Telegram Web Link
Suasana sekitar National Convention & Exhibition Centre di Tianjin pada hari pertama ‘Annual Meetings of the New Champions 2025’ atau lebih dikenali sebagai ‘World Economic Forum - Summer Davos’.

Di tengah ketidaktentuan geopolitik semasa, lebih 1,700 pemimpin dunia dalam bidang politik, perniagaan dan akademik berkumpul di sidang kemuncak ini yang antara lain bertujuan mencari solusi bersama dalam memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan.

#ANMC25
#SummerDavos
#WEF
#Tianjin
War over there, prices up here.💥💸
Oil’s rising, flights cost more, groceries creeping up, and your ringgit? Losing power.
Geopolitics isn’t just headlines, it’s your wallet crying.

📲 Follow for more global chaos, explained simply.

#AWANIinternational
#TariffednTerrifiedWithLauren

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7519376206874119432
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai menunggang di lorong khusus untuk kereta dan lori di Kilometer 0.4 Jambatan Kedua Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Superintendan Jay January Siowou berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati insiden berlaku pada jam 4.35 petang Jumaat lalu.

Katanya, kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Batu Kawan menghala Batu Maung.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa untuk mengetepikan keputusan supaya tanah seluas 106.542 hektar di Duta Enclave (sebelum ini dikenali Jalan Duta) diserahkan kepada syarikat Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Lee Swee Seng turut mengarahkan pampasan dibayar kepada syarikat berkenaan, yang akan ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi dalam tempoh 90 hari dengan bantuan pakar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional 2.85, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Md Amin Md Taff berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan 0.01 mata daripada 2.84 pada tahun 2023.

Seterusnya, seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus calon memperoleh PNGK 4.00, meningkat sebanyak 150 calon berbanding tahun sebelumnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pada Mesyuarat Tahunan World Economic Forum (WEF), Annual Meeting of the New Champions 2025 (AMNC25) di Tianjin, China, pakar ekonomi terkemuka memberi nada berhati-hati serta amaran bahawa ketidaktentuan global yang semakin meningkat, didorong oleh konflik di Asia Barat dan perubahan dasar perdagangan, menimbulkan risiko besar terhadap pertumbuhan ekonomi global.

Dalam sesi bertajuk Chief Economists Briefing, Huang Yiping, Dekan National School of Development di Universiti Peking, menegaskan bahawa “ketidaktentuan, bukan hanya penyahglobalan atau perlindungan perdagangan, adalah faktor sebenar yang melemahkan sentimen ekonomi.”

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/4k1FE5l
🔸 *'Jangan ingkar!' - Trump* sekali lagi umum gencatan senjata, gesa Israel🇮🇱 dan Iran🇮🇷 patuhi perjanjian
🔸 *Tanah di Jalan Duta kekal* milik kerajaan
🔸 *Polis siasat penunggang motosikal berkuasa tinggi guna lorong kereta,* lori di Jambatan Kedua Pulau Pinang

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Wanita perlu diberi peluang yang lebih luas dalam ekosistem kecerdasan buatan (AI), terutama dalam pembangunan dan pengurusan teknologi generatif yang semakin berkembang pesat. Langkah ini bukan sahaja penting dari sudut keadilan sosial, tetapi juga merupakan strategi ekonomi dan inovasi yang mampan.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Shanghai Generative Artificial Intelligence Ecosystem Development Co. Ltd., Yang Jingjing, prinsip asas pembangunan AI harus menjamin manfaat untuk semua golongan, termasuk keterangkuman gender pada setiap peringkat daripada penyelidikan dan dasar awam sehinggalah kepada pengkomersialan teknologi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
ATM Cipta Sejarah Baharu!

Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng kini bergelar Leftenan Jeneral, sekali gus menjadi pegawai kanan berbangsa Cina pertama dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mencapai pangkat tertinggi itu.

Dilahirkan di Melaka, pencapaian beliau bukan sahaja membanggakan ATM, malah menjadi simbol perpaduan, profesionalisme dan keterangkuman dalam angkatan pertahanan negara.

Majlis pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam Hj Jaffar, disaksikan oleh semua Panglima Perkhidmatan. #AWANInews
2025/06/29 10:42:39
Back to Top
HTML Embed Code: