Telegram Web Link
Kementerian Luar telah mengarahkan semua rakyat Malaysia yang berada di Iran untuk meninggalkan negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihak Wisma Putra telah menguruskan pengangkutan darat untuk semua rakyat Malaysia.

Kesemua mereka akan menuju ke Ashgabat, Turkmenistan lantaran tiada sebarang penerbangan dibenarkan melalui Iran pada ketika ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara mulai Ahad ini.

Watikah pelantikan itu disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Majlis Serah Terima Tugas Dan Paluan Berundur Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sistem pertahanan udara Iran bertindak balas terhadap serangan udara Israel di ruang udara Gorgan, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan Iran pada Jumaat.

Menurut laporan, serangan dikesan antara pasukan Iran dan Israel di ruang udara bandar Gorgan, ibu kota Wilayah Golestan di timur laut Iran.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Rainforest World Music Festival (RWMF) edisi 2025 kembali menghangatkan suasana di Kampung Budaya Sarawak (SCV), Kuching bermula hari ini hingga 22 Jun.

Bertemakan Connections: One Earth, One Love, RWMF tampil dengan pameran budaya serta persembahan hebat daripada barisan artis antarabangsa dan tempatan yang menjanjikan pengalaman budaya dan muzik luar biasa.

Bagi edisi 2025, festival ikonik ini terus mengekalkan identitinya sebagai platform perpaduan budaya dengan rentak alunan muzik yang pelbagai apabila menampilkan pemuzik dan penyanyi dari seluruh dunia termasuk dari Amerika Syarikat, China, Jepun, Columbia, United Kingdom, Belgium, Filipina, Thailand dan Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara mulai Ahad ini.
Watikah pelantikan itu disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam Majlis Serah Terima Tugas Dan Paluan Berundur Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Jumaat.

#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/45rVAdJ
🔸Rafizi desak AGC segera fail semula pertuduhan SRC International terhadap Najib
🔸Kes SRC International: Najib lepas tanpa bebas
🔸Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan naik pangkat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Minat mendalam terhadap dunia kulinari menjadi tonggak utama di sebalik penubuhan restoran Haji Qasim Bistro.

Menurut pengurusnya, Mohammad Isa Ali, restoran yang ditubuhkan tiga tahun lalu itu menjadi titik permulaan baginya dan keluarga membawa perubahan kepada restoran “mamak” bagi semua pecinta makanan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Suruhanjaya Tenaga hari ini mengumumkan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 sehingga 31 Disember 2027.

Menurut Suruhanjaya Tenaga, 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan menikmati kadar elektrik yang lebih adil dan progresif selaras kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive-Based Regulation - IBR).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Empat pemegang taruh dilihat berperanan penting dalam memastikan rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang lebih baik di usia emas.

Tatkala Malaysia sebagai sebuah negara menua, Ketua Jabatan Polisi dan Pengurusan Strategi, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Balqais Yusoff berkata persedian segenap aspek perlu dilakukan.

Selain kerajaan, majikan, individu dan organisasi sivil masing-masing berperanan penting dalam memperkukuh Agenda Negara Menua.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perkara itu dimaklumkan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selepas prosiding kes hari ini.

“Dia gembira kerana tidak terlalu banyak kes… beliau kini boleh menumpukan perhatian kepada kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekarang,” kata Muhammad Shafee apabila ditanya reaksi Najib mengenai keputusan DNAA hari ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan.

Beliau berkata penggunaan bahan tempatan dalam acara kerajaan bukan sahaja menyokong ekonomi negara, tetapi turut memberi peluang lebih luas kepada petani tempatan untuk memasarkan hasil mereka.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/466PnEf
🔸[TERKINI] Tarif elektrik baharu: Bil naik atau turun? Ini jawapannya
🔸[TERKINI] Mohd Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu
🔸Rusia beri amaran keras kepada AS jangan campur tangan konflik Israel-Iran

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Penulis dan penggiat budaya warisan Malaysia, Datin Kalsom Taib, yang mesra di sapa sebagai ‘Aunty Chom’, sekali lagi mengharumkan nama negara.

Ia apabila buku terbaharunya 'My Malaysian Food Journey' meraih tempat pertama dalam kategori Warisan Makanan di Gourmand Cookbook Awards 2025 yang berlangsung di Estoril Convention Centre, Cascais di Lisbon, Portugal.

Anugerah berprestij bagi edisi ke-30 itu menyaksikan penyertaan daripada 220 negara, dengan hanya 163 negara berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat teratas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Detik penuh emosi menyelubungi Majlis Serah Terima Tugas dan Paluan Berundur Ketua Polis Negara ke-14, Tan Sri Razarudin Husain apabila beliau dilihat beberapa kali menahan sebak ketika menyampaikan ucapan terakhirnya di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di Kuala Lumpur, Jumaat.

Menutup tirai lebih 42 tahun khidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Razarudin turut meluahkan harapan agar pasukan keselamatan itu diletakkan di bawah sebuah kementerian khusus bagi memperkukuh peranan serta mempertingkat kecekapan, seiring cabaran dan perkembangan global.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
MEBS adalah usaha strategik Kerajaan Sabah bagi memastikan pembangunan sektor ekonomi biru dilaksanakan secara tersusun, bersepadu dan berimpak tinggi.

Nantikan AWANI Sabah+ setiap Khamis dan Jumaat jam 8.25 malam di semua platform Astro AWANI.

#AWANISabah+
#AWANInews
HUAWEI terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran peranti pintar Malaysia menerusi pelancaran dua produk terbaharunya, tablet flagship HUAWEI MatePad Pro 12.2” dan fon telinga HUAWEI FreeBuds 6 dalam sebuah acara berprofil tinggi di ibu negara.

Menggabungkan rekaan anggun, prestasi berkuasa serta teknologi paparan tercanggih, HUAWEI MatePad Pro 12.2” disasarkan kepada golongan profesional dan kreatif yang memerlukan peranti sefleksibel komputer riba tetapi dalam bentuk tablet yang mudah alih.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2025/07/03 14:59:33
Back to Top
HTML Embed Code: