.

Setiap yang berlaku berhikmah. Pasti terselit bahagia buatmu di hujung sana. Kembalilah pulang. Dalam dakapan Dia sayang.

https://www.tg-me.com/thehenshinofficial
2024/05/16 07:46:17
Back to Top
HTML Embed Code: