Telegram Web Link
Sebanyak 135 peserta dari negara anggota ASEAN dan Timor Leste menghadiri Perbincangan Meja Bulat: Kesihatan Mental Belia ASEAN 2025 di Kota Kinabalu, yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata forum itu menghimpumkan peserta daripada pelbagai latar belakang, termasuk pakar kesihatan mental, agamawan, pembuat dasar, pegawai kerajaan, wakil masyarakat sivil, dan belia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hari ini 54 tahun yang lalu, tiga angkasawan Soviet terkorban dalam nahas Soyuz 11 ketika perjalanan pulang ke Bumi.

Pada 6 Jun 1971, Georgi Dobrovolsky, Vladislav Volkov dan Viktor Patsayev berlepas ke angkasa menaiki kapal angkasa Soyuz 11 menuju ke Salyut 1, stesen angkasa pertama dunia milik Soviet yang mula mengorbit Bumi pada April tahun tersebut.

Soyuz 11 selamat berlabuh di Salyut 1 dan tiga kosmonaut itu meluangkan 23 hari di situ, menjalankan pelbagai kajian malah membuat siaran lintas langsung di televisyen. Patsayev juga menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-38 di dalam stesen angkasa itu.

Pada 30 Jun, bersama pelbagai spesimen saintifik, rakaman filem dan kelengkapan lain, kru Soyuz 11 berlepas meninggalkan Salyut 1. Tiga jam kemudian, selepas semua misi utama mereka terlaksana, enjin dihidupkan untuk perjalanan memasuki ruang udara Bumi.

39 minit sebelum pendaratan pada ketinggian kira-kira 160 km dari paras laut, letupan dilepaskan seperti dijadual untuk memisahkan modul pengorbit dengan modul instrumen Soyuz 11 yang berbentuk kapsul. Ketika inilah berlakunya kecelakaan.

Tekanan dalam kapsul tiba-tiba merosot mendadak. Dobrovolski dan Volkov cuba mencari punca kebocoran, namun masa tidak menyebelahi mereka. Hanya dalam 110 saat, ketiga-tiga mereka menemui ajal.

Apabila mendarat, kapsul dilihat dalam keadaan baik. Namun apabila pasukan penyelamat tiba dan membuka pintu kapsul, didapati ketiga-tiga kru kaku dengan tompokan biru gelap pada wajah dan darah meleleh dari hidung dan telinga mereka.

Siasatan lanjut mengesahkan bahawa punca kematian adalah pendarahan dalaman akibat salur darah pecah, disebabkan tekanan rendah dalam ruang kabin ekoran injap rosak yang terbuka ketika prosedur pemisahan modul.

Susulan insiden itu, pesawat Soyuz seterusnya dilengkapkan dengan injap yang lebih kuat dan lebih mudah dibaiki, serta semua kru diwajibkan memakai sut tekanan ketika prosedur pelepasan dan pendaratan.

Tragedi Soyuz 11 itu menjadi kes kematian di angkasa yang pertama, dan yang terakhir sehingga hari ini.

Sumber: History, Discover Magazine
Gambar: X/@commanderMLA.

#PeristiwaHariIni
Parlimen Iran telah meluluskan undang-undang untuk mengharamkan penggunaan Starlink, perkhidmatan Internet satelit yang dikendalikan oleh SpaceX milik Elon Musk, menurut laporan agensi berita Jerman dpa yang memetik ISNA pada Ahad.

Di bawah undang-undang itu, pelanggaran boleh dihukum dengan denda, sebatan atau penjara sehingga dua tahun.

Tidak jelas sejauh mana penggunaan Starlink di Iran. Namun, kos perkhidmatan itu berkemungkinan di luar kemampuan kebanyakan isi rumah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mencampuri urusan kehakiman negara sebaliknya sentiasa menghormati proses, kedudukan dan kebebasan institusi berkenaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, isu pelantikan atau penyambungan tempoh perkhidmatan penjawat awam termasuk hakim seharusnya tidak dijadikan bahan politik atau dinilai berdasarkan sentimen kelompok tertentu.

“Mana-mana penjawat awam atau hakim, apabila sampai tempoh persaraan, ada prosedurnya.

“Dalam keadaan ini saya ditegur. Malah ada satu kempen mesti sambung, jangan sambung. Ini mana boleh jadi? Institusi yang sepatutnya memiliki integriti dan bebas sudah dipolitikkan,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Mesir sedang giat mempromosikan cadangan gencatan senjata selama 60 hari di Semenanjung Gaza sebagai langkah awal ke arah penyelesaian jangka panjang konflik antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, pada Ahad.

Dalam wawancara bersama televisyen tempatan, Abdelatty menegaskan bahawa Mesir sedang berusaha mendapatkan persetujuan semua pihak terlibat, sambil memberi amaran bahawa sebarang serangan baharu oleh Israel selepas perjanjian dicapai akan mencetuskan ketidakstabilan serantau.

“Kami tidak boleh membenarkan keganasan berterusan menjadi norma. Jika Israel menyambung semula serangan selepas perjanjian, ia akan menjadi punca utama ketegangan di rantau ini,” katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan bersikap terbuka terhadap kritikan berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), namun menuntut agar pandangan diberikan secara berfakta dan bertanggungjawab.

Menurutnya, keputusan memperluaskan skop SST dibuat dengan teliti agar tidak membebankan majoriti rakyat.

“Ada yang dakwa SST menyebabkan kadar elektrik naik, termasuk keluhan beberapa mahasiswa. Saya tidak pasti sama ada mereka benar-benar terkesan. Jika universiti mengenakan caj elektrik kepada pelajar, perkara itu perlu diteliti semula kerana setahu saya, universiti awam dikecualikan," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pemandu bot yang terlibat dalam insiden bot terbalik di Pulau Perhentian hingga mengorbankan nyawa tiga pelancong termasuk dua kanak-kanak direman selama tiga hari.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Setiu bermula Isnin hingga Rabu terhadap pemuda berusia 22 tahun itu.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dilaksanakan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Tan Sri Hamidin Mohd Amin sah diangkat selaku Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas diumumkan dalam Kongres Luar Biasa (EGM), pada Isnin.

Pelantikan Hamidin sebagai Presiden Kehormat FAM adalah berdasarkan kredibiliti, pengalaman serta sumbangan besar beliau terhadap pembangunan bola sepak tanah air dan antarabangsa selama lebih 30 tahun.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan pengaruhnya di peringkat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sepanyol mencatatkan suhu tertinggi dalam sejarah bulan Jun apabila bandar kecil El Granado di wilayah Huelva merekodkan 46 darjah Celsius pada Sabtu, menurut Agensi Meteorologi Kebangsaan Sepanyol (AEMET).

Rekod baharu ini memecahkan catatan terdahulu iaitu 45.2°C yang direkodkan di Seville pada tahun 1965.

Lebih 100 stesen cuaca di seluruh negara turut melaporkan suhu melebihi 40°C sepanjang hujung minggu, menjadikan gelombang haba ini antara yang paling meluas dan ekstrem dalam sejarah negara itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
We always hear: “Iran could launch a nuclear missile any day now.”

Sounds urgent. But headlines don’t always match hard science.

The missile may be ready, but is the warhead even real?

Let’s hear #WhatTheyDontSayWithAmirul

#AWANIinternational

https://vt.tiktok.com/ZSBe164FC/
If Hormuz closes… who panics first?

A narrow strait. Massive stakes. 20M barrels of oil flow daily through Hormuz. China, Europe, or the U.S. — who crumbles first if it shuts?

This isn’t just a map — it’s global power in motion.

#USChinaUnwrappedWithNina
#AWANIinternational

https://vt.tiktok.com/ZSBRBE15h/
As tensions spike in the Middle East, global trade is rerouting... and your pantry’s paying the price. Like it or not, you’re in range of a global warzone.

#BeyondTheLabelWithFaye #AWANIinternational #WorldWar3 #GenZ

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7521621327061519624
Bakal mengadakan Konsert Empat Live In Kuala Lumpur pada Oktober, penyanyi Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel bakal menghadiahkan lagu baharu buat peminat.

Menjanjikan memori indah sepanjang konsert yang kali pertama menggabungkan mereka, Anuar berkata single yang mendapat sentuhan Edry Abdul Halim itu akan dilancarkan Ogos.

"Edry adalah penulis lagu dan pengarah muzik bijak. Saya pernah bekerja dengannya untuk rakaman lagu Sedetik Lebih. Tidak dapat disangkal dia penyusun muzik terbaik. Ketika berjumpa Edry, Rabu lalu, dia beri kami dua pilihan lagu. Kami tertarik dengan salah satu daripada lagu ciptaannya yang 'menangkap' jiwa," kata Anuar.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kini hanya 5 minit diperlukan untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura.

Itu antara kelebihan utama yang bakal dinikmati melalui projek Rangkaian Transit Sistem Link (RTS Link), sistem rel rentas sempadan sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru, Malaysia dan Woodlands North di Singapura.

Lebih daripada sekadar projek infrastruktur, RTS Link, yang meliputi jarak 4 kilometer (km) itu, dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang kepada kesesakan di Tambak Johor, sambil memperkukuh hubungan ekonomi dan sosial antara dua negara jiran.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus akan memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman berkuat kuasa Selasa.

Ini susulan pertukaran Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bermula pada tarikh sama.

Majlis serah terima tugas yang diadakan di Dewan Theatrette, Bukit Aman itu disaksikan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.

Menurut PNB dalam kenyataan hari ini, pengagihan pendapatan itu adalah bersamaan dengan 5.25 sen seunit kepada 338,320 pemegang unit yang kini memiliki sebanyak 8.12 bilion unit.

"Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik ini menyumbang kepada jumlah pulangan sebanyak 5.25 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank sebanyak 2.51 peratus, dengan kelebihan 274 mata asas," katanya.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/asb-3-didik-isytihar-agihan-pendapatan-525-sen-seunit-527344
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, kerajaan negeri juga menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada proses undang-undang.

“Kita menghormati undang-undang, dan kita akan membiarkan proses undang-undang berjalan seperti sepatutnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rasuah-lesen-cari-gali-kerajaan-sabah-tidak-akan-campur-tangan-serah-kepada-proses-undangundang-527364
Saluran penyiaran Britain, Channel 4 akan menayangkan sebuah dokumentari mengenai pengalaman petugas perubatan di Gaza selepas BBC menarik diri daripada menyiarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dokumentari bertajuk "Gaza: Doctors Under Attack" itu pada asalnya ditugaskan oleh BBC lebih setahun lalu kepada syarikat penerbitan bebas, Basement Films.

BBC kemudiannya memutuskan untuk tidak menyiarkannya atas alasan dokumentari itu boleh mencetuskan "tanggapan berat sebelah yang tidak selari dengan piawaian tinggi yang sewajarnya dijangkakan oleh orang ramai."

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/bbc-tolak-dokumentari-gaza-channel-4-ambil-alih-siaran-527314
Israel menghantar mesej berunsur ugutan kepada beberapa pegawai kanan politik, ketenteraan dan keselamatan Iran pada hari pertama serangan terhadap negara itu, kata penasihat tertinggi kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara pada Ahad, Ali Larijani berkata matlamat Israel bukan sekadar menyasarkan struktur politik dan ketenteraan, tetapi juga secara langsung mengugut kepimpinan Iran bagi melemahkan struktur negara secara pantas.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/israel-ugut-kepimpinan-iran-pada-hari-pertama-serangan-penasihat-tertinggi-527347
2025/07/05 20:21:58
Back to Top
HTML Embed Code: