Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad mengumumkan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor IAEA pada Isnin susulan serangan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Memandangkan situasi mendesak di Iran, saya akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor @IAEAorg esok," kata Rafael Mariano Grossi dalam catatan di X.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

“Kalau dia beritahu awal kami akan tempuh pengalaman ngeri seperti ini, tawar RM10,000 pun saya tak mahu pergi.”
Demikian luahan Syed, 63, salah seorang daripada 47 jemaah yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej haji tidak sah dikendalikan oleh seorang individu bergelar ustaz, berpangkalan di Batu Pahat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Demikian luahan Syed, 63, salah seorang daripada 47 jemaah yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej haji tidak sah dikendalikan oleh seorang individu bergelar ustaz, berpangkalan di Batu Pahat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada Ahad berkata dua lagi pintu sempadan dengan Thailand ditutup sepenuhnya susulan pertikaian sempadan yang berterusan antara kedua-dua negara anggota ASEAN itu, lapor Xinhua.
Hun Manet berkata tentera Thailand pada Sabtu malam telah memaklumkan kepada Gabenor Wilayah Oddar Meanchey di Kemboja mengenai keputusan sepihaknya untuk menutup pintu sempadan Choub Korki mulai Ahad.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hun Manet berkata tentera Thailand pada Sabtu malam telah memaklumkan kepada Gabenor Wilayah Oddar Meanchey di Kemboja mengenai keputusan sepihaknya untuk menutup pintu sempadan Choub Korki mulai Ahad.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Iran melancarkan satu lagi siri serangan peluru berpandu ke atas Israel pada Ahad, termasuk buat kali pertama menggunakan peluru berpandu balistik Kheibar Shekan yang dilengkapi berbilang peledak.
Ini sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklearnya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ini sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklearnya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang meninggal dunia awal pagi ini.
Menurut Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.34 pagi di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman, arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.34 pagi di Pusat Rawatan Pakar Normah, Kuching.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Majlis Kebangsaan Palestin (PNC) pada Ahad menggesa parlimen antarabangsa, serantau dan Arab mengambil tindakan pantas bagi melindungi rakyat Palestin dan menyalurkan bantuan segera ke Semenanjung Gaza susulan bencana kemanusiaan yang semakin buruk akibat serangan berterusan Israel, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Speaker PNC Rawhi Fattouh menekankan bahawa Semenanjung Gaza sedang menyaksikan keadaan kemanusiaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini, termasuk kematian beramai-ramai akibat pengeboman, kelaparan, kehausan, pemindahan, ketiadaan rawatan serta sistem kesihatan yang lumpuh sepenuhnya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Speaker PNC Rawhi Fattouh menekankan bahawa Semenanjung Gaza sedang menyaksikan keadaan kemanusiaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini, termasuk kematian beramai-ramai akibat pengeboman, kelaparan, kehausan, pemindahan, ketiadaan rawatan serta sistem kesihatan yang lumpuh sepenuhnya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa permohonan pendaftaran baharu berkaitan peluasan skop cukai perkhidmatan serta semakan kadar cukai jualan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, boleh dibuat mulai 1 Ogos 2025.
Bagi pihak berdaftar sedia ada, permohonan penambahan perkhidmatan baharu di bawah peluasan skop cukai perkhidmatan dan kod tarif di bawah semakan kadar cukai jualan boleh dikemukakan mulai 24 Jun 2025, menurut kenyataan kementerian itu di platform X, pada Ahad.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bagi pihak berdaftar sedia ada, permohonan penambahan perkhidmatan baharu di bawah peluasan skop cukai perkhidmatan dan kod tarif di bawah semakan kadar cukai jualan boleh dikemukakan mulai 24 Jun 2025, menurut kenyataan kementerian itu di platform X, pada Ahad.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pihak berkuasa perlu segera melaksanakan tindakan komprehensif bagi membanteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian yang semakin membimbangkan, kata Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menekankan setiap ancaman siber, khususnya yang menyasarkan kanak-kanak perlu ditangani dengan tindakan tegas dan pantas tanpa sebarang kelengahan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau menekankan setiap ancaman siber, khususnya yang menyasarkan kanak-kanak perlu ditangani dengan tindakan tegas dan pantas tanpa sebarang kelengahan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Astro AWANI
Photo
Hari ini 12 tahun yang lalu, Nik Wallenda berjaya berjalan merentas “Grand Canyon” di atas wayar kabel.
Wallenda dikenali sebagai “Raja Wayar Tinggi, ” generasi ke-7 keluarga akrobat sarkas legenda Great Wallendas & mula berjalan di atas wayar seawal usia 4 tahun. Beliau memegang 11 Rekod Dunia Guinness untuk aksi akrobatik & rentasan wayar tinggi.
Antaranya rekod dipegang adalah menjadi yang pertama merentas Air Terjun Niagara pada Jun 2012. Tahun sebelum itu beliau & ibunya merentas 2 menara hotel di San Juan, Puetro Rico di mana moyangnya, Karl Wallenda jatuh & mati dalam percubaannya pada 1978.
Setahun selepas aksi Niagara itu, Wallenda berhajat mahu merentas gaung di Grand Canyon. Namun beliau tidak diberi kebenaran oleh pihak pengurusan taman negara tersebut untuk mengelak kerosakan ketenteraman & imej tempat itu sekiranya kecelakaan berlaku.
Lokasi baharu dipilih di gaung Sungai Colorado Kecil yang berada dalam kawasan Taman Puak Navajo bersebelahan Grand Canyon. Ada yang memanggil kawasan itu “Grand Canyon kecil” & sungai itu mengalir ke Sungai Colorado di dalam Grand Canyon.
Di atas wayar kabel setebal 2 inci pada ketinggian 457 meter (lebih tinggi daripada Bangunan Empire State), Wallenda berjalan membawa galah pengimbang tanpa memakai sebarang penambat keselamatan. Ia merupakan aksi paling tinggi yang pernah dilakukannya.
Wallenda berkata beliau sudah berlatih untuk berpaut pada wayar jika berlaku kecemasan & pasukan penyelamat bersedia dengan helikopter yang akan menyelamatkannya dalam tempoh 60 saat. Aksi itu disiar secara langsung di Discovery Channel.
Di pertengahan jalan, Wallenda berhenti & melutut di atas wayar itu 2 kali apabila angin kuat bertiup. Akhirnya selepas 22 minit 54 saat, beliau berjaya menamatkan perjalanan sejauh 430 meter merentas gaung itu, yang menjadi Rekod Guinness ke-7 buat dirinya.
Sumber: History, Forbes
#PeristiwaHariIni

Serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas kemudahan nuklear di Iran tidak melepaskan sebarang radiasi di luar tapak terbabit, menurut penilaian awal Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Berikutan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran - termasuk Fordow - IAEA boleh mengesahkan bahawa setakat ini tiada peningkatan tahap radiasi di luar tapak dilaporkan," kata badan pemantau antarabangsa itu pada awal pagi di platform X.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
"Berikutan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran - termasuk Fordow - IAEA boleh mengesahkan bahawa setakat ini tiada peningkatan tahap radiasi di luar tapak dilaporkan," kata badan pemantau antarabangsa itu pada awal pagi di platform X.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran bermula dengan satu helah strategik yang mengejutkan dunia - satu misi ‘fake-out’ yang berjaya memperdaya pertahanan Iran dan mengekalkan elemen kejutan sepenuhnya.
Menurut Pentagon, ketika Operasi “Midnight Hammer” dilancarkan pada Sabtu lalu, sekumpulan pesawat pengebom B-2 dilihat berlepas dari pangkalan di Missouri menuju ke arah Guam, mencetuskan spekulasi bahawa AS sedang membuat persiapan awal di Pasifik.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut Pentagon, ketika Operasi “Midnight Hammer” dilancarkan pada Sabtu lalu, sekumpulan pesawat pengebom B-2 dilihat berlepas dari pangkalan di Missouri menuju ke arah Guam, mencetuskan spekulasi bahawa AS sedang membuat persiapan awal di Pasifik.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 9 pagi
*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/3HNmKC9
🔸Konflik Israel-Iran: Parlimen Iran lulus langkah tutup Selat Hormuz susulan serangan AS
🔸Rakyat Malaysia selamat tiba dari Iran: Pilih jalan darat lebih selamat, biarpun jarak lebih 1,000km - Duta
🔸Isteri Abang Johari meninggal dunia
#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*

Astroawani
🔸Konflik Israel-Iran: Parlimen Iran lulus langkah tutup Selat Hormuz susulan serangan AS 🔸Rakyat Malaysia selamat tiba dari Iran:…
Senarai berita pilihan terpopular sepanjang hari untuk anda!
Wakil Tetap Rusia ke PBB menyatakan bahawa Israel masih belum menjadi anggota Perjanjian Non-Proliferasi Senjata Nuklear (NPT), menjadikannya satu-satunya negara di Asia Barat yang tidak tertakluk kepada pemeriksaan penuh oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
“Israel tidak menjalani pemeriksaan menyeluruh, manakala Iran - yang menerima jumlah pemeriksaan tertinggi - terus dibom dan rakyatnya menjadi sasaran,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung.
Rusia turut mengecam pengarah agung IAEA kerana tidak pernah secara terbuka menggesa Israel menyertai NPT, dan menyifatkan sikap berdiam diri itu sebagai “berat sebelah dan mencemarkan kredibiliti sistem pemantauan antarabangsa.”
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
“Israel tidak menjalani pemeriksaan menyeluruh, manakala Iran - yang menerima jumlah pemeriksaan tertinggi - terus dibom dan rakyatnya menjadi sasaran,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung.
Rusia turut mengecam pengarah agung IAEA kerana tidak pernah secara terbuka menggesa Israel menyertai NPT, dan menyifatkan sikap berdiam diri itu sebagai “berat sebelah dan mencemarkan kredibiliti sistem pemantauan antarabangsa.”
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Wakil Kesatuan Am Pelajar Palestin - Cawangan Malaysia (GUPS) Dr Mohammed R.M. Salem berkata usaha menuntut ilmu menjadi satu bentuk pemerkasaan kepada belia Palestin, yang kebanyakannya impian mereka telah musnah akibat perang.
"Kami mencari keamanan, kemakmuran dan hak untuk hidup, bukannya keganasan atau peluasan kuasa. Inilah perbezaan antara bangsa yang mahu hidup dan maju dengan bangsa yang menindas untuk berkuasa.
Kami akan teruskan perjuangan ini hari ini, esok dan selama mana diperlukan sehingga Palestin merdeka," katanya pada forum "More Than A War, It's Genocide" di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
"Kami mencari keamanan, kemakmuran dan hak untuk hidup, bukannya keganasan atau peluasan kuasa. Inilah perbezaan antara bangsa yang mahu hidup dan maju dengan bangsa yang menindas untuk berkuasa.
Kami akan teruskan perjuangan ini hari ini, esok dan selama mana diperlukan sehingga Palestin merdeka," katanya pada forum "More Than A War, It's Genocide" di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman skrin laman web FlightRadar24 menunjukkan penerbangan komersial antarabangsa mengelak melalui ruang udara di Asia Barat.
Laluan udara ini menjadi semakin penting untuk penerbangan antara Eropah dan Asia sejak ruang udara Rusia dan Ukraine ditutup akibat perang. Banyak laluan penerbangan telah digantung sementara mulai Isnin.
Serangan peluru berpandu dan dron menjadi risiko tinggi kepada trafik penerbangan. Safe Airspace dan laman web yang dikendalikan oleh OPSGROUP memberi amaran pada Ahad bahawa serangan Amerika Syarikat ke atas tapak nuklear Iran telah meningkatkan ancaman kepada semua pihak di rantau ini.

Serangan peluru berpandu yang menggegarkan beberapa kawasan di Israel baru-baru ini dipercayai dilancarkan dari Yaman dan bukannya dari wilayah Iran, menurut laporan media dan kenyataan Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
IDF mengesahkan bahawa sistem pertahanan udara negara itu telah memintas peluru berpandu balistik yang dikesan dilancarkan dari wilayah Yaman, dipercayai oleh kumpulan Houthi yang disokong Iran.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
IDF mengesahkan bahawa sistem pertahanan udara negara itu telah memintas peluru berpandu balistik yang dikesan dilancarkan dari wilayah Yaman, dipercayai oleh kumpulan Houthi yang disokong Iran.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata perkara ini telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, baru-baru ini.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beliau berkata perkara ini telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, baru-baru ini.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tular satu video di media sosial berkenaan kecemerlangan penjaga gol Manchester United, Andre Onana, bermain selaku pemain tengah sebuah pasukan ketika perlawanan persahabatan di sebuah lokasi.
Kelincahan dan ketenangannya dipuji peminat tempatan yang hadir menyaksikan aksi tersebut, turut menjadikan Onana sebagai tumpuan utama pertembungan.
Difahamkan, ia berlaku di kampung halaman bintang Cameroon itu sebagai pemanas badan buatnya menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Red Devils.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kelincahan dan ketenangannya dipuji peminat tempatan yang hadir menyaksikan aksi tersebut, turut menjadikan Onana sebagai tumpuan utama pertembungan.
Difahamkan, ia berlaku di kampung halaman bintang Cameroon itu sebagai pemanas badan buatnya menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Red Devils.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang ibu dan anaknya dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel yang menyasarkan Hospital Farabi di wilayah Kermanshah, Iran, menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Iran.
Serangan yang berlaku pada pagi Isnin itu menyebabkan kerosakan teruk pada hospital dan bangunan berdekatan, serta mencederakan beberapa kakitangan perubatan dan pesakit, menurut laporan Al Mayadeen.
Menurut Menteri Kesihatan Iran, Dr Mohammad Reza Zafarghandi, mangsa yang terkorban termasuk seorang pakar sakit puan dan anaknya, yang berada di hospital ketika serangan berlaku.