Telegram Web Link
Israel melancarkan serangan udara terbaharu ke atas tapak nuklear Fordow, selatan ibu negara Iran, Tehran pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Iran.

"Beberapa ketika lalu, musuh sekali lagi menyerang tapak nuklear Fordow," kata jurucakap Ibu Pejabat Pengurusan Krisis Wilayah Qom.

Agensi Berita separa rasmi Tasnim mengesahkan serangan ke atas tapak itu tanpa memberikan butiran mengenai tahap kerosakan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Iran dilaporkan melancarkan enam peluru berpandu ke atas beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Qatar.

AFP melaporkan, letupan boleh didengari di seluruh Doha termasuk di bandar Lusail pada malam Isnin, sejurus selepas Qatar mengumumkan untuk menutup ruang udaranya berikutan serangan AS ke atas Iran.

Saksi awam juga memberitahu tentang melihat 'lintasan cahaya di langit malam', sementara siren mula kedengaran di lokasi yang dipercayai diserang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Lee Jae Myung bersetuju memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan.

Anwar berkata hubungan kedua-dua negara yang telah dipertingkat ke tahap perkongsian strategik sewaktu kunjungan beliau ke Seoul pada November 2024 akan terus dipacu secara menyeluruh merangkumi keamanan dan keselamatan, pertahanan, ekonomi, pendidikan serta pelancongan selain kerjasama serantau dan global.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Isnin, berkata beliau dan dua lagi hakim belum menerima maklumat terkini mengenai pelanjutan tempoh perkhidmatan mereka.

Dua lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Israel dan Iran bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata yang menurutnya berpotensi menjadi kekal.

Mengumumkan perkembangan terbaharu itu di media sosial, Trump berkata, kedua-dua pihak telah bersetuju sepenuhnya untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya dalam tempoh enam jam daripada sekarang - selepas kedua-dua negara menyelesaikan operasi terakhir mereka yang sedang berjalan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan, Republik Islam itu tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang bentuk pencabulan oleh mana-mana pihak, sambil menekankan, Iran tidak pernah memulakan sebarang tindakan agresif terhadap negara lain.

“Kami tidak akan tunduk kepada sebarang pencabulan. Inilah prinsip dan pendirian tegas rakyat Iran,” kata Khamenei dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun rasminya di platform X, awal pagi Selasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Qatar pada Isnin mengecam keras tindakan Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Pangkalan Tentera Udara Al Udeid yang terletak di wilayahnya, sambil menyifatkan serangan itu sebagai satu pencabulan nyata terhadap kedaulatan dan ruang udaranya.

Menurut laporan agensi berita Anadolu, Kementerian Luar Qatar menerusi jurucakapnya, Majed Al Ansari, menyatakan, negara itu berhak untuk bertindak balas secara wajar mengikut lunas undang-undang antarabangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin menyifatkan serangan ke atas Iran sebagai "pencerobohan tanpa provokasi" dan tiada sebarang justifikasi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Pencerobohan tanpa provokasi sepenuhnya ke atas Iran ini tiada asas dan tiada justifikasi," kata Putin semasa pertemuan dengan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi di Moscow.

Israel dan Iran terlibat dalam pertempuran udara sejak 13 Jun apabila Tel Aviv melancarkan serangan mengejut ke atas beberapa lokasi di seluruh Iran termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, sehingga mendorong Tehran melancarkan serangan balas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Syarikat penerbangan antarabangsa bertindak balas pantas membatalkan dan mengubah laluan penerbangan pada Isnin.
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakyat Palestin berkumpul di sekitar Beit Lahiya, Gaza bagi menantikan bantuan makanan pada hari Isnin (23 Jun). Keadaan terkini menunjukan rakyat Palestin sangat tenat dengan kekurangan makanan, kehilangan tempat tinggal, perlindungan dan kerosakan bangunan. Orang ramai membawa beberapa orang yang cedera keluar dari kawasan tersebut, dan beberapa keluarga termasuk kanak-kanak dibawa menggunakan kereta yang ditarik haiwan.
#AWANInews
Seorang peniaga lelaki terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.1 juta selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata individu berusia sekitar 40-an yang membuat laporan polis semalam itu mendakwa pekerjaan tersebut ditawarkan di media sosial pada 26 Mac lepas.

Beliau berkata mangsa mendakwa perlu membuat pembelian barangan dengan komisen sebanyak 25 peratus daripada hasil jualan semula produk terbabit.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 9 pagi

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/4edbs66
🔸Penutupan Selat Hormuz berpotensi jejas hubungan Iran 🇮🇷 dan negara serantau
🔸Qatar🇶🇦 kecam serangan peluru berpandu Iran🇮🇷 ke atas pangkalan AS🇺🇸, anggap pencabulan kedaulatan
🔸[TERKINI] Trump umum gencatan senjata antara Israel 🇮🇱dan Iran🇮🇷

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Hari ini 38 tahun yang lalu, bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi dilahirkan.

Luis Lionel Andres Messi merupakan yang ke-3 daripada 4 anak Jorge Messi & Celia Cuccittini, yang kedua-duanya berketurunan dari Itali, Sepanyol & Catalonia. Di usia 4 tahun, Messi menyertai kelab tempatan, Grandoli di mana beliau dilatih oleh bapanya.

2 tahun kemudian, Messi menyertai Newell’s Old Boys & meledak hampir 500 gol sepanjang 6 tahun beraksi bersama kelab tempat kelahirannya di Rosario itu. Namun di usia 10 tahun, Messi didiagnos menghidapi masalah kekurangan hormon tumbesaran.

Insurans kesihatan bapanya hanya memperuntukkan 2 tahun sahaja untuk rawatan penyakit itu yang menelan kos sekurang-kurangnya $1,000 sebulan. Newell’s pada awalnya bersetuju untuk menyumbang, namun kemudian mengingkari janji mereka.

Ketika sama Messi diintai River Plate, pasukan idolanya Pablo Aimar, namun kelab dari Buenos Aires itu menolak untuk membayar kos rawatannya. Memandangkan keluarga Messi ada saudara di Catalonia, mereka mengatur percubaan dengan Barcelona pada 2000.

Pengarah pasukan utama Barcelona, Charly Rexach ingin serta-merta menambat Messi, namun lembaga pengarah kelab itu teragak-agak kerana ketika itu adalah bukan kebiasaan untuk kelab Eropah menandatangani pemain luar yang terlalu muda.

Pada 14 Disember itu, kata putus diminta keluarga Messi untuk Barcelona membuktikan komitmennya & Rexach, tanpa ada sebarang kertas di tangannya ketika itu, menawarkan kontrak kepada Messi yang ditandatanganinya pada sehelai kertas tisu.

Dari La Masia, Messi mengorak langkah hingga debut pasukan utama Barcelona pada 2004. “And The rest is history,” Messi melakar namanya selaku antara pemain terunggul dalam sejarah sepanjang kariernya bersama Barcelona sebelum berhijrah ke PSG pada 2021.

Dengan 8 anugerah Ballon d’Or & deretan piala, anugerah serta gelaran peribadi, kelab & negara, boleh dikata setakat ini Messi sudah memenangi segalanya termasuk Piala Dunia 2022.

Sumber: FIFA, Barcelona, Biography

#PeristiwaHariIni
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menegaskan, ketika ini belum ada sebarang persetujuan rasmi mengenai gencatan senjata antara Teheran dan Tel Aviv, namun menambah, Iran tidak akan meneruskan tindak balas ketenteraan jika Israel menghentikan serangan ke atas wilayahnya selewat-lewatnya jam 4 pagi waktu tempatan.

Menerusi satu kenyataan di platform X, Araghchi berkata: “Seperti yang telah ditegaskan berkali-kali oleh Iran: Israel yang melancarkan perang terhadap Iran, bukan sebaliknya.”

“Sehingga kini, TIADA sebarang 'perjanjian' rasmi berkaitan gencatan senjata atau penghentian operasi ketenteraan.”

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bantuan Malaysia dalam memindahkan seorang rakyat Singapura dari Iran bukan sahaja mengukuhkan hubungan erat dan berpanjangan antara kedua-dua negara, malah menjadi bukti solidariti ASEAN, kata Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.

Dalam sepucuk surat kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, Balakrishnan berkata sokongan itu juga merupakan contoh nyata kepentingan Garis Panduan ASEAN mengenai Bantuan Konsul untuk Negara Anggota dalam usaha bersama untuk membantu rakyat masing-masing.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sebanyak 720 kilogram (kg) minyak masak peket yang merupakan barang kawalan disita di sebuah rumah yang dijadikan tempat simpanan dekat Teluk Kurin, Buntong pada Isnin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan itu dilakukan setelah risikan dilakukan selama seminggu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Wisma Putra memaklumkan, setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terjejas susulan insiden keselamatan yang berlaku di Qatar.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, keselamatan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kerajaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketegangan antara Iran dan Israel terus memuncak apabila kedua-dua belah pihak dilaporkan masih melancarkan serangan ketenteraan meskipun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mengumumkan satu gencatan senjata penuh.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Iftikhar Firas Farid yang muncul sebagai juara dunia dalam pertandingan "Roller Freestyle Park Junior" di Perancis baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan setiausaha politik beliau Chan Ming Kai semalam.

Perdana Menteri berkata lebih membanggakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang itu berjaya menewaskan juara bertahan empat tahun berturut-turut dalam kejohanan tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2025/06/29 18:51:14
Back to Top
HTML Embed Code: