Telegram Web Link
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dalam sidang media berkenaan, polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi kepada seorang kerabat diraja di sebuah hotel pada Selasa.


Kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan juga sudah dibuka bagi menyiasat kes berkenaan

📸: Astro AWANI / @shahiromar
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran University dan Rio Bravo, New Mexico pada Selasa.

Syarikat aeroangkasa dan keselamatan global, Lockheed Martin mengesahkan pesawat F-35B terhempas di Albuquerque Sunport selepas mengisi minyak di Pangkalan Tentera Udara Kirtland.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Dalam tempoh 20 hari selepas ketibaan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci, majoriti yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan adalah disebabkan masalah berkaitan persekitaran.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Abdul Marsudi Manah berkata, sehingga Isnin, daripada hampir 18,000 jemaah yang sudah sampai di Mekah dan Madinah, data menunjukkan, secara keseluruhan terdapat 5,681 pesakit yang datang ke klinik sama ada di Pusat Rawatan Mekah atau Pusat Rawatan Madinah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Antara kandungan racun dikesan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) itu ialah merkuri, betamethasone 17-valerate dan hydroquinone.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi kepada seorang kerabat diraja di sebuah hotel semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tema sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 iaitu 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' harus menjadi kayu pengukur serta peringatan dalam memastikan maklumat disampaikan sahih dan bermanfaat selain pengamal media perlu bertanggungjawab terhadap berita dikongsi, bukan sekadar 'click-bait' semata-mata.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memulakan pagi di Beijing dengan mesyuarat pre-council bersama Timbalan Menteri Luar, Datuk Muhamad Alamin; Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad; Setiausaha Bahagian Asia Timur, Kementerian Luar Negeri, Datuk Tarid Sufian dan Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

#AWANInews
Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.

Mohammad Toyub Muhammad Yusuf, 32, dituduh melakukan perbuatan itu bersama-sama Ahmad Izhaq Jurid, 42.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Ribut dan tanah runtuh akibat hujan yang dicetuskan oleh Siklon Remal telah mengorbankan sekurang-kurangnya 32 orang dan mencederakan ramai lagi di Bengal Barat dan empat negeri timur laut India, kata pegawai pada Selasa, menurut Xinhua.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Pemandu kenderaan e-hailing yang mendakwa telah dipukul seorang pengawal keselamatan rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara pada Selasa, telah menarik balik laporannya pada hari yang sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, individu berkenaan, yang juga orang kurang upaya (OKU), telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Seramai 20 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Klang hari ini atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.

Mereka adalah N. Nithiyan, 39; S. Logan, 32; R. Parthipan, 32; M. Keshava Nair, 30; A. Balamurugan, 40; V.S Wilbert, 46; M. Ramakrishnan, 45; R.E Mohan, 34; M. Thanasekaran, 44; Edward Liew, 49 dan S. Manoraj, 28.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa mana-mana pihak untuk salurkan maklumat berhubung sebarang penyelewengan berkait penukaran status tanah rizab Melayu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini terdapat laporan diterima di Perak.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri berkenaan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia akan memberi ruang yang besar kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan program dan projek pembangunan dengan lebih berkesan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews
2024/05/29 08:28:51
Back to Top
HTML Embed Code: