Rakyat Malaysia yang berada di Iran dilapor telah selamat dibawa keluar dari negara tersebut, hari ini.
Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa kesemua mereka kini dalam perjalanan pulang ke tanah air dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1, malam ini.
Sumber tersebut menambah proses membawa pulang rakyat Malaysia ini telah dilaksanakan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dengan koordinasi bersama kedutaan-kedutaan terlibat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Seramai 25 penumpang berdepan detik cemas selepas bas dinaiki terbabas dan melanggar tembok jalan di Kilometer 12 arah turun dari Genting Highlands pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, pemandu bas berusia 54 tahun serta dua penumpang wanita masing-masing berusia 74 tahun dan seorang warga asing berusia 75 tahun mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati bas tersebut dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Serdang.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, pemandu bas berusia 54 tahun serta dua penumpang wanita masing-masing berusia 74 tahun dan seorang warga asing berusia 75 tahun mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati bas tersebut dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Serdang.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kumpulan muzik instrumental tempatan, Naungan, memukau penonton di Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025 dengan persembahan yang menyatukan elemen tradisional dan moden dalam satu pengalaman muzik yang unik dan menyentuh jiwa.
Terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, Naungan menggabungkan muzik dari kaum Cina, Melayu serta India.
Naungan yang ahlinya terdiri daripada Yi Mann (gu zheng), Alex Rocksta’ (ruan), Hao Zie (flute), Vick Ramakrishnan (tabla), Dr Pravin (sitar) dan Asri (rebana) menyampaikan karya asli mereka ‘Dancing with the shadows’ serta ‘Reboot’ di pentas RWMF 2025.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, Naungan menggabungkan muzik dari kaum Cina, Melayu serta India.
Naungan yang ahlinya terdiri daripada Yi Mann (gu zheng), Alex Rocksta’ (ruan), Hao Zie (flute), Vick Ramakrishnan (tabla), Dr Pravin (sitar) dan Asri (rebana) menyampaikan karya asli mereka ‘Dancing with the shadows’ serta ‘Reboot’ di pentas RWMF 2025.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, melahirkan kebimbangan mendalam terhadap tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas Iran.
Beliau menyifatkannya sebagai satu eskalasi berbahaya yang boleh mencetuskan krisis global.
Dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial, Guterres memberi amaran bahawa serangan itu bukan sahaja meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat yang sedia bergolak, malah merupakan ancaman langsung terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beliau menyifatkannya sebagai satu eskalasi berbahaya yang boleh mencetuskan krisis global.
Dalam kenyataan yang disiarkan di media sosial, Guterres memberi amaran bahawa serangan itu bukan sahaja meningkatkan ketegangan di rantau Asia Barat yang sedia bergolak, malah merupakan ancaman langsung terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memuji tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang melancarkan serangan ke atas fasiliti nuklear Iran, menyifatkannya sebagai keputusan berani yang akan “mengubah sejarah”.
#AWANInews
#AWANInews
Amerika Syarikat (AS) menggugurkan enam bom "bunker buster" ke atas kemudahan nuklear Fordo dan melancarkan puluhan serangan peluru berpandu krus dari kapal selam ke atas dua tapak lain dalam serangan menyasarkan program nuklear Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Fox News.
Menurut laporan itu, Presiden AS Donald Trump memperincikan serangan berkenaan kepada hos TV Sean Hannity, dengan berkata setiap bom bunker buster seberat 15 tan digugurkan dari pesawat pengebom "stealth" B-2 Amerika.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut laporan itu, Presiden AS Donald Trump memperincikan serangan berkenaan kepada hos TV Sean Hannity, dengan berkata setiap bom bunker buster seberat 15 tan digugurkan dari pesawat pengebom "stealth" B-2 Amerika.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Donald Trump memberi amaran kepada Iran agar tidak melakukan sebarang 'tindakan balas' selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga lokasi utama nuklear negara itu.
Dalam kemas kini di platform Truth Social, Presiden AS itu berkata, sebarang tindakan balas oleh Iran terhadap AS akan dibalas dengan kekuatan yang jauh lebih dahsyat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dalam kemas kini di platform Truth Social, Presiden AS itu berkata, sebarang tindakan balas oleh Iran terhadap AS akan dibalas dengan kekuatan yang jauh lebih dahsyat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Luar mengesahkan seramai 24 individu termasuk 17 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa keluar dari Iran susulan konflik yang semakin meruncing di negara itu.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, kesemua mereka berjaya memasuki pintu sempadan ke Turkmenistan pada malam Sabtu.
Jelas beliau, 17 rakyat Malaysia yang akan tiba di tanah air termasuk sembilan kakitangan kedutaan bersama keluarga mereka.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, kesemua mereka berjaya memasuki pintu sempadan ke Turkmenistan pada malam Sabtu.
Jelas beliau, 17 rakyat Malaysia yang akan tiba di tanah air termasuk sembilan kakitangan kedutaan bersama keluarga mereka.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang guru yang disyaki memukul kanak-kanak lima tahun ketika latihan bola jaring direman selama tiga hari hingga 24 Jun bagi membantu siasatan.
Permohonan reman ke atas wanita berusia 24 tahun itu dibuat di Kompleks Mahkamah Sungai Petani dan selesai kira-kira jam 10 pagi Ahad.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Permohonan reman ke atas wanita berusia 24 tahun itu dibuat di Kompleks Mahkamah Sungai Petani dan selesai kira-kira jam 10 pagi Ahad.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
MARESMAF Wind Orkestra (MAWO) dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul Albab Felda Trolak berjaya merangkul Anugerah Emas Golden Diploma Award di Festival Antarabangsa Orkestra Tiupan 2025 di Prague, Republik Czech.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, berkata pencapaian itu suatu kebanggaan buat keluarga besar Felda dan seluruh rakyat Malaysia.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, berkata pencapaian itu suatu kebanggaan buat keluarga besar Felda dan seluruh rakyat Malaysia.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, beliau terkejut dengan penerbitan info grafik yang dimuat naik baru-baru ini.
"Saya memang agak terkejut dengan penerbitan satu infografik yang tidak betul, sangat tidak betul. Ini kerana saya tidak pernah lihat beliau dalam mana mana acara, mesyuarat, konvensyen atau kongres parti. Itu satu fitnah bagi saya sangat buruk," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
"Saya memang agak terkejut dengan penerbitan satu infografik yang tidak betul, sangat tidak betul. Ini kerana saya tidak pernah lihat beliau dalam mana mana acara, mesyuarat, konvensyen atau kongres parti. Itu satu fitnah bagi saya sangat buruk," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kata kunci “World War III” kini menjadi trending di pelbagai platform media sosial selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas tiga tapak nuklear utama Iran, mencetuskan kebimbangan global terhadap kemungkinan tercetusnya perang dunia baharu.
Serangan yang disasarkan ke atas fasiliti Fordow, Natanz dan Isfahan itu dilancarkan oleh tentera AS menggunakan peluru berpandu dari kapal selam dan pesawat pengebom strategik.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Serangan yang disasarkan ke atas fasiliti Fordow, Natanz dan Isfahan itu dilancarkan oleh tentera AS menggunakan peluru berpandu dari kapal selam dan pesawat pengebom strategik.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri.
Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira dua jam di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
"Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut mempersembahkan perkembangan serta pelbagai isu semasa," menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira dua jam di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
"Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut mempersembahkan perkembangan serta pelbagai isu semasa," menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🎉 RWMF 2025 bakal melabuhkan tirainya, tapi jiwa, semangat dan inspirasi yang dikutip pasti kekal selamanya. 🎶🌿
Edisi ke-28 ini membuktikan bahawa RWMF bukan sekadar pentas persembahan, tetapi ruang pertemuan pelbagai budaya, perkongsian ilmu dan pentas membawa mesej keamanaan, kemanusiaan serta keharmonian sejagat.
Jumpa lagi tahun depan dengan semangat yang lebih besar! 🙌
@sarawaktravel
@rwmf.official
#RWMF2025 #RainforestWorldMusicFestival #RWMF #AWANInews

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah menyeru agar anak-anak Kedah yang telah berjaya tampil menyumbang kembali kepada negeri ini.
Baginda bertitah sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk zakat, sedekah, wakaf, pelaburan, tenaga kepakaran mahupun inisiatif sosial demi kemajuan Kedah.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Baginda bertitah sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk zakat, sedekah, wakaf, pelaburan, tenaga kepakaran mahupun inisiatif sosial demi kemajuan Kedah.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Astro menganjurkan Astro Open Day dengan kerjasama RichWorks Academy Sdn Bhd bagi membantu para usahawan tempatan membina asas kukuh untuk pertumbuhan perniagaan.
Menurut satu kenyataan media, sebagai peneraju kandungan dan hiburan, Astro membuka peluang kepada lebih 300 peserta program Ai Branding Marketing Growth (AiBMG) untuk merasai sendiri pengalaman ekosistem media merangkumi television, radio, digital dan pelbagai aktiviti lain.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut satu kenyataan media, sebagai peneraju kandungan dan hiburan, Astro membuka peluang kepada lebih 300 peserta program Ai Branding Marketing Growth (AiBMG) untuk merasai sendiri pengalaman ekosistem media merangkumi television, radio, digital dan pelbagai aktiviti lain.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, pada Ahad atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun pada 12 Jun lepas.
Che Asmizan Che Jaafar, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kontena kosong berhampiran Stesen Bas Lembah Sireh, pada 8 pagi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Che Asmizan Che Jaafar, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kontena kosong berhampiran Stesen Bas Lembah Sireh, pada 8 pagi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis menahan seorang wanita warga emas kerana memandu kereta di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) di Nibong Tebal, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di Kilometer 8.6 JSAHMS dari Batu Kawan menghala Batu Maung, kira-kira 1.30 petang, Jumaat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di Kilometer 8.6 JSAHMS dari Batu Kawan menghala Batu Maung, kira-kira 1.30 petang, Jumaat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Penganjur Rainforest World Music Festival (RWMF), Sarawak Tourism Board (STB), sentiasa komited mengangkat agenda kelestarian dalam menjayakan kesemua program yang dianjurkannya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor, inisiatif ini bukan direncana semata-mata di atas kertas malah telah direalisasikan dalam pelbagai program anjuran STB termasuk RWMF.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor, inisiatif ini bukan direncana semata-mata di atas kertas malah telah direalisasikan dalam pelbagai program anjuran STB termasuk RWMF.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kematian melibatkan jemaah dari Johor iaitu Siti Meriam Shahbudin, 79, yang menghembuskan nafas terakhir di Hotel Mubarak, Makkah pagi tadi akibat serangan jantung.