Telegram Web Link
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi mengumumkan bahawa gencatan senjata di antara Israel dan Iran kini berkuat kuasa.

Beliau turut menyeru kedua-dua pihak agar mematuhi perjanjian sepenuhnya bagi menamatkan konflik bersenjata yang telah meragut ratusan nyawa.

“Gencatan senjata kini berkuat kuasa. Jangan ingkarinya! Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat,” tulis Trump dalam kenyataan di platform Truth Social.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Penyanyi, Pasha Ungu meluahkan rasa kesal apabila anak lelakinya yang juga pelakon, Kiesha Alvaro telah menjadi mangsa kekerasan di set pengambaran.

Menerusi perkongsian di Instagram, vokalis kumpulan Ungu itu mendakwa bahawa pelakon, Dimas Anggara telah menampar anaknya dan meminta aktor itu untuk berjumpa dengannya dengan kadar segera.

"Suami Nadinelist, Dimas Rangga pelakon sinetron atau apa sahaja, tolong cari saya sekarang. Katanya kamu tampar anak saya di lokasi pengambaran?" luah Pasha kecewa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pejabat Perdana Menteri Israel hari ini mengesahkan bahawa Benjamin Netanyahu telah menerima cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, selepas mendakwa bahawa Israel telah mencapai semua objektif ketenteraan dalam Operasi Rising Lion.

Memetik laporan Al Jazeera, Netanyahu memaklumkan bahawa dia telah mengadakan mesyuarat bersama kabinet keselamatan, Menteri Pertahanan, dan Ketua Mossad malam tadi untuk membentangkan pencapaian operasi tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengasas dan pemain gitar kumpulan Spring, Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail telah menghembuskan nafas terakhir di Miri, Sarawak, awal pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan oleh Timbalan Presiden Music Malaysia, Ayob Abd Majid, yang juga merupakan sahabat lama Allahyarham.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Selasa (24 Jun) meluahkan rasa kecewa terhadap pelanggaran gencatan senjata antara Iran dan Israel, apabila beliau secara terbuka menggunakan kata-kata kesat ketika ditanya oleh media di halaman Rumah Putih.

"Iran dan Israel telah berperang terlalu lama dan terlalu sengit sehingga mereka sendiri tak tahu apa yang mereka sedang lakukan," katanya sambil menggunakan kata kesat sebelum berpaling daripada kamera dan menuju ke helikopternya untuk berlepas ke sidang kemuncak NATO di The Hague.

#AWANInews
Seorang akauntan didenda RM3,300 oleh Mahkamah Majistret Ampang pada Selasa, selepas mengaku bersalah merakam video rakan serumahnya yang sedang mandi, minggu lepas.

Majistret Amalina Basirah Md Top yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Akmal Zakaria, 30, turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh membayar denda itu.

Muhammad Fahmi didakwa telah mengaibkan kehormatan seorang lelaki berumur 31 tahun dengan cara merakam video mangsa sedang mandi dengan maksud mengganggu kesantunannya, di sebuah pangsapuri di Taman Ukay Perdana, di sini pada 8.10 pagi, 20 Jun lepas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran (SNSC) pada Selasa mengumumkan Republik Islam itu telah membuat keputusan menghentikan perang terhadap Israel dan sekutunya selepas mendakwa telah memberikan tindak balas yang memalukan dan menjadi teladan terhadap pencerobohan musuh.

Dalam kenyataan rasmi disiarkan media kerajaan, SNSC berkata kemuncak tindak balas Iran termasuk serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar serta serangan subuh ke atas Israel.

“Musuh telah dimalukan dan terpaksa menerima kekalahan serta penghentian terhadap pencerobohan mereka," menurut kenyataan itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa selepas didakwa memperdagangkan anak kandungnya.

Tertuduh berusia 44, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Sentosa 2, Sitiawan antara 4 September 2024 hingga 7 Jun 2025.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memperdagangkan anak perempuannya berusia 21 tahun bagi maksud eksploitasi dengan cara menggunakan kekerasan untuk memaksa bekerja sebagai pekerja seks.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Iran pada Selasa menegaskan komitmennya untuk meneruskan program nuklear negara itu meskipun berdepan tekanan dan ancaman dari Amerika Syarikat (AS), termasuk selepas serangan udara terhadap beberapa fasiliti nuklear di negara tersebut.

Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Mohammad Eslami, berkata pihaknya telah mengambil langkah awal untuk menilai dan memulihkan kemudahan yang terjejas akibat serangan ketenteraan baru-baru ini, lapor Al Jazeera.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, mengeluarkan amaran keras kepada Israel agar tidak meneruskan serangan udara ke atas Tehran, menyifatkannya sebagai pelanggaran besar terhadap perjanjian gencatan senjata yang dimeterai sebelum ini.

berkata Israel telah melakukan serangan sebaik sahaja bersetuju dengan perjanjian tersebut.

Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Qatar menarik balik sekatan ke atas ruang udaranya yang sebelum ini ditutup sejurus sebelum serangan peluru berpandu Iran ke atas Pangkalan Udara Al-Udeid, lapor agensi berita Rusia TASS memetik laporan media tempatan.

"Pihak Berkuasa Penerbangan Awam mengumumkan pemulihan semula trafik udara dalam ruang udara Qatar.

"Keadaan kini kembali normal selepas pelaksanaan langkah-langkah keselamatan yang perlu dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan," menurut kenyataan pengawal selia penerbangan negara itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kementerian Kesihatan Iran pada Selasa mengesahkan sekurang-kurangnya 610 rakyatnya terbunuh dan 4,746 lagi cedera dalam tempoh 12 hari serangan udara oleh Israel sejak 13 Jun lalu, menjadikan ini antara krisis kemanusiaan paling buruk dalam sejarah moden negara itu.

Jurucakap kementerian, Hossein Kermanpour berkata seramai 971 mangsa masih dirawat di hospital, manakala 687 telah menjalani pembedahan, lapor Al Jazeera.

Antara yang terkorban termasuk 13 kanak-kanak – yang termuda berusia dua bulan – serta 49 wanita, termasuk dua yang sedang hamil.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Tentera Udara Al Udeid di Qatar adalah sebagai reaksi terhadap campur tangan Amerika Syarikat dalam perang Iran dan Israel.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berkata, serangan itu bukan bertujuan untuk menyerang Qatar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kekangan penglihatan bukan pematah semangat untuk Nik Muhammad Ahnaf Ruhjiee mengecapi kejayaan dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.

Dengan bantuan tulisan braille, pemuda ini memperoleh keputusan cemerlang iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam aliran sains sosial.

Selaku pelajar Saint John's Institution di Kuala Lumpur, Nik Muhammad Ahnaf menerima Anugerah Pelajar STPM Terbaik Kebangsaan bagi kategori Calon Berkeperluan Khas, pada Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Presiden Republik Kyrgyz Sadyr Zhaparov tiba di Malaysia pada Selasa untuk memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke negara ini.

Pesawat khas yang membawa Zhaparov dan delegasi mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.45 petang dan ketibaan mereka disambut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Zhaparov kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat terdiri daripada 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sebanyak 101 kenderaan mewah termasuk sebuah Porsche yang dikaitkan dengan seorang selebriti tanah air disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Op Luxury di seluruh negara bermula 1 Jun lepas hingga Selasa.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata kenderaan lain yang disita ialah Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, BMW 530e, Mercedes-Benz, Toyota Alphard dan Lotus Elise S yang didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta peraturan berkaitan.

"Kesalahan dikesan antaranya tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans sah, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah, penggunaan nombor pendaftaran palsu, nombor casis tidak padan dengan sistem dan penggunaan 'trade plate' palsu," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan agar sebidang tanah berkeluasan 9,723 meter persegi di ibu kota dipindah milik kepada UMNO.

Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili UMNO, memaklumkan bahawa parti itu dan responden (Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) telah bersetuju menyelesaikan kes tersebut menerusi penghakiman persetujuan.

"Oleh itu, mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak dan (perletakkan hak tanah tersebut) dalam tempoh 30 hari," katanya pada prosiding yang turut dihadiri seorang lagi peguam UMNO iaitu Norhazira Abu Haiyan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pesuruhjaya eKeselamatan Australia Julie Inman Grant mengesyorkan agar YouTube dimasukkan dalam senarai larangan media sosial kerajaan bagi golongan muda di bawah umur 16 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan pada Selasa.

Australia dijangka melaksanakan larangan ke atas platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook, X dan Snapchat untuk remaja, dengan keputusan muktamad akan dibuat oleh Menteri Komunikasi, menurut penyiar tempatan SBS News.

Pada November tahun lepas, Australia menjadi negara pertama di dunia meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak daripada menggunakan media sosial.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menegur beberapa pegawai Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) yang disifatkan sebagai 'Little Napoleon' kerana tidak melaksanakan tugas dengan baik, sekali gus mencemarkan nama baik majlis perbandaran itu.

Baginda bertitah MPKangar secara keseluruhannya menjalankan tanggungjawab dengan baik, namun masih terdapat segelintir pegawai yang perlu segera mengubah sikap dan cara bekerja.

"Saya sendiri pernah berurusan dengan pegawai MPKangar yang menunjukkan sikap dan cara kerja yang perlu diubah. Saya berharap semua kakitangan MPKangar sedar akan tanggungjawab masing-masing," titah baginda.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpotensi besar untuk kekal memerintah pada penggal baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-16.

Pengarah Program Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, perkara itu sekiranya tiada kejutan besar terhadap ekonomi negara atau landskap politik dalam masa terdekat.

"Walaupun tiada parti mampu meraih majoriti mutlak ketika ini, formula kerajaan campuran iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), serta parti dari Sabah dan Sarawak dilihat membentuk konfigurasi stabil," ujar Ibrahim Suffian dalam satu temu bual bersama Astro AWANI.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
2025/06/29 18:47:41
Back to Top
HTML Embed Code: