Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan pemilik akaun TikTok membayar RM100,000 kepada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kenyataan fitnah, mendakwa isteri bekas Perdana Menteri terbabit mengamalkan ilmu hitam, dua tahun lalu.
Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah, 74, kerana Ku Muhammad Hilmie Ku Din, 35, gagal memasukkan memorandum kehadiran untuk menjawab saman berkenaan pada tarikh ditetapkan.
Semasa membaca keputusan dalam prosiding taksiran ganti rugi yang dibuat secara dalam talian Zoom, hakim ini berkata, plaintif berjaya membuktikan kelayakannya untuk menerima ganti rugi akibat fitnah itu.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/fitnah-rosmah-amal-ilmu-hitam-pemilik-akaun-tiktok-diperintah-bayar-rm100000-528406

π₯22π10β€6π2π1
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan, proses pelantikan hakim di peringkat atasan dilakukan mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.
Penegasan itu dikeluarkan AGC susulan gesaan beberapa Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta campur tangan dalam institusi kehakiman.
Menurut kenyataan AGC pada Selasa, pihaknya mengakui kepentingan keyakinan rakyat terhadap proses pemilihan kehakiman namun menekankan bahawa segala pelantikan termasuk jawatan tertinggi seperti Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lantikan-hakim-patuhi-perlembagaan-desakan-tubuh-rci-dianggap-spekulatif-jabatan-peguam-negara-528407

π35π₯8β€5π3π2
Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan tumpuan baharunya dalam membina jaringan perusahaan sosial melalui platform Ayuh Malaysia, susulan peletakan jawatannya daripada Kabinet selain kegagalannya mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, bekas Menteri Ekonomi itu menjelaskan, perjuangannya dalam politik bermula sebagai aktivis yang memperjuangkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan meritokrasi dalam masyarakat.
Beliau menegaskan, perubahan tidak semestinya datang hanya dari pentas politik, tetapi juga perlu digerakkan dari akar umbi.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ayuh-malaysia-jadi-platform-baharu-rafizi-bina-jaringan-rakyat-528416

π51π13β€10π₯4π2
Hari ini 78 tahun yang lalu, Roswell Army Air Field (RAAF) mengeluarkan kenyataan akhbar tentang penemuan βpiring terbangβ di Roswell.
Roswell adalah sebuah bandar biasa di tenggara New Mexico, Amerika Syarikat yang dipacu oleh industri perladangan & penternakan. Namun segala-galanya berubah sejak lewat Jun/awal Julai 1947.
Seorang peladang bernama Mac Brazel menemukan serpihan aneh di ladangnya, terdiri daripada objek seperti kerajang timah, jalur getah & kertas tebal. Lalu dibawa sebahagian daripadanya kepada pegawai keselamatan setempat, Sheriff George Wilcox.
Sheriff George, yang mengaitkannya dengan cerita-cerita penampakan 'piring terbang' yang tular sekitar negara, membawa kes itu ke perhatian pihak yang lebih berkuasa dengan menghubungi pegawai di pangkalan tentera RAAF berdekatan.
Beberapa orang pegawai dan anggota RAAF digegaskan ke lokasi tersebut yang terletak kira-kira 50km dari Roswell untuk membuat pemeriksaan & kemudian membawa pulang segala serpihan yang ditemukan ke pangkalan.
Keesokan harinya, kenyataan akhbar dikeluarkan RAAF memaklumkan penemuan βpiring terbangβ oleh 509th Operations Group di Roswell. Namun esoknya, mereka menjelaskan bahawa βpiring terbangβ yang disangkakan itu sebenarnya serpihan belon cuaca.
Bagaimanapun, khalayak percaya ia bukan objek ciptaan manusia berdasarkan gambar pada laporan akhbar. Maka bermulalah pelbagai teori konspirasi & Roswell bertukar menjadi medan tumpuan para peminat makhluk asing & piring terbang.
Selama beberapa dekad cerita konspirasi terus berlegar, hingga Kongress AS mengarahkan satu inkuiri & penyiasatan dalaman dijalankan. Laporan dikeluarkan pada 1994 merumuskan bahawa serpihan ditemukan itu adalah daripada Projek Mogul.
Projek Mogul adalah misi sulit Tentera Udara AS menggunakan belon altitud tinggi dan mikrofon untuk mengesan sebarang ujian bom atom Soviet ketika Perang Dingin dahulu, maka menafikan segala kaitannya dengan objek dari angkasa lepas.
Begitupun, laporan rasmi pihak berkuasa yang meragukan ditambah dengan dapatan kajian bebas para alienis terus menghidupkan teori bahawa makhluk asing pernah singgah di Roswell.
Sumber: History
#PeristiwaHariIni

π₯6π3β€1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kami di Astro berusaha untuk memberikan kualiti kandungan yang terbaik untuk anda!
Hati-hati apabila menggunakann perisian atau kandungan percuma.
Tidak semuanya selamat untuk anda. π

π19β€3
Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba pada Selasa menyifatkan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas Jepun sebagai "amat dukacita," namun menegaskan, rundingan dua hala akan diteruskan ke arah mencapai perjanjian yang saling menguntungkan, lapor Agensi Berita Kyodo.
Walaupun langkah itu telah dimaklumkan kepada Jepun menerusi sepucuk surat rasmi, Ishiba berkata, kadar tarif itu adalah lebih rendah daripada ancaman awal Trump dan ini membuka ruang kepada rundingan dua hala yang lebih konstruktif.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pm-jepun-sifatkan-keputusan-tarif-trump-sebagai-amat-dukacita-528435

β€13π₯8π6π1
Penyanyi Dayang Nurfaizah memilih untuk membiarkan semua pihak terus berteka-teki berhubung dakwaan bahawa beliau sudah mengikat tali pertunangan dan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Dayang atau nama sebenarnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 44, turut menafikan wujud sebarang tarikh istimewa yang telah ditetapkan berkaitan majlis perkahwinan seperti yang didakwa.
Sebaliknya, bagi Dayang, tarikh yang benar-benar bermakna buatnya ketika ini hanyalah dua persembahan eksklusif menerusi Janji With Dayang yang bakal diadakan di Pulau Pinang pada 23 Ogos dan di Menara Kuala Lumpur pada 27 September. #AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/dakwa-sudah-bertunang-dayang-nurfaizah-pilih-kunci-mulut-528431

β€19π2π₯2
Dua jurulatih dari Malaysia telah disahkan menyertai kelab bola sepak Persis Solo sebagai langkah strategik untuk memperkukuh barisan kejurulatihan kelab Liga 1 Indonesia menjelang musim 2025/2026.
Mohamad Zulhazman Zulazwar dilantik sebagai penolong jurulatih manakala Khairulanwar Md Isa sebagai jurulatih kecergasan, susulan pelantikan Peter de Roo sebagai ketua jurulatih pada 27 Jun lepas.
Kedua-dua jurulatih akan memulakan tugas dalam masa terdekat untuk persiapan pramusim kelab berpusat di Solo atau juga dikenali sebagai Surakarta yang terletak di Jawa Tengah.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/2-jurulatih-malaysia-perkukuh-barisan-kejurulatihan-persis-solo-musim-20252026-528432

β€10π3
Bekas pekerja industri perhotelan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 memilih untuk bangkit dengan membuka sebuah restoran mesra komuniti yang kini mendapat sambutan hangat di Subang Jaya.
District SS15 mula beroperasi kira-kira tujuh bulan lalu hasil usaha Thinneassh, yang mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam bidang hospitaliti sebelum diberhentikan kerja semasa pandemik.
βSaya dalam industri hotel hampir 12 tahun. Bila COVID-19 melanda, saya diberhentikan kerja. Dari situ saya mula rancang dan buka tempat ini,β katanya.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/astrobiz-bekas-pekerja-hotel-buka-district-ss15-kini-jadi-tumpuan-komuniti-setempat-528457

π8β€6
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima secara terbuka serta meraikan pendapat semua pihak termasuk kumpulan backbenchers termasuk berkaitan isu pelantikan Ketua Hakim Negara.
Susulan cadangan sekumpulan Ahli Parlimen kanan PKR meminta satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara, ahli biro politik PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, parti itu sentiasa menghargai pandangan dilontarkan.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/lantikan-ketua-hakim-negara-cadangan-rafizi-diterima-secara-terbuka-oleh-pkr-saifuddin-528447

π19π12π₯7β€2π2
The U.S just dropped new tariffs but the real drama? Itβs all about power moves, money control, and who gets to call the shots globally.
So, whatβs the deal with BRICS?
The U.S is lowkey feeling the heat, it is because BRICS isnβt just getting bigger, itβs flipping the script on how the world works.
#WhatsUpUSChinaWithFarhan
#AWANIinternational
https://youtube.com/shorts/fD3j-kRQPWY

YouTube
US Tariffs vs BRICS Rise | Whoβs Really Calling the Shots Globally?
The U.S just dropped new tariffs but the real drama? Itβs all about power moves, money control, and who gets to call the shots globally.So, whatβs the deal w...
β€7π5
Empat individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Selasa atas pertuduhan mencuri mesin penapis air jenama Coway di dua masjid berasingan di Mantin dan Lenggeng pada 30 Jun dan 1 Julai lalu.
Tertuduh, Mohd Akiq Faiqal Idris, 29; Muhammad Danial Darishan Muhamad Ruduan, 19; Muhammad Syaiful Muhamad, 29; dan Muhammad Zulfikri Sulaiman, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di dua kamar berasingan di hadapan Majistret Saiful Sayoti dan Nurul Saqinah Rosli.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/empat-lelaki-dipenjara-curi-mesin-penapis-air-di-masjid-528446

π17β€2π₯2π2
Persekutuan bola sepak Azerbaijan dan Uzbekistan telah mengemukakan bidaan untuk menjadi penganjur bersama Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) FIFA 2027, lapor Agensi Berita Azerbaijan (Azertac).
Menurut Persatuan Persekutuan Bola Sepak Azerbaijan (AFFA), FIFA telah mula menilai bidaan untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA 2027.
Dengan mengambil kira faktor termasuk pembaharuan aktif dalam bola sepak dan infrastruktur yang maju, persekutuan bola sepak Azerbaijan dan Uzbekistan bergabung tenaga untuk mengemukakan bidaan bersama dan menyatakan kesediaan penuh mereka untuk menganjurkan kejohanan berprestij itu pada tahap yang tinggi.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/azerbaijan-uzbekistan-bida-anjur-bersama-piala-dunia-b20-fifa-2027-528443

π9β€1
Data dan statistik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dianalisis semula menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) membuktikan kebanyakan kes jenayah di negara ini berpunca daripada isu dadah.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kebanyakan kes jenayah dilakukan oleh penjenayah yang terlibat dalam tiga kesalahan utama Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tambah beliau lagi, selepas isu dadah berjaya ditangani, masalah kesesakan dalam penjara ketika ini turut dapat diatasi.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/nak-selesai-jenayah-di-malaysia-selesai-dulu-isu-dadah-saifuddin-528455

π31π8π5β€1
Polis giat mengesan sekumpulan penunggang basikal bagi membantu siasatan selepas tular di media sosial kerana didakwa menghalang laluan sebuah bas di Kilometer 23, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur menghala ke Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit menunggang secara berkumpulan di lorong kiri jalan sehingga dipercayai menghalang pergerakan bas berkenaan.
"Kes ini disiasat di bawah Peraturan 42(3) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal secara bersaing. Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-buru-kumpulan-penunggang-basikal-halang-laluan-bas-528449

π49π6β€3π₯2
Kehilangan insan tersayang secara tiba-tiba sememangnya ujian berat dan bagi Ramsuriani Ramli. Tragedi di Sungai Korok, Jitra yang meragut nyawa enam sekeluarga semalam mengimbau kembali kisah dukanya.
Ramsuriani, 43, berkata beliau tidak dapat melupakan insiden abangnya Ramsunardi, 42, yang ditemukan maut selepas kereta dipandunya terjunam ke sungai di Kampung Alor Biak, Jalan Sungai Korok, dekat Jitra pada 2016.
"Bagi saya bukan salah pemandu semata-mata. Jalan itu memang tak berapa elok dan tiada ciri-ciri keselamatan yang mampu memberi keyakinan kepada pengguna.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tragedi-sungai-korok-imbau-kisah-duka-kehilangan-abang-528473

π17β€5
Amid rising global divides, #HCHF #HumanFraternity champions coexistence at the heart of Southeast Asia.
Jakarta gears up to host a landmark International Conference on Human Fraternity bridging faith, justice & climate dialogue.
https://international.astroawani.com/global-news/hchf-champions-coexistence-dialogue-southeast-asia-amid-global-divides-528513
#ASEAN #Coexistence
#Peacebuilding

AWANI International
HCHF champions coexistence dialogue in Southeast Asia amid global divides
Jakarta hosts a global conference on human fraternity to foster unity, dialogue, and justice amid rising global tensions and divisions.
β€5
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata siasatan polis dan dapatan Jabatan Mineral dan Gas (JMG) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengesahkan kerja-kerja di atas tanah tidak menyebabkan isu kepada saluran gas tersebut.
Beliau berkata ini kerana paip saliran monsun yang terletak di atas paip gas tidak terkesan.
"Mengikut semakan saya dengan pihak berkuasa tempatan taman perumahan dan pembinaan paip monsun yang berukuran 4.2 meter dari segi diameter dijalankan sekitar 2008 dan 2009, iaitu sebelum penubuhan Pusat Unit Setempat pada 2010," katanya pada sesi penerangan insiden Putra Heights di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam pada Selasa.
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/letupan-paip-gas-putra-heights-amirudin-beri-penjelasan-isu-jengkaut-dakwaan-pbt-tidak-ikut-sop-528475

π69π₯8π4β€3
Keputusan pemilihan penempatan bagi 2,248 pegawai perubatan kontrak Gred UD10 yang telah ditawarkan lantikan tetap melalui sistem ePlacement boleh disemak bermula hari ini (Selasa).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bagaimanapun bagi calon yang ingin mengemukakan rayuan pertukaran penempatan, mereka boleh mengisi borang Google Form yang disediakan dalam hebahan sistem ePlacement selepas keputusan penempatan dikeluarkan.
"Tempoh rayuan dibuka dari 8 Julai, 10 pagi hingga 14 Julai, 5 petang ... hanya rayuan yang dikemukakan dengan dokumen lengkap dalam tempoh yang ditetapkan akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Rayuan Penempatan dan Pertukaran (JKPP).
#AWANInews
Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/eplacement-keputusan-penempatan-pegawai-perubatan-boleh-disemak-mulai-hari-ini-528474

π11β€3π1