Telegram Web Link
Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ditutup sementara susulan sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir di landasan sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Malaysia Airports menerusi akaun Facebooknya memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan pesawat terbabit serta pembersihan landasan dijalankan pihak berkuasa.

Selain itu, A Notice to Airmen (NOTAM) kepada Juruterbang telah dihantar dan penutupan dijangka berlanjutan sehingga jam 3 petang hari ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Suasana kembali meriah di kaki Gunung Santubong! 🌿🎶 Hari pertama #RWMF2025 pada Jumaat membuka tirai dengan sorakan, tarian dan irama daripada pelbagai pelusuk dunia.

Dari pentas utama hingga ke bengkel budaya, para pengunjung dibawa menyelusuri pengalaman muzik dan tradisi yang memukau.

Artis antarabangsa & tempatan bersatu membawa mesej perpaduan melalui irama menyentuh jiwa.

Bukan sekadar festival, ini adalah perayaan komuniti, budaya & semangat bersama! 🌍

📍 Sarawak Cultural Village

@sarawaktravel
@rwmf.official

#RWMF2025 #RainforestWorldMusicFestival #RWMF #AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🎉 RWMF 2025 bakal melabuhkan tirainya, tapi jiwa, semangat dan inspirasi yang dikutip pasti kekal selamanya. 🎶🌿

Edisi ke-28 ini membuktikan bahawa RWMF bukan sekadar pentas persembahan, tetapi ruang pertemuan pelbagai budaya, perkongsian ilmu dan pentas membawa mesej keamanaan, kemanusiaan serta keharmonian sejagat.

Jumpa lagi tahun depan dengan semangat yang lebih besar! 🙌

@sarawaktravel
@rwmf.official

#RWMF2025 #RainforestWorldMusicFestival #RWMF #AWANInews
Rusia, China dan Pakistan telah menyerahkan draf resolusi mengenai situasi di Iran kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), menurut laporan agensi berita Mehr (MNA).

Langkah itu dibuat berikutan serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran baru-baru ini.

Menurut MNA, draf resolusi berkenaan mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap tapak dan kemudahan nuklear yang aman, sambil menyatakan bahawa serangan sedemikian merupakan ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa serta membawa risiko besar kepada sistem kawal selia Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bintang Liverpool, Mohamed Salah dijangka terlepas enam perlawanan penting kelab itu musim depan termasuk aksi tumpuan menentang pencabar kejuaraan, Arsenal berikutan komitmennya bersama skuad kebangsaan Mesir di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Salah menampilkan prestasi luar biasa musim lalu dengan meledak 29 gol dalam semua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) serta memainkan peranan penting membantu Liverpool merangkul kejuaraan liga pertama mereka sejak 2020.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Trump just hit Iran. But here’s the thing — Congress declares war, not the president.
So… is this even legal? Let’s break it down 👇
🧵🇺🇸⚖️
#BreakItDownWithIrfan
#AWANIinternational


https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7519063415059418386
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Siren amaran diaktifkan lagi.

Video diperoleh Reuters ini menunjukkan seluruh tempat di Israel dan Jurusalem bergema dengan bunyi siren amaran susulan laporan mengatakan serangan peluru berpandu Iran dikesan. Penduduk juga dilihat berlindung di tempat yang disarankan semasa amaran keselamatan dibuat.

#AWANInews
Tiga petugas kesihatan, termasuk seorang doktor lelaki, berdepan detik cemas apabila ambulans yang mereka naiki terbabas lalu terbalik dalam kejadian di Bulatan Melawa, Jalan Salut, Pusat Komersial Sepanggar awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, doktor dan jururawat wanita mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.55 pagi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk bekerjasama memperluaskan hubungan dua hala secara "substantif dan saling menguntungkan", termasuk usaha memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas antara kedua-dua negara, menurut Pejabat Presiden Korea Selatan.

Agensi berita Yonhap melaporkan bahawa kedua-dua pemimpin mencapai persefahaman itu semasa perbualan telefon pertama mereka pada Isnin, sambil menyuarakan harapan untuk terus memperkukuh perkongsian strategik antara Korea Selatan dan Malaysia, kata jurucakap presiden, Kang Yu-jung kepada media.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tokoh pendidikan masyarakat India, yang juga pengasas Sri Murugan Centre (SMC) Tan Sri M Thambirajah meninggal dunia dalam tidur pada Isnin.

Berita pemergian mendiang yang berusia 83 tahun itu dikongsi dalam satu kenyataan di Facebook SMC.

Mendiang terkenal dengan komitmen luar biasa dalam memperkasa pendidikan dalam kalangan pelajar India terutamnya golongan B40 sejak lebih empat dekad lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Harga minyak mentah dijangka meningkat ke paras sekitar AS$85 setong dalam jangka masa terdekat, dipacu oleh risiko dari segi bekalan yang berpunca daripada perkembangan geopolitik terkini, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Ia berkata tahap turun naik komoditi itu dijangka kekal tinggi, sambil menambah gangguan sebanyak 500,000 tong sehari dalam bekalan global secara sejarahnya boleh membawa kepada kenaikan harga sekitar AS$10 setong.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis menahan dua lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol kerana mendatangkan kecederaan kepada seorang anggota polis dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di George Town pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian berlaku pada 4.30 petang ketika anggota berusia 30 tahun itu sedang bertugas dan telah menahan dua lelaki tempatan yang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan pintu pagar IPK.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Serangan peluru berpandu Iran telah mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di beberapa bandar di selatan Israel selepas sebuah kemudahan infrastruktur strategik menjadi sasaran, menurut Al Jazeera yang memetik laporan The Times of Israel.

Syarikat Elektrik Israel (IEC) mengesahkan bahawa serangan itu mengenai kawasan berhampiran kemudahan penting dan menyebabkan gangguan kuasa di beberapa lokasi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai didera bapa tirinya dalam kejadian di rumah mereka di Kota Laksamana, di Melaka Tengah pada pagi Isnin.

Menurut sumber, kejadian terbongkar selepas pihak polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta memaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 10.15 pagi.

Difahamkan mangsa dihantar bapa tirinya untuk mendapatkan rawatan sebelum doktor mengesyaki terdapat kesan penderaan pada tubuh badan mangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang tahanan warga Indonesia yang meloloskan diri dari lokap Balai Polis Sentral Sibu pada kira-kira pukul 4 petang Sabtu lepas telah berjaya ditangkap semula awal Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek kes rogol berusia 25 tahun itu ditangkap di Lorong Terap, lebih kurang 1.4 kilometer dari balai tersebut pada pukul 2.26 pagi hasil maklumat orang awam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan pelancaran peluru berpandu balistik jenis Khyber (Qadr H) dalam serangan terbaharu ke atas Israel.

Dalam kenyataan dikeluarkan jabatan perhubungan awam IRGC, peluru berpandu generasi ketiga itu digunakan dalam gelombang ke-20 Operasi True Promise III, yang turut melibatkan penggunaan dron pintar dan peluru berpandu bahan api pepejal serta cecair.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketika tentera Israel memperhebatkan serangan udara ke atas Iran, serangan ke atas Semenanjung Gaza yang terkepung turut berterusan, mengorbankan lebih ramai penduduk Palestin.

Menurut kemas kini harian terbaharu Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 39 mayat telah dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 317 orang lagi cedera akibat serangan udara Israel.

Jumlah korban keseluruhan sejak permulaan perang 20 bulan lalu kini mencecah 55,998 orang, dengan 131,559 cedera, menjadikan konflik ini antara yang paling berdarah dalam sejarah moden Palestin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pertemuan Presiden Rusia, Vladimir Putin bersama wakil delegasi Iran dan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi di Moscow, Rusia.

Putin mengutuk serangan AS dan Israel semasa perbincangan dengan menyebut “tiada asas atau justifikasi” terhadap serangan yang dilakukan oleh mereka dan sekutu.

#AWANInews
Polis Pahang akan menubuhkan pasukan petugas bagi mencegah kes kecurian di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan.

Ketua Polis Negeri Datuk Seri Yahaya Othman berkata kegiatan berkenaan sememangnya berada di bawah pemerhatian pihaknya selepas menerima 10 laporan polis berkaitan kes kecurian di lokasi pembinaan projek itu sejak bulan lepas, dengan kerugian dianggarkan mencecah RM200,000.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bekas penasihat politik kebangsaan dan ketua polis antidadah China, Liu Yuejin dijatuhi hukuman mati dengan penangguhan dua tahun kerana kesalahan rasuah, lapor Xinhua.

Liu dijatuhi hukuman itu di sebuah mahkamah di Wilayah Fujian, timur China pada Isnin.

Liu merupakan Ahli Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 Majlis Perundingan Politik Rakyat China dan Ketua Biro Kawalan Dadah Kementerian Keselamatan Awam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2025/06/29 23:41:44
Back to Top
HTML Embed Code: