Telegram Web Link
Sekurang-kurangnya 34 warga Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam dua serangan besar oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza tengah awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

Serangan pertama berlaku berhampiran Persimpangan Al-Shuhada di utara kem pelarian Nuseirat, ketika orang ramai berkumpul untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan tetapi menjadi sasaran tembakan dan bedilan oleh tentera penjajah Israel.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seramai 400 murid dari 56 sekolah rendah dan menengah seluruh daerah Bentong menyertai Program Pemimpin Masa Hadapan: Hentikan Buli, Salah Laku Seksual dan Isu Perkauman yang berlangsung di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong pada Khamis.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bentong dengan kerjasama pelbagai agensi pendidikan dan pertubuhan masyarakat itu bertujuan memupuk kepimpinan berteraskan empati, integriti dan tanggungjawab sosial dalam kalangan murid.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Persembahan upacara Miring membuka pentas persembahan Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025 di Kampung Budaya Sarawak (SCV), pada Jumaat.

Sejurus selepas itu, tentatif persembahan diteruskan dengan slot Magic Hour Performance menampilkan Mathew Ngau with Lan E Tuyang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Individu yang melaporkan secara terus sebarang maklumat salah laku kepada agensi penguat kuasa serta memenuhi kriteria dan syarat ditetapkan akan diberikan perlindungan sebagai pemberi maklumat.

Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata ia adalah antara perkara penting yang perlu difahami oleh masyarakat selain tidak boleh mendedahkan maklumat kepada umum.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam sebuah kereta dipercayai akibat ditembak dalam kejadian berhadapan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3.37 petang dan setibanya anggota di lokasi telah menemukan mayat warga tempatan berusia 46 tahun di tempat duduk pemandu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengekalkan Israel dalam senarai hitam tahunannya yang menyenaraikan pihak-pihak bertanggungjawab melakukan pelanggaran serius terhadap hak kanak-kanak di zon konflik, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Laporan 2024 oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengenai Kanak-Kanak dan Konflik Bersenjata memperincikan pelanggaran yang berlaku sepanjang tahun itu, dan menamakan Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab atas pembunuhan dan mencederakan kanak-kanak serta menyerang sekolah dan hospital.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
UMNO perlu menampilkan imej positif yang baharu bagi meraih sokongan pengundi khususnya dalam kalangan generasi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata langkah itu sejajar dengan perubahan semasa manakala sebarang tawaran parti itu kepada pengundi pada PRN ke-17 itu mestilah selaras dengan kehendak rakyat, bukan sesuatu yang ditolak oleh mereka.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Cubaan dua lelaki untuk mengedar bekalan dadah di sekitar Lembah Klang gagal, selepas aktiviti mereka dipatahkan pihak polis yang menahan mereka bersama 70 ketulan mampat ganja seberat lebih 73 kilogram di tepi Jalan Baiduri, Kepong di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata kedua-dua lelaki yang dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun ini sebagai transporter dadah, ditahan dalam serbuan ke atas sebuah kereta jenis Perodua Aruz pada 1.25 pagi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Malaysia komited untuk meneruskan kerjasama dengan Biro Perangkaan Laos (LSB) dan negara anggota ASEAN lain menerusi Rangka Kerja ASEAN-Bantu-ASEAN (AHAF) dan Sistem Statistik Komuniti ASEAN (ACSS) khususnya dalam memperkukuh peranan statistik rasmi bagi memenuhi keutamaan serantau.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan kerjasama itu juga sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan pelan strategik ASEAN akan datang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Astro AWANI mencatat pencapaian membanggakan apabila merangkul tiga anugerah dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2024.

Wartawan foto, Shahir Omar membawa pulang anugerah emas dalam kategori Kewartawanan Foto Terbaik, menerusi paparan imej dalam laporan Linangan air mata mengiringi pemergian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudden Kamal.

Anugerah perak pula dimenangi wartawan Hasimi Muhammad dalam kategori Lintas Langsung Berita Terbaik, menerusi liputan mengenai perkembangan pencarian mangsa kejadian tanah mendap di Jalan Masjid India dan anugerah gangsa bagi kategori Laporan Khas TV Terbaik dimenangi gandingan Ridauddin Daud dan Ab Uzza Ab Latiff menerusi laporan bertajuk Pulau Haba.

Kemenangan ini sekali gus mengukuhkan lagi reputasi Astro AWANI sebagai antara peneraju utama dalam penyampaian berita yang berkualiti dan berimpak tinggi di Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya melaksanakan dan menguatkuasakan Resolusi 487 yang diterima pakai pada 1981 sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif Israel ke atas kemudahan nuklear Iraq, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Dalam satu hantaran di akaun X beliau pada Jumaat, Araghchi berkata reaktor air berat di Arak - yang berada di bawah pengawasan ketat sistem perlindungan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan sedang dibangunkan mengikut spesifikasi teknikal yang dipersetujui di bawah Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) - telah diserang oleh Israel pada Khamis.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di peringkat akhir melengkapkan kertas siasatan untuk mendakwa pengendali syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata terdapat dua kertas siasatan sedang disiapkan untuk diambil tindakan terhadap pengendali syarikat bas dan syarikat yang memajak bas itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut laporan Al Jazeera, seramai 16 orang maut ketika beratur untuk menerima bantuan berhampiran Koridor Netzarim, manakala 13 lagi terbunuh dalam serangan dron ke atas khemah sementara di Kem Pelarian Al-Shati, tempat mereka sedang mengecas peranti elektrik.

Saksi kejadian, Bassam Abu Shaar, memberitahu bahawa tembakan bermula sekitar jam 1 pagi dan datang dari pelbagai arah termasuk kereta kebal, pesawat dan dron.

“Kami tidak dapat membantu mangsa atau melarikan diri. Orang ramai panik dan terperangkap,” katanya kepada agensi berita AFP.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Suasana kembali meriah di kaki Gunung Santubong! 🌿🎶 Hari pertama #RWMF2025 pada Jumaat membuka tirai dengan sorakan, tarian dan irama daripada pelbagai pelusuk dunia.

Dari pentas utama hingga ke bengkel budaya, para pengunjung dibawa menyelusuri pengalaman muzik dan tradisi yang memukau.

Artis antarabangsa & tempatan bersatu membawa mesej perpaduan melalui irama menyentuh jiwa.

Bukan sekadar festival, ini adalah perayaan komuniti, budaya & semangat bersama! 🌍

📍 Sarawak Cultural Village

@sarawaktravel
@rwmf.official

#RWMF2025 #RainforestWorldMusicFestival #RWMF #AWANInews
Menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), lebih 100 peluru berpandu balistik dan dron dilancarkan dari wilayah Iran, dengan kebanyakannya berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udara.

Namun, beberapa serangan berjaya menembusi pertahanan dan menyebabkan kerosakan serta kecederaan di beberapa lokasi.

Di Haifa, sekurang-kurangnya 17 orang cedera, dua daripadanya parah, selepas peluru berpandu mengenai kawasan kediaman.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Selepas tiga tahun dihentikan, Aerotrain KLIA Terminal 1 dijadual beroperasi semula 1 Julai selepas lulus ujian keselamatan dan simulasi kecemasan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 15 tahun yang lalu, Penjara Pudu mula dirobohkan.

Penjara Pudu mula dibina pada tahun 1891, di atas tapak bekas jirat Cina Jalan Shaw (kini Jalan Hang Tuah) Kuala Lumpur seluas 8.9 hektar. Ia siap sepenuhnya pada 1895 hasil keringat para banduan kemudian menjadi penghuni penjara tersebut.

Pembinaannya bermula dengan struktur tembok setinggi 4.5 meter & sepanjang 394 meter. Pada 1984, ia dihias mural berukuran 860x16 kaki karya seorang banduan, Khong Yen Chong yang diiktiraf Rekod Guinness sebagai mural terpanjang di dunia.

Penjara Pudu terdiri daripada 4 blok menempatkan 240 sel yang boleh memuatkan hingga 2,000 banduan pada satu-satu masa. Begitupun ada 1985, penjara ini mencatat kemuncak kepadatan apabila penghuninya melebihi 6,500 banduan.

Jabatan Penjara Malaysia merekodkan 180 pesalah digantung sampai mati di Penjara Pudu sejak 1960 hingga operasinya ditamatkan pada 31 Oktober 1996 selepas 101 tahun. Para banduannya dipindahkan ke Penjara Kajang & Penjara Sungai Buloh.

Ia kemudian berfungsi sebagai tempat tahanan sementara banduan yang menghadiri perbicaraan mahkamah, juga dibuka untuk kunjungan pelancong pada Mei 1997. Hinggalah pada Jun 2009, kerajaan memutuskan supaya Penjara Pudu dirobohkan.

Walaupun ditentang hebat para pertubuhan pencinta sejarah & warisan, pendirian kerajaan tak berubah. Akhirnya pada Isnin 21 Jun 2010, kerja-kerja perobohan Penjara Pudu dimulakan di tembok timur untuk memberi laluan kepada projek pelebaran jalan.

Menjelang Disember 2012, seluruh struktur Penjara Pudu selesai dirobohkan, ditinggalkan hanya pintu masuk utamanya. Di tapak itu, dibangunkan kompleks komersil Bukit Bintang City Centre (BBCC) dengan kos RM8.7 bilion bermula 2018.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Astro AWANI (Foto AP/Vincent Thian)

#PeristiwaHariIni
‘Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.’

Itu pepatah boleh digambarkan terhadap situasi sulit dilalui Siti Zuhaili Idris, 31, apabila dia terpaksa menanggung beban perbelanjaan anaknya Nur Arissa Sabrina Mohammed Zulkarnain yang mengalami sakit jantung berlubang sejak dalam kandungan.

Zuhaili bersyukur apabila MAIWP menanggung kos kelengkapan perubatan Arissa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2025/07/04 15:17:25
Back to Top
HTML Embed Code: