Telegram Web Link
Proses rakaman keterangan seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri yang disiasat berhubung skandal penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang disambung pada Khamis ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kementerian Ekonomi tidak akan dibubarkan, sebaliknya akan terus memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan negara dan melaksanakan dasar ekonomi semasa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pesawat Air India yang dalam penerbangan ke Delhi dilapor berpatah balik ke Hong Kong dipercayai susulan masalah terknikal. Juruterbang mengesan masalah tersebut sebelum pesawat Boeing 787-8 Dreamliner itu berpatah balik.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ariel Fesol dinobatkan sebagai juara sulung Big Stage Alpha musim pertama terbitan Astro yang berlangsung di Royale Theater Shah Alam pada malam Ahad.

📸: FOTO Astro / @azrul_rafie
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli. Ucapan beliau itu susulan tindakan Rafizi mengumumkan peletakan jawatan pada 28 Mei dan mengosongkan pejabat kementeriannya di Putrajaya pada 13 Jun.

“Saya ucap selamat maju kepada saudara (Datuk Seri) Rafizi Ramli, yang telah berkhidmat begitu baik sebagai Menteri Ekonomi dan sekarang saya akan putuskan waktunya untuk mana-mana menteri, atau kementerian menjalankan tugas,” katanya.

Malah Anwar turut mengesahkan kementerian tersebut tidak akan dibubarkan atau diletakkan semula sebagai Ekonomi Perancang Unit (EPU) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther, daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.

"Setelah mempertimbangkan keputusan Yang Arif Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, Jabatan ini telah memfailkan notis rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut hari ini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang

*Berita Penuh*

🔗 https://bit.ly/4e7rDSD
🔸Peletakan jawatan: Selamat maju jaya saudara Rafizi - PM Anwar
🔸Netanyahu dilaporkan keluar dari tempat persembunyian?
🔸Iran🇮🇷 tahan ejen Mossad, rampas bom dan peralatan elektronik

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kenaikan harga minyak tidak akan menjejaskan subsisi RON95 yang ketika ini dinikmati 85 hingga 90 peratus rakyat Malaysia.

"Banyak kempen negatif tentang RON95, banyak kali kita (kerajaan) sudah cakap, tiada isu tentang peningkatan harga RON95 yang boleh mempengaruhi subsidi.

"Perkara itu harus sentiasa diingat, apa yang diuar-uarkan blok pembangkang adalah satu gimik terdesak untuk menunjukkan rakyat menghadapi kesusahan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Safa Food Hub Antarabangsa bukan sahaja menjadi restoran pilihan ramai malah, merupakan sebuah medan selera dengan lebih 30 buah gerai menjual pelbagai juadah istimewa.

Pengasasnya, Mohamed Farook Barakkath yang terjun ke dalam industri Makanan dan Minuman (F & B) 12 tahun lalu bersama saudaranya, Mohd. Salahuddin Mahmud berganding bahu menubuhkan sebuah hab bagi para penjaja makanan mencari rezeki.

Mohamed Farook berkongsi fakta menarik di sebalik penubuhan nama restoran yang terbentuk dua tahun lalu itu dengan menggabungkan namanya dan pengasas bersama, Mohd Salahuddin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dijadualkan menjalani satu prosedur rawatan perubatan pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi satu hantaran ringkas di media sosial sebentar tadi.

Dalam kenyataan tersebut, Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, memohon doa daripada seluruh rakyat Malaysia, khususnya penyokong Pas, agar kesihatan Abdul Hadi dipelihara dan segala urusan rawatannya dipermudahkan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim Manusi, memikat juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk menandatanganinya sebagai pemain baharu menjelang musim akan datang, Ogos ini.

Tempoh matang selama satu musim bersama Sri Pahang menjadikan Ibrahim antara permata bernilai kelab itu musim lalu.

Ketenangan mengawal bahagian tengah menjadikannya antara pemain berkaliber di bawah kendalian Fandi Ahmad.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Wakil peguam Pamela Ling, Sangeet Kaur Deo berkata, sehingga kini masih tiada sebarang kemas kini daripada pihak berkuasa berhubung penemuan tersebut.

Menurut Sangeet, keluarga Pamela Ling dimaklumkan mengenai penemuan kenderaan berkenaan beberapa minggu selepas tarikh penculikannya pada 9 April lalu.

“Beberapa minggu telah berlalu namun tiada kemas kini diberikan mengenai ujian forensik ke atas barang-barang yang ditemui dalam kereta tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Misteri kehilangan seorang guru yang didapati tidak hadir bekerja sejak 24 September tahun lalu akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya di sebuah rumah di kawasan Bandar Selesa Jaya, dekat sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu hasil satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Nusa Bestari pada hari yang sama.

“Mayat tersebut ditemui selepas jiran menyiasat punca bau busuk di kawasan sekitar sebelum membuat laporan polis pada jam 8 malam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Lebih 10 mayat termasuk mayat bayi ditemui sepanjang pelaksanaan Projek Mitigasi Banjir Sungai Klang yang sedang giat dilaksanakan di bawah inisiatif Selangor Maritime Gateway (SMG), sekali gus menyerlahkan realiti mengejutkan di sebalik wajah sungai yang sedang dipulihkan.

Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Syaiful Azmen Nordin berkata, penemuan mayat bukanlah insiden terpencil, malah berlaku hampir setiap bulan sejak kerja-kerja pendalaman dan pelebaran sungai dimulakan pada 1 November 2022 sehingga kini.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
2025/07/08 09:35:21
Back to Top
HTML Embed Code: