Telegram Web Link
Dari perkongsian yang penuh inspirasi… ke sesi pitching “Dream Business” dan “Pentas Jual”, hingga ke jaringan SME rentas sempadan!

JIWA SME Ipoh 2025 hari kedua penuh dengan:
Perkongsian bersama MATRADE & ODELA
Sesi “Dream Business” oleh Unifi Business (@unifi)
Tips pembiayaan dari pitchIN
Pitching Session bersama juri Unifi Business, Astro AWANI dan pitchIN
Persembahan istimewa dari ALYPH, Ismail Izzani, Killa Driz dan Thamiera (Universal Music)

Terima kasih kepada semua usahawan yang hadir, berkongsi semangat dan impian perniagaan anda!

Ada peluang jumpa lagi, pengunjung dari Ipoh! Terima kasih kerana sapot usahawan tempatan!

#JiwaSME #jiwasmeipoh #JiwaSME2025
Dari perkongsian yang penuh inspirasi… ke sesi pitching “Dream Business” dan “Pentas Jual”, hingga ke jaringan SME rentas sempadan!

JIWA SME Ipoh 2025 hari kedua penuh dengan:
Perkongsian bersama MATRADE & ODELA
Sesi “Dream Business” oleh Unifi Business (@unifi)
Tips pembiayaan dari pitchIN
Pitching Session bersama juri Unifi Business, Astro AWANI dan pitchIN
Persembahan istimewa dari ALYPH, Ismail Izzani, Killa Driz dan Thamiera (Universal Music)

Terima kasih kepada semua usahawan yang hadir, berkongsi semangat dan impian perniagaan anda!

Ada peluang jumpa lagi, pengunjung dari Ipoh! Terima kasih kerana sapot usahawan tempatan!

#JiwaSME #jiwasmeipoh #JiwaSME2025
Seorang lelaki warga emas bersama kekasihnya diberkas pada Jumaat disyaki terlibat dalam kes rogol melibatkan remaja perempuan di sebuah rumah di Pandan Indah di Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berumur 13 tahun itu merupakan anak kepada wanita yang juga kekasih lelaki itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ribuan peminat membanjiri pusat bandar Seoul pada Sabtu bagi meraikan tayangan musim terakhir siri popular Netflix, Squid Game, yang telah menjadi fenomena global dan simbol kekuatan budaya Korea Selatan.

Perarakan yang berlangsung di sekitar Istana Gyeongbokgung dan Dataran Seoul itu menampilkan peserta berpakaian seragam merah jambu ikonik seperti dalam siri tersebut, lengkap dengan topeng misteri, lapor CNA.

Mereka turut membawa patung bersaiz besar watak “Young-hee”, anak patung animatronik yang terkenal dalam salah satu permainan maut siri itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, susulan tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut, malam Sabtu yang meragut tiga nyawa, termasuk dua kanak-kanak.

Waris mangsa yang menanti proses bedah siasat bagi urusan membawa pulang mayat ke kampung halaman masing-masing kelihatan bersedih dan enggan ditemu bual kerana masih diselubungi trauma.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang jemaah lelaki meninggal dunia ketika menunaikan solat dhuha di Masjid Jamek Sungai Puyu di Butterworth, pada pagi Sabtu.

Zulkifli Ahmad, 50, yang juga ahli Persatuan Veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pulau Pinang dilaporkan tidak sedarkan diri ketika dalam keadaan bersujud.

Difahamkan, arwah yang menetap di Telok Air Tawar, Butterworth telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Batu Kurau, Perak untuk dikebumikan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kesedihan di bumi Gaza masih berlarutan.

Video menunjukkan mangsa-mangsa yang cedera dan terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak dibawa ke Hospital Al-Ahli Baptist di Bandar Gaza pada Ahad (29 Jun) susulan serangan Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di bandar tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, setakat ini serangan tentera rejim Israel telah mengorbankan lebih daripada 56,000 rakyat Palestin, sekaligus menyebabkan daerah Gaza menghadapi krisis kemanusiaan yang teruk dan sebahagian besar kawasannya telah runtuh dan hancur.

#AWANInews
Keluarga kepada Allahyarham Nurly Sahirah Azman berharap agar individu yang mengambil tanah pusara anak mereka tampil memohon maaf serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

Bapanya, Azman Mohamad, 63, berkata, tindakan mengambil tanah dari kawasan kubur untuk tujuan tertentu boleh dianggap sebagai perbuatan khurafat dan syirik yang merupakan dosa besar dalam Islam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempertimbangkan hasrat kerajaan Johor untuk membangunkan tanah seliaan kementerian itu di Kempas bagi pembinaan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya telah menerima cadangan berhubung perkara itu sekali gus menjelaskan ia akan dipertimbangkan sewajarnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan Indonesia telah mengambil langkah untuk mengurangkan potensi gangguan penerbangan akibat konflik yang semakin memuncak di Asia Barat dengan berkoordinasi bersama pihak berkepentingan industri penerbangan termasuk syarikat penerbangan dan pengawal trafik udara, lapor agensi berita ANTARA.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan, Lukman Laisa berkata kementerian itu terus memantau secara rapat situasi di Asia Barat bagi mengelakkan sebarang kesan terhadap operasi penerbangan Indonesia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sekurang-kurangnya 34 orang maut, empat dilaporkan hilang dan 74 cedera berikutan hujan monsun dalam tempoh sembilan hari lepas di negeri Himachal Pradesh, utara India, lapor Xinhua memetik pegawai pada Ahad.

Menurut laporan Pusat Operasi Kecemasan Negeri, jumlah kerosakan terhadap infrastruktur dalam tempoh berkenaan dianggarkan bernilai AS$8.32 juta.

Pihak berkuasa pengurusan bencana turut mengesahkan kerosakan terhadap rumah, tempat perlindungan ternakan, bangunan kerajaan, jalan raya, bekalan air dan talian elektrik di negeri itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan supaya tidak memuat naik kandungan tidak wajar di media sosial termasuk berkaitan aset keselamatan bagi mengelakkan pihak yang mempunyai niat tidak baik mengetahui kekuatan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau percaya panglima-panglima ATM juga akan memaklumkan dan memberikan arahan kepada seluruh anggota mereka supaya berhati-hati dalam perkongsian di media sosial bagi memastikan keselamatan negara tidak terjejas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Syria pada Ahad menafikan laporan media yang mendakwa berlaku cubaan membunuh Presiden Ahmad al-Sharaa semasa lawatannya ke wilayah selatan Daraa, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

"Tiada kebenaran dalam laporan media yang tersebar mendakwa tentera Syria dan perisikan Turki telah menggagalkan cubaan membunuh Presiden Sharaa semasa lawatannya ke Daraa," kata sumber kementerian kepada agensi berita rasmi SANA.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kehadiran lebih tiga dekad UMNO di Sabah membuktikan parti itu bukan lagi boleh dilabel sebagai 'parti luar' atau 'parti Malaya' sebaliknya sudah menjadi sebahagian daripada landskap politik Negeri Di Bawah Bayu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hanyalah gabungan parti Malaya adalah tidak tepat kerana kedua-dua gabungan turut mempunyai parti tempatan dalam komponen masing-masing.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2025/07/05 15:13:11
Back to Top
HTML Embed Code: